Anda di halaman 1dari 14

Majlis Ugama Islam Singapura

Khutbah Aidiladha
20 Julai 2021 / 10 Zulhijjah 2021

Kesucian Melahirkan Kemuliaan

ِ ‫هللا ب ْكرةً وأ‬


.ً‫َصيال‬ ِ ‫لِل َكثِريا وسبحا َن‬ ِ‫هللا أَ ْكَب َكبِريا واحلم ُد ِه‬
َ َ ُ ْ
َ َُ ً ْ َ َ ً َُ ُ
َ‫ أَ ْش َه ُد أَ ْن ال‬.ً‫اب َوََلْ ََْي َع ْل لَهُ ِع َوجا‬ َ ‫ت‬
َ ِ ِ‫احلم ُد ِهلِل الَّ ِذي أَنز َل َعلَى َعب ِده‬
‫الك‬ ْ َ َْ
‫يت َو ُه َو َعلَى‬ ُ ِ‫ْك َولَهُ احلَ ْم ُد ُُييِي َوُُي‬ ُ ‫ لَهُ املُل‬،ُ‫يك لَه‬ َ ‫إِلَهَ إِالَّ هللاُ َو ْح َدهُ الَ َش ِر‬
ٍ ‫ُك ِل َش‬
َّ ‫ َوأَ ْش َه ُد أ‬،‫يء قَ ِد ٌير‬
َ ‫ اَللَّ ُه َّم‬.ُ‫َن َسيِه َد ََن ُُمَ َّم ًدا َع ْب ُدهُ َوَر ُسولُه‬
‫ص ِهل َو َسلِه ْم‬ ‫ه‬
،‫ فَـيَا أَيُّـ َها ال ُـمسلِ ُمو َن‬،‫ أ ََّما بَع ُد‬.‫ني‬ ِ ْ ‫َصحابِ ِه أ‬
َ ‫َْجَع‬
ِِ ٍ ِ
َ ْ ‫َعلَى َسيِهد ََن ُُمَ َّمد َو َعلَى آله َوأ‬
ِ ‫فسي بِتقوى‬
.‫ فَـ َقد فَ َاز ال ُـمتَّـ ُقو َن‬،‫هللا َع َّز َو َج َّل‬ ِ َ‫ُوصي ُكم ون‬ ِ ‫أ‬
ََ َ

Saudara saudari yang dirahmati Allah,

Marilah kita penuhkan hari yang penuh suci lagi mulia ini dengan
kesyukuran dan ketakwaan. Mulakan ia dengan tekad dan azam
untuk menjadi manusia dan umat yang bertakwa, berhati suci
dan berakhlak terpuji. Umat yang mencari kebaikan di setiap
saat dan ketika. Umat yang menjauhi kekejian, sama ada di
dalam amal perbuatan, tutur perbicaraan mahupun sangkaan.

1
Umat yang bangkit memperbaiki diri dan orang lain dengan
berhemah tinggi, bersatu hati dan berbudi pekerti.

Muslimin muslimat yang dimuliakan,

Bulan Zulhijjah termasuk di antara bulan-bulan yang dihormati


dalam Islam. Di dalamnya terkandung beberapa hari yang paling
suci. Allah (s.w.t.) telah bersumpah dengan hari-hari tersebut di
dalam firman-Nya:

Maksudnya: “Demi waktu Fajar, dan demi sepuluh malam.”


(Surah al-Fajr, ayat 1 – 2).

Yang dimaksudkan sepuluh malam mengikut ahli tafsir adalah


sepuluh malam pertama bulan Zulhijjah dan kemuncaknya
adalah Aidiladha yang pada pagi hari ini, kita sama-sama
meraikannya.

