Anda di halaman 1dari 9

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

TEKS KHUTBAH

Tajuk:

SABAR, IKHTIAR DAN TAWAKAL

Tarikh Dibaca:

17 JAMADILAWAL 1445H /
1 DISEMBER 2023

Disediakan oleh:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

*Tajuk cadangan
Khutbah Jumaat Sabar, Ikhtiar Dan Tawakal

SABAR, IKHTIAR DAN TAWAKAL


1 DISEMBER 2023 / 17 JAMADILAWAL 1445H

ِ ِ ‫ا َ ْلحم َْد ُ لِلّٰه ِ الْق َآئ‬


:‫ل‬

‫ن الرجِيم‬ ِ ‫ن الشيْطَا‬ َ ِ ‫أع ُوذ ُ ب ِالله ِ م‬


َ َ َٰ َ َ َّ َ ُ َ ۡ َ َٰ َ ۡ َ ۡ َ ۡ َ َ ِ ُۡ َ ۡ َ ۡ َ ُ َّ َ ُ ۡ َ َ َ
ۡ َ ِ ‫كم ب‬
‫ّش‬
ِ ِ ‫ب‬‫و‬ ‫ت‬
ِ ‫ر‬ ‫م‬ ‫ثل‬ ‫ٱ‬‫و‬ ‫س‬ِ ‫نف‬ ‫ۡل‬ ‫ٱ‬‫و‬ ‫ل‬
ِ ‫و‬ ‫م‬ ‫ۡل‬ ‫ٱ‬ ‫ِن‬ ‫م‬ ‫ص‬ ٖ ‫ق‬ ‫ن‬ ‫و‬ ‫وع‬ ‫ۡل‬ ‫ٱ‬‫و‬ ‫ف‬ ِ ‫و‬ ‫ۡل‬ ‫ٱ‬ ‫ِن‬ ‫م‬ ٖ ‫ء‬‫َش‬ ‫وَلبلون‬

َٰ َّ
َ ‫لصِب‬
١٥٥ ‫ين‬
)‫(سورة البقرة‬ ِِ ‫ٱ‬

‫َل‬
ِ ‫ الله ُم ص‬.ُ ‫ و َأشْهَد ُ أن مُحَمدًا ع َبْدُه ُ وَرَسُولُه‬،ُ ‫ك لَه‬
َ ‫أشْهَد ُ أ ْن لا ِإله َ ِإلا َ الله ُ وَحْد َه ُ ل َا شَر ِي‬

َ ‫ فَيَا عِبَاد‬،ُ ‫ أما بَعْد‬.ِ‫وَسَل ِ ْم عَلَى نَب ِي ِنَا مُحَمدٍ و َعَلَى آلِه ِ و َصَ ح ْبِه ِ وَم َنْ د َعَا بِدَعْوَتِه ِ ِإلَى يَو ْ ِم الدِين‬

.َ‫ ُأوصِيك ُ ْم و َن َ ْفس ِي بتَِقْو َى الله ِ وَطَاع َتِه ِ لَعَل ك ُ ْم تُفْلِحُون‬،َ ‫ اتق ُوا الله‬،ِ‫الله‬

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Bertakwalah kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan
meninggalkan segala larangan-Nya. Perbanyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad
SAW. Mudah-mudahan kehidupan kita sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Khatib
mengingatkan para jemaah agar memberi sepenuh perhatian kepada khutbah yang akan
disampaikan dan tidak melakukan perkara-perkara yang lagha seperti menggunakan
telefon dan berbual-bual. Tumpukan perhatian pada khutbah yang akan disampaikan,
mudah-mudahan kita semua mendapat hidayah dan taufiq dari Allah SWT.

Pada hari ini khatib ingin membicarakan khutbah bertajuk: “Sabar, Ikhtiar Dan Tawakal”.

