Anda di halaman 1dari 12

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

TEKS KHUTBAH

Tajuk :

“TAULADAN DARI UTUSAN MULIA”

Tarikh Dibaca :

8 RABI’ULAWWAL 1443H/
15 OKTOBER 2021M

Disediakan oleh :

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Tauladan Dari Utusan Mulia‬‬

‫‪TAULADAN DARI UTUSAN MULIA‬‬


‫‪8 RABI’ULAWWAL 1443H / 15 OKTOBER 2021‬‬

‫ا َ ْلحم َْد ُ لِلّٰه ِ الْق َآئ ِ ِ‬


‫ل‪:‬‬

‫َ‬ ‫ُّ َ َ َ َ َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬


‫ّللُ‬
‫ون ُُيبِبكم ُٱ ُ‬
‫ّلل ُ ُفٱتبِع ِ ُ‬
‫جيم‪ :‬قلُ ُإِنُكنتم ُُتِبون ُٱ ُ‬ ‫َ‬ ‫َ‬
‫ان ُالر ِ‬
‫اّللُِمِن ُالشيط ِ‬
‫أعُوذ ُب ِ ُ‬
‫َ َ َ‬ ‫َ‬
‫‪ٞ‬‬
‫حيمُ‪ُ ُ٣١‬‬ ‫َ‬ ‫‪ٞ‬‬
‫ّللُغفورُر ِ‬ ‫َو َيغفِرُلكمُذنوبك ۚۡم ُ‬
‫ُوٱ ُ‬ ‫َ‬

‫ل وَل َا شَب ِيه َ وَل َا ضِد وَل َا نِد لَه ُ‪،‬‬


‫ك لَه ُ وَل َا م َث ِي َ‬
‫أَ شْهَد ُ أَ ْن ل َا ِإلَه َ ِإلا الله ُ وَحْد َه ُ ل َا شَر ِي ْ َ‬

‫سو ْلُه ُ وَصَف ُِّيه ُ وَحَب ِيب ُه ُ م َنْ بَع َث َه ُ الله ُ ر َحم َة لِلْع َالم َي ِنَ‬
‫و َأَ شْهَد ُ أَ ن سَيِد َن َا و َنَب ِينَا مُحَمدا ع َبْد ُه ُ وَر َ ُ‬

‫ح ال ُّأمة َ وَج َاهَد َ فِى الله ِ حَق ِ‬


‫جه َادِه ِ‬ ‫ص َ‬
‫ه َادِيا وَم ُبَش ِرا و َنَذِيرا بلَ َغ الر ِسالَة َ و َأَ دى الأَ م َانَة َ و َن َ َ‬

‫ك عَلَى سَيِدِن َا مُحَمدٍ‬ ‫فَجَزَاه ُ الله ُ ع َنا خَي ْر َ م َا جَز َى نَب ًِّيا م ِنْ أَ نب ِيَائِه ِ‪ .‬اَلله ُم ص ِ‬
‫َل وَسَل ِ ْم و َب َارِ ْ‬

‫خ َات َ ِم الان َ ْب ِيَاء ِ و َال ْمُرْسَلِيْنَ و َعَلى آلِه ِ و َصَ ح ْبِه ِ أَ جْم َع ِيْنَ‪ .‬أَ ما بَعْد ُ‪ ،‬فَيَا عِبَاد َ الله ِ اتق ُوا اللهَ‪،‬‬

‫ُّأ ْوصِيْك ُ ْم و َِإيايَ بتَِقْو َى الله ِ وَطَاع َتِه ِ لَع َل ك ُ ْم تُرْحَمُوْنَ‪.‬‬

‫‪SIDANG JEMAAH YANG DIKASIHI ALLAH,‬‬


‫‪Pada hari perayaan mingguan umat Islam yang penuh keberkatan ini, khatib berpesan‬‬
‫‪kepada diri sendiri serta para jemaah, bertakwalah sekalian kamu kepada Allah SWT‬‬
‫‪dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.‬‬
‫‪1‬‬
Khutbah Jumaat Tauladan Dari Utusan Mulia

Mudah-mudahan, dengan ketaatan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT serta kecintaan
yang menggunung tinggi terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW, segala bala
dan ujian yang diberikan pada waktu ini termasuklah wabak Covid-19 segera diangkat
oleh Allah SWT. Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul pada tahun 1443 Hijrah
ini, mimbar akan membicarakan khutbah bertajuk: “Tauladan Dari Utusan Mulia”.

