Anda di halaman 1dari 8

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

TEKS KHUTBAH

Tajuk :

KEWAJIPAN MEMPERTAHANKAN RASULULLAH ‫ﷺ‬

Tarikh Dibaca :

10 ZULKAEDAH 1443H/
10 JUN 2022M

Disediakan oleh :

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


Khutbah Jumaat Kewajipan Mempertahankan Rasulullah ‫ﷺ‬

KEWAJIPAN MEMPERTAHANKAN RASULULLAH ‫ﷺ‬


10 ZULKAEDAH 1443H / 10 JUN 2022

ِ ِ ‫ا َ ْلحم َْد ُ لِلّٰه ِ الْق َآئ‬


:‫ل‬
‫ه‬ َ ْ ‫َ ُ ُ ه َ ه‬
﴾ ‫جيم‬
ِ ‫ان الر‬
ِ ‫﴿ أعوذ بِاَّللِ مِن الشيط‬
َ ُ َ َٰ َ َ ََ ْ ُ َ ُ َ ‫َُ ا‬ َ ََ َ ُ ََ ُ‫ََ َ ه ه‬
‫س ِهم يتلوا علي ِهم ءايتِهِۦ ويزك ِي ِهم‬ ِ ‫لقد من ٱَّلل لَع ٱلمؤ ِمنِي إِذ بعث فِي ِهم رسوٗل مِن أنف‬
ُّ َٰ َ َ َ ُ َ ْ ُ َ ََ َ ‫ب‬ َ َٰ‫َو ُي َعل ِ ُم ُه ُم ٱلك َِت‬
١٦٤ ‫ي‬ ٍ ِ ‫ب‬ ‫م‬ ‫ل‬
ٖ ‫ل‬ ‫ض‬ ‫ِف‬ِ ‫ل‬ ‫ل‬ ‫ب‬ ‫ق‬ ‫ِن‬
‫م‬ ‫وا‬‫ن‬ ‫َك‬ ‫ِإَون‬ ‫ة‬ ‫م‬ ‫ِك‬ ‫ۡل‬ ‫ٱ‬ ‫و‬
ِ ‫الله َُّم ص‬
‫َل‬ َّ .ُ ‫ و َأَ شْهَد ُ أَ َّن مُح ََّمدًا عَبْدُه ُ وَرَسُولُه‬،ُ ‫ك لَه‬َ ‫أَ شْهَد ُ أَ ْن َّلا ِإله َ ِإ َّلا الله ُ وَحْدَه ُ ل َا شَر ِي‬
َ ‫ فَيَا عِبَاد‬،ُ ‫ أَ َّما بَعْد‬.ِ‫وَسَل ِ ْم عَلَى نَب ِي ِنَا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آلِه ِ و َصَ ح ْبِه ِ وَم َنْ د َعَا بِدَعْوَتِه ِ ِإلَى يَو ْ ِم الد ِين‬
.َ‫ ُأوصِيك ُ ْم و َن َ ْفس ِي بتِ َ ْقو َى الله ِ وَطَاع َتِه ِ لَع ََّل ك ُ ْم تُفْلِحُون‬،َ‫ َّاتق ُوا الله‬،ِ‫الله‬

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Marilah kita bertakwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan
menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan kita sentiasa dinaungi rahmat
dan kasih sayang Allah SWT di dunia dan di akhirat. Khutbah pada hari ini akan
membicarakan tajuk: “Kewajipan Mempertahankan Rasulullah SAW”.

Sebelum itu, khatib ingin menyeru kepada seluruh umat Islam untuk terus mengimarahkan
masjid, melaksanakan amar ma’ruf dan nahi munkar serta dan memelihara hubungan baik
antara sesama manusia. Selain itu, teruslah berwaspada dengan ancaman wabak
penyakit seperti Covid-19 dan penyakit tangan, kaki, dan mulut (HFMD) yang sedang
merebak. Jagalah kebersihan kerana ia juga merupakan salah satu tuntutan yang sangat
besar dalam Islam.