1
Khutbah Jumaat Sabar, Ikhtiar Dan Tawakal

Sebelum itu, khatib ingin mengingatkan seluruh umat Islam untuk terus mendoakan
keselamatan, kesabaran dan kemenangan buat penduduk Palestin dalam menghadapi
kekejaman dan penindasan Rejim Zionis Israel. Bantulah mereka dengan apa-apa jua
cara yang termampu dan janganlah kita biarkan mereka bersendirian menghadapi ujian
yang sangat berat itu. Teruslah berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT agar Allah SWT
memberi kekuatan, kesabaran, dan kemenangan buat mereka dalam membina semula
kehidupan dan dalam memperjuangkan Bumi al-Quds. Insya-Allah.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Kehidupan di dunia ini tidak terlepas dari ujian dan cubaan dari Allah SWT, sama ada
berbentuk kesenangan mahupun bentuk kesusahan. Ia merupakan sunnatullah yang
mesti dilalui oleh setiap hamba Allah SWT. Allah SWT turut menyatakan bahawa kunci
bagi menghadapi ujian tersebut ialah dengan sabar sebagaimana disebut dalam firman
Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 155 yang menjadi mukadimah khutbah tadi
bermaksud:

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada
musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta
benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang
yang sabar”.

Sebagai umat Islam, kita meyakini bahawa segala yang berlaku merupakan atas
kehendak dan izin Allah SWT juga. Dalam Surah al-Taghabun ayat 11, Allah SWT
berfirman:
ٞ َ َ ُ ُ َّ َ ُ َ ۡ َ ۡ َ َّ ۡ ُ َ َ َّ ۡ َّ َ ُّ َ َ َ َ
ۡ ۢ
١١ ‫ما أصاب مِن م ِصيب ٍة إَِّل بِإِذ ِن ٱللِه ومن يؤ ِمن ب ِٱللِ يه ِد قلبهۥ وٱلل بِك ِل َش ٍء علِيم‬

Maksudnya: “Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang)
melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan
memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar);
dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Saban tahun, apabila kita memasuki penghujung tahun, kita akan berhadapan dengan
musim Monsun Timur Laut atau kita lebih kenal dengan musim tengkujuh. Musim
2
Khutbah Jumaat Sabar, Ikhtiar Dan Tawakal

tengkujuh membawa kepada situasi hujan lebat berterusan yang boleh mengakibatkan
banjir berserta angin kencang. Kita telah melihat beberapa peristiwa banjir besar yang
memusnahkan banyak harta dan kemudahan-kemudahan awam, juga kehilangan nyawa.
Setakat ini, beberapa negeri seperti Terengganu, Kelantan, Selangor dan beberapa negeri
lain telah pun mengalami banjir yang menjejaskan ribuan penduduk. Inilah bentuk ujian
Allah SWT. Semoga semua mangsa dapat terus bersabar menghadapi ujian ini dan
mudah-mudahan Allah SWT akan menggantikan dengan yang lebih baik.

Kita juga seharusnya menginsafi kejadian banjir atau apa jua bencana alam yang berlaku
hakikatnya berpunca dari tangan-tangan manusia sendiri.

Allah SWT menjadikan musibah dan cubaan tersebut sebagai ubat pembersih untuk
mengeluarkan semua kotoran dan penyakit hati yang ada pada hamba-Nya. Jika
seandainya kotoran dan penyakit tersebut tidak dibersihkan maka dia akan binasa (kerana
dosa-dosanya), atau setidak-tidaknya berkurang pahala dan darjatnya di sisi Allah SWT.
Jadi musibah dan cubaanlah yang membersihkan penyakit-penyakit itu, sehingga hamba
tersebut meraih pahala yang sempurna dan kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT.
Inilah makna sabda Rasulullah SAW ketika ditanya siapakah manusia yang paling berat
ujiannya. Maka Baginda SAW menjawab:

‫َب دِينِه ِ ف َِإ ْن ك َانَ دِين ُه ُ صُل ْبًا اشْ ت َد‬


ِ ‫حس‬
َ ‫ل عَلَى‬
ُ ُ ‫ل فَيُب ْتَلَى الرج‬
ُ َ ‫ل فَالأمْث‬
ُ َ ‫الأن ْب ِيَاء ُ ث ُم الأمْث‬

ُ ‫ح ال ْبَلاَء ُ ب ِال ْع َبْدِ حَتى يَت ْرُك َه‬


ُ َ ‫َب دِينِه ِ فَمَا يَبْر‬
ِ ‫حس‬
َ ‫بَلاَؤُه ُ و َِإ ْن ك َانَ فِي دِينِه ِ رِقة ٌ اب ْتُلِي َ عَلَى‬

