Anda di halaman 1dari 9

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

TEKS KHUTBAH

Tajuk :

“PALESTIN: PERJUANGAN TANPA NOKTAH”

Tarikh Dibaca :

16 SYAWAL 1442H/
28 MEI 2021M

Disediakan oleh :

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


Khutbah Jumaat Palestin: Perjuangan Tanpa Noktah

“PALESTIN: PERJUANGAN TANPA NOKTAH”


16 SYAWAL 1442H / 28 MEI 2021

‫ و َنَعُوْذ ُ ب ِالله ِ م ِنْ شُر ُ ْورِ أنْفُسِنَا‬،ِ ‫ نَحْمَدُه ُ و َنَسْت َعِي ْن ُه ُ و َنَسْتَغْف ِرُه ُ و َنَتُو ْبُ ِإلَيْه‬،ِ‫ِإ َّن ا ْلحم َْد َ ل َِّله‬

ِ ‫تجِد َ لَه ُ و َل ًِّيا م ُْر‬


.‫شدًا‬ َ ْ‫ م َنْ يَهْدِ الله ُ فَه ُو َ ال ْم ُهْت َدِ وَم َنْ يُضْ لِلْ فَلَن‬،‫ات أعْمَالِنَا‬
ِ َ ‫وَم ِنْ سَي ِئ‬

‫ ا َ َّلله ُ َّم‬،‫سو ْلُه‬


ُ َ ‫ و َأشْهَد ُ أ َّن مُح ََّمدًا عَبْدُه ُ وَر‬،ُ ‫ك لَه‬
َ ْ ‫أشْهَد ُ أ ْن َّلا ِإلَه َ ِإ َّلا الله ُ وَحْدَه ُ ل َا شَر ِي‬

.ِ‫َل وَسَل ِ ْم عَلَى نَب ِي ِنَا مُح ََّمدٍ و َعَل َى آلِه ِ و َصَ ح ْب ِه ِ و َم َنْ د َعَا بِدَعْوَتِه ِ ِإلَى يَو ْ ِم الد ِيْن‬
ِ ‫ص‬

َ ‫ قَا‬،َ‫صيْك ُ ْم و ن َ ْفس ِي بتَِقْو َى الله ِ فَق َ ْد فَاز َ الم َُّتقُوْن‬


‫ل‬ ِ ‫ ُأ ْو‬،َ‫ ِإ َّتق ُوا الله‬،ِ‫أ َّما بَعْد ُ فَيَا عِبَاد َ الله‬

‫ل‬ َ ِ ‫ م‬: ‫جيم‬


ٌ ‫ن ال ْمُؤْم ِنِينَ رِج َا‬ ِ ‫ن ا َّلر‬ َّ ‫ن‬
ِ ‫الشيْطَا‬ َ ِ ‫ أع ُوذ ُ ب ِالله ِ م‬: ،ِ‫الله ُ تَع َالى َ فِي ك ِتَابِه ِ ال كَر ِيم‬

‫نح ْب َه ُ وَم ِ ْنه ُ ْم م َنْ يَن ْتَظ ِر ُ وَم َا ب ََّدلُوا تَبْدِيل ًا‬
َ ‫صد َق ُوا م َا عَاهَد ُوا الله َ عَلَيْه ِ فم َِنْه ُ ْم م َنْ ق َض َى‬
َ

٢٣

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,


Khatib ingin berpesan kepada diri sendiri dan para jemaah sekalian untuk sama-sama
bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa dengan melaksanakan
segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita sentiasa
berada dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Sebagai
solidariti kepada saudara kita di Palestin, mimbar pada hari ini akan membicarakan
khutbah bertajuk: “Palestin: Perjuangan Tanpa Noktah”.
1
Khutbah Jumaat Palestin: Perjuangan Tanpa Noktah

Sidang Jemaah yang dimuliakan,


Dalam usaha kita mengekang penularan Covid-19 ini, khatib ingin terus mengingatkan
masyarakat agar menyahut seruan kerajaan supaya mendaftar dalam aplikasi
MySejahtera untuk pengambilan suntikan vaksin COVID-19 yang sedang dilaksanakan.
Masyarakat hendaklah hadir ke tempat janji temu yang ditetapkan mengikut tarikh dan
masa yang diberi. Di samping itu juga, sidang jemaah sekalian diingatkan supaya terus
mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan dalam masa yang sama terus bertaubat,
bermunajat dan memohon kepada Allah SWT agar kita semua terhindar dari wabak
Covid-19 yang melanda negara dan dunia ketika ini.