1
Khutbah Jumaat Kewajipan Mempertahankan Rasulullah ‫ﷺ‬

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Dunia sekali lagi digemparkan dengan kenyataan tidak beradab dari ahli politik BJP di
India yang menghina agama Islam dan menghina Nabi Muhammad SAW dalam sebuah
rancangan televisyen. Tindakan melampau ini merupakan satu perbuatan yang tidak
bertanggungjawab dan mampu mencetuskan perseteruan antara agama di seluruh dunia
serta mampu mencetuskan pergolakan yang berpanjangan. Mimbar – seiring dengan
kenyataan Wisma Putra - mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan tidak beradab ini yang
dikeluarkan oleh individu terbabit seiring juga dengan ketegasan yang ditunjukkan oleh
negara-negara lain seperti Indonesia, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Oman, Jordan, Iraq,
Maldives, Bahrain, Turki dan lain-lain lagi.

Sebagai Mukmin, kita wajib mempertahankan Rasulullah SAW dalam dalam apa jua
keadaan. Rasulullah SAW bersabda:

،‫الله ُ وَرَسُولُه ُ أَ ح ََّب ِإلَيْه ِ م َِّما سِوَاهُمَا‬ ِ َ ‫ث م َنْ ك َُّن ف ِيه ِ وَجَد َ ح َلاَوَة‬
َّ َ‫ أَ ْن يَكُون‬:ِ‫الإ يمَان‬ ٌ َ ‫ثَلا‬

َ ‫ و َأَ ْن يَك ْرَه َ أَ ْن يَع ُود َ فِي ال كُ ْفرِ كَمَا يَك ْرَه ُ أَ ْن ي ُ ْقذ‬،ِ‫يح ُِبه ُ ِإ َّلا ل َِّله‬
‫َف فِي‬ ُ َ ‫يح َِّب المَر ْء َ لا‬
ُ ‫و َأَ ْن‬

َّ
ِ‫النار‬

Maksudnya: “Tiga perkara yang mana sesiapa memilikinya, maka dia akan merasai
kemanisan iman: seseorang yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya sebagai yang paling
dicintainya, tidak mencintai seseorang melainkan kerana-Nya dan membenci untuk
kembali kekufuran sepertimana dia tidak suka untuk dicampakkan ke dalam neraka”
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Dalam ketegasan kita mempertahankan Rasulullah SAW, khatib ingin mengingatkan


kepada seluruh umat Islam di negara ini agar tidak bertindak menurut emosi dan hawa
nafsu semata-mata. Sebagai umat Islam, sebarang tindakan perlu berlandaskan
intelektual, rasional dan kewarasan akal di samping emosi yang terkawal. Tidak elok jika
kita juga turut menghina agama lain kerana ia juga termaktub salah satu perintah Allah
SWT yang dirakamkan dalam al-Quran sebagaimana firman-Nya:

2
Khutbah Jumaat Kewajipan Mempertahankan Rasulullah ‫ﷺ‬

‫ٱَّلل َعد َوَۢا ب َغي عِلم َك َذَٰل َِك َز هي هنا ل ُِك أُمةه‬
َ ‫ٱَّللِ فَيَ ُس ُّبوا ْ ه‬
‫ه‬
‫ون‬
ُ
‫د‬ ‫ِن‬
‫م‬
َ ُ َ َ ‫َ َ َ ُ ُّ ْ ه‬
‫ون‬‫وٗل تسبوا ٱَّلِين يدع‬
ٍ ِ ٖٖۗ ِ ِ ِ
َ َُ َ ْ ُ َ َ ُُ ََُ ُُ ‫ه‬ َ َٰ َ ‫َ ََُ ُه‬
١٠٨ ‫جعهم فينبِئهم بِما َكنوا يعملون‬
ِ ‫عملهم ثم إَِل رب ِ ِهم مر‬
Maksudnya: “Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain
dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan
ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap
umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali
mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan”. (Surah al-
An'aam ayat 108)

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH.


Allah SWT mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai rahmat yang menyuluh umat
keluar dari kegelapan. Sesungguhnya nikmat inilah yang wajib disyukuri dan dengan
sebab itulah kita sebagai umat Islam wajib mempertahankan Rasulullah SAW.

