Anda di halaman 1dari 9

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

TEKS KHUTBAH

Tajuk :

“HIJRAH MEMBENTUK PERPADUAN”

Tarikh Dibaca :

27 ZULHIJJAH 1442H/
6 OGOS 2021M

Disediakan oleh :

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


Khutbah Jumaat Hijrah Membentuk Perpaduan

“HIJRAH MEMBENTUK PERPADUAN”


27 ZULHIJJAH 1442H / 6 OGOS 2021

ِ ِ ‫ا َ ْلحم َْد ُ لِلّٰه ِ الْق َآئ‬


:‫ل‬

ٗ ُ‫ض َيا ٓ ٗء َوٱلۡ َق َم َر ن‬


ُ‫ورا َوقَ ذد َرهۥ‬ َ ۡ ‫َ ََ ذ‬ ‫َُ ذ‬
ِ ‫ هو ٱَّلِي جعل ٱلشمس‬: ‫الرجِيم‬
َّ ‫ن‬ َّ ‫ن‬
ِ ‫الشيْطَا‬ َ ِ ‫أَ ع ُوذ ُ ب ِالله ِ م‬

َ ُ َ ُ َۡ ‫َ َ ۡ َ َ َ َ ََ ذُ َ َ ذ‬ َ َ َ ْ ََُۡ َ ََ
ِ ‫صل ٱٓأۡلي‬
‫ت‬ َٰ ِ ‫اب ما خلق ٱَّلل ذَٰل ِك إَِّل بِٱۡل ِ ِّۚق يف‬
َۚ ‫ِس‬ ‫ٱۡل‬‫و‬ ‫ني‬ِ ‫ن‬ ‫ٱلس‬
ِ ‫د‬ ‫منازِل ِلِ علموا عد‬

َ َ َ
‫يونس‬ ٥ ‫ل ِق ۡو ٖم َي ۡعل ُمون‬

‫الله َُّم‬
َّ ،ُ ‫ و َأَ شْهَد ُ أَ َّن مُح ََّمدًا ع َبْد ُه ُ وَرَسُولُه‬،ُ ‫ك لَه‬
َ ‫أَ شْهَد ُ أَ ْن ل َا ِإلَه َ ِإ َّلا الله ُ وَحْد َه ُ ل َا شَر ِي‬

ٍ ‫َل وَسَل ِم عَلَى سَيِدِن َا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آلِه ِ و َصَ ح ْبِه ِ أَ جْم َع ِينَ وَم َنْ تَبِعَه ُم ب ِِإحْ سَا‬
.ِ‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِيْن‬ ِ ‫ص‬

.َ‫ فَيَا عِبَاد َ الله ِ َّاتق ُوا الله َ ُأوصِيك ُم و َن َ ْفس ِي بتَِقْو َى الله ِ فَق َد فَاز َ المـ َُّتق ُون‬،ُ ‫أَ َّما بَعْد‬

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH SWT SEKALIAN,


Marilah kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala
perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita sentiasa berada
dalam rahmat dan keredhaan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Pada hari ini, khatib akan
menyampaikan khutbah bertajuk: “HIJRAH MEMBENTUK PERPADUAN”.

1
Khutbah Jumaat Hijrah Membentuk Perpaduan

Khatib juga ingin berpesan kepada sidang jemaah sekalian agar sentiasa mematuhi garis
panduan dan SOP pencegahan penularan wabak Covid-19 yang telah dikeluarkan oleh
pihak berkuasa. Teruskanlah memohon keampunan dan bermunajat kepada Allah SWT
agar diangkat segera wabak ini. Bagi yang telah mendaftar dan mendapat janji temu
suntikan vaksin Covid-19, pastikan anda hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pada
tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Manakala bagi yang belum mendaftar pula,
segeralah berbuat demikian kerana ini antara ikhtiar kita untuk menyekat penularan wabak
berbahaya ini di samping mencapai tahap imuniti berkelompok.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,


Berbaki beberapa hari sahaja lagi, kita semua akan melangkah masuk ke tahun baharu
Hijrah 1443. Sewajarnya, setiap kali kita memasuki tahun baharu, kita berhijrah menjadi
lebih baik berbanding sebelumnya. Bagi setiap muslim juga, sepatutnya semakin
bertambah umur masing-masing, maka semakin bertambahlah keimanan dan ketakwaan
kepada Allah SWT. Rasulullah SAW pernah ditanya:

‫ل‬
َ ‫س خَيْر ٌ قَا‬ َّ ‫الله ِ أَ ُى‬
ِ ‫النا‬ َّ ‫ل‬ َ ‫ن ب ْ ِن أَ بِى بَك ْرَة َ ع َنْ أَ بيِه ِ أَ َّن ر َج ُلا ً قَا‬
َ ‫ل ي َا رَسُو‬ َّ ِ‫ع َنْ ع َبْد‬
ِ َ ‫الرحْم‬

ُ ‫ل ع ُم ُر ُه ُ وَسَاء َ ع َمَلُه‬ َ ‫س ش َر ٌّ قَا‬


َ ‫ل م َنْ طَا‬ َّ ‫ل ف َأَ ُى‬
ِ ‫النا‬ َ ‫ن ع َمَلُه ُ قَا‬
َ ُ ‫حس‬
َ َ ‫ل ع ُم ُر ُه ُ و‬
َ ‫م َنْ طَا‬

Maksudnya: “Dari Abdul Rahman bin Abu Bakrah, dari bapanya, bahawa seorang lelaki
bertanya, “Wahai Rasulullah! Siapakah manusia yang terbaik?” Baginda menjawab,
“Orang yang panjang umurnya dan baik amalnya”. Dia bertanya lagi, “Lalu siapakah orang
yang terburuk?” Baginda menjawab, “Orang yang berumur panjang dan buruk amalnya”.
(Hadis riwayat Imam Ahmad, Imam al-Tirmidzi dan al-Hakim)

Setiap kali masuknya tahun baharu Hijrah, pasti akan mengingatkan kita tentang peristiwa
hijrah Nabi Muhammad SAW bersama para sahabat dari Kota Mekah ke Kota Madinah.
Peristiwa bersejarah itu sebenarnya memiliki banyak pengajaran dan teladan yang boleh
kita ambil sebagai contoh dan motivasi kepada diri dalam mendepani cabaran dan dugaan
dalam hidup. Tekanan dan penindasan yang dahsyat dari para Musyrikin Mekah ketika itu
bukanlah satu-satunya faktor peristiwa hijrah, sebaliknya, elemen ketaatan Nabi

2
Khutbah Jumaat Hijrah Membentuk Perpaduan

Muhammad SAW dan umat Islam ketika itu terhadap perintah Allah SWT patut menjadi
teladan. Keikhlasan dan keimanan yang tinggi juga menjadi kunci kekuatan bagi umat
Islam ketika itu untuk menunaikan perintah hijrah dalam usaha menyebarkan agama Islam
dan demi kebaikan ummah.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH SWT SEKALIAN,


Hijrah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW bersama para sahabat telah membawa
perubahan yang sangat besar dalam sejarah pengembangan agama Islam. Perancangan
dan strategi yang kemas serta pertolongan dari Allah SWT telah membantu kelancaran
proses hijrah. Pengukuhan konsep persaudaraan yang dipimpin oleh Rasulullah SAW
menjadikan ajaran Islam terus tersebar dengan meluas dan pantas. Inilah yang dikatakan
hijrah atau perubahan dari sesuatu keadaan kepada keadaan yang lebih baik.
Sungguhpun hijrah seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW tidak berlaku lagi pada
zaman ini, tetapi konsep penghijrahan tetap relevan untuk diteruskan. Umat Islam diseru
untuk sentiasa berubah kepada sesuatu keadaan yang lebih baik. Firman Allah SWT
dalam Surah al-Ra’d ayat 11:

ُ ‫ٱَّلل ََّل ُي َغ‬


َ‫ّي ما‬ ‫ََۡ ُ َُ ۡ َۡ ذ‬
َ ‫ٱَّللِ إ ذن ذ‬ ۡ َ ۡ َ ۡ َ َ َۡ
ۢ ٞ َٰ‫َ َُلۥ ُم َعق َب‬
ِ ِ ِۗ ِ ‫ر‬‫م‬ ‫أ‬ ‫ِن‬
‫م‬ ‫ۥ‬ ‫ه‬ ‫ون‬‫ظ‬‫ف‬‫َي‬ ‫ِۦ‬ ‫ه‬ ‫ف‬
ِ ‫ل‬‫خ‬ ‫ِن‬
‫م‬ ‫و‬ ِ ‫ه‬ ‫ي‬ ‫د‬‫ي‬ ‫ني‬
ِ ‫ب‬ ‫ن‬ ِ
‫م‬ ‫ت‬ ِ