Sidang Jemaah yang dimuliakan,


Palestin merupakan sebuah negara berdaulat yang sebahagian besar rakyatnya terdiri
daripada Bangsa Arab beragama Islam. Masjid al-Aqsa yang terletak di Palestin pula
merupakan kiblat pertama umat Islam, kemudian ditukarkan ke arah Masjid al-Haram
atau Kaabah di Makkatul Mukarramah.

Konflik yang berlaku antara Palestin dan Israel bukanlah suatu perkara baharu dalam
lembaran sejarah ketamadunan manusia. Sejak dari penubuhan negara haram Israel
pada 15 Mei 1948, kita dapati bahawa konflik tersebut telah berlangsung sejak lebih
enam dekad.

Israel telah menjadi negara pengganas selama 73 tahun sejak berlakunya peristiwa
Nakbah atau malapetaka pada 15 Mei 1948. Peristiwa ini membawa kepada penubuhan
Negara Israel di atas 77 peratus tanah Palestin yang dirampas. Ia juga turut dikaitkan
dengan pengusiran 800 ribu rakyat Palestin yang menjadikan mereka sebagai pelarian.
Al-Quran telah merakamkan bahawa kaum yahudi merupakan kaum yang paling
dahsyat ganasnya dan melampau dalam memerangi para Rasul-Nya. Allah SWT
menyatakan dalam Surah al-Baqarah ayat 61:

َ ِ ‫ن الله ِ ذ َل‬
َ‫ك ب ِأ َّنه ُ ْم ك َانُوا ي َ ْكف ُر ُون‬ َ ِ ‫َب م‬ ْ َ ‫و َضُر ِب َْت عَلَيْهِم ُ الذِلَّة ُ و َال ْم‬
ٍ ‫سكَن َة ُ و َب َاءُوا ب ِغَض‬

٦١ َ‫صو ْا وَك َانُوا يَعْتَد ُون‬


َ َ ‫ك بِمَا ع‬
َ ِ ‫ق ذَل‬ َّ َ‫َات الله ِ و َيَقْتُلُون‬
ِ َ ‫النب ِيِينَ ب ِغَيْر ِ الْح‬ ِ ‫ب ِآي‬
2
Khutbah Jumaat Palestin: Perjuangan Tanpa Noktah

Maksudnya: “Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sepatutnya
mereka mendapat kemurkaan daripada Allah. Hal yang demikian itu, disebabkan
mereka kufur (mengingkari) terhadap ayat-ayat Allah (perintah-perintah dan mukjizat-
mukjizat yang membuktikan kebesaran-Nya); dan mereka pula membunuh para nabi
tanpa sebarang alasan yang benar. Oleh yang demikian, perkara itu berlaku kerana
mereka menderhakai Allah dan mereka pula sentiasa melampaui batas”.

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,


Isu Palestin merupakan isu besar dan seharusnya menjadi agenda utama umat Islam
sejagat. Seluruh dunia Islam hendaklah meletakkan pembebasan bumi Palestin sebagai
agenda penting. Setiap umat Islam mempunyai tanggungjawab untuk sama-sama
berusaha dengan apa cara sekalipun membantu rakyat Palestin membebaskan tanah
air mereka daripada pencerobohan dan penjajahan zionis Israel, terutama sekali Masjid
al-Aqsa yang terletak di tanah suci Baitul Maqdis.

Kezaliman yang dilakukan oleh Yahudi mesti dinyatakan bukan semata-mata kerana
kesalahan yang mereka lakukan. Tetapi kezaliman itu mesti disebarkan kepada umum
kerana tindakan mereka menyebabkan kesan yang sangat mendalam kepada
penduduk Palestin.

