Anda di halaman 1dari 19

BAB 2

Tuntutan Berorganisasi Dalam Islam


Pada hakikatnya, Islam telah mengajarkan kepada umatnya agar hidup dalam keadaan
yang bersistem dan tersusun. Sebagaimana cantiknya perundangan dan syariat Islam,
begitulah juga kita disuruh bersistem dan mengatur hidup kehidupan kita seharian. Lantaran
untuk melaksanakan kehidupan yang bersistem dan tersusun ini memerlukan kita
berorganisasi, lantas perlulah kita mempraktikkannya terutamanya kita sebagai pendaie dan
pelajar muslim. Ini ditegaskan oleh Allah dalam banyak firmannya antaranya:

maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT amat mencintai mereka yang berjuang di jalan-Nya
dalam keadaan Saf (berorganisasi) seumpama bangunan yang terbina kukuh. (Surah As-Sof
4)
Ayat Allah ini menjelaskan kepada kita bahawa tuntutan berorganisasi menjadi satu
perintah kepada kita selaku pelajar Muslim. Hal ini lebih-lebih lagi menuntut kita apabila
kedudukan umat Islam sekarang kini dalam keadaan yang lemah dan perlukan perubahan.
Dan agen perubah itu tidak lain dan tidak bukan daripada kalangan kita selaku pemimpin dan
pembela ummah masa depan.
Begitu juga dengan kaedah usul Fiqh yang menyatakan:


maksudnya: tidak sempurna sesuatu yang wajib itu dengan sesuatu kecuali dengan sesuatu
itu, maka ia menjadi wajib.
Kamus Dewan (1994) memberi erti "organisasi" sebagai "kesatuan yang terdiri daripada
bahagian atau golongan yang tersusun dalam sesuatu pertubuhan", "pertubuhan" dan
"perbadanan". Dalam kajian pengurusan terdapat pelbagai takrifan istilah "organisasi", Weber
(1948) mentakrifkan "organisasi" sebagai "perhubungan sosial yang mengehad atau menutup
kemasukan orang luar dengan mengadakan peraturan". Lima elemen penting timbul daripada
takrifan ini:
(a) Kewujudan perhubungan sosial, pada mana ahlinya berinteraksi secara rasional dan aktif.
(b) Terdapat hierarki kuasa dan pembahagian tugas.
(c) Terdapat sempadan yang memasukkan sebahagian populasi dan memisahkan yang lain.
(d) Proses interaksi yang sokong menyokong dan tidak communal.
(e) Organisasi terlibat dengan aktiviti yang bermatlamat tertentu.
Kita lihat para remaja kini sudah hilang punca mencari wawasan hidup sebenar. Dengan
pengaruh yang berlaku di persekitaran mereka, para remaja terus hanyut dengan pelbagai
kerosakan moral dan akhlak. Beberapa statistik di bawah menandakan betapa kroniknya
masalah para remaja sekarang ini termasuk mereka yang berada di bangku sekolah.
Jenayah yang dilakukan oleh golongan yang berumur antara 13-21 tahun.

Kes dan Jenayah


Merokok
Penyalahgunaan dadah
Menonton video lucah
Berjudi
Seks bebas
Melahirkan anak luar nikah
Kegiatan maksiat
(sumber majalah Massa)

Peratus
70%
14%
40%
28%
7300
513 (1990-1995)
8509 (1995)

Asas-asas Berorganisasi
Setelah memahami akan tuntutan berorganisasi di dalam Islam ini, kita perlu
memahami beberapa asas-asas berorganisasi. Organisasi yang ditubuhkan tidak dapat tidak
berasaskan kepada matlamat dan objektif yang digubal. Objektif dan matlamat ini pula
disusun mengikut dasar utama sesebuah sekolah. Justeru segala penyusunan dan
pembahagian biro pada persatuan haruslah bersesuaian dengan dasar dan matlamat sesebuah
sekolah. Biasanya sesebuah sekolah mempunyai perlembagaan atau undang-undang tubuh
tersendiri. Daripadanyalah segala gerak kerja segala yang dijalankan di sebuah sekolah akan
dilaksanakan.
Begitu juga dengan badan dakwah. Penyusunan organisasi adalah mengikut
kesesuaiannya dengan matlamat sekolah. Hal ini penting agar tenaga dapat ditumpukan pada
keperluannya dan tidak terbazir ke arah yang tidak perlu. Contohnya seperti sebuah sekolah
agama rakyat tidak perlu baginya meletakkan sains dan teknologi sebagai tumpuan gerak
kerja kerana matlamatnya lebih kepada pangajian Islam berbeza dengan sebuah sekolah sains
yang memang menumpukan aspek tersebut dalam pembelajaran pada pelajarnya.
Namun begitu, tidak dinafikan seandainya ada badan dakwah yang boleh menjalankan
segala aspek tersebut tanpa mengira dasar sesebuah sekolah itu ditubuhkan. Seandainya
perkara in berlaku, ia lebih merupakan advantage atau kelebihan kepada gerakan dakwah di
sesebuah sekolah.
Konsep Berorganisasi
1. Hendaklah ahli-ahlinya memahami dengan jelas Islam sebagai satu cara hidup. Bukan
memahami Islam dalam bentuk-bentuk tertentu seperti ekonominya sahaja, pendidikan atau
sebarang juzu daripada Islam. Kemudian, dengan kefahaman yang benar terhadap Islam,
maka ia perlu menjadikan matlamat organisasi yang didokongnya ke arah Islam.
Firman Allah SWT:

maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam agama Islam secara
keseluruhannya dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan, sesungguhnya mereka
adalah musuh yang nyata. (Al-Baqarah 208)

