Anda di halaman 1dari 15

‫‪KHUTBAH KHAS AIDILADHA 1443H/2022M‬‬

‫”‪“PENGORBANAN ORANG BERIMAN‬‬


‫)‪(10 Julai 2022M/ 10 Zulhijjah 1443H‬‬
‫___________________________________________________________________________________________________________________‬

‫اَهللُ أَ ْكبَ ُر‪ ،‬اَهللُ أَ ْكبَ ُر‪ ،‬اَهللُ أَ ْكبَ ُر‪،‬‬


‫اَهللُ أَ ْكبَ ُر‪ ،‬اَهللُ أَ ْكبَ ُر‪ ،‬اَهللُ أَ ْكبَ ُر‪،‬‬
‫اَهللُ أَ ْكبَ ُر‪ ،‬اَهللُ أَ ْكبَ ُر‪ ،‬اَهللُ أَ ْكبَ ُر‪َ ،‬ولِّٰلّ ِو الْ َح ْم ُد‪.‬‬
‫ض َل ِ ِْف‬ ‫السُرْوِر‪َ ،‬وتَ َف َّ‬‫ص َد ًرا لِْل َهنَ ِاء َو ُّ‬ ‫م‬
‫ََ َ َ َ َ ْ‬‫اد‬ ‫ي‬ ‫َع‬
‫ْ‬ ‫اْل‬ ‫ْ‬ ‫ل‬ ‫ع‬ ‫ج‬ ‫ي‬ ‫ذ‬‫اَلْ حمد لِ ّٰلّ ِو الَّ ِ‬
‫َُْ‬
‫ب َوقَابِ ِل‬ ‫َى ِذ ِه ْاْلَيَّ ِام الْ َع ْش ِر َعلَى ُك ِّل َعْب ٍد َش ُك ْوٍر‪ُ ،‬سْب َحانَوُ َغافِ ِر َّ‬
‫الذنْ ِ‬
‫الت َّْو ِب‪َ ،‬وُى َو الْ َع ِزيْ ُز الْغَ ُف ْوُر‪.‬‬
‫ّٰ‬
‫َن َسيِّ َدنَا‬‫ك لَوُ ‪َ ،‬وأَ ْش َه ُد أ َّ‬ ‫أَ ْش َه ُد أَ ْن ََل إِلَّٰوَ إََِّل ال ُ َ ْ َ ُ َ ْ َ‬
‫ي‬
‫ر‬‫ِ‬ ‫ش‬ ‫َل‬
‫َ‬ ‫ه‬‫د‬ ‫ح‬ ‫و‬ ‫و‬ ‫ل‬
‫ّ‬
‫ص ِّل َعلَى َسيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى آلِِو‬ ‫م‬‫َّ‬ ‫ه‬ ‫م ح َّم ًدا عب ُده ورسولُو‪ .‬اَل ّٰ‬
‫ل‬
‫ّ‬
‫َْ ُ َ َ ُ ْ ُ ُ َ‬ ‫َُ‬
‫ص ْحبِ ِو َو َسلِّ ْم تَ ْسلِْي ًما َكثِْي ًرا‪.‬‬ ‫َو َ‬
‫أ ََّما بَ ْع ُد‪ ،‬فَيَا ِعبَ َاد ال ّٰلّ ِو‪ ،‬اِتَّ ُق ْوا ال ّٰلّوَ َح َّق تُ َقاتِِو َوََل ََتُْوتُ َّن إََِّل َوأَنْتُ ْم‬
‫ُم ْسلِ ُم ْو َن‪.‬‬
‫‪Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,‬‬
‫‪Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kepada Allah‬‬
‫‪subhanahu wata’ala dengan bersungguh-sungguh melaksanakan‬‬
‫‪perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-‬‬
‫‪mudahan kita dikurniakan kejayaan yang hakiki di dunia dan di‬‬

‫‪1‬‬
akhirat. Bersempena Aidiladha pada tahun ini, mimbar akan
membicarakan khutbah bertajuk “Pengorbanan Orang Beriman”.