Khatib juga ingin mengingatkan untuk kita terus berdisiplin mematuhi garis panduan dan
SOP pencegahan penularan wabak Covid-19. Jagalah kesihatan dan keselamatan diri
dan keluarga. Kelonggaran yang telah diberikan bukan bermaksud kita sudah bebas dari
wabak. Khatib juga ingin menyeru kepada seluruh umat Islam, marilah sama-sama kita
mengimarahkan masjid pada setiap waktu. Sesungguhnya orang-orang yang
memakmurkan masjid dengan amalan-amalan yang baik itu akan diberi ketenangan dan
dicucuri rahmat sebagaimana disebut dalam hadis:

ْ َ ‫ُوت الله ِ يَت ْلُونَ ك ِتَابَ الله ِ و َيَتَد َارَسُونَه ُ بَيْنَه ُ ْم ِإلا ن َزَل‬
‫ت‬ ِ ‫ْت م ِن بُي‬
ٍ ‫وَم َا اجْ تَم َ َع قَوْم ٌ فِي بَي‬

ُ ‫عَلَيْه ِم السكِين َة ُ وَغَشِيَتْه ُ ْم الرحْم َة‬

Mafhumnya: “Setiap kali segolongan kaum berkumpul di rumah daripada rumah-rumah


Allah (masjid), membaca al-Quran, dan bertadarus dalam kalangan mereka, nescaya
diberikan ketenangan dan mereka dicucuri rahmat”. (Hadis riwayat Imam Muslim)

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,


Menelusuri tema Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan pada tahun ini iaitu
Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti sudah cukup memberikan makna dan kesan
mendalam terhadap kita selaku umat Nabi Muhammad SAW. Menurut tokoh ilmuan Islam
Sa’id Ḥawwa, muslim rabbani ialah insan yang berilmu pengetahuan, mengabdikan diri
kepada Allah serta bersifat zuhud terhadap dunia.

Justeru, pengaplikasian lafaz dalam tema sebegini membawa maksud suatu sistem
bermatlamatkan ketuhanan yang mengembalikan pemahaman seseorang insan sebagai
hamba Allah SWT seterusnya memberikan semaksimum mungkin manfaat kepada
ummah .
2
Khutbah Jumaat Tauladan Dari Utusan Mulia

Oleh kerana itu juga, kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
memperkenalkan Dasar Manhaj Rabbani sebagai satu gagasan yang berpaksikan tiga ciri
utama iaitu keilmuan, kerohanian dan dakwah yang sememangnya amat dekat di hati
masyarakat negara ini.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,


Pada ayat 31 daripada Surah ali ‘Imran yang dibacakan pada permulaan khutbah sebentar
tadi, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar)
mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu".
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.

Saban tahun, kita menyambut sambutan Maulidur Rasul bagi memperingati kelahiran
Baginda Nabi SAW yang merupakan nikmat yang tidak ternilai bagi umat akhir zaman.
Menelusuri sejarah, sambutan sebegini merupakan cetusan idea daripada al-Malik
Muzaffaruddin ketika bertemu para ulama ketika zamannya bagi memperingati junjungan
besar yang mulia.

Malah, Sayyid Alwi al-Maliki al-Hasani menjelaskan dalam kitabnya bertajuk Mukhtasar
Sirah Nabawiyah menjelaskan bahawa memperingati Maulid Nabi tergolong dalam
perkara kebaikan. Dalam kesempatan ini, khatib ingin menjelaskan tiga kata kunci utama
untuk kita bersama-sama mengambil tauladan daripada kemuliaan Rasulullah SAW.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Pertama, Rasulullah SAW merupakan tauladan bagi pedoman hidup manusia. Detik
kelahiran Nabi SAW pada 12 Rabi’ul Awwal tahun gajah telah mengubah lanskap
masyarakat jahiliyah ketika itu daripada kehidupan yang tiada pedoman kepada
kehidupan agama yang bermatlamatkan kejayaan dunia serta kepercayaan kesejahteraan
hidup di alam akhirat.