ٌ ‫خط ِيئ َة‬


َ ِ ‫ض م َا عَلَيْه‬
ِ ‫ي َمْش ِي عَلَى الأ ْر‬

Maksudnya: “Orang yang paling banyak mendapatkan ujian (di jalan Allah SWT) ialah
para Nabi kemudian orang-orang yang (kedudukannya) setelah mereka (dalam keimanan)
dan orang-orang yang (kedudukannya) setelah mereka (dalam keimanan), (setiap) orang
akan diuji sesuai dengan (kuat/lemahnya) agama (iman)nya, kalau agamanya kuat maka
ujiannya pun akan (makin) besar, kalau agamanya lemah maka dia akan diuji sesuai
dengan (kelemahan) agamanya, dan akan terus-menerus ujian itu (Allah SWT) timpakan
kepada seorang hamba sampai (akhirnya) hamba tersebut berjalan di muka bumi dalam
keadaan tidak punya dosa (sedikitpun)”. (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)

3
Khutbah Jumaat Sabar, Ikhtiar Dan Tawakal

Allah SWT menjadikan musibah dan cubaan tersebut sebagai sebab untuk
menyempurnakan penghambaan diri dan ketundukan seorang Mukmin kepada-Nya,
kerana Allah SWT mencintai hamba-Nya yang selalu taat beribadah kepada-Nya dalam
semua keadaan, sama ada susah mahu pun senang. Inilah juga makna sabda Rasulullah
SAW:

َ ‫ن ِإ ْن أصَابَت ْه ُ س َراء ُ شَك َر‬


ِ ِ ‫ْس ذ َاك َ لأحَدٍ ِإلا لِل ْمُؤْم‬
َ ‫ن ِإن أمْرَه ُكُله ُ خَيْر ٌ و َلَي‬
ِ ِ ‫عَجَبًا لأ ْمر ِ ال ْمُؤْم‬

ُ ‫فَك َانَ خَيْر ًا لَه ُ و َِإ ْن أصَابَت ْه ُ ض َراء ُ صَب َر َ فَك َانَ خَيْر ًا لَه‬

Maksudnya: “Sungguh mengagumkan keadaan seorang Mukmin, semua keadaannya


(membawa) kebaikan (untuk dirinya), dan ini hanya ada pada seorang Mukmin; jika dia
mendapatkan kesenangan dia akan bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya, dan
jika dia ditimpa kesusahan dia akan bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya”. (Hadis
riwayat Imam Muslim)

SIDANG JEMAAH YANG DIKASIHI SEKALIAN,


Justeru, bagi menghadapi situasi banjir dan apa-apa jua kemungkinan berlakunya
bencana alam, kita dituntut untuk mempersiapkan diri dan seluruh ahli keluarga dengan
persiapan-persiapan jasmani selaras dengan kewajipan memelihara nyawa dan harta
benda menurut prinsip Maqasid al-Syariah. Antaranya;

1. Mengumpul dan menyimpan dokumen-dokumen penting di tempat yang sesuai dan


selamat.
2. Memastikan semua peralatan atau barang berharga dan penting dilindungi dengan
baik seperti membalut peralatan dan barang berharga dari terkena air banjir.
Sekiranya air banjir terkena barang yang dimaksudkan, kerosakan adalah sangat
minima atau tidak rosak kerana tindakan awal telah diambil.
3. Menilai situasi sekeliling premis, jika dilihat masih selamat segera matikan semua
suis perkakasan/peralatan elektrik yang ada di dalam premis/rumah dan tidak lagi
menggunakannya.
4. Sesekali tidak mendekati sebarang peralatan atau perkakasan elektrik yang dilihat
terdedah kepada banjir atau air dan tidak menyentuhnya.

4
Khutbah Jumaat Sabar, Ikhtiar Dan Tawakal

5. Hubungi Tenaga Nasional Berhad (TNB) di talian 15454 untuk tindakan mematikan
punca bekalan elektrik di luar kawasan rumah sekiranya paras air meningkat ke
satu takat yang difikirkan bahaya. Pada masa yang sama, pihak TNB juga
hendaklah proaktif dalam memastikan perkara ini dapat dilakukan seberapa
segera.
6. Sentiasa peka dengan arahan atau pengumuman yang dikeluarkan oleh pihak
berautoriti dari semasa ke semasa.