Daripada ayat di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa Allah SWT menuntut agar
umat Islam yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasul-Nya hendaklah mengamalkan
Islam secara keseluruhannya dan tidak dipisah-pisahkan secara juzie atau sebahagiansebahagian. Contohnya mengamalkan Islam dari segi solat, tetapi dalam masa yang sama
melakukan percampuran antara lelaki dan perempuan tanpa batasan tertentu, memberi salam
sesama orang Islam tetapi pada masa yang sama mengumpat, memfitnah dan mengata kepada
orang lain. Maka semua ini tidak memenuhi tuntutan Allah masuk Islam secara
keseluruhannya.
Begitu juga dengan konsep kita berorganisasi. Al-Quran dan As-Sunnah telah
menggariskan agar kehidupan kita perlu didasari dengan Islam sendiri. Segala bentuk dasar
atau asas kehidupan selain daripada Islam adalah tertolak. Ini sesuai dengan firman Allah:

maksudnya: Sesiapa yang mencari cara hidup (dasar dan asas) selain daripada Islam maka ia
tidak akan sekali-kali diterima daripadanya, dan di hari akhirat nanti mereka termasuk di
kalangan orang-orang yang rugi. (Ali Imran 85)
Sudah ditetapkan oleh Allah SWT bahawa kepimpinan di muka bumi ini adalah
dikurniakan kepada mereka yang beriman dan beramal soleh. Justeru tidak dapat tidak
konsep kepimpinan dan pentadbiran apa jua persatuan, pertubuhan, organisasi besar atau
kecil perlulah berlandaskan Iman dan amalan yang soleh. Ini disebabkan Iman dan amalan
yang solehlah yang telah menggariskan segala bentuk panduan dalam kehidupan manusia
dari segi cara membina personaliti, kehidupan berkeluarga, kehidupan bermasyarakat dan
kehidupan bernegara. Hal ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah An-Nur ayat 55 dengan
firmannya:


maksudnya: Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan
kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang
memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang
sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan
mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia
juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari
ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu
yang lain denganKu. (An-Nur 55)
2. Mencapai matlamat badan dakwah yang telah disepakati. Sebarang usaha mencapai
matlamat selain itu, maka ia akan memberi kesan kepada badan dakwah sendiri.
Firman Allah:

maksudnya: Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan
terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan
mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah
berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah,
sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.( Ali Imran 159)
3. Mengamalkan Amar Makruf dan Nahi Mungkar
Firman Allah SWT:

maksudnya: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi
(faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan
melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman
kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Ali Imran 110)
4. Menghormati ketua, mengangkat baiah dan memberi wala kepadanya. Tanpa wala, akan
timbul perpecahan di kalangan ahli dan menyebabkan matlamat tidak tercapai. Bahkan lebih
teruk daripada itu mengakibatkan permusuhan.
Firman Allah:




maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu
kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.
Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah
kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika
kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi
kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (An-Nisa 59)
Firmannya lagi:

maksudnya: Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau
kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu
kepada Rasulullah dan kepada - "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka,
tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan
mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas
kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja
(iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu). (An-Nisa 83)
Firmannya lagi:



maksudnya: Sesungguhnya Penolong (pemimpin) kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta
orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang
mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). (Al-Maidah 55)

Rukun Baiah
1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal (bekerja)
4. Jihad
5. Tadhiyah (pengorbanan)
6. Taat
7. Thabat (tetap)
8. Tajarrud (tulen)
9. Ukhuwwah
10. Thiqoh (memberi kepercayaan)
5. Mempunyai pembahagian tugas dalam melaksanakan sebarang bentuk program. Ia penting
agar semua ahli dapat memberi sumbangan dalam menjayakannya dan tidak timbul masalah
mereka yang escapisme. Secara umumnya sikap ini timbul akibat daripada beberapa punca
iaitu:
a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)

Pembahagian tugas yang tidak seimbang dan adil.


Tidak mendapat bantuan daripada AJK atau ahli-ahli persatuan yang lain
Tidak ikhlas membuat sesuatu kerja dan mahu mendapat sanjungan
Tugas atau kerja yang diserahkan kepadanya tidak sesuai dan sukar dilaksanakan
Masalah peribadi
Ruhiyyah yang tidak mantap
Membuat sebarang program atau aktiviti tanpa bermesyuarat atau tidak mengambil
pandangan orang lain
h) Program atau aktiviti serupa dan tidak ada perubahan dan peningkatan sehingga
menyebabkan ahli bosan
i) Program atau aktiviti yang dijalankan terlalu menekan dan memaksa ahli atau AJKnya
sendiri
Cara-cara bagi mengatasi masalah ini ialah dengan:
a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)

Membuat pembahagian tugas dengan seimbang dan adil


Menghargai segala bentuk sumbangan daripada AJK, ahli atau peserta program
Ikhlas dan bersungguh dalam melaksanakan sebarang bentuk program
Menyerahkan tugas sesuai dengan orangnya
Memantapkan ruhiyyah dengan menjaga hubungan dengan Allah SWT
Membuat pelbagai perubahan dan peningkatan pada mutu dan kualiti program
Berbincang dan bermesyuarat dalam sebarang masalah dan aktiviti yang mahu
dilaksanakan.

6. Mempunyai sikap bantu-membantu antara satu sama lain.

maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan


bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan
pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab
seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). (Al-Maidah 2)

7. Tidak mempunyai penyakit-penyakit hati seperti riya, bangga, sombong, pentingkan diri
sendiri, dengki dan menjatuhkan orang lain.
a) Riya
Riya merupakan penyakit hati yang amat besar kesannya terhadap pahala,
kesempurnaan amalan dan juga kesan daripada amalan tersebut. Ini disebabkan dengan
penyakit inilah tujuan, niat dan matlamat seseorang itu terpesong dari jalan dan matlamat
sebenar iaitu Allah SWT. Bahkan Riya juga disifatkan sebagai syirik kecil seperti Sabda
Nabi SAW:

maksudnya: Sesungguhnya satu perkara yang aku takut daripada banyak perkara-perkara
yang aku takut ialah syirik yang kecil. Lalu mereka bertanya kepada Rasulullah apa itu
syirik kecil. Syirik kecil ialah riya dan sesungguhnya Allah SWT akan membalas segala
amalan-amalan yang dikerjakan. Bagi mereka yang riya dalam mengerjakan amalan, maka
pergilah kepada mereka yang diriyakan di dunia dan lihatlah apa yang kamu dapat daripada
orang tersebut daripada sebarang balasan.1
b) Ujub, takabbur dan sumah

maksudnya: Mereka yang menguatkan suara ketika membaca Al-Quran sama seperti mereka
yang berterang-terang memberi sedekah, mereka yang mengecilkan suara membaca Al-Quran
sama seperti mereka yang merahsiakan sedekah mereka.2
Maksud hadis ini ialah menggambarkan bahawa amalan yang disertakan dengan niat
yang ikhlas adalah amat penting sebagai faktor utama amal diterima. Amalan yang diterima
oleh Allah adalah amalan yang ikhlas dan bersih daripada sebarang bentuk niat yang
menyeleweng daripada Allah SWT. Termasuklah juga ujub iaitu merasa diri hebat.
c)Lemah semangat
hadis riwayat Muslim 1
hadis riwayat Muslim 2

