Anda di halaman 1dari 1

‫من ْالرَّ ِحيْم‬

ِ ْ‫هللا ْالرَّ ح‬
ِ ‫سْ ِم‬.

‫صالَة َُوال َّسالَ ُم َعلَى َس ِّي ِد َنا م َُح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه َوَأصْ َح ِاب ِه َأجْ َم ِعي َْن‬
َّ ‫ َوال‬،‫اَ ْل َحمْ ُد هَّلِل ِ َربِّ ْال َعالَ ِميْن‬

Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar

Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menghulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan
dan RahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga kesabaran,
ketabahan dan kekuatan kepada Yang Berusaha,,YM Tengku Adzhan Arif B T Yusof yang akan
bersara, menamatkankan perkhidmatannya sebagai seorang guru. Moga bagi beliau selepas bersara
nanti, kehidupan yang penuh gembira, ceria dan bahagia, serta dikurniakan dengan kesihatan,
kesejahteraan, ketenteraman dan ketenangan.

Allahumma Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakah

Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepadanya dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan atas
segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan sepanjang bergelar sebagai seorang guru.
Kau limpahkanlah Rahmat dan BerkatMu, sebagai ganjaran kepada semangat juang yang tidak
pernah mengenal erti putus asa, di dalam memikul tanggungjawab sebagai pendidik, pemimpin dan
ibu yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran, demi kecemerlangan anak
bangsa. Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan, dan semangat beliau menjadi pendorong untuk
kami meneruskan perjuangan sebagai seorang insan pendidik.

Allahumma Ya `Aalim wa Ya QadhialHajat

Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah
kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang
berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang
halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan
juga di akhirat.

Ya Zal Jalali Wal Ikram

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang diRahmati, dan
jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan yang diBerkati.

‫ َوالَ َتجْ َع ِل اللَّ ُه َّم ِف ْي َنا َوالَ َم َع َنا َوالَ َمنْ َي ْت َب ُع َنا َش ِق ًّيا‬،‫ َو َت َفرُّ َقـَ َنا مِنْ َبعْ ِد ِه َت َفرُّ قا ً َمعْ ص ُْومًا‬،‫اَللَّ ُه َّم اجْ َع ْل َج ْم َع َنا َه َذا َجمْ ًعا َمرْ ح ُْومًا‬
‫ َوالَ َم ْطر ُْو ًدا َوالَ َمحْ ر ُْومًا‬.

َ ‫ر َّب َنا َءا ِت َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح َس َنة ً َوفِي اَألخ َِر ِة َح َس َنة ًَو ِق َناـ َع َذ‬.ِ
‫اب ال َّنار‬ َ
‫ َو ْال َحمْ ُدهَّلِل ِ َربِّ ال َعالَ ِمي َْن‬،‫صحْ ِب ِه َو َسلَّ َم‬
َ ‫صلَّىـ هللاُ َعلَى َس ِّي ِد َنا م َُح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه َو‬
َ ‫و‬.َ
‫اَ ُم َعلَى َس ِّي ِد َنا م َُح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه َوَأصْ َح ِاب ِه َأجْ َم ِعي َْن‬.

Anda mungkin juga menyukai