Seterusnya, bertawakallah kepada Allah SWT dan mohonlah perlindungan daripada-Nya


agar melindungi kita semua dari bencana yang dahsyat. Sesungguhnya hanya kepada
Allah jualah tempat yang selayaknya kita memohon pertolongan.

Renungkanlah firman Allah SWT;


َ ُ ۡ ُ ۡ ُ َّ َ َ َ َّ ْ ُ َّ َ ْ ُ َ َ ْ ُ َ َ ْ ُ ۡ ْ ُ َ َ َ َّ َ ُّ َ َٰٓ َ
٢٠٠ ‫يأيها ٱَّلِين ءامنوا ٱص ِِبوا وصابِروا ورابِطوا وٱتقوا ٱلل لعلكم تفلِحون‬

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala


kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah
kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan
bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta
bertakwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)”. (Surah
ali Imran ayat 200)

،‫كي ِْم‬
ِ َ ‫ات و َالذِكْر ِ الْح‬ َ ِ ‫ و َنَف َعَن ِ ْي و َِإياك ُ ْم بِمَا ف ِيْه ِ م‬،‫ن الْعَظِي ِْم‬
ِ َ ‫ن الْآي‬ ِ ‫بَارَك َ الله ُ ل ِ ْي و َل َك ُ ْم ب ِالْقُر ْآ‬
‫ل قَو ْل ِ ْي هَذ َا و َأسْ تَغْف ِر ُ الله َ الْعَظِي ْم َ ل ِ ْي‬
ُ ْ ‫ أقُو‬.ُ ‫ل م ِن ِ ْي وَم ِنْك ُ ْم تِلَاو َتَه ُ ِإنه ُ ه ُو َ السمِي ْ ُع ال ْعَلِي ْم‬
َ ‫و َتَق َب‬
،‫ات‬ ِ َ ‫ات الْأحْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َالْأمْو‬ ِ َ ‫ات و َال ْمُؤْم ِنِيْنَ و َال ْمُؤْم ِن‬ِ َ ‫و َل َك ُ ْم و َلِسَائِر ِ ال ْمُسْل ِمِيْنَ و َال ْمُسْل ِم‬
.ُ ‫حي ْم‬
ِ ‫فَاسْ تَغْف ِرُوْه ُ ِإنه ُ ه ُو َ ال ْغَفُوْر ُ الر‬

5
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Sabar, Ikhtiar Dan Tawakal‬‬