Lemah semangat merupakan salah satu daripada penyakit-penyakit jiwa yang melanda
segelintir para pejuang Islam tak kira dalam mana-mana peringkat. Begitu juga berlaku di
sekolah-sekolah menengah akibat pelbagai tekanan, cubaan dan ujian yang menimpa mereka.
Sebagai seorang muslim, sifat dan penyakit ini perlu dihilangkan dan dihindarkan segera. Hal
ini penting kerana lemah semangat ini boleh membantutkan dan melambatkan proses
kemenangan Islam. Di samping ia boleh memberi implikasi dan kesan sampingan kepada ahli
biasa dan para junior, kegiatan dakwah sendiri boleh tergugat dan terancam. Bahkan
sekiranya keadaannya lebih teruk, sesebuah badan dakwah itu juga bukan wadah membina
syaksiyah pelajar, tetapi menjadi fitnah dan tohmahan bahawa Islam itu lemah.
Justeru, seorang muslim perlu mengambil istifadah dan pengajaran daripada ayat
motivasi Allah SWT dengan firman-Nya:

maksudnya: Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan
menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa
kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai
kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. (Ali Imran 139)
8. Mempunyai ukhuwwah yang mantap di kalangan ahli.

maksudnya: Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah
di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya
kamu beroleh rahmat.3
Marhalah ukhuwwah
Tujuan utama ukhuwwah Islamiyah ialah
1. Yang paling rendah ialah
Firman Allah:

maksudnya: Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara. (Al-Hujurat 10)


2. Yang paling tinggi ialah
Firman Allah SWT dalam surah Al-Hasyr ayat 9:

maksudnya: dan mereka melebihkan diri saudara-saudara mereka lebih dari diri mereka
sendiri walaupun dalam keadaan yang terdesak dan memerlukan
3. Yang pertengahan ialah meletakkan hak saudara Islam sama dengan hak sendiri
Sabda Rasulullah SAW:


maksudnya: tidak beriman seseorang dari kalangan kamu sehingga ia mencintai saudaranya
seperti ia mencintai dirinya sendiri
Dalam konteks membina badan dakwah di sekolah dengan kukuh dan mantap, perlulah
meningkatkan ukhuwwah sehingga ke tahap paling tinggi iaitu ithar. Tujuannya bagi melatih
diri kita sentiasa meletakkan kepentingan sesama mukmin lebih penting daripada diri kita
sendiri. Itulah yang telah dibuktikan oleh para sahabat dalam beberapa siri peperangan yang
Al-Hujurat ayat 10 3

tidak mementikan diri dalam keadaan kecederaan yang amat mendahagakan air, tetapi masih
lagi tetap mengutamakan sahabatnya yang lain yang mungkin lebih haus sedangkan dirinya
sendiri dalam keadaan amat memerlukan air.
9. Selalu berbincang apabila timbul sebarang masalah.
Firman Allah SWT:

maksudnya: Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan
menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan
mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan
sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya; (Asy-Syura 38)

Ayat ini menjelaskan bagaimana Allah menyuruh agar kita selaku seorang mukmin
berbincang dan bermesyuarat dalam sebarang masalah. Dengan cara berbincang dan
bermesyuarat inilah yang boleh membuahkan hasil yang terbaik dan menyelesaikan masalah
dengan sempurna.
Perlu disedari bahawa dalam keadaan sekarang, manusia tidak mampu untuk
menegakkan Islam secara berseorangan dan perlu kepada bentuk berkumpulan atau jamaah.
Justeru, apabila bergerak secara berkumpulan memerlukan perbincangan sesama ahli jamaah
bagi menyelesaikan permasalahan yang berlaku di dalam gerak kerja mereka.
10. Berkorban masa, tenaga, buah fikiran, harta dan sebagainya untuk membantu organisasi.



maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan
yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu
beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama
Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu,
jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (As-Sof 10-11)
Permasalahan tadhiyah atau pengorbanan ini merupakan masalah yang paling besar dan
penting dalam sesebuah organisasi, pertubuhan malahan sesebuah negara itu sendiri. Tanpa
pengorbanan dan kesungguhan daripada mereka yang bergelar pemimpin, maka pelbagai
kecacatan dan kelemahan akan berlaku dalam sebarang bentuk amalan, kerjaya serta tugasan.
Dengan pengorbanan yang sungguh-sungguh inilah membezakan antara mereka yang ikhlas
dan berserah diri kepada Allah SWT sebenar-benar tawakkal. Malahan, mereka yang berani
berkorban berjuang di jalan Allah disifatkan oleh Allah lebih mulia dan utama berbanding
mereka yang duduk beribadat tanpa berjuang di jalan Allah seperti firman-Nya:














maksudnya: Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari
kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam)
dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda
dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur)
dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan
dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas
orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan
pahala yang amat besar; (An-Nisa 95)

Organisasi Badan Dakwah Serta Unit-unit kecil4


Dalam sesebuah organisasi badan dakwah, biasanya terbahagi kepada AJK tertinggidan
AJK Biro dan AJK kecil. Organisasi di bawah ini adalah sebagai contoh sebagai asas-asas
penyusunan organisasi dalam sebuah badan dakwah.
Ahli Jawatankuasa Tertinggi.
PENGERUSI
TIMBALAN PENGERUSI 1
TIMBALAN PENGERUSI 2 (MUSLIMAT)
SETIAUSAHA AGUNG
SETIAUSAHA KERJA
TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG
BENDAHARI KEHORMAT
TIMBALAN BENDAHARI
Jawatankuasa Serta Unit-unit Kecil
1. BIRO USRAH
Definisi Usrah
Dari segi lughahnya ialah : Keluarga
Dalam konteks dakwah pula ialah : HUBUNGAN YANG WUJUD DARI PERTALIAN
AKIDAH, IDEALISME PERJUANGAN DAN BERUSAHA TOLONG MENOLONG
ANTARA SATU SAMA LAIN UNTUK MEMAHAMI DAN MENGHAYATI ISLAM.