Begitulah saudara sekalian, Allah (s.w.t.) telah memilih di antara


ciptaan-Nya, beberapa hari, masa, tempat, dan juga manusia
yang suci lagi mulia. Kesucian dan kemuliaan hari-hari tertentu
di sisi Allah dikaitkan oleh Nabi Muhammad (s.a.w.) dengan
2
kesucian dan kemuliaan manusia itu sendiri. Di dalam khutbah
terakhir Baginda (s.a.w.) di dalam haji wada’, Baginda telah
berpesan:

،‫ َك ُح ْرَم ِة يَـ ْوِم ُك ْم َه َذا‬،‫اء ُك ْم َوأ َْم َوالَ ُك ْم َعلَْي ُك ْم َح َر ٌام َإَل أَ ْن تَـلْ َق ْوا َربَّ ُك ْم‬ ِ َّ ،‫أَيُّـها النَّاس‬
َ ‫إن د َم‬ ُ َ
ِ ْ َ‫ فَمن َكان‬،‫ فَـيسأَلُ ُكم عن أَ ْعمالِ ُكم‬،‫ وإِنَّ ُكم ستـلْ َقو َن ربَّ ُكم‬،‫وَكحرم ِة َشه ِرُكم ه َذا‬
ُ‫ت ع ْن َده‬ ْ َ ْ َ ْ َ ْ ْ َ ْ َ ْ ََ ْ َ َ ْ ْ َْ ُ َ
‫ َال تَظْلِ ُمو َن َوَال تُظْلَ ُمو َن‬،‫أ ََمانَةٌ فَلِيُـ َؤِهد َها َإَل َم ْن ائْـتَ َمنَهُ َعلَْيـ َها‬
Yang bermaksud: “Wahai manusia! Sesungguhnya, darah, harta
dan kehormatan kamu adalah suci buat kamu, sepertimana
(sucinya) hari ini, bulan ini, sehingga sampai masanya kamu
menghadapi Tuhan kamu dan pastinya kamu akan
dipertanggungjawabkan di atas segala perbuatan kamu.
Sesiapa yang diserahkan kepadanya amanah, maka
tunaikanlah/serahkan hak amanah tersebut kepada pemiliknya.
Jangan kamu menzalimi orang lain, agar mereka tidak
menzalimimu pula.”

Perhatikan dengan teliti, saudara saudari sekalian. Baginda


(s.a.w.) berwasiat di penghujung dakwahnya tentang kesucian
dan kemuliaan nyawa, maruah dan hak manusia. Mengapa?
Sebab, jika kita meremehkan hak orang lain, menganggap
ringan perasaannya, mudah menyakitinya dan menjatuhkan
maruahnya, kita telah memusnahkan asas-asas kehidupan yang
sejahtera di dalam masyarakat. Manusia hanya ikutkan hawa
nafsu, keinginan dan kepentingan diri masing-masing. Lisannya
bebas berbicara, tanpa mengendah langsung akan keburukan

3
akibatnya. Dunia sedemikian tidak akan tenang lagi aman. Ia
penuh dengan porak-peranda, kebingungan dan perpecahan.

Sedangkan Rasulullah (s.a.w.) datang membawa risalah


keamanan dan kesejahteraan. Baginda (s.a.w.) memartabatkan
nilai kemanusian – setiap nyawa yang dicipta Allah (s.w.t.)
adalah mulia. Perjuangan Baginda (s.a.w.) yang tidak pernah
mengenal akan erti siang dan malam, tidak lain dan tidak bukan
adalah untuk memastikan agar umatnya terus bersaudara, tidak
berpecah-belah, dan tidak menodai kesucian dan kemuliaan
manusiawi.

Saudara-saudari sekalian,

Tekanan yang kita hadapi di dalam krisis hari ini membebankan


pelbagai ujian yang perlu ditanggung oleh kita dan masyarakat.
Ia menguji kesabaran, ketabahan, kasih sayang dan kesatuan
sesama kita. Ramai yang khuatirkan keadaan kehidupannya dan
ahli keluarganya. Kerisauan ini dengan mudah sekali boleh
menjejas ikatan hubungan sesama kita.