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,


Allah SWT berfirman:

ْ‫نح ْب َه ُ وَمِنْه ُ ْم م َن‬


َ ‫صد َق ُوا م َا عَاهَد ُوا الله َ عَلَيْه ِ فم َِنْه ُ ْم م َنْ ق َض َى‬
َ ‫ل‬
ٌ ‫ن ال ْمُؤْم ِنِينَ رِج َا‬
َ ِ‫م‬

٢٣ ‫يَن ْتَظ ِر ُ وَم َا ب ََّدلُوا تَبْدِيل ًا‬

Maksudnya: “Antara orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar dengan
menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela
Islam); maka antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur
syahid), dan antaranya ada yang sedang menunggu giliran; dan mereka pula tidak
mengubah (apa yang mereka janjikan itu) walaupun sedikit”. (Surah al-Ahzab ayat 23)

3
Khutbah Jumaat Palestin: Perjuangan Tanpa Noktah

Ayat ini merupakan seruan Allah SWT kepada umat Islam bahawa wajib bangkit untuk
berjihad menghadapi musuh yang menceroboh tanah air dan saudara seagama
mereka, di mana-mana sahaja mereka berada dan pada bila-bila masa.

Allah SWT menyeru kepada semua lapisan umat Islam untuk sama-sama terlibat dan
bangkit berjihad dengan jiwa dan raga, harta benda, dan kepakaran sama ada golongan
muda mahupun tua, miskin ataupun kaya, mengikut kemampuan masing-masing
termasuklah dengan berdoa. Hal ini sebagaimana firman-Nya dalam Surah al-Taubah
ayat 41:

‫ل الله ِ ذ َل ِك ُ ْم خَيْر ٌ ل َك ُ ْم ِإ ْن‬


ِ ‫سك ُ ْم فِي سَب ِي‬
ِ ُ ‫خف َافًا و َثِق َال ًا وَج َاهِد ُوا ب ِأمْوَال ِك ُ ْم و َأنْف‬
ِ ‫انْف ِر ُوا‬

٤١ َ‫كن ْتُم ْ تَعْلَم ُون‬


ُ

Maksudnya: “Berangkat pergilah kamu secara beramai-ramai (untuk berperang pada


jalan Allah), sama ada dalam keadaan berasa ringan (dan mudah bergerak) mahupun
dalam keadaan berasa berat (disebabkan pelbagai tanggungjawab); dan berjihadlah
dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Demikian
itu, amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui”.

Pihak kerajaan dan NGO telah melancar tabung-tabung bagi membantu rakyat Palestin
yang sedang dalam kesusahan dan penderitaan. Banyak kemusnahan dan kerosakan
kediaman, hospital, dan kemudahan-kemudahan awam lain yang disebabkan oleh
kerakusan dan keganasan tentera rejim Zionis. Semuanya memerlukan sumbangan
daripada kita. Maka, khatib ingin menyeru supaya kita menyumbang walaupun sedikit
ke dalam tabung yang diiktiraf sebagai tanda solidariti kita bersama-sama perjuangan
rakyat Palestin membebaskan tanah air mereka daripada cengkaman zionis Israel.

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,


Perjuangan membebaskan Palestin merupakan perjuangan yang tidak bernoktah.
Selagi rejim Zionis menguasai negara itu, maka selagi itulah setiap umat Islam
bertanggungjawab mempertahankannya. Sedarlah bahawa kaum Yahudi tidak akan
berhenti menyakiti umat Islam walaupun perjanjian demi perjanjian telah dibuat. Inilah
4
Khutbah Jumaat Palestin: Perjuangan Tanpa Noktah

sikap kaum Yahudi yang disebutkan oleh Allah SWT:

‫ن عَاهَدْتَ مِنْه ُ ْم ث َُّم‬


َ ‫)الَّذ ِي‬٥٥( َ‫كف َر ُوا فَه ُ ْم ل َا يُؤْم ِن ُون‬ َ ‫َاب عِن ْد َ الله ِ الَّذ ِي‬
َ ‫ن‬ َّ ‫ِإ َّن ش ََّر‬
ِ ‫الدو‬

)٥٦( َ‫ل م ََّرة ٍ و َه ُ ْم لا ي ََّتق ُون‬


ِ ُ ‫يَنْقُضُونَ ع َ ْهد َه ُ ْم فِي ك‬

Maksudnya: “Sesungguhnya sejahat-jahat (makhluk) yang melata di sisi (hukum dan


ketetapan) Allah ialah orang-orang yang kafir (yang degil dengan kekufurannya). Sebab
itu mereka tidak (mahu) beriman. (Iaitu) orang-orang yang engkau telah mengikat
perjanjian setia dengan mereka, kemudian mereka mencabuli perjanjian setianya pada
tiap-tiap kali, sedang mereka tidak mahu memelihara dirinya (dari keaiban mencabuli
perjanjian itu).” (Surah al-Anfal ayat 55 – 56)