Ini adalah sebagai sebuah contoh susunan organisasi bagi sebuah badan dakwah. Ia boleh berubah mengikut keadaan wakiie sebuah 4
.sekolah

Sejarah Usrah
Apabila khilafah Islam Turki Uthmaniyah tumbang pada tahun 1924, kedaulatan dan
ketuanan syariat Islam yang menjadi perlembagaan dan undang-undang negara-negara Islam
pada waktu itu bertukar kepada undang-undang yang diperkenalkan oleh British, Perancis,
Italy, Belanda dan negara-negara penjajah. Keadaan ini menyebabkan timbul gerakangerakan Islam pada tahun-tahun selepas itu antaranya seperti Ikhwanul Muslimin, Jamaah
Islamiyah Abu al-Ala Al-Maududi (India 1941), Jabhah Al-Islamiyah di Sudan, Nahdhah di
Tunisia (1979), Jamiah Sanusiyah (Libya), dan beberapa jamaah Islam yang tujuan
penubuhannya untuk mengembalikan daulah dan khilafah Islam. Jamaah-jamaah ini tidak
terasas dengan secara sendirinya, tetapi ia dirancang dan rencanakan oleh pimpinan-pimpinan
daripada para ulama Islam yang menyedari hakikat kepentingan mengembalikan negara dan
khilafah Islam.
Antara ulama yang paling berjaya membangkitkan kesedaran mendirikan daulah Islam
ialah As-Syahid Imam Hasan Al-Banna. Beliau telah mengasaskan jamaah Ikhwanul
Muslimin (IM) pada Mac tahun 1928 di satu daerah bernama Ismailiyyah di Mesir. Beliau
dan beberapa sahabatnya seramai 7 orang telah menjalankan kegiatan dakwah dan
membentuk manhaj tarbiyah. Bahkan beliau dengan bantuan sahabat-sahabatnya berjaya
menyatukan perpecahan yang berlaku dalam masyarakat Mesir pada masa itu. Hingga
pengaruh dan pendekatan beliau menangani masalah perpecahan berjaya mempengaruhi
pemikiran ulama-ulama haraki pada waktu itu sama ada di negara-negara Arab, India, dan
Asia Tenggara. Dan cara dan kaedah yang paling ditekankan dalam manhaj tarbiyah IM ialah
usrah itu sendiri.
Persoalannya adakah usrah ini dijalankan di zaman Baginda SAW? Jawapannya
Baginda memang menjadikan usrah sebagai asas perjuangan Baginda. Yang dimaksudkan di
sini bukan sekadar usrah dalam erti kata sebenar iaitu daripada keluarga Nabi, tetapi Baginda
juga membuat kumpulan-kumpulan kecil daripada kalangan para sahabat yang terawal
memeluk Islam dan menjalankan aktiviti mereka di rumah-rumah kediaman secara rahsia dan
di tempat-tempat yang sunyi. Antaranya di rumah Al-Arqam Bin Abi Al-Arqam. Begitu juga
apa yang telah dijalankan oleh Baginda sepanjang marhalah Makkiyyah di mana segala
aktiviti dan perlaksanaan syariat Islam dibuat secara sulit dan tersembunyi hinggalah Nabi
berjaya membentuk negara Islam Madinah.
Rukun Usrah
1. ( Pengenalan)
Taaruf merupakan rukun usrah pertama. Maksudnya berkenal-kenal dan berkasih-sayang
sesama mukmin. Hal ini disifatkan oleh Allah dalam firmannya dalam surah Al-Hujurat ayat
10:

maksudnya: Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah
di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya
kamu beroleh rahmat.
Firman Allah:

Maksudnya : Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan
janganlah kamu bercerai-berai (Ali Imran 103)
Sabda Nabi SAW:


maksudnya: Mukmin dengan mukmin yang lain seumpama bangunan memperkukuh antara
satu sama lain.
2. ( Persefahaman)
Tafahum pula bermaksud saling memahami dan faqih terhadap Islam.. Antara tuntutan rukun
kedua ini ialah:
- berada di dalam jalan yang benar
- membuat segala yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan larangannya
- bermuhasabah
- saling nasihat menasihati dengan rasa dada terbuka dan gembira.
- berhati-hati tidak menyentuh perasaan sesama mukmin terhadap apa-apa kecacatannya
dan kekuranganya serta tidak memperlekehkan dia
- menutup segala aib
- tidak mencerca dan memandang negatif terhadap apa yang dilakukan oleh sahabat dan
bersikap
3. ( Perseimbangan)
Takaful bermaksud saling menampung, membantu, memikul beban dan tugas serta bersamasama dalam keadaan susah atau senang. Antara lain tuntutan rukun ini ialah:
- berjanji antara satu sama lain dalam perkara kebajikan dan pengislahan
- memberi kemudahan dan kesenangan sesama mukmin sabda Rasulullah SAW



maksudnya: Barangsiapa yang memberikan kebahagiaan dan kesenangan kepada ahli rumah
daripada kalangan muslimin, maka Allah tidak melihat ke atasnya daripada balasan kecuali
syurga
* Kalau kita perhatikan rukun dalam bahasa Arab ialah atau . Iaitu
naqib, anak usrah dan manhaj usrah. Tetapi As-Syahid Hasan Al-Banna meletakkan 3 perkara
di atas sebagai rukunnya. Bermakna, As-Syahid meletakkan prinsip yang jelas, kukuh dan
dalam pembinaan sesebuah daulah dan khilafah.
a) Unit Silibus
Unit silibus memainkan peranan membantu badan dakwah atau persatuan Islam
menyiapkan silibus usrah dalam bentuk yang tersusun dan rapi. Silibus usrah amat penting
bagi menjadualkan pengisian-pengisian yang telah ditetapkan bagi mentarbiyah para pelajar
dengan wasilah usrah. Contohnya dalam tempoh tingkatan 1-3, badan dakwah mempunyai
silibus tertentu bagi peringkat para pelajar berkenaan. Begitu seterusnya bagi tingkatan 5 dan
6. Silibus ini pula perlulah ada jalinan antara satu tingkatan dengan satu tingkatan yang lain