.‫ َولِّٰلّ ِو الْ َح ْم ُد‬،‫ اَهللُ أَ ْكبَ ُر‬،‫ اَهللُ أَ ْكبَ ُر‬،‫اَهللُ أَ ْكبَ ُر‬
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
Kita sekarang berada dalam bulan yang mulia. Bulan yang
disyariatkan kepada umat Islam untuk mengerjakan ibadah haji.
Allah subhanahu wata'ala telah mewajibkan ibadah haji bagi
mereka yang berkemampuan untuk mengerjakannya. Umat Islam
yang mengerjakan ibadah haji sudah pasti amat bersyukur kerana
terpilih sebagai tetamu Allah subhanahu wata’ala pada tahun ini
dan tiadalah ganjaran yang lebih besar yang mereka harapkan
selain daripada haji yang mabrur yang ganjarannya adalah syurga.

Dalam bulan ini juga Allah subhanahu wata'ala telah mensyariatkan


ibadah korban. Suatu ibadah yang diwarisi daripada sejarah
pengorbanan agung yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim
alaihissalam dan keluarganya. Pensyariatan ibadah korban telah
dirakamkan Allah subhanahu wata'ala dalam al-Quran menerusi
surah al-Hajj, ayat 34:

             

        

Maksudnya: Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat


menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut
nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaan-Nya kepada
2
mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana
Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah
kamu tunduk taat kepada-Nya; dan sampaikanlah berita gembira
(wahai Muhammad) kepada orang yang tunduk taat -

.‫ َولِّٰلّ ِو الْ َح ْم ُد‬،‫ اَهللُ أَ ْكبَ ُر‬،‫ اَهللُ أَ ْكبَ ُر‬،‫اَهللُ أَ ْكبَ ُر‬
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
Setiap kali tibanya Hari Raya Aidiladha, kita pasti diingatkan akan
makna pengorbanan. Pengorbanan bolehlah difahami sebagai
kesanggupan melakukan, memberikan atau menanggung sesuatu
sebagai tanda kasih atau setia, atau untuk sesuatu tujuan yang
tertentu.

Alhamdulillah, mungkin setiap daripada kita, sama ada sedar


ataupun tidak, pasti ada melaksanakan suatu pengorbanan sama
ada melalui harta, masa, tenaga dan emosi sekalipun pada
pelbagai aspek. Tidak kira untuk diri, keluarga, masyarakat
mahupun agama dan negara. Bahkan, adakalanya tanpa disedari
kita berkorban tanpa bertanya dan berfikir panjang.

Contohnya, seorang bapa sanggup bekerja lebih masa walaupun


kepenatan untuk mencari rezeki bagi memenuhi keperluan asas
keluarga yang dikasihinya. Begitu juga dengan seorang ibu yang
sanggup bersusah payah mengurus rumah, suami dan anak-
anaknya demi memberi keselesaan kepada insan-insan yang
dicintainya. Seorang pelajar pula sanggup berkorban masa, tenaga,
harta dan perasaan untuk mengulangkaji pelajarannya demi

3
memenuhi impiannya untuk ke menara gading. Selain itu, kita
sering mendapati masyarakat bergegas menghulurkan bantuan
kewangan, masa, tenaga bahkan adakalanya keselesaan tempat
tinggal apabila mengetahui ada orang yang sangat memerlukan
bantuan.

Dengan erti kata lain, pengorbanan bukanlah sesuatu yang asing


dalam kehidupan kita. Hanya memerlukan kita untuk menyedarinya,
mengambil iktibar dan hikmah daripadanya serta
mempraktikkannya dalam kehidupan. Inilah sebabnya, setiap kali
membicarakan tentang haji dan korban, kita akan diingatkan
dengan makna pengorbanan.

.‫ َولِّٰلّ ِو الْ َح ْم ُد‬،‫ اَهللُ أَ ْكبَ ُر‬،‫ اَهللُ أَ ْكبَ ُر‬،‫اَهللُ أَ ْكبَ ُر‬
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
Pada setiap masa dan ketika, kita akan sentiasa diuji oleh Allah
subhanahu wata'ala. Firman Allah subhanahu wata'ala dalam
Surah al-Baqarah, ayat 155:

          

  

Maksudnya: Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu


dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan
merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari
harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar
gembira kepada orang yang sabar:
4
Ujian secara zahirnya kelihatan menyusahkan kerana menagih
pengorbanan daripada kita. Sebaliknya, jika dilihat dengan lebih
teliti dan mendalam, kita akan memahami bahawa ujian adalah
jalan yang ampuh untuk menguatkan jiwa, membina dan
meningkatkan potensi diri ke arah yang lebih cemerlang, sekaligus
melayakkan kita untuk memperolehi ganjaran yang lebih baik dan
istimewa melalui pengorbanan perasaan, tenaga, harta dan
sebagainya yang kita berikan.