Bermula dengan terpadamnya api sembahan kaum Majusi dan runtuhnya singgahsana
Raja Parsi yang gah pada ketika itu. kejadian ini secara tidak langsung menjadi titik
permulaan kepada petanda lahirnya seorang utusan akhir zaman yang akan menjadi suri

3
Khutbah Jumaat Tauladan Dari Utusan Mulia

tauladan buat sekalian insan. Perkara ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam ayat

َ َ َ َ َ
33 daripada Surah al-Taubah:
َ ََ
َُ‫ُكره‬ ََ َ َ َ َ َ َ
ِ ‫و‬‫ل‬‫و‬ُ ‫ۦ‬ ُ
‫ه‬ ‫ك‬
ِِ ُِ ُ
‫ِين‬
‫ل‬ ‫ٱ‬ُ ‫لَع‬ ُ ‫ۥ‬ ‫ه‬
ُ ‫ر‬‫ه‬ ‫ظ‬‫ِل‬
ِ ِ ُِ ُ
‫ق‬ ‫ۡل‬‫ٱ‬ُ ‫ِين‬
ِ ‫د‬‫و‬ ُ ‫ى‬
ُ ‫د‬ ‫ه‬ ‫ل‬‫ٱ‬ِ ُ
‫ب‬ ُ ‫ۥ‬ ُ
‫ول‬ ‫س‬‫ُر‬ ‫ل‬‫س‬‫ر‬ ‫أ‬ ُ ‫ِي‬
ُ ‫َّل‬‫ه ُو ُٱ‬

َ
ُ ‫ۡشك‬
ُ ُ٣٣ُ‫ون‬ ِ ‫ٱلم‬
Maksudnya: “Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa
petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya
atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang Musyrik tidak menyukainya”.

Ajaran dan panduan yang dibawa oleh Rasulullah SAW kepada kita semua bukannya
bertujuan untuk menyusahkan, namun ia sebagai panduan ke arah kehidupan berkualiti
yang seimbang antara dunia dan akhirat. Jika kita telusuri, adakah terdapat walaupun satu
sunnah Baginda SAW yang membawa mudarat dan kerosakan kepada kehidupan
manusia?

Ajaran dan panduan yang dibawa oleh Rasulullah SAW inilah sebenarnya panduan
kepada keselamatan hidup manusia di dunia ini. Perkara ini ditegaskan oleh Baginda Nabi
Muhammad SAW dalam sebuah hadis;

‫ وَسُنت ِي‬،ِ‫ ك ِتَابَ الله‬:‫ لَنْ تَضِ ُّلو ْا م َا ِإن تَمَسكْ تُم ْ بِهِم َا‬،ِ‫ت َركْ تُ ف ِيْك ُ ْم أَ مْرَ يْن‬

Maksudnya: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat
selagimana kamu berpegang teguh dengannya iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah
Nabi-Nya (Sunnah Nabi SAW)”.

Melalui hadis ini, Rasulullah SAW mengkhabarkan kepada kita bekalan yang sangat
berguna terhadap segala permasalahan dan cabaran yang sedang kita hadapi dan
tempuhi pada masa ini. Jika kita hayati, kebanyakan kerosakan yang berlaku dalam
kehidupan masyarakat pada masa ini berpunca apabila manusia meninggalkan segala
perintah Allah SWT dan ajaran daripada Rasulullah SAW.

4
Khutbah Jumaat Tauladan Dari Utusan Mulia

Bermula dari bangun tidur sehinggalah kita tidur kembali, segala panduan hidup telah
diajarkan oleh baginda SAW. Tetapi, oleh kerana kelemahan dan kelalaian seseorang
manusia, pedoman yang ditinggalkan oleh Baginda SAW kadangkala ditinggalkan dan
tidak diambil sebagai bekalan kehidupan di dunia ini. Firman Allah SWT dalam Surah al-
A’raaf ayat 158:
َََ َ َ َ ََ َ َ َ َ َ َ ْ ََ
ُ‫ّللِ ُوَك ُِمت ِ ُهِۦ ُ ُوٱتبِعوهُ ُلعلكم‬
ُ ‫م ُٱَّلِي ُيؤمِن ُُب ِٱ‬ ُِ ِ ‫ولِ ُٱنل‬
ُِ ِ ‫ب ُٱۡل‬ ِ ‫ّللِ ُورس‬
ُ ‫فُامِنوا ُُب ِٱ‬