Khatib ingin menceritakan sebuah kisah yang menyentuh hati diriwayatkan oleh Ibnu
Majah. Yahya bin Abi al-Mutha’ menceritakan bahawa; beliau mendengar ‘Irbadh bin
Sariyah berkata; “Pada suatu hari Rasulullah SAW berdiri di tengah-tengah kami. Baginda
memberi nasihat yang sangat menyentuh, membuat hati menjadi gemetar, dan air mata
berlinangan. Lalu dikatakan; “Wahai Rasulullah! Engkau telah memberikan nasihat
kepada kami satu nasihat perpisahan, maka berilah kami satu wasiat”.

Baginda bersabda:
“Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah, mendengar dan taat meskipun kepada seorang
hamba Habasyi. Dan sepeninggalanku nanti, kamu akan melihat perselisihan yang sangat
dahsyat, maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah para Khulafa’
al-Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham”. (Hadis
riwayat Ibnu Majah)

3
Khutbah Jumaat Kewajipan Mempertahankan Rasulullah ‫ﷺ‬

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Kebelakangan ini juga, kita disibukkan dengan pelbagai polemik termasuklah
permasalahan tentang khurafat yang tidak pernah luput ditelan zaman. Timbulnya
kepercayaan terhadap perkara-perkara khurafat ini disebabkan oleh kurang penerapan
ilmu agama dan lemahnya keyakinan terhadap qadha dan qadar Allah SWT. Mempercayai
perkara-perkara khurafat seperti mempercayai benda-benda yang dianggap benda
keramat seperti pokok, busut, kubur, telaga dan macam-macam lagi serta memuja dan
memohon pertolongan dan percaya ia mempunyai kuasa ghaib selain Allah SWT
merupakan salah satu bentuk penyimpangan akidah dan kesyirikan yang membawa
bahaya yang tersangat besar.

Allah SWT mengingatkan kita melalui firman-Nya dalam Surah Yunus ayat 106:
َٰ ‫ه َ َ َ َ ُ َ َ َ َ ُ ُّ َ َ َ َ َ َ ه َ ا َ ه‬
َ ‫ٱلظلِم‬ ُ ُ َ ََ
١٠٦ ‫ي‬ ِ ‫ون ٱَّللِ ما ٗل ينفعك وٗل يُضكَۖ فإِن فعلت فإِنك إِذا مِن‬
ِ ‫د‬ ‫ِن‬
‫م‬ ‫ع‬ ‫وٗل تد‬

Maksudnya: “Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang
tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan
mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada
saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri
dengan perbuatan syirik itu)”.

Maka, jauhilah sebarang perbuatan yang berunsur khurafat yang boleh menggugat
keimanan kita. Ingatlah bahawa dosa syirik merupakan dosa yang tidak diampunkan oleh
Allah SWT.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Sebelum mengakhiri khutbah pada hari yang mulia ini, khatib ingin berpesan kepada
Jemaah sekalian:
Pertama: Sebagai Mukmin, kita wajib seia sekata mempertahankan Rasulullah SAW dari
dihina dan disakiti.
Kedua: Seluruh umat Islam tidak boleh melakukan sebarang tindakan provokasi terhadap
agama lain.
Ketiga: Jauhilah perkara-perkara khurafat yang boleh menggugat akidah dan keimanan
kita.
4
Khutbah Jumaat Kewajipan Mempertahankan Rasulullah ‫ﷺ‬

Renungkanlah firman Allah SWT dalam Surah al-Taubah ayat 65:


َ ُ َ َ ُ ُ ُ َ َ َ َ ‫ه‬ َ ُ ُ َ ََ ُ َُ ‫ََ َ َ َُ َ ُ ُ ه ه َ ُ ه‬
َ
ِ ‫ولئِن سأۡلهم َلَقولن إِنما كنا َنوض ونلعب قل أبِٱَّللِ وءايَٰتِهِۦ ورس‬
‫وِلِۦ كنتم تسته ِزءون‬

٦٥

Maksudnya: “Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah
mereka akan menjawab: “Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main”.
Katakanlah: “Patutkah nama Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu memperolok-
olok dan mengejeknya?”.