Imam al-Qurtubi rahimahullah ketika memberi tafsiran terhadap


ayat tadi, menjelaskan bahawa orang yang diuji dan bersabar sejak
dari mula ditimpa ujian tersebut akan diberi ganjaran pahala yang
amat besar. Ini menunjukkan betapa kuatnya hati dan jiwanya dan
keteguhan sabarnya.

Tegasnya, ujian demi ujian yang diberi oleh Allah subhanahu


wata'ala kepada manusia itu sedikit demi sedikit mendidiknya untuk
berkorban, yang akan menguatkan jiwanya, sekurang-kurangnya
mendidiknya ke arah menghayati salah satu sifat mulia iaitu sabar,
yang akhirnya akan melayakkannya untuk memperolehi ganjaran
pahala yang sangat besar sesuai dengan tingkatan kesabarannya
itu. Berbekalkan kekuatan jiwa, potensi diri yang telah digilap dan
sifat yang mulia itulah, maka seseorang itu akan dapat menghadapi
pelbagai liku-liku kehidupan dengan lebih baik.

.‫ َولِّٰلّ ِو الْ َح ْم ُد‬،‫ اَهللُ أَ ْكبَ ُر‬،‫ اَهللُ أَ ْكبَ ُر‬،‫اَهللُ أَ ْكبَ ُر‬
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,

5
Dewasa ini, negara kita berhadapan dengan peningkatan kos sara
hidup yang disebabkan oleh kenaikan pelbagai harga barang
terutamanya barang-barang keperluan. Sudah tentu situasi ini
adalah ketetapan daripada Allah subhanahu wata'ala yang
merupakan ujian Allah subhanahu wata'ala kepada kita semua.

Sayyidina Anas bin Malik radiallahu anhu pernah berkata, “Harga


barang menjadi mahal pada zaman Nabi sallallahu alaihi wasallam,
lalu mereka (para sahabat) berkata, ‘Wahai Rasulullah, harga telah
menjadi mahal maka tetapkanlah harga untuk kami. Baginda
menjawab : ((Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga
itu (iaitu mahal dan murahnya sesuatu barang itu berada dalam
ketetapan Allah), Dialah Allah yang menyempitkan, Dialah Allah
yang melapangkan, serta Dialah Allah yang memberikan rezeki.
Dan sesungguhnya aku berharap agar aku bertemu Allah
subhanahu wata'ala dalam keadaan tidak ada seorang pun dari
kamu yang menuntutku di dalam kezaliman terhadap darah
mahupun kezaliman terhadap harta.))
(Hadis riwayat Imam at-Tirmizi)

Begitu juga dengan penetapan syarat yang ketat oleh pihak


berkuasa Arab Saudi bagi umat Islam dari seluruh dunia yang
hendak menunaikan ibadah haji serta kuota yang jauh berkurangan
dari tahun-tahun yang sebelumnya juga satu bentuk ujian daripada
Allah subhanahu wata'ala. Tidak ketinggalan juga, kenaikan jumlah
mereka yang dijangkiti Covid 19 dan kehadiran varian baru bagi
covid 19 juga memerlukan kita untuk berkorban dengan cara
6
bersabar dan terus patuh dalam mempraktikkan prosedur operasi
standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

.‫ َولِّٰلّ ِو الْ َح ْم ُد‬،‫ اَهللُ أَ ْكبَ ُر‬،‫ اَهللُ أَ ْكبَ ُر‬،‫اَهللُ أَ ْكبَ ُر‬
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
Adakah panduan atau contoh teladan yang boleh diikuti agar
pengorbanan kita membuahkan hasil dan mendatangkan keredaan
Allah subhanahu wata'ala?