Namun, dengan segala kesyukuran kepada Allah (s.w.t.),


masyarakat kita sanggup berkorban demi kebaikan bersama,
bersatu hati dan prihatin menjaga keselamatan diri dan orang
lain. Hakikatnya, kita mempunyai kemahuan yang serupa – agar
kita dapat bangkit daripada krisis ini dalam keadaan bersatu dan
dalam semangat bantu-membantu sesama kita. Kita inginkan

4
bagi saudara kita apa yang kita sayangkan buat diri sendiri.
Sikap ini yang digambarkan oleh Rasulullah (s.a.w.):

‫اعى‬ ْ ُ‫س ِد إِ َذا ا ْشتَ َكى ِم ْنهُ ع‬


َ ‫ض ٌو تَ َد‬ ِ ُِ ‫ني ِِف تَـوا ِهد ِهم وتَـر‬
َ َ‫اُح ِه ْم َوتَـ َعاطُف ِه ْم َمثَ ُل ا ْْل‬ َ َ ْ َ َ ‫َمثَ ُل ال ُْم ْؤمن‬
ِِ
َّ ‫س ِد ِِب‬
‫لس َه ِر َوا ْحلُ َّمى‬ ِ
َ َ‫لَهُ َسائ ُر ا ْْل‬
Maksudnya: “Perumpaan bagi orang beriman dalam berkasih
sayang, belas kasihan dan kesantunannya adalah seperti satu
jasad, jika salah satu anggotanya sakit, terasa sakitnya juga di
anggota yang lain sehingga demam dan tidak (dapat) tidur
malam.” (Hadis riwayat Imam Muslim).

Jemaah yang dimuliakan,

Ini tidak bermakna keadaan dan situasi kita telah sempurna.


Jauh sekali. Kita masih mempunyai kekurangan dan kelemahan
di peringkat individu dan masyarakat. Namun, kita harus
menerima bahawa hidup ini adalah satu perjuangan dan
perjalanan yang berterusan. Setiap langkah yang kita ambil di
dalam kehidupan ini bagi menuju ke arah pembaikan dan
kegemilangan bak mendaki gunung hingga ke puncaknya, kita
perlu sama-sama berganding bahu dan saling lengkap-
melengkapi.

5
Kekuatan dan kemuliaan kita terhasil daripada semangat bantu-
membantu di dalam kebaikan, dalam istilah Al-Quran (at-ta’awun
‘ala al-birr wa at-taqwa). Setiap kita melengkapi kekurangan atau
kelemahan yang ada pada saudaranya. Yang kaya membantu
yang memerlukan, yang kuat dan sihat menolong yang sakit dan
lemah, yang berilmu mengingatkan dan mendidik yang kurang
berpengetahuan. Begitu juga agama kita sangat menganjurkan
sikap tegur-menegur dengan adab dan sopan, yang dinamakan
nasihat.

Nabi (s.a.w.) bersabda:

‫ني َو َع َّامتِ ِه ْم‬ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ َ َ‫َّصيحةُ قُـلْنَا لِمن؟ ق‬ ِ


َ ‫ َّلِل َولكتَابِه َول َر ُسوله َوِِلَئِ َّمة ال ُْم ْسل ِم‬:‫ال‬ َْ
ِ
َ ‫ين الن‬
ُ ‫ال هد‬

Maksudnya: “Agama itu nasihat, para sahabat bertanya untuk


siapa wahai Rasulullah? Jawab Baginda, “Untuk Allah, Kitab-
Nya, Rasul-Nya, para pemimpin kaum muslimin dan seluruh
masyarakat amnya.” (Hadis riwayat Imam Muslim).

Keterbukaan untuk menerima nasihat akan membantu kita


menjadi manusia dan masyarakat yang lebih baik, di mana kita
akur dengan kekurangan dan kita ingin memperbaiki diri dan
sumbangan. Ini adalah satu budaya sihat yang perlu terus
disemai dan digalakkan. Kepimpinan tidak dapat berfungsi
dengan baik jika ia angkuh dan sombong, serta tidak mahu
menerima teguran atau nasihat. Hanya dengan sikap ingat-
mengingatkan inilah kita dapat terus membina dan
6
membangunkan institusi-institusi agama kita serta
mengukuhkannya lagi. Apatah lagi di dalam menghadapi
cabaran-cabaran yang akan bertambah sukar di masa hadapan.