agar pengisian yang diberikan melalui silibus tersebut mempunyai kesinambungan. Hal ini
penting agar para pelajar mudah mengikuti pengisian yang diberikan kepada mereka.
Mengapa perlu disediakan satu modul silibus usrah? Tidak cukupkan pendidikan Islam
yang dipelajari di kelas-kelas? Jawapannya ialah: Sebenarnya pendidikan Islam yang diajar di
kelas-kelas tidak mencukupi dan mempunyai kepincangan dalam pelbagai sudut. Antaranya:
a) Pendidikan Islam menjadi subjek elektif dan bukan subjek teras menyebabkan para
pelajar tidak serius mempelajari dan mendalami ilmu ini
b) Pendidikan Islam yang diajar di sekolah-sekolah tidak menitikberatkan penghayatan
dan amalan seharian. Bahkan segelintir ahli dalam bidang pendidikan menganggap
bahawa penghayatan Islam dianggap mundur dan kolot.
c) Secara umumnya, sistem pendidikan yang dijalankan di dalam negara ada dipengaruhi
dengan unsur-unsur pemisahan antara ilmu dan amal, kepentingan dunia dengan
kepentingan akhirat.
d) Selain itu, bagi mereka yang belajar di sekolah-sekolah agama rakyat yang mendapat
pendidikan sampingan daripada Tok-tok Guru Pondok juga tidak dapat lari daripada
mengadakan usrah mengikut manhaj yang tertentu. Ini kerana manhaj usrah lebih
menitikberatkan penghayatan Islam secara kolektif dan bukan individu. Begitu juga
manhaj usrah memberi penekanan yang seimbang antara ilmu turath dengan ilmu
semasa.
Justeru, dengan keadaan yang berlaku dalam sistem pendidikan perlu ditampung
dengan usrah-usrah yang dijalankan oleh badan-badan dakwah di sekolah bagi membentuk
pelajar muslim yang seimbang dalam pelbagai aspek kehidupan.
b) Unit Modul
Modul bermaksud suatu kursus pelajaran seperti latihan, gerak kerja berkumpulan atau
latihan dalam kumpulan yang dapat dilaksanakan secara tersendiri ke arah pencapaian
sesuatu kelayakan atau kemahiran. Dalam kata yang lebih mudah, modul ialah suatu latihan
yang menggunakan bahan-bahan atau soalan-soalan untuk dijawab bagi mencapai objektif
sesuatu program atau aktiviti.
Unit modul berperanan menyiapkan modul-modul untuk dilaksanakan dalam usrah
LDK atau aktiviti-aktiviti sepanjang tahun yang dijalankan oleh badan dakwah atau persatuan
Islam.
2. BIRO TAMRIN
a) Unit protokol
Unit protokol lebih kepada membuat kerja-kerja teknikal. Contohnya seperti membuat
persiapan tempat berceramah, menyiapkan makanan dan minum para peserta, penceramah
dan fasilitator, membuat persiapan pentas, memasak dan seumpamanya.
Walaupun kerja-kerja protokol ini kelihatan mudah dan bersifat teknikal, pengalaman
menunjukkan bahawa masalah ini juga perlu dan amat penting diberi perhatian. Hal ini
kerana kerja-kerja unit ini perlukan penelitian dan kemahiran. Sekiranya di sana ada berlaku
masalah teknikal, kemungkinan boleh menjejaskan mana-mana pihak sama ada pada peserta,

penceramah, fasilitator mahupun kepada jawatankuasa sendiri. Contohnya dalam


permasalahan menyiapkan tempat berceramah dari sudut mikrofon, pembesar suara dan
sebagainya. Sekiranya sistem audio ini tidak berfungsi dengan baik, para peserta tidak dapat
mendengar ceramah dengan baik dan penceramah sendiri kurang selesa dengan keadaan
seumpama itu hingga menjejaskan konsenterasi untuk menyampaikan pengisian.
b) Unit disiplin
Unit disiplin mempunyai peranan yang amat penting bagi memastikan matlamat tamrin
tersebut tercapai dengan jayanya. Hal ini kerana sesebuah tamrin diadakan bagi melatih diri
seseorang peserta mematuhi masa, cepat bertindak, tangkas, tepat dan bersemangat. Selain
itu, unit disiplin juga berkuasa mengenakan tindakan tatatertib ataupun dalam bahasa
Arabnya ialah Iqob bagi memastikan seseorang peserta itu bertanggungjawab di atas segala
tindakan dan tugas yang telah dilaksanakan. Sebagai contoh, seseorang peserta terlewat
menghadiri sesuatu ceramah, unit disiplin berhak menghukum peserta tersebut dengan
hukuman-hukuman yang setimpal dan berpatutan. Begitu juga unit disiplin mempunyai
peranan sebagai pusher bagi menaikkan semangat, mencabar ego atau menekan psikologi
para peserta. Namun begitu, bagi aktiviti yang seumpama ini, perlu ada puller yang menarik
hati, memberi kesedaran sebenar, menghargai semangat para peserta dan seumpamanya yang
dinamakan menarik jiwa, perlu dijalankan oleh mereka yang dianggap kuat ruhiyyahnya dan
amat disegani dan disayangi oleh para peserta. Ini kerana push dan pull merupakan
tarbiyah daripada Allah dan Rasulullah SAW sendiri yang disebutkan sebagai tarhib dan
targhib. Ia amat sesuai dengan psikologi manusia dan fitrahnya yang tidak suka dimarah
tetapi suka dipuji dan dihargai. Begitulah juga uslub dan cara sesebuah tamrin diadakan.
Secara umumnya, tamrin merupakan satu program yang amat penting dan menjadi
ujian terakhir kepada seseorang daie sebelum terjun ke medan masyarakat. Seseorang pelajar
sekolah menengah akan menghadapi peperiksaan SPM sebelum memasuki ke alam universiti;
seseorang pasangan yang mahu berkahwin perlu mengikuti kursus perkahwinan sebelum
diijabkabulkan; begitulah juga dengan seorang naqib, pelajar muslim atau sesiapa yang ingin
menjadi daie kepada jalan Allah perlu kepada tamrin sebagai persediaan dan bekalannya.
Tamrin merupakan istilah daripada bahasa Arab bermaksud latihan. Latihan yang
dimaksudkan di sini bukanlah latihan dalam skop-skop tertentu, tetapi tamrin merangkumi
ketiga-tiga aspek penting iaitu spiritual, fizikal dan mental. Pun begitu, terdapat juga
beberapa tujuan khusus tamrin itu diadakan. Ada tamrin yang diadakan khas untuk bakalbakal pimpinan yang dinamakan tamrin qiadi, tamrin untuk memperkenalkan tarbiyah dan
dakwah kepada pelajar baru dinamakan tamrin pengenalan tarbiyah, tamrin untuk
mengukuhkan ukhuwah dinamakan tamrin ukhuwwah dan seumpamanya. Dalam masa yang
sama, terdapat beberapa jenis program yang semacam tamrin tetapi mempunyai perbezaan.
Contohnya seperti:
a) Mukhayyam mukhayyam lebih kepada tamrin berbentuk fizikal. Di samping itu
terdapat juga pengisian-pengisian mental dan aktiviti-aktiviti pengukuhan rohani.
b) Kem kem juga mempunyai matlamat-matlamat tertentu sama seperti mukhayyam.
Cuma aktivitinya lebih luas daripada mukhayyam yang boleh di adakan di dalam
dewan atau di luar dewan

