Anda di halaman 1dari 1

DOA JAMUAN AKHIR TAHUN

ِ ‫صحْ ِب ِه َأجْ َم ِعي َْن َوِإلى َكا َّف ِة ْالمُسْ لِ ِمي َْن َو ْالمُسْ لِ َما‬
‫ت َو ْالمُْؤ ِم ِني َْن‬ َ ‫إلَى َحضْ َر ِة ال َّن ِبيِّ ْالمُصْ َط َفى‬
َ ‫صلَّى هللاُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم َو َعلَى آلِ ِه َو‬
، ‫ الحمد هلل الذي هدانا لهذا وماكنا لنهتدي لوال أن هدانا هللا‬... ‫ت َشيْ ٌء هَّلِل ِ لَ ُه ُم ْال َفات َِح ُة‬ ِ ‫ت اَألحْ َيا ِء ِم ْن ُه ْم َواَأل ْم َوا‬
ِ ‫واَ ْلمُْؤ ِم َنا‬
‫ والصالة والسالم على سيد األنام بلغ الرسالة ونصح األمة وكشف الغمة‬.
Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada
dan menghadiri Jamuan Akhir Sesi 2022
Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendaki , Kurniakanlah kami
lisan yang lembut basah ,mengingati dan menyebut nama-Mu , hati yang penuh segar
mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada
perintah-Mu.
Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat ,
Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa Kami memohon kehadrat-Mu semoga Engkau
jadikan majlis ini sebagai salah satu wadah untuk kami bersatu-padu , bekerjasama dan
bantu-membantu di kalangan kami dan juga demi membangunkan dan memartabatkan
Sekolah Menengah Sains Rembau di persada arus perdana kecemerlangan pendidikan
negara. Satukanlah hati-hati kami sebagai murrabi, azatizah, pendakwah, pencetus
tranformasi yang mampu menghadapi cabaran yang semakin hebat.
Amin Ya Rabbal’alamin Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian, maka kuatkanlah kami
dalam kerja berpasukan ; Kurniakanlah kami kekuatan kesatuan hati umpama kesatuan hati
pemuda ashabul kahfi, sehingga kami mampu mengharungi susah senang, suka duka, pahit
manis bersama dalam melaksanakan amanah dan tugas kami, Jadikanlah hati-hati kami
mampu meleburkan segala kepentingan peribadi demi mencapai semangat kekitaan yang
tinggi demi merealisasikan cita-cita yang murni.
Sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya , maka kurniakanlah kami nikmat kesabaran
seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul’azmi ; kami amat cenderung untuk mengutamakan diri
kami , maka didiklah hati kami untuk mengutamakan keperluan saudara-saudara seagama
kami dan sahabat sejawatan kami sebagaimana Kekasih-Mu mendidik para sahabat baginda
berbuat demikian; Sesungguhnya hati kami juga sentiasa berbolak balik dan bercerai berai ,
maka satukanlah hati-hati kami dan berikanlah kami ruang dan masa untuk bantu-
membantu dalam menegakkan amal makruf dan nahi mungkar .
ya Allah kami amat menyedari dengan penuh keinsafan bahawa kami hamba-Mu tidak akan
terlepas dari sunnah alam kurniaan-Mu, kegelapan malam disulami siang yang terang
benderang, setiap pertemuan itu ada detik perpisahannya, justeru dengan kudrat dan
iradah-Mu serta kuasa ungkapan kun fayakun-Mu , maka jadikanlah pertemuan kami
bersama insan yang diraikan sebagai pertemuan yang dipenuhi dengan keberkatan dan
kasih sayang, jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang penuh dengan
kesejahteraan dan keamanan.
‫ اللَّ ُه َّم الَ َس ْه َل ِإالَّ َما‬. ‫ َوارْ ُز ْق ُه م َِن ْال َحالَ ِل َو َج ِّن ْب ُه َع ِن ْال َح َر ِام‬، ‫ َوَأ ْت ِم ْم ِن َّي َت ُه َو َت َق َّب ْل ضِ َيا َف َت ُه‬، ‫الط َع ِام‬
َّ ‫ِب َه َذا‬َ ‫صاح‬ َ ْ‫اللَّ ُه َّم َباِرك‬
‫َأ‬
‫ت َس ْهالً َر َّب َنا َظلَمْ َنا ْنفُ َس َنا َوِإنْ لَ ْم َت ْغفِرْ لَ َنا َو َترْ َح ْم َنا َل َن ُك ْو َننَّ م َِن ْال َخاسِ ِري َْن َر َّب َنا آ ِت َنا‬َ ‫ت َتجْ َع ُل ْالح ُْز َن ِإنْ شِ ْئ‬ ‫َأ‬
َ ‫َج َع ْل َت ُه َس ْهالً َو ْن‬
ْ
ِ ِ ‫ار وصلى هللا على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين َوال َحمْ ُد‬
‫هلل‬ ِ ‫اب ال َّن‬ َ ‫ِفي ال ُّد ْن َيا َح َس َن ًة َ ِوفي اآلخ َِر ِة َح َس َنة َوقِ َنا َعذ‬
َ ً
‫َربِّ ْال َعالَـ ِمي َْن‬

Anda mungkin juga menyukai