Jemaah yang dimuliakan,

Nasihat dan teguran yang lahir daripada hati yang suci lagi jujur
ada tanda-tandanya. Ia menghormati kemuliaan orang yang
dinasihati, menjaga maruahnya, dan tidak menimbulkan
kebencian dan kemarahan di dalam diri saudaranya. Kerana
nasihat tersebut bukan bertujuan memalukan ataupun
melemahkan. Bahkan sebaliknya, ianya untuk memperbaiki
kekurangan, membina wawasan, menghargai kepelbagaian dan
mengukuhkan kesatuan.

Sayang sekali, mudah sangat hari ini untuk sesiapa sahaja


melontarkan kata-kata yang mencela, menghina, menuduh dan
sebagainya. Ini kemudiannya ditularkan sehingga timbul
kebingungan dan kekacauan. Lihat sahaja bagaimana ramai
orang yang telah menjadi mangsa sehingga musnah kehidupan
mereka. Nasihat yang jujur lagi insaf tidak begini rupanya dan
bukan begini caranya.

Memang tidak dinafikan, ramai yang risau dan takut kerana


terlalu banyak perubahan dan norma baru hari ini. Namun,
walaupun terdapat keterbatasan, masjid-masjid kita masih terus
dimakmurkan dengan cara yang selamat. Kita memelihara

7
nyawa tanpa merosakkan sendi-sendi tiang agama. Kerana
kedua-duanya adalah tuntutan agama.

Yang suka melihat kepada kekurangan dan keterbatasan


memilih untuk melihatnya sebagai satu kelemahan. Ada yang
meyakini bahawa ini fitnah si Dajjal, atau perancangan pihak-
pihak tertentu untuk merosakkan agama, atau tanda-tanda
kiamat di akhir zaman!

Sebagai orang yang beriman, kita yakin dan beriman dengan


adanya kiamat dan hari pembalasan. Al-Quran sering
mengingatkan kita tentangnya. Firman Allah (s.w.t.):

Yang bermaksud: “Wahai umat manusia, bertakwalah kepada


Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu
perkara yang amat besar.” (Surah al-Hajj, ayat 1).

Secara logika, semakin berusia dunia ini, semakin hampir kita


dengan kiamat. Benar juga kita beriman dengan tanda-
tandanya, seperti keluarnya Dajjal dan tanda-tanda lain seperti
yang dikhabarkan Rasulullah (s.a.w.) di dalam hadis-hadis yang
sahih. Tetapi tidak ada seorang pun yang mengetahui masanya.
Seperti yang Allah (s.w.t.) khabarkan di dalam Al-Quran.

8
Pengetahuan ini hanya milik Allah (s.w.t.), bukan menjadi
andaian dan permainan khayalan kita.

Kerana itu pengamalan agama yang betul memerlukan ilmu.


Hanya membaca sebaris di sana dan seperenggan di sini, atau
menonton klip YouTube, Facebook dan Tik Tok, tidak
mempersiapkan kita untuk benar-benar memahami isu agama
yang rumit dan dengan cara yang berkesan. Tiada salahnya
mendengar nasihat yang baik dengan cara apa sekalipun. Tetapi
jangan dikelirukan mesej sedemikian rupa dengan ilmu yang
membantu kita memahami agama dan tradisinya. Ilmu yang
menyeluruh akan menyinari pemahaman kita, bak lampu yang
kuat dapat menerangi kegelapan suasana. Tidak sama seperti
lilin yang terangnya terbatas, dan jika ditiup angin ribut, pudar
cahayanya atau jatuh ia menyebabkan kebakaran rumah dan
harta.

