Anda di halaman 1dari 2

‫بسم اهلل الرحمن الرحيم‬

ِ ‫شر‬
‫ف‬ َْ َ‫السالَ ُم َعلَى ا‬
َّ ‫الصالَةُ َو‬ َّ ‫و‬، ‫ن‬ ‫ي‬
ْ ِ َ‫ِهلل ر ِّبا ْلعال‬
‫م‬ ِ ‫اَْلحم ُد‬
َ َ َ َْ
‫ص َحا ِب ِه اَ ْج َم ِع ْين‬ ِِ
ْ َ‫و َعلَى آله َوا‬، َ ‫ن‬ ‫ي‬ْ ِ‫ا ْلمرس‬
‫ل‬ َ ُْ
‫س ِّي ِد َنا ُم َح َّمد اَ ْل َفات ِِح لِ َما أ ُ ْغل َِق‬
َ ‫س ِّل ْم َع َلى‬ َ ‫اَل َّل ُه َّم‬
َ ‫صل ِّ َو‬
‫س َب َق وال َّناصِ ِر ا ْل َح ِّق ِبا ْل َح ِّق َوا ْل َهادِي إِ َلى‬ َ ‫َوا ْل َخاتِم لِ َما‬
َ ‫صِ َراطِ َك ا ْل ُم ْس َتقِيم صلى هللا عليه و َع َلى آلِ ِه َو‬
‫ص ْح ِب ِه‬
ِ ‫َح َّق َقدْ ِر ِه َو ِم ْقد‬
‫َارهِا ْل َعظِ ْي ِم‬

‫ َوإِنْ َكانَ فِي‬، ‫اء َفأ َ ْن ِز ْل ُه‬ ِ ‫الس َم‬َّ ‫ال ّل ُه َّم إِنْ َكانَ ِر ْزق ِْي فِي‬
ِّ ‫وإِنْ َكانَ ُم ْعسِ ًرا َف َي‬،
َ‫ َوإِنْ َكان‬، ُ‫س ْره‬ َ ‫ض َفأ َ ْخ ِر ْج ُه‬ ِ ‫ْاألَ ْر‬
‫ َوإِنْ َكانَ َب ِع ْيدًا َف َق ِّر ْب ُه‬، ُ‫َح َرا ًما َف َط ِّه ْره‬

Ya Allah Engkaulah Penguasa Langit dan bumi serta pebendaharaan


antara kedua-duanya.
Ya Allah, kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami
berkampung selama (Nyatakan bilangan hari) dalam (Nyatakan Nama
Kursus).
Kami juga bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri,
emosi dan roh kami sehingga dapat menyelesaikan kursus (tukar dengan
yang bersesuaian) ini dengan jayanya .
Ya Allah Bagi-Mu segala puji dan puja,
Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah, mengingati dan menyebut
nama-Mu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang
ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.
Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat ,
Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmat-Mu kepada kami, ibu
bapa kami, keluarga dan anak-anak kami, guru-guru kami, anak-anak didik
kami di sekolah, sahabat-sahabat seperjuangan dalam bidang pendidikan .
Ya Allah, Qaadhial Hajat,
Tika dan saat ini kami hulurkan tangan kehambaan yang penuh dengan
noda dan dosa serta tangan penuh dengan pengharapan,
Sesungguhnya kami berlumuran dengan dosa, maka ampunkanlah dosa-
dosa kami ;
Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian, maka kuatkanlah kami dan
Islam dalam amal jamai’e dan kolektif;
Sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya , maka kurniakanlah kami
nikmat kesabaran seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul’azmi ;
Sesungguhnya kami amat cenderung untuk mengutamakan diri kami,
maka didiklah hati kami untuk mengutamakan keperluan saudara-saudara
seagama kami sebagaimana Kekasih-Mu mendidik para sahabat baginda
berbuat demikian;
Sesungguhnya hati kami juga sentiasa berbolak balik dan bercerai berai ,
maka satukanlah hati-hati kami dan berikanlah kami ruang dan masa untuk
bantu-membantu dalam menegakkan amal makruf dan nahi mungkar.

‫س َن ٍة َو ِق َنا َع َذ ًابا‬ ِ ٍ ‫الد ْنيا ح‬


َ ‫س َنة َو ِفياآلخ َر ِة َح‬
ِ ِ
َ َ َ ُّ ‫َر َّب َنا آت َنا في‬
َّ
ِ ‫الن‬
‫ار‬

‫سلَّم‬ ‫و‬ ِ ‫آل ِه واَصحا ِب‬


‫ه‬ ِ ‫وصلَّى اهلل ُعلَى مح َّم ٍد وعلَى‬
َ َ َ ْ َ َ َ َُ َ َ َ
‫َوا ْل َح ْم ُد ِللَّ ِه َر ِّب ا ْل َعالَ ِم ْين‬

Anda mungkin juga menyukai