َ َ
١٥٨ُ‫ته َتدون‬

Maksudnya: “Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Nabi yang ummi
yang beriman kepada Allah dan kalimah-kalimah-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah dia
(Rasulullah SAW) supaya kamu beroleh hidayah petunjuk”.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Kedua, mencintai Rasulullah SAW merupakan wasilah bagi memperoleh rahmat Allah
SWT. Sambutan Maulidur Rasul bukannya hanya satu bentuk lakonan seolah-olah hanya
pada waktu-waktu tertentu sahaja kita menzahirkan kecintaan terhadap Baginda SAW. Al-
Marhum Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya'rawi menegaskan apa yang penting dalam
menyambut maulid ialah kita melaksanakan apa-apa yang disukai oleh empunya maulid
dan Pencipta empunya maulid serta berpegang teguh kepada manhaj yang dibawa oleh
Nabi Muhammad SAW.

Malah, gaya hidup kita sama ada dalam urusan ibadat, muamalat, munakahat, dan
sebagainya menggambarkan keterampilan akhlak yang ditonjolkan oleh Baginda SAW.
Hal ini sekaligus membuktikan kecintaan mendalam terhadap Baginda. Oleh itu, cinta
kepada Rasulullah SAW hendaklah disemai dan dibajai dengan cinta kepada sunnah atau
risalah yang ditinggalkan oleh Nabi SAW, bukan sekadar cinta kepada jasad dan
keturunan Baginda.

Hal ini kerana cinta kepada Nabi SAW merupakan cabang kepada cinta kepada Allah
SWT. Firman Allah SWT dalam Surah ali 'Imran ayat 31:

5
Khutbah Jumaat Tauladan Dari Utusan Mulia

َ َ َ
ُٞ‫ّللُغفور‬
ُ ‫ُوٱ‬ َ ‫ّللُ َو َيغفِرُلَكمُذن‬
ُ ‫وبك ۚۡم‬
َ
ُ ‫ونُُيبِبكمُٱ‬
َ َ َ َ َ ُّ
ُ ِ ‫ّللُ ُفٱتبِع‬
ُ ‫قلُُإِنُكنتمُُتِبونُٱ‬

ٞ ‫ح‬
ُ ُ٣١ُ‫يم‬ ِ ‫َر‬
Maksudnya: “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka
ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan
(ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,


Kata kunci ketiga ialah Rasulullah SAW merupakan ikon kasih sayang. Kecintaan
Baginda Nabi SAW terhadap umatnya bukan sahaja di dunia semata-mata, namun juga
melangkau jauh di akhirat kelak. Ketika umat manusia gementar berhadapan
penghakiman Allah SWT terhadap setiap amalan, Baginda SAW merayu kepada Allah
SWT supaya umatnya diringankan beban dan dilepaskan daripada seksa api neraka.

Malah, umat-umat terdahulu mencari nabi dan rasul mereka untuk mendapat bantuan
namun ditolak kecuali umat Nabi Muhammad SAW sahaja dikurniakan kelebihan tersebut.
Dalam sebuah hadis riwayat Muslim, Baginda Nabi SAW bersabda;

‫ل ك ُُّل نَبِ ٍى دَعْوَت َه ُ و َِإن ِى اخْ تَب َْأتُ د َ ْع وَتِى شَــف َاع َة‬
َ ‫س ت َج َابَة ٌ فَت َع َج‬
ْ ُ ‫ُل ن َبِ ٍى د َ ْع وَة ٌ م‬
ِ ‫لِك‬

َ ِ ‫ش اء َ الله ُ م َنْ م َ اتَ م ِنْ ُّأمتِى لا َ يُشْرِك ُ ب ِالله‬


‫شي ْئا‬ َ ِ ‫ل ُّأمتِى يَوْم َ ال ْق ِي َام َ ة ِ فَه‬
َ ‫ى ن َائ ِلَة ٌ ِإ ْن‬

Maksudnya: “Setiap Nabi mempunyai doa yang mustajabah, maka setiap Nabi doanya
dimakbulkan segera, sedangkan saya menyimpan doaku untuk memberikan syafaat
kepada umatku pada hari kiamat. Syafaat itu insya-Allah diperoleh umatku yang
meninggal dunia (dalam keadaan) tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun”.