Sebagai contoh, bagaimana kita meletakkan situasi mencabar


hari ini di dalam perspektif betul daripada kacamata sejarah
agama? Benar beberapa peristiwa taun telah berlaku sewaktu
awal sejarah Islam, masjid ketika itu tetap dibuka dan tidak
ditutup. Tetapi yang datang menunaikan solat Jumaat hanya
beberapa orang sahaja, kerana terlalu ramai orang telah
meninggal dunia akibat penularan wabak. Kerana itu, ilmu
menuntut kita untuk memahami sejarah dengan betul. Keadaan
kita hari ini sepatutnya menimbulkan keinsafan dan kesyukuran.

9
Ilmu yang betul juga akan menangkis andaian dan konspirasi
yang tidak berasas. Sebab itu Allah (s.w.t.) mengingatkan kita:

ٌ‫ض الظَّ ِهن إِ ْث‬


َ ‫إِ َّن بَـ ْع‬

Yang bermaksud “Sesungguhnya sebahagian daripada


sangkaan adalah salah (berdosa).” (Surah al-Hujurat, ayat 12).

Bahkan, Nabi Muhammad (s.a.w.) telah mengingatkan kita


bahawa di antara golongan yang tidak disukainya dan akan
duduk jauh daripada Baginda pada hari kiamat kelak adalah
mereka yang banyak bicara yang tidak benar, orang yang
banyak bicara secara melulu dan mereka yang sombong. (Hadis
riwayat al-Tirmizi).

Dalam suasana kekhuatiran sekarang ini, janganlah kita biarkan


khabar-khabar palsu memburukkan lagi suasana dan
menakutkan golongan tua. Seperti dakwaan vaksin
memudaratkan. Setiap kita dambakan keadaan kembali pulih
secepat mungkin. Kerana itu, kita perlu terus berusaha dan
menerima pandangan pakar dan ahli. Yang belum mengambil
vaksin bersegeralah mengambilnya. Yang sudah pula, maka
galakkan saudara-mara kita, khususnya golongan berusia tua,
untuk mengambilnya. Ini adalah di antara ikhtiyar kita untuk
menangkis penularan wabak dan juga mengurangkan kesan ke
atas diri jika kita terjangkit. Apatah lagi dengan situasi penularan
sekarang ini dengan varian baru yang lebih mudah berjangkit.

10
Perjuangan ini tidak akan dapat selesai, sehinggalah setiap kita
memainkan peranan dan bertanggungjawab. Bukan hanya
untuk kepentingan diri sendiri, tetapi untuk kesejahteraan
semua.

Ayuh, janganlah kita terkeliru di antara usaha dan tawakkal, di


antara ilmu dan sangkaan, di antara nasihat dan tuduhan atau
celaan.

Saudara-saudari sekalian,

Pengorbanan yang harus kita laksanakan di sebalik


penghayatan Aidiladha dan ibadah korban adalah untuk
meneruskan wasiat dan panduan Nabi (s.a.w.) untuk menanam
wawasan positif lagi membina pada setiap masa.

Marilah kita pupuk semangat persaudaraan yang suci di dalam


suasana muhibbah hari ini. Mari kita menggembeling tenaga
untuk mengukuhkan institusi-institusi agama kita demi
memajukan masyarakat dan membangunkannya.

Semoga dengan kesucian hati dan jiwa, kita bertambah mulia di


sisi Allah (s.w.t.) dan dengannya, masyarakat kita dipandang
mulia di sisi umat manusia. Amin. Ya Rabbal ’Alamin.

11
َ ‫أَقُ ْو ُل قَ ْو ِلي َهذَا َو أ َ ْست َ ْغ ِف ُر‬
‫ فَا ْست َ ْغ ِف ُروهُ ِإنَّهُ ُه َو‬،‫هللا ال َع ِظي َْم ِلي َو لَ ُك ْم‬
َّ ‫الغَفُ ْو ُر‬
‫الر ِحيْم‬
* Jika masa tidak mengizinkan, beberapa teks hadis di dalam bahasa Arab boleh dibaca
terjemahannya sahaja.