Sesungguhnya, contoh terbaik yang boleh kita jadikan panduan


adalah para Nabi dan Rasul alaihimussalam. Para Nabi dan Rasul
alaihimussalam merupakan orang yang paling dahsyat dalam
menerima ujian daripada Allah subhanahu wata'ala. Mereka telah
berkorban perasaan, keselesaan hidup dan sebagainya, demi
melaksanakan perintah Allah subhanahu wata'ala dalam
menyampaikan ajaran Islam dan membimbing umat kepada
keredaan Allah. Kesediaan untuk berkorban ini juga dicontohi oleh
hamba-hamba Allah yang soleh dalam perjalanan hidup mereka
demi meraih keredaan Allah subhanahu wata'ala.

Antara ciri pengorbanan para nabi dan Rasul alaihimussalam yang


perlu kita jadikan panduan ialah :

Pertama : Keyakinan yang tinggi dan mendalam pada bantuan


Allah serta balasan kebaikan-Nya untuk pengorbanan kebaikan.
Kita telah sedia mengetahui kisah-kisah pengorbanan Nabi Ibrahim
alaihissalam seperti berkorban meninggalkan anak dan isterinya di
tanah yang gersang kerana mentaati perintah Allah subhanahu
7
wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan, mereka telah
dipelihara Allah. Bukti pemeliharaan Allah ini kemudiannya
diabadikan sehingga kini dengan wujudnya Kaabah dan air zamzam
di tanah suci Makkah.

Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim alaihissalam ini merupakan bukti


agung akan janji pertolongan Allah subhanahu wata'ala serta
keberkatan daripada-Nya untuk setiap pengorbanan yang
disertakan keyakinan akan bantuan-Nya. Ia adalah bukti bahawa
Allah subhanahu wata'ala tidak akan mensia-siakan amalan orang
yang soleh.

Begitulah sunnah pengorbanan yang disertai keyakinan. Untuk itu


setiap daripada kita yang mungkin kini sedang berkorban masa,
tenaga, emosi dan sebagainya demi kebaikan, yakinlah bahawa
bantuan Allah subhanahu wata'ala berada hampir dengan anda.
Mohonlah kekuatan daripada Yang Maha Kuat (al-Qawiy) sekiranya
kita berhadapan dengan cabaran.

Kedua : Pengorbanan disertai kesungguhan dan ketelitian.


Ini dapat kita lihat daripada kisah berkaitan pengorbanan yang
pertama yang dilaksanakan dua anak Nabi Adam alaihissalam iaitu
kisah Habil dan Qabil yang disebut dalam Surah Al-Ma’idah, ayat
27 yang bermaksud:

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah


(mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku
dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua

8
mempersembahkan satu persembahan korban (untuk
mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah
seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang
lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan
membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima
(korban) dari orang yang bertaqwa;

Kita semua mengetahui kesudahan kisah ini. Akhirnya,


pengorbanan Habil diterima Allah subhanahu wata'ala, sedangkan
persembahan korban Qabil ditolak-Nya. Kisah ini menekankan
kepada kita betapa pentingnya untuk bukan sahaja ikhlas dalam
melakukan pengorbanan. Namun, kita juga dituntut untuk
melakukan pengorbanan dengan penuh ketelitian, cekap atau
dalam erti kata lain dengan cara yang terbaik. Seandainya kita
mengharapkan penerimaan serta bantuan daripada Allah
subhanahu wata'ala pastikanlah kita memberikan kualiti yang
terbaik yang termampu daripada diri kita untuk-Nya.

.‫ َولِّٰلّ ِو الْ َح ْم ُد‬،‫ اَهللُ أَ ْكبَ ُر‬،‫ اَهللُ أَ ْكبَ ُر‬،‫اَهللُ أَ ْكبَ ُر‬
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah,
Sebagai mengakhiri khutbah, marilah kita bersama-sama
menghayati firman Allah subhanahu wata’ala dalam surah al-A'raf,
ayat 96:

9
َ‫َالرِج ْي ِم‬
َّ ‫ان‬ َّ ‫اهلل َِمن‬
ِ ‫َالش ْيط‬ ِ ِ‫أَعُوذَُب‬
ْ
           

      

Maksudnya: Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk


negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka
kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah
berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul
Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan
apa yang mereka telah usahakan.