Mungkin kita tidak mampu untuk menjadi seperti Zaid bin Harithah yang sanggup
mempertaruhkan nyawanya demi mempertahankan Nabi SAW daripada dicederakan oleh
6
Khutbah Jumaat Tauladan Dari Utusan Mulia

penduduk Taif atau Talhah bin Ubaidillah serta Abu Dujanah yang sanggup menjadikan
tubuh mereka sebagai perisai untuk melindungi Nabi SAW daripada terkena anak panah
musuh dalam peperangan Uhud.

Namun, adakah kita ingin melepaskan peluang dalam sisa kehidupan kita bagi
menyebarkan risalah yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW malah lebih teruk menyakiti
Rasulullah SAW dengan melakukan perkara maksiat dan dibenci oleh Baginda. Mengulas
hal ini, Syeikh al-Maraghi mengatakan bahawa menyakiti Rasulullah SAW selepas
kewafatannya, sama seperti menyakitinya semasa hayatnya. Keimanan kepada Baginda
akan menghalang orang mukmin daripada melakukan perbuatan yang akan menyakiti
Baginda. Ini merupakan dosa dan kederhakaan yang paling besar.

SIDANG JEMAAH YANG DIKASIHI ALLAH,


Sebagai kesimpulan dari khutbah hari ini, perlu diinsafi bahawa selaku umat Nabi SAW
hendaklah kita menjadikan keperibadian Rasulullah SAW sebagai suri tauladan dalam
kehidupan kita. Marilah kita sama-sama menghayati intipati daripada khutbah yang telah
disampaikan tadi;
Pertama: Sambutan Maulidur Rasul merupakan amalan yang dibolehkan serta
manifestasi kecintaan umat terhadap Baginda SAW.
Kedua: Berpegang teguh dengan ajaran al-Quran dan al-Sunnah merupakan bekalan
yang akan menyelamatkan manusia daripada setiap keburukan di dunia dan akhirat.
Ketiga: Selaku umat yang beriman kepada Allah SWT dan rasul, jangan sesekali
menyakiti Rasulullah SAW dengan melakukan perkara-perkara maksiat yang tidak disukai
oleh Baginda.

Firman Allah SWT dalam ayat 128-129 Surah al-Taubah:

7
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Tauladan Dari Utusan Mulia‬‬

‫َ ٌ َ َ َ َ ُّ َ ٌ َ َ‬ ‫َ‬ ‫َ ‪ٞ‬‬ ‫ََ‬


‫سكم ُع ِزيز ُعليهِ ُما ُعنِتم ُح ِريص ُعليكمُ‬
‫ُرسول ُمِن ُأنف ِ‬ ‫لقدُ ُ َجا َءكم‬
‫ََ َ َ‬ ‫َ َ َ َ‬ ‫َ َ ‪َ ْ َََ َ ٞ َ ٞ‬‬
‫ّلل َُل ُإِل َُه ُإَِل ُه َو َُۖعليهُِت َوَكتَُۖ‬
‫ب ُٱ ُ‬ ‫ِ‬
‫ُفقل َ‬
‫ُحس َ‬ ‫حيم ُ‪ُ ١٢٨‬فإِن ُتولوا‬ ‫ُب ِٱلمؤ ِمن ِ ُ‬
‫ي ُرءوف ُر ِ‬

‫شُٱل َع ِظي ُِمُ‪ُ ُ١٢٩‬‬


‫ُر ُّبُٱل َعر ِ ُ‬
‫َوه َو َ‬

‫‪Maksudnya: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan‬‬
‫‪kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya‬‬
‫‪sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan‬‬
‫‪bagi kamu, (dan) dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada‬‬
‫‪orang-orang yang beriman”.‬‬

‫كي ِْم‪،‬‬
‫َات و َالذِكْر ِ الْح َ ِ‬ ‫ن ال ْعَظِي ِْم‪ ،‬و َنَف َعَن ِ ْي و َِإياك ُ ْم بِمَا ف ِيْه ِ م ِ َ‬
‫ن الْآي ِ‬ ‫بَارَك َ الله ُ ل ِ ْي و َل َك ُ ْم ب ِالْقُر ْآ ِ‬