،‫كي ِْم‬
ِ َ ‫َات و َالذِكْر ِ الْح‬ َ ِ ‫ و َنَف َعَن ِ ْي و َِإ َّياك ُ ْم بِمَا فِيْه ِ م‬،‫ن ال ْعَظِي ِْم‬
ِ ‫ن الْآي‬ ِ ‫ب َارَك َ الله ُ ل ِ ْي و َل َك ُ ْم ب ِالْقُر ْآ‬

‫ل قَو ْل ِ ْي هَذ َا و َأَسْ تَغْف ِر ُ الله َ الْعَظِي ْم َ ل ِ ْي‬ َّ َ ‫ل م ِن ِ ْي وَمِنْك ُ ْم تِلَاو َتَه ُ ِإ َّنه ُ ه ُو‬
ُ ْ ‫ أَ قُو‬.ُ ‫السمِي ْ ُع ال ْعَلِي ْم‬ َ ‫و َتَق ََّب‬

ِ َ ‫ات الْأَحْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َا ْل َأمْو‬


،‫ات‬ ِ َ ‫ات و َال ْمُؤْم ِنِيْنَ و َال ْم ُؤْم ِن‬
ِ َ ‫و َل َك ُ ْم و َلِسَائِر ِ ال ْمُسْل ِمِيْنَ و َال ْمُسْل ِم‬

.ُ ‫حي ْم‬ َّ ُ ‫فَاسْ تَغْف ِر ُ ْوه ُ ِإ َّنه ُ ه ُو َ ال ْغَفُوْر‬


ِ ‫الر‬

5
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫ﷺ ‪Kewajipan Mempertahankan Rasulullah‬‬