c) Simposium lebih kepada pengisian membentuk fikrah dan pemantapan ilmu dan
thaqofah. Terdapat aktiviti-aktiviti yang mencambahkan lagi idea-idea utama
pengisian dan di resolusikan untuk dilaksanakan.
d) Kursus lebih kurang sama seperti simposium, cuma ia lebih umum.
Secara kesimpulannya, istilah-istilah diatas tidak mempunyai perbezaan yang ketara.
Cuma istilah sahaja yang berbeza.
3. BIRO PERHUBUNGAN LUAR
a) Unit IPT
Unit sekolah berperanan menghubungkan badan dakwah atau persatuan Islam dengan
Institut Pengajian Tinggi tempatan. Tujuannya agar para pelajar sekolah dapat dihubungkan
dengan mahasiswa-mahasiswa di universiti-universiti tempatan dan juga luar negara.
Biasanya sesebuah sekolah akan mengeluarkan para pelajarnya untuk memasuki ke IPT
tempatan atau luar negara. Dengan adanya hubungan dengan mereka yang berada di sekolah
menengah dan lepasan sekolah yang berada di IPT, sudah tentu memberikan pengaruh yang
positif agar para pelajar bersungguh-sungguh belajar untuk berebut memasuki ke IPT
tempatan atau luar negara.
b) Unit umum
Unit umum pula menjalankan tugas menghubungkan para pelajar dengan penduduk
berdekatan yang tinggal di sekitar sekolah ataupun penduduk kampung secara umumnya. Hal
ini amat bersesuaian dengan matlamat pendidikan agar memberi khidmat kepada masyarakat,
agama, bangsa dan negara. Di samping itu, program sekolah Bestari yang sedang dijalankan
dibeberapa buah sekolah juga amat menekankan sumbangan sesebuah sekolah kepada
penduduk setempat.
Contoh hubungan yang boleh diwujudkan ialah melalui aktiviti bergotong-royong, Hari
Kantin, Ceramah dan seumpama dengannya.
c) Unit sekolah
Unit sekolah berperanan menghubungkan badan dakwah atau persatuan Islam dengan
badan dakwah atau persatuan Islam di seolah-sekolah lain. Hubungan yang diwujudkan ini
amat perlu kerana di sana banyak faedah yang boleh diperolehi seperti kerjasama antara
badan dakwah, program gabungan, bantu-membantu dan bertukar-tukar fikiran tentang
kegiatan Islam yang dijalankan.
Lebih-lebih lagi akhir-akhir ini sudah banyak program ijtimak pelajar serta pertubuhanpertubuhan yang diwujudkan bagi menyatukan para pelajar sekolah terutamanya daripada
sekolah menengah. Contohnya IPIM (Ijtima Pelajar Islam Malaysia) pada tahun 1996 untuk
kali pertama yang dianjurkan oleh Universiti Islam Antarabangsa di Sekolah Menengah
Teknik dan IPIM kali kedua (1997) yang dijalankan di Selangor di bawah JAIS dan PUM.
Begitu juga program MOBIS yang dilaksanakan oleh JAIS dengan kerjasama PUM dan
pelajar-pelajar IPT tempatan.
Begitu juga Nadwah Kepimpinan Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh yang dijalankan
dua tahun sekali secara bergilir di sekolah-sekolah asrama penuh (SBP). Tak kurang juga
program-program yang dijalankan oleh Pembimbing Rakan Sebaya ataupun Unit Kaunseling

yang wujud di sekolah-sekolah yang telah banyak melahirkan kepimpinan di peringkat


remaja.