12
‫‪Khutbah Kedua‬‬

‫َكَب ‪X 7‬كايل‬ ‫هللاُ أ َ‬


‫يك‬‫ريا َك َما أ ََم َر‪َ ،‬وأَ ْش َه ُد أَن َال إِلَهَ إَِّال هللاُ َو ْح َدهُ َال َش ِر َ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬
‫ا ْحلَ ْم ُد هلل َُحْ ًدا َكث ً‬
‫ص ِهل َو َسلِه ْم َعلَى َسيِه ِد ََن‬
‫َن َسيِه َد ََن ُُمَ َّم ًدا َع ْب ُدهُ َوَر ُسولُهُ‪ .‬اللَّ ُه َّم َ‬
‫لَهُ‪َ ،‬وأَ ْش َه ُد أ َّ‬
‫هللا‬ ‫وا‬ ‫ق‬
‫ُ‬ ‫َّ‬
‫ـ‬‫ت‬ ‫ُُمَ َّم ٍد وعلَى آلِ ِه وأَصحابِ ِه أَ ْْج ِعني‪ .‬أ ََّما بـعد‪ ،‬فَـيا ِعباد هللا‪ ،‬اِ‬
‫َ‬ ‫َْ ُ َ َ َ‬ ‫َ َ‬ ‫َ َْ‬ ‫ََ‬
‫يما أ ََم َر‪َ ،‬وانتَـ ُهوا َع َّما ََنَا ُكم َع ْنهُ َوَز َج َر‪.‬‬ ‫ِ‬
‫تَـ َع َاَل ف َ‬
‫ث‬ ‫صطََفى‪ ،‬فَـ َق ْد أ ََم َرََن هللاُ بِ َذلِ َ‬
‫ك َح ْي ُ‬ ‫صلُّوا َو َسلِه ُموا َعلَى النِ هِ‬
‫َّب ال ُْم ْ‬ ‫أََال َ‬

‫ين‬ ‫َّب يـا أَيُّـها الَّ ِ‬


‫ذ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬‫ن‬‫ال‬ ‫ى‬‫َ‬‫ل‬ ‫ع‬
‫َ‬ ‫ن‬
‫َ‬ ‫و‬‫ُّ‬
‫ل‬ ‫ص‬ ‫ي‬ ‫ه‬
‫ُ‬ ‫ت‬
‫َ‬ ‫ك‬
‫َ‬ ‫قَال ِِف كِتَابِ ِه الْع ِزي ِز‪ :‬إِ َّن هللا وم َالئِ‬
‫َ‬ ‫َ‬ ‫هَ‬ ‫َ‬ ‫ُ‬ ‫َ ََ‬ ‫َ‬

‫ص ِهل َو َسلِه ْم َو َِب ِر ْك َعلَى َسيِه ِد ََن‬ ‫م‬


‫َّ‬ ‫ه‬‫َّ‬
‫ل‬ ‫ال‬ ‫ا‪.‬‬
‫ْ ََ ُ ْ ً ُ َ‬‫يم‬ ‫ءامنُوا صلُّوا َعلَي ِه وسلِهموا تَسلِ‬
‫ََ َ‬

‫آل َسيِه ِد ََن ُُمَ َّم ٍد‪.‬‬


‫ُُمَ َّم ٍد و َعلَى ِ‬
‫َ‬

‫ِ‬ ‫وارض اللَّه َّم َع ِن اخلُلَ َف ِاء َّ ِ ِ‬


‫ين املَْهديِه َ‬
‫ني أَِِب بَ ْك ٍر َوعُ َم َر َوعُثْ َما َن‬ ‫الراشد َ‬ ‫َْ َ ُ‬
‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫و َعلِ ِي‪ ،‬و َعن ب ِقيَّ ِة َّ ِ‬
‫ني‪َ ،‬و َعنَّا‬‫ني‪َ ،‬وََتبِعي التَّابِع َ‬ ‫الص َحابَة َوال َق َرابَة َوالتَّابِع َ‬ ‫َ ه َ َ‬
‫ني‪.‬‬ ‫الر ِِ‬
‫اُح َ‬ ‫َم َع ُهم َوِفي ِهم بَِر ُْحَتِ َ‬
‫ك ََي أ َْر َح َم َّ‬