‫ل قَو ْل ِ ْي هَذ َا و َأَ سْ تَغْف ِر ُ الله َ الْعَظِي ْم َ ل ِ ْي‬


‫ل م ِن ِ ْي وَم ِنْك ُ ْم تِلَاو َتَه ُ ِإنه ُ ه ُو َ السمِي ْ ُع ال ْعَلِي ْم ُ‪ .‬أَ قُو ْ ُ‬
‫و َتَق َب َ‬

‫ات الْأَ حْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َالْأَ مْو َ ِ‬


‫ات‪،‬‬ ‫ات و َال ْمُؤْم ِنِيْنَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬
‫و َل َك ُ ْم و َلِسَائِر ِ ال ْمُسْل ِمِيْنَ و َال ْمُسْل ِم َ ِ‬

‫حي ْم ُ‪.‬‬
‫فَاسْ تَغْف ِرُوْه ُ ِإنه ُ ه ُو َ ال ْغَفُوْر ُ الر ِ‬

‫‪8‬‬
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Tauladan Dari Utusan Mulia‬‬

‫‪KHUTBAH KEDUA‬‬

‫َب الْع َالم َي ِنَ‪ ،‬و َالصلَاة ُ و َالسلَام ُ عَلى َ سَيِدِن َا مُحَمدِ ِن النب ِ ِي الْأَ م ِينِ‪ ،‬و َعَلَى آلِه ِ‬ ‫ا َ ْلحم َْد ُ لِله ِ ر ِ‬
‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِينِ‪.‬‬
‫ن وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬
‫صحَابِه ِ الطاهِرِي َ‬
‫و َأَ ْ‬

‫ك لَه ُ‪ ،‬و َأَ شْهَد ُ أن سَيِد َن َا مُحَمدا ع َبْد ُه ُ وَرَسُولُه ُ‪.‬‬


‫أَ شْهَد ُ أَ ْن لا ِإله َ ِإلا الله ُ وَحْد َه ُ لا َ شَر ِي ْ َ‬

‫أَ ما بَعْد ُ‪ ،‬فَيَا عِبَاد َ اللهِ‪ ،‬اِتق ُوا الله َ حَق تُق َاتِه ِ و َاع ْلَم ُوا أَ ن الله َ أَ م َرَك ُ ْم ب ِأَ ْمر ٍ عَظ ٍِيم‪ ،‬أَ م َرَك ُ ْم‬
‫َ ُّ َ َ َ‬ ‫َ َ َ َ َٰٓ َ‬
‫ّلل ُ َو َملئِك َتهُۥ ُيصلون ُلَعُ‬ ‫ن ُٱ ُ‬ ‫ل الله ُ تَع َالَى‪ :‬إ ِ ُ‬ ‫ب ِالصلَاة ِ و َالتسْل ِِيم عَلَى نَب ِيِه ِ ال ْكَر ِي ِم‪ ،‬فَق َا َ‬
‫ً‬ ‫َ ََٰٓ َ ُّ َ َ َ َ َ ْ َ ُّ ْ َ َ َ َ ْ َ‬
‫ِينُءامنواُصلواُعليهُِوسلِمواُتسلِيماُ‪٥٦‬‬
‫ب ُۚۡيأيهاُٱَّل ُ‬
‫ٱنل ِ ُِ‬
‫ل‬
‫ل سَي ِدِن َا مُحَمدٍ كَمَا صَلي ْتَ عَلَى سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َعَلَى آ ِ‬
‫ل عَلَى سَي ِدِن َا مُحَمدٍ و َعَلَى آ ِ‬
‫ص ِ‬
‫اَلله ُم َ‬
‫سي ِدِنَا‬
‫ل سَي ِدِن َا مُحَمدٍ كَمَا ب َارَكْ تَ عَلَى َ‬
‫ك عَلَى سَي ِدِن َا مُحَمدٍ و َعَلَى آ ِ‬
‫سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َب َارِ ْ‬
‫مج ِيْدٌ‪.‬‬
‫ك حَمِيْدٌ َ‬
‫ل سَي ِدِنَا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ فِي ال ْع َالم َي ِْنَ ِإن َ‬
‫ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َعَلَى آ ِ‬