‫‪KHUTBAH KEDUA‬‬

‫َالسلَام ُ عَلى َ سَيِدِن َا مُح ََّمدِ ِن َّ‬


‫النب ِ ِي الْأَ م ِينِ‪ ،‬و َعَلَى آلِه ِ‬ ‫َالصلَاة ُ و َّ‬ ‫ا َ ْلحم َْد ُ ل َِّله ِ ر ِ‬
‫َب الْع َالم َي ِنَ‪ ،‬و َّ‬
‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِينِ‪.‬‬
‫ن وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬ ‫صحَابِه ِ َّ‬
‫الطاهِرِي َ‬ ‫و َأَ ْ‬
‫أن سَيِد َن َا مُح ََّمدًا عَبْدُه ُ وَرَسُولُه ُ‪.‬‬
‫ك لَه ُ‪ ،‬و َأَ شْهَد ُ َّ‬ ‫أَ شْهَد ُ أَ ْن َّلا ِإله َ ِإ َّ‬
‫لا الله ُ وَحْدَه ُ لا َ شَر ِي ْ َ‬
‫أَ َّما بَعْد ُ‪ ،‬فَيَا عِبَاد َ اللهِ‪ ،‬ا َِّتق ُوا الله َ ح ََّق تُق َاتِه ِ و َاع ْلَم ُوا أَ َّن الله َ أَ م َرَك ُ ْم ب ِأَ مْر ٍ عَظ ٍِيم‪ ،‬أَ م َرَك ُ ْم‬
‫ُّ َ َ َ‬ ‫ه ه َ َ َٰٓ َ‬
‫َّلل َو َملئِك َت ُهۥ يُ َصلون لَع‬ ‫ل الله ُ تَع َالَى‪ :‬إِن ٱ‬ ‫ِالصلَاة ِ و ََّالتسْل ِِيم عَلَى نَب ِيِه ِ ال ْكَر ِي ِم‪ ،‬فَق َا َ‬
‫ب َّ‬
‫ً‬ ‫ه ََٰٓ َ ُّ َ ه َ َ َ ُ ْ َ ُّ ْ َ َ َ َ ُ ْ َ‬
‫ب يأيها ٱَّلِين ءامنوا صلوا عليهِ وسل ِموا تسل ِيما ‪٥٦‬‬‫ٱنل ِ ِ‬
‫ل سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ كَمَا ص ََّلي ْتَ عَلَى سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َعَلَى آ ِ‬
‫ل‬ ‫ل عَلَى سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آ ِ‬ ‫ا َ َّلله َُّم َ‬
‫ص ِ‬
‫ل سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ كَمَا ب َارَكْ تَ عَلَى سَي ِدِن َا‬
‫ك عَلَى سَي ِدِن َا مُح ََّمدٍ و َعَلَى آ ِ‬
‫سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َب َارِ ْ‬
‫مجِيْدٌ‪.‬‬‫ك حَمِيْدٌ َ‬‫ل سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ فِي ال ْع َالم َي ِْنَ ِإ َّن َ‬ ‫ِإ بْر َاهِي ْم َ و َعَلَى آ ِ‬
‫ن َّ‬
‫التاب ِعِينَ و َت َابِع ِي‬ ‫ن و َع َنْ بَق َِّية ِ َّ‬
‫الصح َابَة ِ أَ جْم َع ِينَ‪ ،‬وَع َ ِ‬ ‫شدِي َ‬
‫الرا ِ‬ ‫ن الْخل ُُف َاء ِ َّ‬ ‫الله َُّم ع َ ِ‬
‫ْض َّ‬ ‫و َار َ‬
‫ْض ع ََّنا م َعَه ُ ْم ي َا أَ ك ْرَم َ ا ْل َأك ْرَم ِينَ‪.‬‬ ‫ن و َار َ‬ ‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِي ْ ِ‬
‫التاب ِع ِينَ وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬ ‫َّ‬
‫ات‪.‬‬ ‫ات الْأَحْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َالْأَ مْو َ ِ‬ ‫ات و َال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬‫الله َُّم اغْفِر ْ لِل ْمُسْل ِمِينَ و َال ْمُسْل ِم َ ِ‬‫َّ‬
‫َالص َّحة ِ و َّ‬
‫َالسلَامَة ِ ج َلَالَة َ م َل ِكَ نَا ك باوه دولي يڠ مها‬ ‫ق و َال ْهِد َايَة ِ و ِ‬ ‫الله َُّم أَ ي ِ ْد بِدَو َا ِم َّ‬
‫التو ْفِي ْ ِ‬ ‫َّ‬
‫موليا سري ڤدوك بڬيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ‪ ،‬الس ُلطَان عبد الله رِعَايَة ُ الد ِي ْن ال م ُصْ طَفَى‬
‫ب ِالله شاه ابن المرحوم سُلْطَان حاج أحمد شاه ال مُسْت َع ِي ْن بالله‪.‬‬
‫ك ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ‪ ،‬تونكو‬
‫وَك َذل ِ َ‬
‫حاجه عزيزه أمينه ميمونه إسكندر يه بنت ال مرحوم ال م ُت َوَك ِلْ عَلَى الله سُلْطَان‬
‫إسكندر الحَاج‪.‬‬
‫ك‬
‫ات بِر َ ْحمَت ِ َ‬ ‫الله َُّم احْ ف َْظ عُلَمَاءَه ُ وَوُزَر َاءَه ُ و َقُضَاتَه ُ و َع َُّمالَه ُ وَر َعَاي َاه ُ م ِ َ‬
‫ن ال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬ ‫َّ‬
‫حم َ َّ‬
‫الرا ِحم ِينَ‪.‬‬ ‫ي َا أَ ْر َ‬