‫‪KHUTBAH KEDUA‬‬

‫َب الْع َالم َي ِنَ‪ ،‬و َالصلَاة ُ و َالسلَام ُ عَلى َ سَيِدِن َا مُحَمدِ ِن النب ِ ِي الْأم ِينِ‪ ،‬و َعَلَى آلِه ِ‬ ‫اَلْحم َْد ُ لِله ِ ر ِ‬
‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِينِ‪.‬‬
‫ن وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬
‫صحَابِه ِ الطاهِرِي َ‬
‫و َأ ْ‬
‫ك لَه ُ‪ ،‬و َأشْهَد ُ أن سَيِد َنَا مُحَمدًا ع َبْدُه ُ وَرَسُولُه ُ‪.‬‬
‫أشْهَد ُ أ ْن لا ِإله َ ِإلا الله ُ وَحْدَه ُ لا َ شَر ِي ْ َ‬
‫أما بَعْد ُ‪ ،‬فَيَا عِبَاد َ اللهِ‪ ،‬اِتق ُوا الله َ حَق تُق َاتِه ِ و َاع ْلَم ُوا أن الله َ أم َرَك ُ ْم ب ِأ ْمر ٍ عَظ ٍِيم‪ ،‬أم َرَك ُ ْم‬
‫َّ َّ َ َ َ َ َٰٓ َ َ ُ ُ َ ُّ َ َ َ‬
‫ل الله ُ تَع َالَى‪ :‬إِن ٱلل وملئِكتهۥ يصلون لَع‬ ‫ب ِالصلَاة ِ و َالتسْل ِِيم عَلَى نَب ِيِه ِ ال ْكَر ِي ِم‪ ،‬فَق َا َ‬
‫ً‬ ‫ۡ‬ ‫َّ ََٰٓ َ ُّ َ َّ َ َ َ ُ ْ َ ُّ ْ َ َ ۡ َ َ ُ ْ َ‬
‫ب يأيها ٱَّلِين ءامنوا صلوا عليهِ وسلِموا تسلِيما ‪٥٦‬‬ ‫ٱَل ِ ِ‬
‫ل‬
‫ل سَي ِدِن َا مُحَمدٍ كَمَا صَلي ْتَ عَلَى سَي ِدِنَا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َعَلَى آ ِ‬
‫ل عَلَى سَي ِدِن َا مُحَمدٍ و َعَلَى آ ِ‬
‫ص ِ‬
‫اَلله ُم َ‬
‫ل سَي ِدِن َا مُحَمدٍ كَمَا بَارَكْ تَ عَلَى سَي ِدِنَا‬
‫ك عَلَى سَي ِدِن َا مُحَمدٍ و َعَلَى آ ِ‬
‫سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َب َارِ ْ‬
‫مج ِيْدٌ‪.‬‬
‫ك حَمِيْدٌ َ‬
‫ل سَي ِدِنَا ِإ ب ْر َاه ِي ْم َ فِي ال ْع َالم َي ِْنَ ِإن َ‬ ‫ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َعَلَى آ ِ‬
‫ن التاب ِع ِينَ و َتَابِع ِي‬
‫ن و َع َنْ بَق ِية ِ الصح َابَة ِ أجْم َع ِينَ‪ ،‬وَع َ ِ‬ ‫ن الْخل ُُف َاء ِ الرا ِ‬
‫شدِي َ‬ ‫ْض الله ُم ع َ ِ‬ ‫و َار َ‬
‫ْض ع َنا م َعَه ُ ْم ي َا أك ْرَم َ الْأك ْرَم ِينَ‪.‬‬ ‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِي ْ ِن و َار َ‬ ‫التاب ِع ِينَ وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬
‫ات‪.‬‬ ‫ات الْأحْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َالْأمْو َ ِ‬‫ات و َال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬
‫الله ُم اغْفِر ْ لِل ْمُسْل ِمِينَ و َال ْمُسْل ِم َ ِ‬
‫َالصحة ِ و َالسلَامَة ِ ج َلَالَة َ م َل ِكَ نَا ك باوه دولي يڠ مها‬
‫ق و َال ْهِد َايَة ِ و ِ‬
‫الله ُم أي ِ ْد بِدَو َا ِم التو ْف ِي ْ ِ‬
‫موليا سري ڤدوك بڬيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ‪ُ ،‬‬
‫السلطَان عبد الله رِعَايَة ُ الدِي ْن ال م ُصْ طَفَى‬
‫ب ِالله شاه ابن المرحوم سُلْطَان حاج أحمد شاه ال مُسْت َع ِي ْن بالله‪.‬‬
‫ك ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ‪ ،‬تونكو‬
‫وَك َذل ِ َ‬
‫عزيزه أمينه ميمونه إسكندر يه بنت ال مرحوم ال م ُت َوَك ِلْ عَلَى الله سُلْطَان إسكندر‬
‫الحَاج‪.‬‬
‫ك‬
‫ات ب ِر َ ْحمَت ِ َ‬
‫ن ال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬
‫الله ُم احْ ف َْظ عُلَمَاءَه ُ وَوُزَر َاءَه ُ و َقُضَاتَه ُ و َع ُمالَه ُ وَر َعَاي َاه ُ م ِ َ‬
‫حم َ الرا ِحم ِينَ‪.‬‬
‫يَا أ ْر َ‬