‫ن التاب ِع ِينَ و َتَابِع ِي‬


‫ن و َع َنْ بَق ِية ِ الصح َابَة ِ أَ جْم َع ِينَ‪ ،‬وَع َ ِ‬ ‫ن الْخل ُُف َاء ِ الرا ِ‬
‫شدِي َ‬ ‫ْض الله ُم ع َ ِ‬
‫و َار َ‬
‫ْض ع َنا م َعَه ُ ْم ي َا أَ ك ْرَم َ الْأَ ك ْرَم ِينَ‪.‬‬
‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِي ْ ِن و َار َ‬
‫التاب ِع ِينَ وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬

‫ات الْأَ حْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َالْأَ مْو َ ِ‬


‫ات‪.‬‬ ‫ات و َال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬
‫الله ُم اغْفِر ْ لِل ْمُسْل ِمِينَ و َال ْمُسْل ِم َ ِ‬

‫َالصحة ِ و َالسلَامَة ِ ج َلَالَة َ م َل ِكَ نَا ك باوه دولي يڠ مها‬


‫ق و َال ْهِد َايَة ِ و ِ‬
‫الله ُم أَ ي ِ ْد بِدَو َا ِم التو ْف ِي ْ ِ‬
‫موليا سري ڤدوك بڬيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ‪ ،‬الس ُلطَان عبد الله رِعَايَة ُ الدِي ْن ال م ُصْ طَفَى‬
‫ب ِالله شاه ابن المرحوم سُلْطَان حاج أحمد شاه ال مُسْت َع ِي ْن بالله‪.‬‬

‫ك ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ‪ ،‬تونكو‬
‫وَك َذل ِ َ‬
‫حاجه عز يزه أمينه ميمونه إسكندر يه بنت ال مرحوم ال م ُت َوَك ِلْ عَلَى الله سُلْطَان‬
‫إسكندر الحَاج‪.‬‬

‫‪9‬‬
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Tauladan Dari Utusan Mulia‬‬

‫َالصحة ِ و َالسلَامَة ِ لِ جَلال ََة ِ ن َائ ِِب م َلِكِ ماليز يا‬


‫ق و َال ْهِد َايَة ِ و ِ‬
‫ك الله ُم دَو َا ِم التو ْف ِي ْ ِ‬
‫وَكَمَا نَسْأَ ل ُ َ‬
‫دولي يڠ مها موليا ڤدوك سري سلطان نزرين م ُع ُِّزالد ِين شاه ابن المرحوم سلطان ازلن‬
‫مُح ُِّب الد ِين شاه اَل ْمَغْف ُور لَه ُ وَك َذل ِ َ‬
‫ك دولي يڠ مها موليا راج ڤرمايسوري ڤيراق توانكو‬
‫زارا سليم‪.‬‬

‫ات‬
‫ن ال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬
‫الله ُم احْ ف َْظ عُلَمَاءَه ُم وَوُزَر َاءَه ُم و َقُضَاتَه ُم و َع ُمالَه ُم وَر َعَاي َاه ُم م ِ َ‬
‫حم َ الرا ِحم ِينَ‪.‬‬
‫ك ي َا أَ ْر َ‬
‫ب ِرَحْمَت ِ َ‬

‫ن و َأَ م َانٍ‪،‬‬ ‫الله ُم اجْ ع َلْ بلََد َن َا م َالِيز ِي َا آم ِنا م ُ ْطم َئ ًِّنا‪ ،‬سَ خَاء رَخ َاء‪ ،‬د َار َ ع َ ْد ٍ‬
‫ل و َِإيمَانٍ‪ ،‬و َأَ ْم ٍ‬
‫وَسَائ ِر َ بِلَادِ ال ْ مُسْل ِمِينَ‪.‬‬

‫الله ُم أَ عِز ال ِْإسْ لَام َ و َال ْمُسْل ِمِيْنَ ‪ ،‬وَد َم ِْر أَ عْد َاءَك َ أَ عْد َاء َ الد ِي ِن وان ْصُرْ م َنْ نَصَر َ الدِينَ‪،‬‬
‫ك ِإلَى يَو ْ ِم الد ِيْنِ‪.‬‬‫ل كَل ِمَت َ َ‬‫ل ال ْمُسْل ِمِيْنَ‪ ،‬و َأَ ع ْ ِ‬
‫و َاخْذ ُلْ م َنْ خَذ َ َ‬