ُ َ َ َ َُ ‫َ ۡ َ ذ ُ َ ُ ْ َ َ ُ ۡ َٓ ََ َ ذُ َ ۡ ُ ٓٗ َ َ َ َ ذ‬
‫س ِهمِۗ ِإَوذا أراد ٱَّلل بِقو ٖم سوءا فَل مرد َل َۚۥ وما لهم ِمن‬ َٰ ‫بِقو ٍم ح‬
ِ ‫َّت يغ ِّيوا ما بِأنف‬

١١ ‫ال‬‫و‬َ ‫ُدونِهِۦ مِن‬


ٍ
Maksudnya: “Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari
hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu
bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada
sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan
apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana
(disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapa pun yang dapat menolak atau
menahan apa yang ditetapkan-Nya itu, dan tidak ada sesiapa pun yang dapat menolong
dan melindungi mereka selain daripada-Nya.”.
3
Khutbah Jumaat Hijrah Membentuk Perpaduan

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,


Mengambil iktibar dari hijrah Rasulullah SAW juga, salah satu kejayaan terbesar hasil
hijrah itu ialah terbentuknya satu perpaduan yang utuh dalam suasana kasih sayang yang
tidak pernah dialami oleh masyarakat sebelumnya. Masing-masing antara kaum Muhajirin
dan Ansar saling menjaga dan menghormati antara satu sama lain. Mereka juga saling
memuliakan atas dasar keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Atas kesepaduan
dan keimanan kedua-dua golongan ini (yakni Muhajirin dan Ansar), Allah SWT
mengkhabarkan tentang keredhaan-Nya terhadap golongan ini dan mereka memperoleh
kemenangan yang besar di akhirat kelak. Hal ini sebagaimana firman Allah SWT dalam

ُ َُ‫َ َ َۡ َ َ ذ َ ذ‬ ۡ َ َ ُ ‫َ ذَٰ ُ َ ۡ َ ذ‬
Surah al-Taubah ayat 100:
‫ۡ َ َٰ ذ ِ َ ذ‬
ُ‫ٱَّلل‬ َٰ َ ُ
‫جرِين وٱۡلنصارِ وٱَّلِين ٱتبعوهم بِإِحس ٖن رِض‬
ِ ‫وٱلسبِقون ٱۡلولون مِن ٱلمه‬
َ َٰ َ ٗ َ َ ٓ َ َ َٰ َ ُ َٰ َ ۡ َ ۡ َ َ ۡ َ ۡ َ َٰ‫َ ۡ ُ ۡ َ َ ُ ْ َ ۡ ُ َ َ َ ذ َ ُ ۡ َ ذ‬
‫ت َترِي َتتها ٱۡلنهر خ ِِلِين فِيها أبداَۚ ذل ِك‬ ٖ ‫عنهم ورضوا عنه وأعد لهم جن‬

ُ َ ۡ ُ ۡ َۡ
١٠٠ ‫ٱلفوز ٱلع ِظيم‬

Maksudnya: “Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi
bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak
langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka
pula redha akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir
di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah
kemenangan yang besar.” (Surah al-Taubah ayat 100)

Mengambil kira beberapa perkara yang sedang rancak dipolemikkan ketika ini, amat wajar
untuk khatib menegur saudaraku sekalian atas dasar keimanan, ketakwaan dan kasih
sayang sesama insan agar menjauhi sebarang bentuk perselisihan lebih-lebih lagi ketika
kita semua masih lagi diuji. Bersama-samalah kita membantu dan bersatu padu agar
Pelan Pemulihan Negara yang sedang diusahakan ketika ini mencapai matlamatnya.
Janganlah kita sia-siakan pengorbanan para petugas barisan hadapan dan seluruh rakyat