‫‪6‬‬
Khutbah Jumaat Kewajipan Mempertahankan Rasulullah ‫ﷺ‬

،ٍ‫ن و َأَ م َان‬ ٍ ‫ د َار َ ع َ ْد‬،ً‫ سَ خَاء ً رَخ َاء‬،‫الله َُّم اجْ ع َلْ بلََد َن َا م َالِيز ِي َا آم ِنا ً م ُ ْطم َئ ًِّنا‬
ٍ ‫ و َأَ ْم‬،ٍ‫ل و َِإيمَان‬ َّ
.َ‫وَسَائِر َ بِلَادِ ال ْ مُسْل ِمِين‬
ِ ‫ وَد َم ِْر أَ عْد َاءَك َ أَ عْد َاء َ الد ِي‬، َ‫الله َُّم أَ ع َِّز ال ِْإسْ لَام َ و َال ْمُسْل ِمِيْن‬
،َ‫ن وان ْصُرْ م َنْ نَصَر َ الد ِين‬ َّ
.ِ‫ك ِإلَى يَو ْ ِم الد ِيْن‬
َ َ ‫ل كَل ِمَت‬ِ ْ ‫ و َأَ ع‬،َ‫ل ال ْمُسْل ِمِيْن‬
َ َ ‫و َاخْذ ُلْ م َنْ خَذ‬
‫ظه َر َ مِنْهَا‬ َ َ ‫الله َُّم ادْف َعْ ع ََّنا ال ْبَلَاء َ و َال ْغ َلاَء َ و َال ْو َباَء َ و َالْف َحْ شَاء َ و َال ْمُن ْك َر َ و َالْمِح‬
َ ‫ م َا‬،َ‫ن و َال ْف ِتَن‬ َّ
.ٌ ‫ك عَلَى ك ُِل شَيْء ٍ قَدِيْر‬ َ ‫ ِإ َّن‬،ً ‫ن اْلمُسْل ِمِيْنَ ع َ َّامة‬ ِ ‫ وَم ِنْ بلُ ْد َا‬،ً ‫َاصة‬ َّ ‫ م ِنْ بلََد ِن َا هَذ َا خ‬،َ‫وَم َا بَطَن‬
َ ‫حم‬
َ ‫ ي َا أَ ْر‬،‫ وَم ِنْ س َِي ِئ الْأَسْ ق َا ِم‬،‫ و َالْجُذ َا ِم‬،ِ‫ و َالْجنُ ُون‬،ِ‫ن البَرَص‬ َ ِ ‫الله َُّم ِإ َّنا نَع ُوذ ُ ب‬
َ ِ‫ك م‬ َّ
َّ
.َ‫الرا ِحم ِيْن‬

Ya Allah! Dengan sifat-Mu Yang Maha Pemurah dan Maha Mendengar! Engkaulah yang
Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Kami hamba-Mu yang lemah, merayu agar Engkau
ampunkan segala dosa yang telah kami lakukan. Ya Allah! Cukupkanlah kami dengan
rezeki yang halal dan jauhkanlah kami dari rezeki yang haram. Cukupkanlah kami dengan
kurniaan-Mu dari bergantung kepada selain-Mu. Hindarkanlah kami dari sebarang fitnah,
bala bencana, waba' penyakit, perbuatan-perbuatan keji dan munkar, seperti rasuah,
salah guna kuasa dan hiburan yang melalaikan. Hanya kepada-Mu jua Ya Allah, tempat
kami mengadu dan memohon pertolongan.

Ya Allah! Satukanlah kami atas agama-Mu dan hindarkan kami dari perselisihan yang
berpanjangan. Jadikanlah kami dan keturunan kami orang-orang yang istiqamah
mendirikan solat secara berjemaah serta tekun mengimarahkan masjid. Sesungguhnya
hanya kepada-Mu jua Ya Allah, doa kami mohon diperkenan dan diterima.
َّ َ‫حسَن َة ً و َق ِنَا عَذ َاب‬
.ِ‫النار‬ َ ِ ‫خرَة‬
ِ ‫حسَن َة ً و َفِي الْآ‬ ُ ‫ر ََّبنَا آتنَِا فِي‬
َ ‫الدن ْيَا‬
،ِ‫عِبَاد َ الله‬
َ ٓ َ َ َٰ َ ‫ِإَويتا ٓ ِٕي ذِي ٱل ُقر‬
َٰ َ ‫ب َو َين‬ َ ‫۞إ هن ٱ ه‬
َٰ َ ‫َّلل يَأ ُم ُر ب ِٱل َعد ِل َوٱ ِۡلح‬
‫َه َع ِن ٱلفحشاءِ َوٱل ُمنك ِر‬ َ ‫سن‬
ِ ِ
َ ُ‫َ َ َ ُ ُ ََه ُ ََ ه‬
٩٠ ‫غ يعِظكم لعلكم تذكرون‬ ‫وٱۡل ِ ي‬
‫ و َاسْ أَ لُوه ُ م ِنْ ف َضْ لِه ِ يُعْطِك ُ ْم‬،ْ‫ و َاشْ ك ُر ُوه ُ عَلَى ن ِعَمِه ِ يَزِدْكُم‬،ْ‫فَا ْذك ُر ُوا الله َ ال ْعَظِي ْم َ ي َ ْذكُر ْكُم‬
.َ‫ و َالله ُ يَعْلَم ُ م َا تَصْ ن َع ُون‬،ُ ‫وَلَذِك ْر ُ الله ِ أَ كْ ب َر‬

Anda mungkin juga menyukai