‫فِْي ِو ِم َن‬ ‫ َونَ َف َع ِِن َوإِيَّا ُك ْم بِ َما‬،‫آن الْ َع ِظْي ِم‬ ِ ‫بارَك اهللُ ِِل ولَ ُكم ِِف الْ ُقرء‬
َْ ْ َ ََ
‫الس ِمْي ُع‬
َّ ‫ إِنَّوُ ُى َو‬،ُ‫ َوتَ َقبَّ َل ِم ِّ ِْن َوِمْن ُك ْم تََِل َوتَو‬،‫الذ ْك ِر الْ َح ِكْي ِم‬ ِّ ‫ات و‬ ِ ‫اآلي‬
َ َ
‫َولِ َسائِِر‬ ،‫َستَ ْغ ِفُر اهللَ الْ َع ِظْي َم ِِل َولَ ُك ْم‬ ‫أ‬
‫و‬ ،‫ا‬ ‫ذ‬َ ‫ى‬ ‫ِل‬ ِ
ْ َ َ ْ َ ْ ُ ُ ْ‫الْ َعل‬‫و‬ ‫ق‬ ‫ل‬ُ ‫و‬ ‫َق‬
‫أ‬ . ‫م‬ ‫ي‬ِ
‫إِنَّوُ ُى َو‬ ‫استَ ْغ ِفُرْوُه‬
ْ ‫ف‬
َ ، ِ َ‫ والْمؤِمنِْي والْمؤِمن‬،‫ات‬
‫ات‬ ُْ َ َْ ُْ َ
ِ ‫الْمسلِ ِمْي والْمسلِم‬
َ ْ ُ َ َْ ْ ُ
.‫الرِحْي ُم‬
َّ ‫الْغَ ُف ْوُر‬
.‫ َولِّٰلّ ِو الْ َح ْم ُد‬،‫ اَهللُ أَ ْكبَ ُر‬،‫ اَهللُ أَ ْكبَ ُر‬،‫ اَهللُ أَ ْكبَ ُر‬،‫اَهللُ أَ ْكبَ ُر‬

10
‫‪KHUTBAH KEDUA AIDILADHA 1443H/ 2022M‬‬
‫____________________________________________________________________________________________________________‬