Mengakhiri khutbah pada hari ini, khatib ingin menekankan beberapa intipati yang perlu
diberi perhatian iaitu:
Pertama: Negara Palestin merupakan sebuah negara Islam yang berdaulat dan
termaktub dalam peta dunia manakala tertubuhnya negara haram Israel ialah dengan
cara yang tidak bertamadun pernah dicatatkan dalam lembaran sejarah dunia.
Kedua: Kaum Yahudi sememangnya disebutkan oleh Allah SWT sebagai bangsa yang
sering melampau dan sering memungkiri janjinya.
Ketiga: Tiap-tiap umat Islam wajib berusaha mempertahankan bumi Palestin dan
mana-mana negara Islam yang ditindas dengan menafkahkan jiwa raga, harta benda
dan mendoakan saudara Islam yang lain.

Firman Allah SWT:

ِ ‫ تُؤْم ِن ُونَ ب ِالله‬١٠‫َاب أل ٍِيم‬


ٍ ‫ن آم َن ُوا ه َلْ أد ُُل ك ُ ْم عَلَى تِ جَارَة ٍ تُنج ِيك ُم م ِنْ عَذ‬
َ ‫ي َا أ ُيهَا الَّذ ِي‬
ٰ
ِ ُ ‫ل الله ِ ب ِأمْوَال ِك ُ ْم و َأنف‬
ْ ‫سك ُ ْم ۚ ذَٰل ِك ُ ْم خَيْر ٌ ل َك ُ ْم ِإن كُنتُم‬ ِ ‫وَرَسُولِه ِ وَتُجَاهِد ُونَ فِي سَب ِي‬

١١ َ‫تَعْلَم ُون‬
5
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Palestin: Perjuangan Tanpa Noktah‬‬

‫‪Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu‬‬


‫‪perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi‬‬
‫‪sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang‬‬
‫‪membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang‬‬
‫‪demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang‬‬
‫)‪sebenarnya).”. (Surah al-Saff ayat 10-11‬‬

‫َات و َالذِكْر ِ‬ ‫ن الْعَظِي ْ ِم‪ ،‬و َنَف َعَن ِ ْي و َِإ َّياك ُ ْم بِمَا فِيْه ِ م ِ َ‬
‫ن الْآي ِ‬ ‫ب َارَك َ الله ُ ل ِ ْي و َل َك ُ ْم ب ِالْقُر ْآ ِ‬

‫ل قَو ْل ِ ْي هَذ َا و َأسْ تَغْف ِر ُ الله َ‬ ‫ل م ِن ِ ْي وَمِنْك ُ ْم تِلَاو َتَه ُ ِإ َّنه ُ ه ُو َ َّ‬
‫السمِي ْ ُع ال ْعَلِي ْم ُ‪ .‬أقُو ْ ُ‬ ‫كي ِْم‪ ،‬و َتَق ََّب َ‬
‫الْح َ ِ‬

‫ات الْأحْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم‬


‫ات و َال ْمُؤْم ِنِيْنَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬
‫الْعَظِي ْم َ ل ِ ْي و َل َك ُ ْم و َلِسَائِر ِ ال ْمُسْل ِمِيْنَ و َال ْمُسْل ِم َ ِ‬

‫حي ْم ُ‪.‬‬ ‫ات‪ ،‬فَاسْ تَغْف ِر ُ ْوه ُ ِإ َّنه ُ ه ُو َ ال ْغَفُوْر ُ َّ‬


‫الر ِ‬ ‫و َالْأمْو َ ِ‬

‫‪KHUTBAH KEDUA‬‬

‫َالسلَام ُ عَلى َ سَيِدِن َا مُح ََّمدِ ِن َّ‬


‫النب ِ ِي الْأم ِينِ‪ ،‬و َعَلَى آلِه ِ‬ ‫َالصلَاة ُ و َّ‬ ‫َب الْع َالم َي ِنَ‪ ،‬و َّ‬‫ا َ ْلحم َْد ُ ل َِّله ِ ر ِ‬
‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِينِ‪.‬‬
‫ن وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬ ‫صحَابِه ِ َّ‬
‫الطاهِرِي َ‬ ‫و َأ ْ‬