4. BIRO PENERBITAN DAN PUBLISITI


a) Unit majalah
Unit majalah berfungsi menerbitkan majalah khas yang dikeluarkan oleh badan dakwah atau
persatuan Islam. Majalah-majalah ini bertujuan sebagai salah satu uslub atau media untuk
menyampaikan mesej Islam. Di samping mengasah bakat-bakat penulisan di kalangan pelajar,
majalah ini juga boleh dijadikan sebagai suatu yang boleh dikomersialkan ke sekolah-sekolah
lain.
b) Unit risalah
Unit risalan menjalankan tugas menerbitkan risalah-risalah ringkas di sekitar sekolah.
Risalah-risalah ini biasanya dikeluarkan mengikut hari-hari atau peristiwa-peristiwa penting
yang berlaku dalam sejarah Islam seperti Aidil Fitri, Aidil Adha, Hijrah, Isra dan Mikraj dan
seumpamanya.
c) Unit Siber
Unit internet dijadikan salah satu unit dalam BPP ini berperanan mempublisitikan badan
dakwah atau persatuan Islam ke alam siber serta menyiarkan kegiatan-kegiatan yang
dijalankan. Tuntutan semasa yang telah banyak mengheret dakwah ke kancah yang lebih
mencabar ini perlu diraikan. Sekurang-kurangnya, badan dakwah atau persatuan Islam
mempunyai email tersendiri sebagai satu alat perhubungan. Apatah lagi jolokan internet
sekarang ini yang dikatakan telah banyak disalahgunakan dengan laman-laman lucah, maka
badan dakwah atau persatuan Islam perlu memainkan peranan menerokai alam siber dan
bersaing menyiarkan kegiatan-kegiatan dakwah dan Islam bagi meluaskan lagi medium
dakwah.
5. BIRO CERAMAH
a) unit pidato dan khutbah
Peranan unit ini ialah melatih dan mendedahkan kepada para pelajar agar mampu
menyampaikan pidato atau khutbah bagi pelajar agama. Hal ini kerana amat penting bagi
seseorang daie itu berani dan mampu tampil ke hadapan untuk bercakap di khalayak umum
dengan gaya dan hujah yang kukuh dan mantap. Sekaligus, dengan cara seumpama ini,
dakwah Islam dapat disebarkan dengan cepat dan mudah.
Bagi para pelajar agama, perlu dilatih memberi khutbah sama ada diadakan dalam bentuk
latihan dalam sesebuah program ataupun dilatih dengan menjadi khatib di mana-mana masjid
dengan kelulusan pihak berwajib. Walaupun latihan ini agak berat dan nampak sukar, tetapi
hakikatnya inilah yang pernah dibuktikan oleh sebahagian besar ulama Islam. Antaranya
ialah Yusof Al-Qaradwahi, Syeikh Mohammad Al-Ghazali, Imam Hasan Al-Banna dan
sebagainya.
b) unit perayaan dan hari kebesaran Islam

Unit ini pula berperanan mengadakan program ceramah, munaqasyah buku, forum, debat dan
seumpamanya yang berkaitan dengan hari perayaan atau kebesaran Islam. Walaupun begitu,
tidak juga ia terskop pada aspek tersebut, tetapi boleh juga diadakan bagi membincangkan
permasalahan semasa yang berlaku di dalam sekolah, dalam negara atau luar negara. Ia
bergantung pada keputusan dan mesyuarat dengan ahli jawatankuasa yang terbabit.
6. BIRO KESENIAN
a) unit nasyid
Di dalam biro kesenian ini diasingkan kepada unit nasyid dan unit pantomim. Nasyid
merupakan alternatif bagi nyanyian dan muzik yang mempunyai unsur-unsur Islam. Antara
unsur-unsur Islam yang ada dalam nasyid ialah seperti:
1. Lirik yang menepati syarak, tidak terkeluar dari sebarang bentuk yang bertentangan
dengan akidah, fiqah, syariah dan akhlak Islam.
2. Alat muzik yang dibenarkan oleh syarak iaitu kompang, gendang dan rebana.
3. Tidak bercampur penasyid lelaki dan wanita.
4. Penasyid sendiri memelihara syariat Islam.
Hukum Nasyid
Ada yang mempertikaikan bahawa nasyid adalah tidak syarie. Malahan ada yang
mengatakan bahawa dakwah melalui nasyid adalah tidak benar dan palsu dan bercampur
dengan perkara-perkara syubhat. Walau apapun pandangan yang dinyatakan, di sana perlu
dilihat bahawa persoalan nasyid dan yang berkaitan dengannya adalah perkara yang banyak
khilafnya daripada kalangan sahabat kecuali perkara-perkara yang menjadi qatie dalam
syariat seperti lirik yang bertentangan dengan akidah, berlaku percampuran antara lelaki dan
perempuan dengan bebas dan sebagainya. Walaupun begitu terdapat perkara-perkara yang
berlaku khilafnya seperti persoalan alat muzik, penaja persembahan dan syarikat yang
menjadi penerbit kepada sesebuah kumpulan nasyid.
Akhir-akhir ini kita melihat nasyid merupakan salah satu bentuk hiburan yang amat
popular dan mendapat tempat di hati masyarakat. Bahkan banyak kumpulan nasyid yang
mampu mengatasi kumpulan nyanyian balada, rock, rap dan lain-lain lagi. Menunjukkan
bahawa melalui nasyid, Islam mampu disebarkan. Bahkan kita lihat di sana terdapat nasyidnasyid yang berbentuk ilmu yang mendedahkan kepada anak-anak kecil menghafal sifat 20,
sifat nabi, asmaul Husna, dan nama-nama Nabi. Hal ini merupakan salah satu uslub bagi
memudahkan anak-anak kecil menghafal perakra-perkara fardhu ain dengan cepat dan baik.
Namun begitu, tidak dinafikan bahawa dakwah yang menjadi tujuan utama kepada
nasyid ini tidak diekspolitasi dengan mencari kepopularan dan kemahsyuran. Perlu di ingat
bahawa para artid nasyid menjadi idola kepada masyarakat khususnya para remaja. Sekiranya
berlaku perkara-perkara yang tidak baik daripada para artis nasyid, maka ia boleh
menimbulkan fitnah dan ikutan yang tidak baik. Ada sesetengah pendapat mendakwa bahawa
banyaknya kumpulan nasyid yang muncul akhir-akhir ini bukan bertujuan menyampaikan
dakwah, tetapi lebih mementingkan populariti. Hal ini menjadikan tujuan dan mesej dakwah
tidak berkesan dan sampai ke sanubari para pendengar.
Begitu juga permasalahan syarikat-syarikat rakaman yang juga memberi kontrak
kepada artis-artis yang tidak Islamik. Perkara ini dianggap syubhah oleh sesetengah pendapat.