‫اَهللُ أَ ْكبَ ُر‪ ،‬اَهللُ أَ ْكبَ ُر‪ ،‬اَهللُ أَ ْكبَ ُر *‬


‫اَهللُ أَ ْكبَ ُر‪ ،‬اَهللُ أَ ْكبَ ُر‪ ،‬اَهللُ أَ ْكبَ ُر *‬
‫َصْيَلً‪ََ .‬ل إِّٰلوَ إََِّل‬ ‫اهلل بكرةً وأ ِ‬ ‫مد لِ ّٰلّ ِو َكثِيا وسبحا َن ِ‬ ‫ِ‬
‫ُ َ َ‬ ‫ْ‬
‫ًَُ َ‬ ‫ُ‬ ‫اَهللُ أَ ْكبَ ُر َكب ً َ َ‬
‫اْل‬
‫ْ‬ ‫و‬ ‫ا‪،‬‬ ‫ي‬
‫ْي لَوُ الدِّيْ َن َولَ ْو َك ِرَه الْ َكافُِرْو َن‪.‬‬ ‫َْ‬
‫اهلل وَلَ نَعب ُد إََِّل إيَّاه ُمُْلِ ِ‬
‫ص‬ ‫ُ‬ ‫ُ َ ُْ‬
‫ف لِ َع ِاملِ َها‬ ‫اع‬ ‫ض‬ ‫و‬ ‫‪.‬‬ ‫ِ‬
‫ان‬ ‫ب‬‫ر‬ ‫ق‬
‫ْ َ َ َ َ ْ ْ ْ ُ َْ َ َ َ َ‬ ‫ل‬
‫ْ‬ ‫ا‬ ‫ل‬ ‫ِ‬ ‫َج‬ ‫أ‬ ‫ن‬ ‫ِ‬
‫م‬ ‫ي‬ ‫ِ‬
‫اح‬ ‫َض‬ ‫ْل‬‫ْ‬‫ا‬ ‫ل‬‫ع‬ ‫ج‬ ‫ي‬ ‫ِ‬
‫ذ‬ ‫َّ‬
‫ل‬ ‫ا‬ ‫ِ‬
‫و‬ ‫ّٰ‬
‫ل‬
‫ّ‬ ‫ِ‬
‫اَ ْْلَ ْم ُد ل‬
‫َّات‪ .‬أَ ْش َه ُد أَ ْن ََل إِّٰل َو إَِلَّ‬ ‫اْلن ِ‬ ‫ت َسبَبًا لِ ُد ُخ ْوِل أ َْىلِ َها َْ‬ ‫ْ ِ‬
‫اْلَ َسنَات‪َ .‬وَكانَ ْ‬
‫َن َسيِّ َدنَا ُُمَ َّم ًدا َعْب ُدهُ َوَر ُس ْولُوُ‪ .‬اَل ّٰلّ ُه َّم‬ ‫ك لَوُ‪َ .‬وأَ ْش َه ُد أ َّ‬ ‫اهللُ َو ْح َدهُ َلَ َش ِريْ َ‬
‫َص َحابِِو الَّ ِذيْ َن فَ ُازْوا بِ ْ‬
‫اْلَن َِّة‪.‬‬ ‫َ ْ‬ ‫أ‬‫و‬ ‫ص ِّل وسلِّم علَى سيِّ ِدنَا ُُم َّم ٍد وعلَى آلِِ‬
‫و‬ ‫َ ََ‬ ‫َ ََ ْ َ َ‬
‫ث َما ُكْنتُ ْم فَ َق ْد فَ َاز‬ ‫ي‬‫ح‬ ‫اهلل‬ ‫ا‬
‫و‬ ‫ق‬ ‫َّ‬
‫ت‬ ‫أ ََّما ب عد‪ ،‬فَيا أَيُّها الْ مسلِمو َن‪ ،‬اِ‬
‫ْ َ َْ ُ‬ ‫ُ‬ ‫َْ ُ َ َ ُ ْ ُْ‬
‫الْ ُمتَّ ُق ْو َن‪.‬‬
‫اَهللُ أَ ْكبَ ُر‪ ،‬اَهللُ أَ ْكبَ ُر‪ ،‬اَهللُ أَ ْكبَ ُر‪َ ،‬ولِ ّٰلّ ِو ْ‬
‫اْلَ ْم ُد‪َ.‬‬
‫‪Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah‬‬
‫‪Sempena Hari Raya Korban ini, umat Islam digalakkan untuk‬‬
‫‪melakukan ibadah korban. Tempoh masanya bermula dari terbitnya‬‬
‫‪matahari pada Hari Raya Aidiladha setelah berlalunya tempoh‬‬
‫‪masa yang mencukupi untuk dua rakaat solat dan dua khutbah‬‬
‫‪yang ringan sehingga terbenamnya matahari pada hari tasyriq‬‬
‫‪terakhir, iaitu 13 Zulhijjah. Pada tempoh masa itu, marilah bersama-‬‬

‫‪11‬‬
sama kita melaksanakan ibadah korban ini. Sabda Rasulullah
sallallahu ‘alaihi wasallam:

،‫اهلل ِم ْن إِ ْىَر ِاق الدَِّم‬


ِ ‫ب إِ ََل‬ َّ ‫َح‬
َ ‫أ‬ ِ
‫ر‬ ‫َّح‬
ْ ‫ن‬ ‫ال‬ ‫م‬‫و‬ ‫ي‬ ٍ
‫ل‬ ‫م‬ ‫ع‬
َ ‫ن‬ ‫م‬
َ ْ َ َ ْ ٌّ َ َ َ َ
ِ ‫((َما ع ِمل آد ِمي‬
‫َّم لَيَ َق ُع ِم َن‬
‫الد‬ َّ
‫َن‬ ‫أ‬
‫و‬ ،‫ا‬ ‫ه‬ ِ‫إِنَّها لَتأْتِى ي وم الْ ِقيام ِة بِ ُقروِِنَا وأَ ْشعا ِرىا وأَظَْلَف‬
َ َ َ َ َ َ َ ُْ َ َ َ ْ َ َ َ
ِ ِ ِ ‫ان قَبل أَ ْن ي َقع ِمن اْْلَر‬
))‫ فَطيب وا ِبا نَ ْفسا‬،‫ض‬
ِ
ٍ ‫اهلل ِِبَ َك‬
ً َ ْ ُْ ْ َ َ َ َْ
Maksudnya : Tidak ada amalan anak Adam (manusia) di hari raya
haji yang paling disukai Allah selain daripada menyembelih korban.
Haiwan ternakan yang dikorbankan itu akan datang kepada mereka
yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan asalnya iaitu,
lengkap dengan tanduknya, bulunya, kukunya, darah korban itu
lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang disediakan Allah sebelum
dia jatuh ke bumi (pahalanya disegerakan Allah). Maka dengan
sebab itu hendaklah kamu dengan rela dan ikhlas hati
melaksanakannya untuk keuntungan diri sendiri.
(Hadis riwayat imam at-Tirmizi)