‫أن سَيِد َن َا مُح ََّمدًا عَبْدُه ُ وَرَسُول ُه ُ‪.‬‬


‫ك لَه ُ‪ ،‬و َأشْهَد ُ َّ‬ ‫أش ْهَد ُ أ ْن َّلا ِإله َ ِإ َّ‬
‫لا الله ُ وَحْدَه ُ لا َ شَر ِي ْ َ‬

‫أ َّما بَعْد ُ‪ ،‬فَيَا عِبَاد َ اللهِ‪ ،‬ا َِّتق ُوا الله َ ح ََّق تُق َاتِه ِ و َاع ْلَم ُوا أ َّن الله َ أم َرَك ُ ْم ب ِأ ْمر ٍ عَظ ٍِيم‪ ،‬أم َرَك ُ ْم‬
‫ه ُّ ه ه ه‬ ‫ه ه َٰٓ ه‬
‫ّلل هو هملئِك هتهۥ يصلون لَع‬ ‫ل الله ُ تَع َال َى‪ :‬إِن ٱ‬ ‫ِالصلَاة ِ و ََّالتسْل ِِيم عَلَى نَب ِيِه ِ ال ْكَر ِي ِم‪ ،‬فَق َا َ‬
‫ب َّ‬
‫ً‬ ‫ۡ‬ ‫ه ه ه ْ ه ُّ ْ ه ه ۡ ه ه ْ ه‬ ‫ه‬ ‫ُّ‬ ‫هه‬
‫بي ي َٰٓأيها ٱَّلِين ءامنوا صلوا عليهِ وسلِموا تسلِيما ‪٥٦‬‬
‫ٱنل ِ ِ‬

‫‪6‬‬
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Palestin: Perjuangan Tanpa Noktah‬‬

‫ل سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ كَمَا ص ََّلي ْتَ عَلَى سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َعَلَى‬
‫ل عَلَى سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آ ِ‬ ‫ا َ َّلله َُّم َ‬
‫ص ِ‬
‫ل سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ كَمَا ب َارَكْ تَ عَلَى سَي ِدِن َا‬
‫سي ِدِن َا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آ ِ‬
‫ك عَلَى َ‬
‫ل سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َب َارِ ْ‬
‫آ ِ‬
‫مجِيْدٌ‪.‬‬ ‫ل سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ فِي ال ْع َالم َي ِْنَ ِإ َّن َ‬
‫ك حَمِيْدٌ َ‬ ‫ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َعَلَى آ ِ‬

‫ن َّ‬
‫التاب ِع ِينَ و َت َاب ِع ِي‬ ‫ن و َع َنْ بَق َِّية ِ َّ‬
‫الصح َابَة ِ أجْم َع ِينَ‪ ،‬وَع َ ِ‬ ‫شدِي َ‬ ‫ن الْخل ُُف َاء ِ َّ‬
‫الرا ِ‬ ‫الله َُّم ع َ ِ‬
‫ْض َّ‬
‫و َار َ‬
‫ْض ع ََّنا م َعَه ُ ْم ي َا أك ْرَم َ الْأك ْرَم ِينَ‪.‬‬
‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِي ْ ِن و َار َ‬ ‫َّ‬
‫التاب ِع ِينَ وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬

‫ات الْأحْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َالْأمْو َ ِ‬


‫ات‪.‬‬ ‫الله َُّم اغْفِر ْ لِل ْمُسْل ِمِينَ و َال ْمُسْل ِم َ ِ‬
‫ات و َال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬ ‫َّ‬

‫َالص َّحة ِ و َّ‬


‫َالسلَامَة ِ م َل ِكَ نَا ك باوه د ُول ِي يڠ مَهَا م ُوليا‬ ‫ق و َال ْهِد َايَة ِ و ِ‬ ‫الله ُ َّم أي ِ ْد بِدَو َا ِم َّ‬
‫التو ْفِي ْ ِ‬ ‫َّ‬
‫سري ڤدوك بڬيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ ‪ ،‬الس ُلطَان عَبْد ُ الله رِعَايَة ُ الد ِي ْن ال م ُصْ طَفَى‬
‫َاج أحْم َد شَاه ال مُسْت َع ِي ْن بالله‪.‬‬
‫ب ِالله شَاه اب ْ ِن المرحوم سُلْطَان ح ِ‬
‫ك ك باوه د ُول ِي يڠ مَهَا م ُوليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ‪،‬‬
‫وَك َذل ِ َ‬
‫حو ْم ال م ُت َوَك ِلْ عَلَى‬
‫ْت ال مَر ْ ُ‬
‫تُونكو)‪ (Tunku‬حاجه ع َز ِ ي ْزَةْ أمِي ْنَة ْ مَيْمُو ْنَة ْ ِإسْ كَنْدَرِ يَة ْ بِن ِ‬
‫الله سُلْطَان ِإسْ كَنْد َ ْر الحَاج‪.‬‬