Bagi saya, yang terbaiknya ialah kumpulan-kumpulan nasyid yang tumbuh bak cendawan
selepas hujan ini mengelakkan daripada menyertai syarikat-syarikat yang nyata terdapat
syubhah di dalamnya. Maksud syubhah di sini ialah dari segi wang dan royalti yang diterima
serta persekongkolan dengan artis-artis yang kurang Islamik. Sebagai cadangan, kumpulankumpulan nasyid perlulah membina sebuah syarikat tersendiri yang memberi peluang kepada
mana-mana kumpulan nasyid untuk menerbitkan album. Hal ini tidak mustahil dan mampu
dilaksanakan. Buktinya sudah ada kumpulan-kumpulan nasyid tertentu yang mampu
menerbitkan album sendiri, malahan ada yang mampu menceburkan diri ke arena penulisan
dengan menerbitkan majalah.
b) Unit pantomim.
Pantomim ialah satu bentuk drama yang dilakukan dengan cara lakonan dan diiringi
dengan muzik atau bunyi latar. Akhir-akhir ini, pantomim merupakan satu bentuk hiburan
yang semakin diminati dan dipertontonkan terutamanya di sekolah-sekolah dan di Institusi
Pengajian Tinggi Tempatan. Di bawah ini dinyatakan beberapa garis panduan pantomim.
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Tajuk, tujuan dan matlamat pantomim adalah selari dengan tuntutan syariat.
Tiada percampuran antara lelaki dan perempuan.
Tidak melalaikan dan melekakan secara berlebihan.
Tidak menggunakan bahasa-bahasa yang melampau.
Tidak menggunakan muzik-muzik yang keras dan yang tidak dibenarkan syarak.
Sebelum dan selepas persembahan hendaklah diberi sedikit pengumuman dan tazkirah
agar para penonton mendapat pengajaran, insaf dan mendapat faedah daripada drama
tersebut.

7. BIRO KEBAJIKAN
a) unit pelajar
Unit kebajikan bagi para pelajar diwujudkan bertujuan menjalankan kegiatan berbentuk
kebajikan khusus kepada para pelajar. Contohnya seperti memungut derma kilat bagi mereka
yang ditimpa kesusahan secara mengejut. Begitu juga biro kebajikan berperanan mewujudkan
tabung khas untuk kebajikan pelajar dan juga membantu mengagih-agihkan bantuan luar yang
diberikan kepada para pelajar berkenaan.
b) unit umum
Unit umum pula berperanan membuat aktiviti kebajikan kepada penduduk setempat seperti
memungut derma, mengumpulkan pelajar untuk menyembahyangkan jenazah penduduk
kampung, membaca tahlil, berzanji atau maulid dan seumpama dengannya.
8. BIRO MUSALLA DAN IBADAH
a) unit kebersihan dan keceriaan
Unit ini menjalankan tugas membersihkan musalla atau surau pada setiap hari serta
menceriakan dinding-dinding dan persekitarannya agar kelihatan menarik dan cantik.
Biasanya antara tugas-tugas unit ini seperti menyapu, mengemop, mengelap cermin serta
kipas, menyedut habuk karpet dengan vakum dan sebagainya. Dari segi keceriaan, unit ini

perlu menceriakan surau dengan poster-poster, papan kenyataan, tulisan-tulisan khat dan
seumpamanya.
b) unit perpustakaan mini
Unit perpustakaan pula perlu diwujudkan sekiranya Badan Dakwah atau Persatuan Islam
mempunyai maktabah atau perpustakaan tersendiri kepada para pelajar. Perpustakaan ini
tidaklah seperti perpustakaan sekolah. Tetapi ia lebih menyediakan buku-buku yang berkaitan
dengan Islam dan risalah-risalah tazkirah yang boleh dijadikan panduan kepada para pelajar
membuat rujukan.
9. BIRO KHAS
Tanzim jabatan Nuqaba dan Naqibat
Tanzim Jabatan Nuqaba dan Naqibat (TJN) adalah satu platform yang khusus kepada
para nuqaba dan naqibat menjalankan kegiatan mereka. TJN ini ditubuhkan disamping
menyatukan para Nuqaba dan Naqibat, ia juga membantu anak-anak usrah secara langsung
dalam akademik mahupun pentarbiyahan.
Apabila dianjurkan sebarang aktiviti mahupun program-program, TJN memainkan
peranan penting seperti menjadi fasilitator, AJK ataupun membantu secara balakang.
Membentuk Organisasi Yang Cemerlang
1. Memilih Qiadah yang memahami matlamat dan mengetahui wasilah-wasilah dakwah di
sekolah. Ia juga mampu merancang untuk mencapai matlamat tersebut.5
2. Pergerakan berasaskan manhaj keilmuan dan tarbiyah yang sejahtera serta perencanaan
yang lengkap. Di samping itu pengurusan kepimpinan yang kemas serta disiplin yang
tinggi.6
3. Bekerja keras, serius, gigih dan berpotensi dalam menjalankan semua urusan
pergerakan. Perlaksaannya juga perlu seimbang, tetap dan utuh.7
4. Menentukan cara perhubungan anggota di mana jua ia berada.
5. Menentukan cara perhubungan anggota dengan pihak pimpinan yang
bertanggungjawab. Di samping itu menanamkan kepercayaan yang mendalam antara
barisan pimpinan dan pihak bawahan.
6. Setiap anggota harus bekerja mengikut kemampuan, kebolehan, kelayakan, keupayaan
dan persediaan masing-masing.
7. Pimpinan yang lebih tinggi hendaklah memberikan harapan dan kepercayaan kepada
orang bawahan.
Said Hawa : Al-madqal halaman 173 5
Al-Qaid Qudwatun Fi Thoriq Ad-Dakwah Mustafa Masyhur halaman 128 6
Amal Jamaie Said Hawa Hal 17 7

8. Iltizam sepenuhnya dengan apa yang telah ditetapkan oleh badan dakwah dan
bertanggungjawab ke atasnya.
9. Menerima perubahan mengikut marhalah/ masa yang telah direncanakan.
10. Menegur kepimpinan atasan sekiranya ada kesilapan dengan adab dan cara yang baik.
11. Elakkan daripada buruk sangka antara pimpinan.

Anda mungkin juga menyukai