4
Khutbah Jumaat Hijrah Membentuk Perpaduan

yang sedang bertungkus-lumus menghentikan penularan wabak ini. Ambillah pengajaran


daripada setiap perkara yang telah berlaku. Ingatlah pesanan Rasulullah SAW:

.ِ‫حدٍ م ََّرتَيْن‬
ِ ‫ن م ِن جُ حْرٍ وا‬
ُ ِ ‫لا يل ُ ْدَغ ُ المُؤْم‬

Maksudnya: “Orang Mukmin tidak dipatuk dua kali pada lubang yang sama”. (Hadis
riwayat Imam al-Bukhari)

Marilah kita berhijrah menjadi individu yang terbaik dan memberi manfaat kepada orang
di sekeliling kita. Marilah kita berhijrah menjadi warganegara yang lebih baik dan bersatu-
padu dalam menghadapi apa jua situasi tanpa mengira perbezaan ideologi dan politik.
Maka berhijrahlah kepada dimensi yang lebih baik kerana hakikat hijrah itu akhirnya akan
membentuk persaudaraan dan perpaduan yang kukuh.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,


Mengakhiri khutbah pada minggu ini, kesimpulan yang dapat diambil sebagai pengajaran
buat kita semua iaitu;
Pertama: Peralihan tahun, pertambahan umur setiap Muslim sepatutnya menambahkan
lagi keimanan dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.
Kedua: Untuk membentuk persekitaran yang baik dan harmoni, perlu dimulakan dengan
perubahan positif pada diri sendiri, keluarga dan seterusnya masyarakat sekeliling.
Ketiga: Penghijrahan kepada perkara yang baik memerlukan mujahadah dan
kesungguhan yang tinggi yang diikat dengan keikhlasan semata-mata mengharapkan
keredhaan Allah SWT.

Renungkan firman Allah SWT dalam Surah al-Nisaa’ ayat 100:

5
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Hijrah Membentuk Perpaduan‬‬

‫ۡ‬ ‫ۡ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ٗ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ٗ‬ ‫َُ َٗ َ‬ ‫َۡ‬ ‫ۡ‬ ‫ذ َ‬ ‫۞و َمن ُي َهاج ۡر ِف َ‬
‫َ‬
‫ُ‬
‫ۡرض مرَٰغما كثِّيا وسعة َۚ ومن َيرج ِمنۢ‬
‫َيد ِِف ٱۡل ِ‬
‫يل ٱَّللِ ِ‬
‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ب‬‫س‬ ‫ِ ِ‬
‫ُ ذ ُۡ ۡ ُ َۡ ۡ ُ ََ ۡ ََ َ َ ۡ ُُ ََ ذ ََ َ ذ‬
‫ٱَّللُ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َُ ً َ ذ‬ ‫بَ ۡ‬
‫جرا إَِل ٱَّللِ ورس ِ‬
‫وَلِۦ ثم يدرِكه ٱلموت فقد وقع أجرهۥ لَع ٱَّلل ِِۗ وَكن‬ ‫ِ‬ ‫ا‬‫ه‬ ‫م‬ ‫ِۦ‬ ‫ه‬‫ِ‬ ‫ت‬ ‫ي‬

‫ح ٗ‬
‫يما ‪١٠٠‬‬ ‫َغ ُف ٗ‬
‫ورا ذر ِ‬
‫‪Maksudnya: “Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah, nescaya dia akan mendapati‬‬
‫‪di muka bumi ini tempat berhijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Dan sesiapa yang‬‬
‫‪keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian dia‬‬
‫‪mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala (hijrahnya) di sisi Allah.‬‬
‫‪Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.”.‬‬

‫كي ِْم‪،‬‬
‫َات و َالذِكْر ِ الْح َ ِ‬ ‫ن ال ْعَظِي ِْم‪ ،‬و َنَف َعَن ِ ْي و َِإ َّياك ُ ْم بِمَا ف ِيْه ِ م ِ َ‬
‫ن الْآي ِ‬ ‫بَارَك َ الله ُ ل ِ ْي و َلـَك ُ ْم ب ِالْقُر ْآ ِ‬