‫ات‬ ‫الله َُّم احْ ف َْظ عُلَمَاءَه ُ وَوُزَر َاءَه ُ و َقُضَاتَه ُ و َع َُّمالَه ُ وَر َعَاي َاه ُ م ِ َ‬
‫ن ال ْمُؤْم ِنِينَ و َ ال ْمُؤْم ِن َ ِ‬ ‫َّ‬
‫حم َ َّ‬
‫الرا ِحم ِينَ ‪.‬‬ ‫ك ي َا أ ْر َ‬
‫ب ِرَحْم َت ِ َ‬

‫ن و َأم َانٍ‪،‬‬ ‫الله َُّم اجْ ع َلْ بلََد َن َا م َالِيز ِي َا آم ِنا ً م ُ ْطم َئ ًِّنا‪ ،‬سَ خَاء ً رَخ َاءً‪ ،‬د َار َ ع َ ْد ٍ‬
‫ل و َِإيمَانٍ‪ ،‬و َأ ْم ٍ‬ ‫َّ‬
‫وَسَائ ِر َ بِلَادِ ال ْ مُسْل ِمِينَ‪.‬‬

‫سط ِينَ ‪ ،‬ا َ َّلله َُّم ال ْط ُْف بِه ِ ْم و َا ْرحَمْه ُ ْم‬ ‫ا َ َّلله َُّم أ ْ ِنج ِإخْ وَانَنَا ال ْم ُسْل ِم ِيْنَ ال ْمُسْت َضْ عَف ِيْنَ فِي فِل َ ْ‬
‫ف ع َنْه ُم ُ ال ْمَر ْض َى‬ ‫الشه َد َاء َ و َاشْ ِ‬ ‫ق و َا ْلحِصَارِ ‪ ،‬ا َ َّلله َُّم تَق َ َّبلْ م ِ ْنه ُم ُ ُ‬ ‫ن ال ِْضي ِ‬ ‫خر ِجْ ه ُ ْم م ِ َ‬‫و َأ ْ‬
‫ل لَه ُ ْم و َل َا ق َُّوة َ ِإ َّلا ب ِكَ‪.‬‬ ‫كنْ لَه ُ ْم وَل َا ت َكُنْ عَلَيْه ِ ْم ف َِإ َّنه ُ ل َا َ‬
‫حو ْ َ‬ ‫و َالْج َرْحَى ‪ ،‬ا َ َّلله َُّم ُ‬
‫‪7‬‬
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Palestin: Perjuangan Tanpa Noktah‬‬

‫سط ِينَ ‪ ،‬ا َ َّلله َُّم عَلَي ْ َ‬


‫ك‬ ‫ك ب ِالْيَه ُودِ ال ْمُعْتَدِين الَّذ ِي َ‬
‫ن قَتَلُوْا ِإخْ وَانَنَا ال ْمُسْل ِمِينَ فِي فِل َ ْ‬ ‫ا َ َّلله َُّم عَلَي ْ َ‬
‫ل َّ‬
‫الدائ ِرَة َ عَلَيْه ِ ْم ‪،‬‬ ‫ك ‪ ،‬ا َ َّلله َُّم شَت ِ ْ‬
‫ت شَم ْلَه ُ ْم و َف َرِ ْق جَمْعَه ُ ْم و َاجْ ع َ ِ‬ ‫بِه ِ ْم ف َِإ َّنه ُ ْم ل َا يُعْ ِ‬
‫جز ُون َ َ‬
‫ا َ َّلله َُّم اَحْ صِه ِ ْم عَدَد ًا و َاق ْتُلُه ُ ْم بَدَد ًا وَل َا تُغ َادِ ْر مِنْه ُ ْم أحَدًا ‪ ،‬ا َ َّلله َُّم ان ْز ِلْ عَلَيْه ِ ْم و َعَلَى م َنْ‬
‫ك الَّذ ِي ل َا ي ُر َ ُد ع َ ِ‬
‫ن الْق َو ِم ال َّظالم ِينَ‪.‬‬ ‫س َ‬
‫عَاوَنَه ُ ْم ب َا ْ َ‬