‫ظه َر َ مِنْهَا‬
‫ن و َال ْف ِتَنَ‪ ،‬م َا َ‬
‫الله ُم ادْف َعْ ع َنا ال ْبَلَاء َ و َال ْغ َلاَء َ و َال ْو َباَء َ و َالْف َحْ شَاء َ و َال ْمُن ْك َر َ و َالْمِح َ َ‬
‫ك عَلَى ك ُِل شَيْء ٍ قَدِيْر ٌ‪.‬‬ ‫ن اْلمُسْل ِمِيْنَ عَامة‪ِ ،‬إن َ‬ ‫وَم َا بَطَنَ‪ ،‬م ِنْ بلََد ِن َا هَذ َا خ َاصة‪ ،‬وَم ِنْ بل ُ ْد َا ِ‬
‫حم َ‬
‫ن الب َرَصِ‪ ،‬و َالْجن ُ ُونِ‪ ،‬و َالْجُذ َا ِم‪ ،‬وَم ِنْ س َِي ِئ الْأَ سْ ق َا ِم‪ ،‬يَا أَ ْر َ‬
‫ك مِ َ‬
‫الله ُم ِإنا نَع ُوذ ُ ب ِ َ‬
‫الرا ِحم ِيْنَ‪.‬‬

‫‪Ya Allah! Dengan sifat-Mu Yang Maha Pemurah dan Maha Mendengar! Engkaulah yang‬‬
‫‪Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Kami hamba-Mu yang lemah, merayu kepada-Mu‬‬
‫‪agar Engkau ampunkan segala dosa yang telah kami lakukan selama ini. Engkau angkat‬‬
‫‪dan hilangkanlah wabak penyakit Covid-19 yang sedang melanda kami agar dapat kami‬‬
‫‪melaksanakan syiar-Mu dengan sempurna. Hanya kepada-Mu jua Ya Allah, tempat kami‬‬
‫‪mengadu dan memohon pertolongan.‬‬
‫‪Ya Allah! Jadikanlah kami dan keturunan kami orang-orang yang istiqamah mendirikan‬‬
‫‪solat secara berjemaah serta tekun mengimarahkan masjid. Sesungguhnya hanya‬‬
‫‪kepada-Mu jua Ya Allah, doa kami mohon diperkenan dan diterima.‬‬
‫‪10‬‬
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Tauladan Dari Utusan Mulia‬‬

‫حسَن َة و َق ِنَا عَذ َابَ النارِ‪.‬‬


‫خرَة ِ َ‬
‫حسَن َة و َفِي الْآ ِ‬ ‫ر َبنَا آتنَِا فِي ُّ‬
‫الدن ْيَا َ‬

‫عِبَاد َ اللهِ‪،‬‬
‫َ‬ ‫َ َ‬ ‫َ َ‬ ‫َ‬ ‫نُ َ‬ ‫َ‬ ‫َ َ‬
‫بُ َو َينَهُع ِنُٱلفحشاءُُِ َُوٱلمنك ُرُِ‬
‫ِإَويتا ِٕيُذِيُٱلقر ُ‬ ‫ّللُيَأمرُُب ِٱل َعد ُِلُ َُوٱ ِۡلحس ُِ‬
‫۞إِنُٱ َُ‬
‫ََ َ َ‬ ‫َ َ‬
‫غُُيَعِظكمُل َعلكمُتذكرونُ‪ُ ُ٩٠‬‬ ‫َ‬
‫ُوٱۡلَ ِ ي‬
‫فَا ْذك ُر ُوا الله َ ال ْعَظِي ْم َ ي َ ْذكُر ْكُمْ‪ ،‬و َاشْ ك ُر ُوه ُ عَلَى ن ِعَمِه ِ يَزِدْكُمْ‪ ،‬و َاسْ أَ لُوه ُ م ِنْ ف َضْ لِه ِ يُعْطِك ُ ْم‬
‫وَلَذِك ْر ُ الله ِ أَ كْ ب َر ُ‪ ،‬و َالله ُ يَعْلَم ُ م َا تَصْ ن َع ُونَ‪.‬‬

‫‪11‬‬

Anda mungkin juga menyukai