Anda di halaman 1dari 3

DOA SAMBUTAN GB BARU

‫الر ِح ْي ِم‬
َّ ‫الر ْح َم ِن‬
َّ ِ‫ِب ْس ِم هللا‬
. َ‫أجـ َم ِع ْين‬
ْ ‫اب ِه‬ ْ ‫س ْولِ َنا األ ِم ْينَ َو َعلَى َءألِ ِه َو‬
ِ ‫أص َح‬ ُ ‫سالَ ُم َعلَى َر‬ َّ ‫صالَةُ َوال‬ َّ ‫ َوال‬، ُ‫ِـحات‬ َّ ‫ِي ِبن ِْع َمتِ ِه َتتِ ُّم ال‬
َ ‫صال‬ َ ‫ا ْل‬
ْ ‫ـح ْم ُد هللِ الذ‬
Allahuma Ya Rahmaanu Ya Raheem,
Kami rafakkan kesyukuran di atas izin dan inayah-Mu, dengan nikmat kesihatan
dan kesejahteraan-Mu, sehingga kami dapat berada di Majlis ini bagi meraikan
kedatangan Guru Besar SK Sungai Sam yang baru, beserta rombongan beliau
dari Sk Kuchelong, pada petang yang berbahagia ini.

Ya Allah, Ya Qodhial haajaat,


Sesungguhnya kami amat menyedari dengan penuh keinsafan bahawa kami
hamba-Mu tidak akan terlepas dari sunnah alam kurniaan-Mu, justeru dengan
kudrat dan iradah-Mu serta kuasa ungkapan kun fayakun-Mu , maka jadikanlah
pertemuan kami bersama insan yang diraikan sebagai pertemuan yang dipenuhi
dengan keberkatan dan kasih sayang, jadikanlah perpisahan kami selepas ini
sebagai perpisahan yang terpelihara.

Ya Allah, Ya ‘Azizi Ya Sattar,


Ya Allah kami menyedari dengan penuh ketaakulan bahawa Engkau amat
menyayangi hamba-Mu yang melaksanakan sesuatu tugasan dan amanah
dengan tekun dan teliti sehingga mencapai tahap kecemerlangan.
Justeru kurniakanlah kepada insan yang kami sedang raikan, keinginan dan
kecenderungan untuk terus menabur bakti dengan penuh iltizam dan dedikasi
demi mencapai tahap kerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Ya Allah Tuhan yang menyatukan hati ,


Kami warga SK Sg Sam amat mengharap agar Engkau kurniakan kepada insan
yang diraikan pada hari ini kesihatan yang sempurna, ketenangan yang
bermakna, kelapangan yang mesra , pilihan yang tepat agar mereka dapat
memberikan perkhidmatan pendidikan yang terbaik hendaknya.
Akhirnya jangan hampakan segala hajat dan impian hadirin yang ada bersama
kami, kerana sesungguhnya hanya kepada Engkau kami mengharap dan hanya
Engkau sahaja yang mencukupkan segala permintaan hamba-Mu YA ALLAH.

ُ ‫ َو َت َف ُّر َقـَ َنا مِنْ َب ْع ِد ِه َت َف ُّرقا ً َم ْع‬، ‫اج َعلْ َج ْم َع َنا َه َذا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًما‬
ْ‫ َوالَ َت ْج َع ِل اللَّ ُه َّم فِ ْي َنا َوالَ َم َع َنا َوالَ َمن‬، ‫ص ْو ًما‬ ْ ‫اَللَّ ُه َّم‬
. ‫شقِ ًّيا َوالَ َم ْط ُر ْو ًدا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما‬
َ ‫َي ْت َب ُع َنا‬
ِ ‫اب ال َّنار‬َ ‫س َنة ًَوقِ َنا َع َذ‬ َ ‫س َنة ً َوفِي األخ َِر ِة َح‬ َ ‫َر َّب َنا َءاتِ َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح‬
‫ َوا ْل َح ْم ُدهَّلِل ِ َر ِّب ال َعالَ ِم ْين‬، ‫سلَّ َم‬ َ ‫صلَّى هللاُ َعلَى ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه َو‬
َ ‫ص ْحبِ ِه َو‬ َ ‫َو‬