‫الله َُّم ادْف َعْ ع ََّنا ال ْبَلَاء َ و َال ْغ َلاَء َ و َال ْو َباَء َ و َالْف َحْ شَاء َ و َال ْمُن ْك َر َ و َالْمِح َ َ‬
‫ن و َالْف ِتَنَ‪ ،‬م َا َظه َر َ مِنْهَا‬ ‫َّ‬
‫ك عَلَى ك ُِل شَيْء ٍ‬
‫ن اْلمُسْل ِمِيْنَ ع َ َّامة ً‪ِ ،‬إ َّن َ‬ ‫وَم َا بَطَنَ‪ ،‬م ِنْ بلََد ِن َا هَذ َا خ َّ‬
‫َاصة ً‪ ،‬وَم ِنْ بل ُ ْد َا ِ‬
‫ن البَرَصِ‪ ،‬و َالْجن ُ ُونِ‪ ،‬و َالْجُذ َا ِم‪ ،‬وَم ِنْ س َِي ِئ الْأسْ ق َا ِم‪ ،‬ي َا‬ ‫الله َُّم ِإ َّنا نَع ُوذ ُ ب ِ َ‬
‫ك مِ َ‬ ‫قَدِي ْر ٍ‪َّ .‬‬
‫حم َ َّ‬
‫الرا ِحم ِيْنَ‪.‬‬ ‫أ ْر َ‬
‫‪Ya Allah! Dengan sifat-Mu Yang Maha Pemurah dan Maha Mendengar! Engkaulah yang‬‬
‫‪Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Kami hamba-Mu yang lemah merayu kepada-Mu agar‬‬
‫‪Engkau angkat dan hilangkan segera wabak penyakit Covid-19 yang sedang melanda‬‬
‫‪kami agar dapat kami melaksanakan syiar-Mu dengan sempurna. Hanya kepada-Mu jua‬‬
‫‪Ya Allah, tempat kami mengadu dan memohon pertolongan.‬‬
‫‪Ya Allah! Jadikanlah kami dan keturunan kami orang-orang yang istiqamah mendirikan‬‬
‫‪solat secara berjemaah. Sesungguhnya hanya kepada-Mu jua Ya Allah, doa kami‬‬
‫‪mohon diperkenan dan diterima.‬‬

‫حسَن َة ً و َق ِنَا عَذ َابَ َّ‬


‫النارِ‪.‬‬ ‫خرَة ِ َ‬
‫حسَن َة ً و َفِي الْآ ِ‬ ‫ر ََّبنَا آتنَِا فِي ُ‬
‫الدن ْيَا َ‬

‫عِبَاد َ اللهِ‪،‬‬
‫ۡه ۡ ه ٓ‬ ‫ه‬ ‫ۡ ۡ ه ههۡ ه‬ ‫هٓ‬ ‫ه‬ ‫ۡ‬ ‫ۡهۡ ه ۡ‬ ‫ه هۡ‬
‫۞إِن ٱّلل يأمر ب ِٱلعد ِل وٱ ِۡلحس ِن ِإَويتا ِٕي ذِي ٱلقرب وينَه ع ِن ٱلفحشا ِء‬
‫ه‬ ‫هه‬ ‫ه‬ ‫ه ۡ ه ه ۡهۡ‬
‫غ يه ِعظك ۡم ل هعلك ۡم تذكرون ‪٩٠‬‬ ‫وٱلمنك ِر وٱۡل ِ ي‬
‫فَا ْذك ُر ُوا الله َ ال ْع َظِي ْم َ ي َ ْذكُر ْك ُ ْم‪ ،‬و َاشْ ك ُر ُوه ُ عَلَى ن ِعَمِه ِ يَزِدْكُمْ‪ ،‬و َاسْ ألُوه ُ م ِنْ ف َضْ لِه ِ يُعْطِك ُ ْم‬
‫وَل َذِك ْر ُ الله ِ أكْ ب َر ُ‪ ،‬و َالله ُ يَعْلَم ُ م َا تَصْ ن َع ُونَ‪.‬‬

‫‪8‬‬

Anda mungkin juga menyukai