Anda di halaman 1dari 10

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

TEKS KHUTBAH

Tajuk:

KEPIMPINAN YANG DIBERKATI

Tarikh Dibaca:

10 JAMADILAWAL 1445H /
24 NOVEMBER 2023

Disediakan oleh:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

*Tajuk cadangan
Khutbah Jumaat Kepimpinan Yang Diberkati

KEPIMPINAN YANG DIBERKATI


24 NOVEMBER 2023 / 10 JAMADILAWAL 1445H

ِ ِ ‫ا َ ْلحم َْد ُ لِلّٰه ِ الْق َآئ‬


:‫ل‬

‫ن الرجِيم‬ ِ ‫ن الشيْطَا‬َ ِ ‫أع ُوذ ُ ب ِالله ِ م‬


َ ‫أ‬ ُ ‫ُ أ َ َ َ َٰ َ أ‬ ‫أ‬ َ ‫َ َٰٓ َ ُّ َ ذ َ َ ُ ْ َ ُ ْ ذ َ َ َ ُ ْ ُ َ َ ُ ْ أ‬
ٖ‫يأيها ٱَّلِين َءامن ٓوا أ ِطيعوا ٱّلل وأ ِطيعوا ٱ ذلرسول وأو ِِل ٱۡلم ِر مِنكمۖۡ فإِن تنزعتم ِِف َشء‬
‫أ‬

‫ َ َ أ َ ُ َ أ ا‬ٞ ‫َ َٰ َ َ أ‬ ‫أ‬ َ ‫ُ ُأ ُأ ُ َ ذ َ أ‬ ُ ‫ذ‬ َ ‫َ ُ ُّ ُ َ ذ‬


٥٩ ‫خ ِر ذل ِك خۡي وأحسن تأوِيًل‬ ِ
ِ ‫ول إِن كنتم تؤمِنون ب ِٱّللِ وٱۡلوم ٱٓأۡل‬ ِ ‫فردوه إَِل ٱّللِ وٱلرس‬

)‫(سورة النساء‬

‫َل‬
ِ ‫ الله ُم ص‬.ُ ‫ و َأشْهَد ُ أن مُحَمدًا عَبْدُه ُ وَرَسُولُه‬،ُ ‫ك لَه‬
َ ‫أشْهَد ُ أ ْن لا ِإله َ ِإلا َ الله ُ وَحْدَه ُ ل َا شَر ِي‬

َ ‫ فَيَا عِبَاد‬،ُ ‫ أما بَعْد‬.ِ‫وَسَل ِ ْم عَلَى نَب ِي ِنَا مُحَمدٍ و َعَلَى آلِه ِ و َصَ ح ْبِه ِ وَم َنْ د َعَا بِدَعْوَتِه ِ ِإلَى يَو ْ ِم الد ِين‬

.َ‫ ُأوصِيك ُ ْم و َن َ ْفس ِي بتَِقْو َى الله ِ وَطَاع َتِه ِ لَعَل ك ُ ْم تُفْلِحُون‬،َ‫ اتق ُوا الله‬،ِ‫الله‬

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Bertakwalah kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan
meninggalkan segala larangan-Nya. Perbanyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad
SAW. Mudah-mudahan kehidupan kita sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Khatib
mengingatkan para jemaah agar memberi sepenuh perhatian kepada khutbah yang akan
disampaikan dan tidak melakukan perkara-perkara yang lagha seperti menggunakan
telefon dan berbual-bual. Tumpukan perhatian pada khutbah yang akan disampaikan,
mudah-mudahan kita semua mendapat hidayah dan taufiq dari Allah SWT.

1
Khutbah Jumaat Kepimpinan Yang Diberkati

Pada hari ini khatib ingin membicarakan khutbah bertajuk: “Kepimpinan Yang
Diberkati”.

Sebelum itu, khatib ingin mengingatkan seluruh umat Islam untuk terus mendoakan
keselamatan, kesabaran dan kemenangan buat penduduk Palestin dalam menghadapi
kekejaman dan penindasan Rejim Zionis Israel. Bantulah mereka dengan apa-apa jua
cara yang termampu dan janganlah kita biarkan mereka bersendirian menghadapi ujian
yang sangat berat itu. Teruslah berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT agar Allah SWT
membantu mereka dan Bumi Palestin kembali merdeka. Insya-Allah.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Islam amat menitikberatkan kehidupan manusia dalam segala aspek kehidupan
termasuklah dalam bidang pemerintahan dan kenegaraan. Begitu banyak dalil sama ada
dari al-Quran, hadis, dan ijmak para ulama yang membahaskan soal ini secara terperinci.
Rasulullah SAW yang mulia juga telah menunjukkan suri teladan sebagai seorang
pemimpin dalam menerajui Negara Islam Madinah yang terbina dari kebijaksanaan
Baginda dan kesempurnaan Islam sebagai teras utama pemerintahan.