‫ل قَو ْل ِ ْي هَذ َا و َأَ سْ تَغْف ِر ُ الله َ الْعَظِي ْم َ ل ِ ْي‬ ‫ل م ِن ِ ْي وَم ِنْك ُ ْم تِلَاو َتَه ُ ِإ َّنه ُ ه ُو َ َّ‬
‫السمِي ْ ُع ال ْعَلِي ْم ُ‪ .‬أَ قُو ْ ُ‬ ‫و َتَق ََّب َ‬

‫ات الْأَ حْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َالْأَ مْو َ ِ‬


‫ات‪،‬‬ ‫ات و َال ْمُؤْم ِنِيْنَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬
‫و َلـَك ُ ْم و َلِسَائِر ِ ال ْمُسْل ِمِيْنَ و َال ْمُسْل ِم َ ِ‬

‫حي ْم ُ‪.‬‬ ‫فَاسْ تَغْف ِرُوْه ُ ِإ َّنه ُ ه ُو َ ال ْغَفُوْر ُ َّ‬


‫الر ِ‬

‫‪KHUTBAH KEDUA‬‬

‫َالسلَام ُ عَلى َ سَيِدِن َا مُح ََّمدِ ِن َّ‬


‫النب ِ ِي الْأَ م ِينِ‪ ،‬و َعَلَى آلِه ِ‬ ‫َالصلَاة ُ و َّ‬ ‫ا َ ْلحم َْد ُ ل َِّله ِ ر ِ‬
‫َب الْع َالم َي ِنَ‪ ،‬و َّ‬
‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِينِ‪.‬‬
‫ن وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬ ‫صحَابِه ِ َّ‬
‫الطاهِرِي َ‬ ‫و َأَ ْ‬

‫أن سَيِد َن َا مُح ََّمدًا ع َبْد ُه ُ وَرَسُولُه ُ‪.‬‬


‫ك لَه ُ‪ ،‬و َأَ شْهَد ُ َّ‬ ‫أَ شْهَد ُ أَ ْن َّلا ِإله َ ِإ َّ‬
‫لا الله ُ وَحْد َه ُ لا َ شَر ِي ْ َ‬

‫‪6‬‬
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Hijrah Membentuk Perpaduan‬‬

‫أَ َّما بَعْد ُ‪ ،‬فَيَا عِبَاد َ اللهِ‪ ،‬ا َِّتق ُوا الله َ ح ََّق تُق َاتِه ِ و َاع ْلَم ُوا أَ َّن الله َ أَ م َرَك ُ ْم ب ِأَ ْمر ٍ عَظ ٍِيم‪ ،‬أَ م َرَك ُ ْم‬
‫ذ ذ َ َ َ َ َٰٓ َ َ ُ ُ َ ُّ َ َ َ‬
‫ل الله ُ تَع َالَى‪ :‬إِن ٱَّلل وملئِكتهۥ يصلون لَع‬ ‫ِالصلَاة ِ و ََّالتسْل ِِيم عَلَى ن َب ِيِه ِ الـْكَر ِي ِم‪ ،‬فَق َا َ‬
‫ب َّ‬
‫ً‬ ‫ۡ‬ ‫ذ ََٰٓ َ ُّ َ ذ َ َ َ ُ ْ َ ُّ ْ َ َ ۡ َ َ ُ ْ َ‬
‫ب َۚ يأيها ٱَّلِين ءامنوا صلوا عليهِ وسلِموا تسلِيما ‪٥٦‬‬ ‫ٱنل ِ ِ‬
‫ل سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ كَمَا ص ََّلي ْتَ عَلَى سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َعَلَى آ ِ‬
‫ل‬ ‫ل عَلَى سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آ ِ‬ ‫ا َ َّلله َُّم َ‬
‫ص ِ‬
‫ل سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ كَمَا ب َارَكْ تَ عَلَى سَي ِدِنَا‬
‫ك عَلَى سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آ ِ‬
‫سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َب َارِ ْ‬
‫مج ِيْدٌ‪.‬‬ ‫ل سَي ِدِنَا ِإ ب ْر َاه ِي ْم َ فِي ال ْع َالم َي ِْنَ ِإ َّن َ‬
‫ك حَمِيْدٌ َ‬ ‫ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َعَلَى آ ِ‬