:‫اَل‬
ّٰ َ ‫قَ َال اهللُ تَ َع‬
           

  

‫ت‬ ‫ي‬ َّ
‫ل‬ ‫ص‬ ‫ا‬ ‫م‬ ‫ك‬َ ، ٍ ‫اَل ّٰلّه َّم صل علَى سيِّ ِدنَا م ح َّم ٍد وعلَى أّٰ ِل سيِّ ِدنَا م ح َّم‬
‫د‬
َ َْ َ َُ َ ّٰ َ َ َ ُ َ ّٰ َ ِّ َ ُ
‫ َوبَا ِرْك َعلَ ّٰى َسيِّ ِدنَا‬،‫َعلَ ّٰى َسيِّ ِدنَا إِبْ َر ِاىْي َم َو َعلَ ّٰى أّٰ ِل َسيِّ ِدنَا إِبْ َر ِاىْي َم‬
12
‫ت َعلَ ّٰى َسيِّ ِدنَا إِبْ َر ِاىْي َم‬ ‫ك‬
‫ار‬
ْ
َ ََ َ ‫ب‬ ‫ا‬ ‫م‬ ‫ك‬
َ ، ‫د‬ٍ ‫م ح َّم ٍد وعلَى أّٰ ِل سيِّ ِدنَا م ح َّم‬
َُ َ ّٰ َ َ َ ُ
.‫َحْي ٌد َم ِجْي ٌد‬
َِ ‫ك‬ َّ
‫ن‬ ِ
‫إ‬ ، ‫ْي‬ ِ
‫م‬ َ‫ل‬ ‫ا‬ ‫ع‬ْ‫ل‬ ‫ا‬ ِ
‫ِف‬
َ َ ْ َ ْ َ ْ َ ْ َ ّٰ َ َ ، ‫م‬‫ي‬ ِ ‫وعلَى أّٰ ِل سيِّ ِدنَا إِب ر‬
‫اى‬
ِ ‫ات اْْلَحي‬
‫آء‬ ِ َ‫ات والْمؤِمنِْي والْمؤِمن‬ ِ ‫اَل ّٰلّه َّم ا ْغ ِفر لِْلمسلِ ِمْي والْمسلِم‬
َْ ُْ َ َْ ُْ َ َ ْ ُ َ َْ ْ ُ ْ ُ
‫اض َي‬ِ َ‫ات ويا ق‬ ِ ‫ك ََِسيع قَ ِريب م ِجيب الدَّعو‬ َّ
‫ن‬ ِ
‫إ‬ . ِ
‫ات‬ ‫و‬ ‫م‬َ‫اْل‬
ْ ‫و‬ ‫م‬‫ه‬ ‫ن‬
ْ ِ
‫م‬
ََ ََ ُ ْ ُ ٌ ْ ٌ ْ َ َْ َ ْ ُ
.‫ات‬ِ ‫اْلاج‬
َ َْ
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kami, ibubapa kami,
ahli keluarga dan guru-guru kami. Limpahkanlah kesejahteraan,
kedamaian dan kebahagiaan kepada kami semua dalam kehidupan
di dunia dan di akhirat.

Ya Allah ! Ya Rahman ! Ya Rahim! Berikanlah taufiq dan hidayat-


Mu kepada kami semua dan juga kepada pemimpin-pemimpin
Negara kami, khasnya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong Malaysia, dan juga pemimpin-pemimpin negeri
kami, khususnya Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri
Sarawak.

Ya Allah ! Kurniakanlah kami rezeki yang halal lagi diberkati,


hindarilah kami dari sebarang bentuk gejala rasuah dan
perlanggaran kepada peraturan dan undang-undang. Kurniakanlah
keselamatan dan kesejahteraan, jadikanlah kami ummah yang
berkualiti dan berintegriti demi mencapai negara yang aman dan
makmur serta mendapat perlindungan Allah subhanahu wata’ala.