Doa sempena Majlis Sejambak Kasih, Segunung Harapan 1


SK Sungai Sam
‫الر ِح ْي ِم‬
َّ ‫الر ْح َم ِن‬
َّ
. َ‫أجـ َم ِع ْين‬ ْ ‫س ْولِ َنا األ ِم ْينَ َو َعلَى َءألِ ِه َو‬
ْ ‫أص َحاب ِه‬ ُ ‫سالَ ُم َعلَى َر‬ َّ ‫صالَة َُوال‬
َّ ‫ َوال‬، ُ‫ِـحات‬ َّ ‫ِي بِن ِْع َمتِ ِه َتتِ ّم ُال‬
َ ‫صال‬ َ ‫ا ْل‬
ْ ‫ـح ْم ُد هللِ الذ‬
Ya Allah Engkaulah Pengurnia Kenikmatan dan Kesejahteraan,
Kami rafakkan kesyukuran di atas izin dan inayah-Mu, dengan nikmat kesihatan
dan kesejahteraan-Mu, dengan nikmat ketenangan dan ketenteraman-Mu,
sehingga kami dapat menghadiri Majlis perpindahan mantan.............
pada saat yang berbahagia lagi syahdu ini.
Allahumma Ya Badi’assamaawatiWal’ard
Sesungguhnya kami amat menyedari dengan penuh keinsafan bahawa kami
hamba-Mu tidak akan terlepas dari sunnah alam kurniaan-Mu, kegelapan malam
disulami siang yang terang benderang, setiap pertemuan itu ada detik
perpisahannya, justeru dengan kudrat dan iradah-Mu serta kuasa ungkapan kun
fayakun-Mu, maka jadikanlah pertemuan kami bersama insan yang diraikan
sebagai pertemuan yang dipenuhi dengan keberkatan dan kasih sayang,
jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang penuh dengan
kesejahteraan dan kenangan manis.
Allahumma Ya Syaafi Ya Kaafi,
Justeru kurniakanlah kepada insan yang kami sedang raikan, keinginan dan
kecenderungan untuk terus menabur jasa dengan penuh iltizam dan dedikasi
demi mencapai tahap kerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Jangan engkau siakan segala sumbangan budi dan bakti yang telah dicurahkan,
tunjuk ajar dan bimbingan berharga oleh insan yang diraikan selama masa beliau
berkhidmat, dalam usaha memenuhi tanggungjawab mengemudi organisasi
pendidikan ini, jadikanlah segala kerja buat beliau sebagai ibadah yang ikhlas
dan mendapat perkenan redha-Mu, sehingga layak mendapat ganjaran pahala-
Mu yang tidak terbatas. Sampaikanlah segala hajat hati beliau demi
kesejahteraan dunia dan akhirat.

Allahumma Ya Zal Jalaaliwalikram


Ampunkan dosa kami yang hadir, ibu bapa kami, guru-guru kami , anak-anak
kami dan orang yang telah berjasa kepada kami.

Doa sempena Majlis Sejambak Kasih, Segunung Harapan 2


SK Sungai Sam
‫اج َعلْ َج ْم َع َنا َه َذا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًما ‪َ ،‬و َت َف ُّر َقـَ َنا مِنْ َب ْع ِد ِه َت َف ُّرقا ً َم ْع ُ‬
‫ص ْو ًما ‪َ ،‬والَ َت ْج َع ِل اللَّ ُه َّم فِ ْي َنا َوالَ َم َع َنا َوالَ َمنْ‬ ‫اَللَّ ُه َّم ْ‬
‫شقِ ًّيا َوالَ َم ْط ُر ْو ًدا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما ‪.‬‬
‫َي ْت َب ُع َنا َ‬
‫اب ال َّنار ِ‬‫س َنة ًَوقِ َنا َع َذ َ‬ ‫س َنة ً َوفِي األخ َِر ِة َح َ‬ ‫َر َّب َنا َءاتِ َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح َ‬
‫سلَّ َم ‪َ ،‬وا ْل َح ْم ُدهَّلِل ِ َر ِّب ال َعالَ ِم ْين‬ ‫صلَّى هللاُ َعلَى ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه َو َ‬
‫ص ْح ِب ِه َو َ‬ ‫َو َ‬

‫‪Doa sempena Majlis Sejambak Kasih, Segunung Harapan‬‬ ‫‪3‬‬


‫‪SK Sungai Sam‬‬

Anda mungkin juga menyukai