‫ن َّ‬
‫التاب ِع ِينَ و َتَابِع ِي‬ ‫ن و َع َنْ بَق َِّية ِ َّ‬
‫الصح َابَة ِ أَ جْم َع ِينَ‪ ،‬وَع َ ِ‬ ‫شدِي َ‬ ‫ن الْخل ُُف َاء ِ َّ‬
‫الرا ِ‬ ‫الله َُّم ع َ ِ‬
‫ْض َّ‬
‫و َار َ‬
‫ْض ع ََّنا م َعَه ُ ْم ي َا أَ ك ْرَم َ الْأَ ك ْرَم ِينَ‪.‬‬
‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِي ْ ِن و َار َ‬ ‫َّ‬
‫التاب ِع ِينَ وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬

‫ات الْأَ حْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َالْأَ مْو َ ِ‬


‫ات‪.‬‬ ‫الله َُّم اغْفِر ْ لِل ْمُسْل ِمِينَ و َال ْمُسْل ِم َ ِ‬
‫ات و َال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬ ‫َّ‬

‫َالص َّحة ِ و َّ‬


‫َالسلَامَة ِ م َل ِـكَـنَا كـباوه د ُول ِي يڠ مَهَا م ُوليا‬ ‫ق و َال ْهِد َايَة ِ و ِ‬ ‫الله َُّم أَ ي ِ ْد بِدَو َا ِم َّ‬
‫التو ْف ِي ْ ِ‬ ‫َّ‬
‫سري ڤدوك بڬيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ ‪ ،‬الس ُلطَان عَبْد ُ الله رِعَايَة ُ الدِي ْن الـم ُصْ طَفَى ب ِالله‬
‫َاج أَ حْم َد شَاه الـمُسْت َع ِي ْن بالله‪.‬‬
‫شَاه اب ْ ِن المرحوم سُلْطَان ح ِ‬
‫ك كـباوه د ُول ِي يڠ مَهَا م ُوليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ‪،‬‬
‫وَك َذل ِ َ‬
‫حو ْم الـم ُت َوَك ِلْ عَلَى‬
‫ْت الـمَر ْ ُ‬
‫تُونكو)‪ (Tunku‬حاجه عَز ِ ي ْزَةْ أَ م ِي ْنَة ْ م َيْمُو ْنَة ْ ِإسْ كَنْدَرِ يَة ْ بِن ِ‬
‫الله سُلْطَان ِإسْ كَنْد َ ْر الحَاج‪.‬‬

‫ك‬
‫ات ب ِر َحْمَت ِ َ‬ ‫الله َُّم احْ ف َْظ عُلَمَاءَه ُ وَوُزَر َاءَه ُ و َقُضَاتَه ُ و َع َُّمالَه ُ وَر َعَايَاه ُ م ِ َ‬
‫ن ال ْمُؤْم ِنِينَ و َ ال ْمُؤْم ِن َ ِ‬ ‫َّ‬
‫حم َ َّ‬
‫الرا ِحم ِينَ ‪.‬‬ ‫يَا أَ ْر َ‬

‫ن و َأَ م َانٍ‪،‬‬ ‫الله َُّم اجْ ع َلْ بلََد َن َا م َالِيز ِي َا آم ِنا ً م ُ ْطم َئ ًِّنا‪ ،‬سَ خَاء ً رَخ َاءً‪ ،‬د َار َ ع َ ْد ٍ‬
‫ل و َِإيمَانٍ‪ ،‬و َأَ ْم ٍ‬ ‫َّ‬
‫وَسَائ ِر َ بِلَادِ الْـمُسْل ِمِينَ‪.‬‬
‫‪7‬‬
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Hijrah Membentuk Perpaduan‬‬

‫الله َُّم أَ ع َِّز ال ِْإسْ لَام َ و َال ْمُسْل ِمِيْنَ ‪ ،‬وَد َم ِْر أَ عْد َاءَك َ أَ عْد َاء َ الد ِي ِن وان ْصُرْ م َنْ نَصَر َ الدِينَ‪،‬‬
‫َّ‬
‫ك ِإلَى يَو ْ ِم الد ِيْنِ‪.‬‬‫ل كَل ِمَت َ َ‬‫ل ال ْمُسْل ِمِيْنَ‪ ،‬و َأَ ع ْ ِ‬
‫و َاخْذ ُلْ م َنْ خَذ َ َ‬