‫‪6‬‬
Khutbah Jumaat Sabar, Ikhtiar Dan Tawakal

،ٍ‫ن و َأم َان‬ ٍ ‫ د َار َ ع َ ْد‬،ً‫ سَ خَاء ً رَخ َاء‬،‫الله ُم اجْ ع َلْ بلََد َن َا م َالِيز ِي َا آم ِنا ً م ُ ْطم َئ ًِّنا‬
ٍ ‫ و َأ ْم‬،ٍ‫ل و َِإيمَان‬
.َ‫وَسَائ ِر َ بِلَادِ ال ْ مُسْل ِمِين‬
،َ‫ وَد َم ِْر أعْد َاءَك َ أعْد َاء َ الد ِي ِن وان ْصُرْ م َنْ نَصَر َ الد ِين‬، َ‫الله ُم أعِز ال ِْإسْ لَام َ و َال ْمُسْل ِمِيْن‬
.ِ‫ك ِإلَى يَو ْ ِم الد ِيْن‬
َ َ ‫ل كَل ِمَت‬
ِ ْ ‫ و َأع‬،َ‫ل ال ْمُسْل ِمِيْن‬
َ َ ‫و َاخْذ ُلْ م َنْ خَذ‬
‫ك‬
َ ْ ‫ اَلله ُم عَلَي‬،َ‫سط ِين‬
ْ َ ‫ن قَتَلُوا ِإخْ وَانَنَا ال ْمُسْل ِمِينَ فِي فل‬
َ ‫ ال َذ ِي‬،َ‫ك ب ِالْيَه ُودِ ال ْمُعْتَدِين‬
َ ْ ‫اَلله ُم عَلَي‬
،ْ‫ل الدائ ِرَة َ عَلَيْهِم‬
ِ َ ‫ ألله ُم شَت ِْت شَم ْلَه ُ ْم و َف َر ِْق جَم ْعَه ُ ْم و َاجْ ع‬،َ‫ ف َِإنه ُ ْم ل َا يُعْجِز ُونَك‬،ْ‫بِهِم‬
ْ‫ اَلله ُم أنْز ِلْ عَلَيه ِ ْم و َعَلَى م َن‬،‫ وَل َا تُغ َادِ ْر مِنْه ُ ْم أحَدًا‬،‫ و َاق ْتُلْه ُ ْم بَدَد ًا‬،‫اَلله ُم اَحْ صِه ِ ْم عَدَد ًا‬
،َ‫طيْر ًا أبَابيِل‬ ِ َ ‫ك الذ ِي ل َا ي ُر َُد ع‬
َ ‫ اَلله ُم أ ْرسِلْ عَلَيْه ِ ْم‬.َ‫ن الْقَو ْ ِم الظالِمِين‬ َ ‫س‬
َ ‫ ب َأ‬،ْ‫عَاوَنَهُم‬
.‫ف مأكُول‬ ٍ ‫تَرْم ِيه ِ ْم بِ ح ِج َارَة ٍ م ِنْ سِ ج ِي‬
ٍ ْ‫ فَجَعَلَه ُ ْم كَع َص‬،‫ل‬
.َ‫سط ِين‬
ْ َ ‫ن و َال ْمُسْت َضْ ع َف ِينَ فِي فَل‬
َ ‫اَلله ُم ان ْص ُرْ ِإخْ وَانَنَا ال ْمُسْل ِمِينَ و َال ْم ُج َاهِدِي‬
Ya Allah! Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya hanya kepada Engkau kami
merayu memohon pertolongan. Ampunilah dosa seluruh kaum Muslimin.
Selamatkanlah saudara-saudara kami kaum Muslimin yang ditindas di
Palestin dan di mana-mana sahaja mereka berada. Ya Allah! Kasihanilah
mereka yang selama ini menjadi mangsa kekejaman Zionis Israel. Keluarkan
mereka dari penindasan serta kesempitan yang mereka alami selama ini. Ya
Allah! Dengarlah doa dan suara kami ini. Sesungguhnya kami tidak sanggup
lagi melihat saudara-saudara kami dibunuh dan diperlakukan dengan kejam
oleh Zionis Israel. Satukanlah hati seluruh umat Islam di dunia untuk
memerangi kekejaman dan kezaliman Zionis Israel. Hapuskanlah segala
kezaliman yang ada di muka bumi ini. Kurniakanlah kekuatan dan
kemenangan kepada saudara-saudara kami kaum Muslimin di Palestin.
Berikanlah kepada pejuang-pejuang Islam serta rakyat Palestin kekuatan,
kesabaran serta kemenangan menghadapi kekejaman musuh. Ya Allah!
Kembalikanlah Bumi Palestin ke pangkuan kaum Muslimin.
َ ِ ‫ و َنَع ُوذ ُب‬،‫ك فِي نُح ُورِ أعْد َاءِن َا‬
‫ و َف َرِ ْق‬،ْ‫ اَلله ُم بَدِ ْد شَم ْلَهُم‬.ْ‫ك م ِنْ ش ُر ُورِهِم‬ َ ُ ‫نج ْع َل‬
َ ‫اَلله ُم ِإنا‬
‫ ي َا‬،ٌ ‫ يَا ق َهار‬،َ‫ وَسَل ِْط عَلَيْه ِ ْم ك َل ْبًا م ِنْ كِلَابِك‬،ْ‫ وَز َلْز ِلْ أقْد َامَهُم‬،ْ‫جَم ْعَه ُ ْم وَشَت ِْت كَل ِمَتَهُم‬
،‫َاب‬
ِ ‫حز‬ْ ‫ يَا ه َازِم َ الْأ‬،‫َاب‬
ِ ‫ ي َا مُجْرِىَ السح‬،‫اب‬
ِ َ ‫ل الْكِت‬
َ ِ ‫ اَلله ُم ي َا مُنْز‬.ُ‫ ي َا م ُن ْت َقِم ُ ي َا الله‬،ٌ ‫جَبار‬
.ْ‫ اِهْزِمْهُمْ! اِهْزِمْهُمْ! و َان ْصُر ِ ال ْم ُسْل ِمِينَ عَلَيهِم‬،َ‫اِهْزِ ْم أعْد َاء َ ال ْمُسْل ِمِين‬