13
Ya Allah, Ya Dzal Jalali Wal Ikram! Kabulkanlah doa kami.
Terimalah segala amal ibadah dan ketaatan kami kepada-Mu. Ya
Allah, kukuhkanlah perpaduan dan kesatuan kami dalam aqidah,
ibadah dan akhlak di bawah pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Jadikanlah diri kami, isteri-isteri kami dan keturunan kami dari
kalangan yang mendirikan solat serta menjauhi dosa-dosa kecil
apatah lagi dosa-dosa yang besar. Limpahkanlah ke atas kami
nikmat kesihatan dan keafiatan. Kurniakanlah kesembuhan kepada
mereka yang diuji dengan penyakit-penyakit dan bebaskanlah
negara kami daripada segala perkara yang tidak diingini dan wabak
penyakit, khususnya wabak COVID 19.

‫اج َع ْلوُ طَ ُه ًورا‬ ‫م‬ ‫ه‬ ّٰ


‫ل‬ ‫ل‬ ‫ا‬ ، ‫ْي‬ ِ
‫م‬ ِ
‫ل‬ ‫س‬‫م‬ ‫ل‬ ‫ا‬ ‫ى‬ ‫ض‬ ‫ر‬ ‫م‬‫و‬ ‫ا‬ ‫ن‬ ‫ا‬ ‫ض‬ ‫ر‬ ِ ‫اَل ّٰلّ ُه َّم ا ْش ِفنَا‬
ْ َُّ ّ َ َ ُْ ْ َ َْ َ َ َ ْ َ ‫َوا ْش‬
‫م‬ ‫ف‬
‫ َوِم ْن بَ ْع ِد‬،‫ض ِص َّحة‬ ِ ‫ َوأَبْ ِدلْ ُه ْم ِم ْن بَ ْع ِد الْ َمَر‬،‫َمْن ِزلَتَ ُه ْم‬ ‫ َو ْارفَ ْع‬،‫لَ ُه ْم‬
.‫الْبَ ََل ِء َعافِيَة‬
،‫ اَل ّٰلّ ُه َّم ا ْغ ِف ْر لَ ُه ْم َو ْار ََحْ ُه ْم‬،‫ْي‬ ِ ِ‫اَل ّٰلّه َّم ارحم موتَانَا وموتَى الْمسل‬
‫م‬
َ ُْ ََْ َْ ْ َ ْ ُ
‫آلخَرِة َح َسنَ ًة‬ ِ ْ‫ ربَّنَآ أّٰتِنَا ِِف الدُّنْيا حسنَةً وِِف ا‬.‫وعافِ ِهم و ْاعف عْن هم‬
َ ََ َ َ ُْ َ ُ َ ْ ََ
.‫اب النَّا ِر‬ ‫ذ‬
َ ‫ع‬ ‫ا‬ ‫ن‬ ِ‫وق‬
َ َ َ َ
‫ات َىّٰ َذا‬ ِ ‫ وأَعاد علَي نَا وعلَي ُكم ِمن ب رَك‬،‫َحي ٍد‬ َِ ‫ووفِّ ْقنَا وإِيَّا ُكم لِ ُك ِّل فِع ٍل‬
ََ ْ ْ ْ َ َ ْ َ َ َ َ ْ ْ ْ َ ََ
‫ َوأ َْد ِخ ْلنَا َوإِيَّا ُك ُم‬.‫الو ِعْي ِد‬ ِ‫َع ْذنا وإِيَّا ُكم ِمن ىوِل الي و‬
‫م‬ ِ ‫ وأ‬،‫السعِي ِد‬ َّ ِ‫الي و‬
‫م‬
َ َْ َْ ْ ْ َ َ َ ْ َْ
: ‫اْلَنَّةَ َم َع ال َفائِِزيْ َن الَّ ِذيْ َن‬
ْ

14
           

   

ْ ‫ َولِ ّٰلّ ِو‬،‫ اَهللُ أَ ْكبَ ُر‬،‫ اَهللُ أَ ْكبَ ُر‬،‫اَهللُ أَ ْكبَ ُر‬
َ.‫اْلَ ْم ُد‬

15

Anda mungkin juga menyukai