‫ظه َر َ مِنْهَا‬ ‫الله َُّم ادْف َعْ ع ََّنا ال ْبَلَاء َ و َال ْغ َلاَء َ و َال ْو َباَء َ و َالْف َحْ شَاء َ و َال ْمُن ْك َر َ و َالْمِح َ َ‬
‫ن و َال ْف ِتَنَ‪ ،‬م َا َ‬ ‫َّ‬
‫ك عَلَى ك ُِل شَيْء ٍ قَدِيْر ٌ‪.‬‬ ‫ن اْلمُسْل ِمِيْنَ ع َ َّامة ً‪ِ ،‬إ َّن َ‬ ‫َاصة ً‪ ،‬وَم ِنْ بل ُ ْد َا ِ‬ ‫وَم َا بَطَنَ‪ ،‬م ِنْ بلََد ِن َا هَذ َا خ َّ‬
‫حم َ‬
‫ن الب َرَصِ‪ ،‬و َالْجن ُ ُونِ‪ ،‬و َالْجُذ َا ِم‪ ،‬وَم ِنْ س َِي ِئ الْأَ سْ ق َا ِم‪ ،‬يَا أَ ْر َ‬ ‫الله َُّم ِإ َّنا نَع ُوذ ُ ب ِ َ‬
‫ك مِ َ‬ ‫َّ‬
‫َّ‬
‫الرا ِحم ِيْنَ‪.‬‬
‫‪Ya Allah! Dengan sifat-Mu Yang Maha Pemurah dan Maha Mendengar! Engkaulah yang‬‬
‫‪Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Kami hamba-Mu yang lemah merayu kepada-Mu agar‬‬
‫‪Engkau angkat dan hilangkan segera wabak penyakit Covid-19 yang sedang melanda‬‬
‫‪kami agar dapat kami melaksanakan syiar-Mu dengan sempurna. Hanya kepada-Mu jua‬‬
‫‪Ya Allah, tempat kami mengadu dan memohon pertolongan.‬‬
‫‪Ya Allah! Jadikanlah kami dan keturunan kami orang-orang yang istiqamah mendirikan‬‬
‫‪solat secara berjemaah. Sesungguhnya hanya kepada-Mu jua Ya Allah, doa kami mohon‬‬
‫‪diperkenan dan diterima.‬‬

‫حسَن َة ً و َق ِنَا عَذ َابَ َّ‬


‫النارِ‪.‬‬ ‫خرَة ِ َ‬
‫حسَن َة ً و َفِي الْآ ِ‬ ‫ر ََّبنَا آتنَِا فِي ُ‬
‫الدن ْيَا َ‬

‫عِبَاد َ اللهِ‪،‬‬
‫ۡ ُ ۡ َ َٰ َ َ ۡ َ َٰ َ ۡ َ ۡ َ ٓ َ ۡ ُ َ‬ ‫َٓ‬ ‫َ‬ ‫ۡ‬ ‫ذ ذَ َُۡ ُ َۡ ۡ َ ۡ‬
‫۞إِن ٱَّلل يأمر ب ِٱلعد ِل وٱ ِۡلح َٰ‬
‫س ِن ِإَويتا ِٕي ذِي ٱلقرب وينَه ع ِن ٱلفحشاءِ وٱلمنكرِ‬
‫َ َۡۡ َ ُ ُ ۡ ََ ذ ُ ۡ َ َ ذ ُ َ‬
‫غ يعِظكم لعلكم تذكرون ‪٩٠‬‬ ‫وٱۡل ِ ِّۚ‬
‫فَا ْذك ُر ُوا الله َ ال ْعَظِي ْم َ ي َ ْذكُر ْكُمْ‪ ،‬و َاشْ ك ُر ُوه ُ عَلَى ن ِعَمِه ِ يَزِدْكُمْ‪ ،‬و َاسْ أَ لُوه ُ م ِنْ ف َضْ لِه ِ يُعْطِك ُ ْم‬
‫وَلَذِك ْر ُ الله ِ أَ كْ ب َر ُ‪ ،‬و َالله ُ يَعْلَم ُ م َا تَصْ ن َع ُونَ‪.‬‬

‫‪8‬‬

Anda mungkin juga menyukai