7
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Sabar, Ikhtiar Dan Tawakal‬‬

‫ظه َر َ مِنْهَا‬
‫ن و َال ْف ِتَنَ‪ ،‬م َا َ‬
‫الله ُم ادْف َعْ ع َنا ال ْبَلَاء َ و َال ْغ َلاَء َ و َال ْو َباَء َ و َالْف َحْ شَاء َ و َال ْمُن ْك َر َ و َالْمِح َ َ‬
‫ك ع َلَى ك ُِل شَيْء ٍ قَدِيْر ٌ‪.‬‬ ‫ن اْلمُسْل ِمِيْنَ عَامة ً‪ِ ،‬إن َ‬ ‫وَم َا بَطَنَ‪ ،‬م ِنْ بلََد ِن َا هَذ َا خ َاصة ً‪ ،‬وَم ِنْ بل ُ ْد َا ِ‬
‫حم َ‬
‫ن الب َرَصِ‪ ،‬و َالْجن ُ ُونِ‪ ،‬و َالْجُذ َا ِم‪ ،‬وَم ِنْ س َِي ِئ الْأسْ ق َا ِم‪ ،‬يَا أ ْر َ‬
‫ك مِ َ‬
‫الله ُم ِإنا نَع ُوذ ُ ب ِ َ‬
‫الرا ِحم ِيْنَ‪.‬‬
‫حسَن َة ً و َق ِنَا عَذ َابَ النارِ‪.‬‬
‫خرَة ِ َ‬
‫حسَن َة ً و َفِي الْآ ِ‬ ‫ر َبنَا آتنَِا فِي ُ‬
‫الدن ْيَا َ‬
‫عِبَاد َ اللهِ‪،‬‬
‫ۡ ُ ۡ َ َٰ َ َ ۡ َ َٰ َ ۡ َ ۡ َ َ ۡ ُ َ َ ۡ َ ۡ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ۡ‬ ‫َّ َّ َ َ ۡ ُ ُ ۡ َ ۡ َ ۡ‬
‫غ‬ ‫َٰ‬
‫ٱۡلحس ِن ِإَويتا ِٕي ذِي ٱلقرَب وينَه ع ِن ٱلفحشاءِ وٱلمنك ِر وٱۡل ِ ِۚ‬ ‫۞إِن ٱلل يأمر بِٱلعد ِل و ِ‬
‫ُ ُ َ َّ ُ َ َ َّ َ‬
‫يَعِظك ۡم ل َعلك ۡم تذك ُرون ‪٩٠‬‬
‫فَا ْذك ُر ُوا الله َ ال ْعَظِي ْم َ ي َ ْذكُر ْكُمْ‪ ،‬و َاشْ ك ُر ُوه ُ عَلَى ن ِعَمِه ِ يَزِدْكُمْ‪ ،‬و َاسْ ألُوه ُ م ِنْ ف َضْ لِه ِ يُعْطِك ُ ْم‬
‫وَلَذِك ْر ُ الله ِ أكْ ب َر ُ‪ ،‬و َالله ُ يَعْلَم ُ م َا تَصْ ن َع ُونَ‪.‬‬

‫‪8‬‬

Anda mungkin juga menyukai