Anda di halaman 1dari 2

‫ﺑﺴﻢ ﷲ ﺍﻟﺮﺣﻤﻦ ﺍﻟﺮﺣﻴﻢ‬

‫ ﻭﺍﻟﻌﺎﻗﺒﺔ ﻟﻠﻤﺘﻘﻴﻦ ﻭﺍﻟﺼﻻﺓ ﻭﺍﻟﺴﻻﻡ ﻋﻠﻰ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣﺤﻤﺪ‬, ‫ﺍﻟﺤﻤﺪ ﻪﻠﻟ ﺭﺏ ﺍﻟﻌﺍﻟﻤﻴﻦ‬
‫ﻭﻋﻠﻰ ﺁﻟﻪ‬
‫ﻭﺃﺻﺤﺎﺑﻪ ﺃﺟﻤﻌﻴﻦ‬
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami
untuk berada dan menjayakan Hari Anugerah Cemerlang pada tahun ini.
Sesungguhnya Ya Allah pada pagi ini kami berkumpul kerana-Mu Kami berkumpul
untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu ,

Ya Allah Ya Ghaffar

Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan
seluruh umat manusia yang berada di bumi Mu ini. lengkapkanlah budi pekerti kami,
sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah hati kami terhadap rezeki pemberian-Mu
dan jangan biarkan hati kami terpedaya oleh apa yang Engkau hindarkan daripada
kami.

Ya Allah Ya Sami’un ‘Alim

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha ini) anak-


anak didik kami akan menjadi insan yang elok budi pekertinya dan indah akhlaknya.
Engkau jadikanlah anak-anak didik ini menjadi seorang manusia cemerlang
akademiknya, gemilang sahsiahnya dan terbilang agamanya. Mudah-mudahan
mereka dapat berbakti untuk Negara dan agama-Mu Ya Allah

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram

Kami memohon kehadratmu, jadikanlah guru guru dan para pelajar yang menerima
anugerah pada hari ini sebagai insan yang sentiasa bersyukur diatas kurniaanmu
dengan erti kata lain jadikan kami insan yang sentiasa mendambakan kasih
sayangmu serta pertunjukmu agar kami menjadi hamba yang sentiasa taat pada
perintah dan suruhanmu.

Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan
dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang
Engkau pelihara daripada bahaya dan keburukan.

، ‫ ﻭﺗﻔﺮﻕـﻧﺎ ﻣﻦ ﺑﻌﺪﻩ ﺗﻔﺮﻗ ﻣﻌﺼﻮﻣﺎ‬، ‫ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺍﺟﻌﻞ ﺟﻤﻌﻨﺎ ﻫﺬ ﺟﻤﻌﺎ ﻣﺮﺣﻮﻣﺎ‬


‫ﻭﻻ‬ ‫ﺎ‬ ‫ﺍ‬
‫ﺭﺑﻨﺎ‬. ‫ﺗﺠﻌﻞ ﺍﻟﻠﻬﻢ ﻓﻴﻨﺎ ﻭﻻ ﻣﻌﻨﺎ ﻭﻻ ﻣﻦ ﻳﺘﺒﻌﻨﺎ ﺷﻘﻴﺎ ﻭﻻ ﻣﻄﺮﻭﺩﺍ ﻭﻻ ﻣﺤﺮﻭﻣﺎ‬
‫ﺀﺍﺗﻨﺎ‬
‫ﻓﻲ ﺍﻟﺪﻧﻴﺎ ﺣﺴﻨﺔ ﻭﻓﻲ ﺍﻷﺧﺮﺓ ﺣﺴﻨﺔ ﻭﻗﻨﺎ ﻋﺬﺍﺏ‬
‫ﺍﻟﻨﺎﺭ‬
‫ﻭﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﻰ ﻣﺤﻤﺪ ﻭﻋﻠﻰ ﺀﺍﻟﻪ ﻭﺻﺤﺒﻪ ﻭﺳﻠﻢ ‪ ،‬ﻭﺍﻟﺤﻤﺪﻪﻠﻟ ﺭﺏ ﺍﻟﻌﺍﻟﻤﻴﻦ‬

Anda mungkin juga menyukai