‫‪13‬‬
‫ِِ‬ ‫ني والْمسلِم ِ‬ ‫ني واملُْؤِمنَ ِ‬
‫ات‪ ،‬واملُسلِ ِ‬ ‫اللَّ ُه َّم ا ْغ ِفر لِلْم ْؤِمنِ‬
‫ات‪ْ ،‬اِلَ ْحيَاء م ُ‬
‫نهم‬ ‫َ ُْ َ‬ ‫َ‬ ‫م‬ ‫َ ْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ ُ‬
‫الزَال ِز َل َوال ِْم َح َن‪َ ،‬ما ظَ َه َر‬ ‫الوَِب َء َو َّ‬ ‫و‬ ‫ء‬ ‫ال‬
‫َ‬ ‫ْب‬‫ل‬ ‫ا‬ ‫َّا‬
‫ن‬ ‫ع‬
‫َ‬ ‫ع‬
‫ْ‬ ‫ف‬
‫َ‬ ‫د‬
‫ْ‬ ‫ا‬ ‫م‬
‫َّ‬ ‫ه‬
‫ُ‬ ‫َّ‬
‫ل‬ ‫ال‬ ‫‪.‬‬ ‫و ْاِلَ ْمو ِ‬
‫ات‬
‫َ ََ َ‬ ‫َ َ‬
‫اصةً‪ ،‬وسائِ ِر الْبـ ْل َد ِ‬ ‫ِم ْنـها وما بطَن‪َ ،‬عن بـلَ ِ‬
‫ني‪.‬‬‫ب ال َْعالَ ِم َ‬‫ان َع َّامةً‪ََ ،‬ي َر َّ‬ ‫ََ ُ‬ ‫َّ‬ ‫خ‬
‫َ‬ ‫َن‬
‫َ‬ ‫د‬ ‫َ‬ ‫َ ََ َ َ‬
‫الدنيا حسنَةً‪ ،‬وِِف ْاْل ِخرِة حسنَةً‪ ،‬وِ‬ ‫ِ‬
‫اب النَّا ِر‪.‬‬‫َ‬ ‫ذ‬‫َ‬ ‫ع‬
‫َ‬ ‫ا‬‫ن‬
‫َ‬ ‫ق‬ ‫َ ََ َ‬ ‫َربَّـنَا آتنَا ِِف ُّ َ َ َ َ‬
‫ان‪َ ،‬وإِيتَ ِاء ِذي الْ ُق ْرََب َويَـ ْنـ َهى َع ِن‬
‫اْل ْحس ِ‬
‫َ‬ ‫ِ‬‫ْ‬ ‫و‬‫َ‬ ‫ُ‬
‫اد ِ‬
‫هللا‪ ،‬إِ َّن هللاَ ََي ُْمر ِِبل َْع ْد ِ‬
‫ل‬ ‫َ‬ ‫ب‬
‫َ‬
‫ِ‬
‫ع‬

‫يم‬ ‫الْ َفح َش ِاء والْمن َك ِر والْبـغْ ِي‪ ،‬ي ِعظُ ُكم لَعلَّ ُكم تَ َذ َّكرو َن‪ ،‬فَاذْ ُكروا هللا الْع ِ‬
‫ظ‬
‫ُ َ َ َ‬ ‫ْ َ ُ َ َ َ ْ َ ْ ُ‬

‫اسأَلُوهُ ِم ْن فَ ْ‬
‫ضلِ ِه يُـ ْع ِط ُك ْم‪َ ،‬ولَ ِذ ْك ُر‬ ‫ِ‬
‫يَ ْذ ُك ْرُك ْم‪َ ،‬وا ْش ُك ُروهُ َعلَى نِ َع ِمه يَ ِز ْد ُك ْم‪َ ،‬و ْ‬
‫ِ‬
‫هللا أَ ْك ََبُ‪َ ،‬وهللاُ يَـ ْعلَ ُم َما تَ ْ‬
‫صنَـعُو َن‪.‬‬

‫‪14‬‬

Anda mungkin juga menyukai