Dalam rangka membina sebuah negara yang diberkati, beberapa aspek perlu menjadi
penekanan oleh segenap peringkat masyarakat bermula dari peringkat pemimpin
sehinggalah kepada rakyat yang dipimpin keseluruhannya.

Islam membahaskan dengan teliti konsep pemerintahan dan kenegaraan. Dalam isu ini,
khatib ingin memetik beberapa inti pati dari Kitab Munyatul Musolli karangan Syeikh Daud
bin Abdullah al-Fatoni yang ada menyelitkan suatu bab disebut Tatmim al-Fa-idah yang
menyentuh perihal pemimpin, falsafah keadilan dan yang berkaitan dengan
kepemimpinan. Antaranya;

1. Seseorang pemimpin yang diberi amanah dan menjalankan amanahnya untuk


memelihara kesejahteraan rakyatnya, maka dicurahkan rahmat oleh Allah SWT
kepadanya.

2. Pemimpin yang diberikan kedudukan dan kekuasaan untuk memelihara rakyatnya,


tetapi culas dan gagal menasihati rakyatnya, serta tidak mensejahterakan
2
Khutbah Jumaat Kepimpinan Yang Diberkati

negerinya akan dihukumkan oleh Allah SWT dengan dimasukkan ke dalam neraka
dan tidak dimasukkan ke dalam syurga.

3. Menjadi kemestian bagi rakyat untuk menghormati pemimpin sebagaimana


selayaknya kerana ketinggian martabat pemimpin di sisi Allah SWT sekiranya
mereka memimpin dengan keadilan. Firman Allah SWT dalam Surah al-Nisaa ayat
59 yang dibacakan pada awal khutbah tadi bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu
kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari
kalangan kamu”.

4. Allah SWT adalah Raja bagi segala raja. Dengan keagungan dan kekuasaan yang
dimiliki-Nya, maka Allah SWT berhak mengurniakan rahmat bagi pemimpin yang
taat dan menurunkan seksa bagi pemimpin yang melakukan maksiat dan
kecurangan. Firman Allah SWT dalam Surah Saad ayat 26:
َ‫أ‬
َ ‫اس ب ِٱ أ‬
َٰ‫ۡلق َو ََل تَتذبِعِ ٱل أ َه َوى‬ ِ ‫ذ‬ ‫نل‬ ‫ٱ‬ َ
‫ۡي‬
‫َ أ ُ َأ‬
‫ب‬ ‫م‬‫ك‬‫ح‬ ‫ٱ‬ ‫ف‬ ‫ۡرض‬
ِ ‫ۡل‬ ‫ٱ‬ ‫ِف‬
ٗ َ َ َ َٰ َ ‫َ َٰ َ ُ ُ ذ َ َ أ‬
ِ ‫يداوۥد إِنا جعلنك خل ِيف‬
‫ة‬
ِ
ْ ُ َ َ ُۢ ُ َ ٞ َ َ ‫ذ َ ُ أ‬ َ ُّ َ َ ‫ذ ذ ذ‬
َ ‫ون َعن‬ َ ‫َُ ذ‬
َ ‫ك َعن‬
‫يل ٱّللِ لهم عذاب شدِيد بِما نسوا‬
ِ ِ ‫ب‬ ‫س‬ ‫ل‬‫ض‬ِ ‫ي‬ ‫ِين‬
‫َّل‬ ‫ٱ‬ ‫ن‬ِ ‫إ‬ ِ ‫ه‬ ‫ّلل‬ ‫ٱ‬ ‫يل‬
ِ ِ ‫ب‬ ‫س‬ ‫ضل‬
ِ ‫في‬

َ ‫َأَ أ‬
٢٦ ‫اب‬
ِ ‫يوم ٱۡل ِس‬
Maksudnya: “Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di
bumi, maka jalankanlah hukum antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar
(yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana
yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-
orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan
amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu”.

5. Rasulullah SAW turut berpesan kepada sahabat-sahabat Baginda agar tidak


meminta-minta jawatan kerana pertanggungjawaban yang sangat berat di hari
akhirat kelak.

3
Khutbah Jumaat Kepimpinan Yang Diberkati

6. Para Wazir atau Menteri diibaratkan seperti pintu bagi sebuah kota. Oleh itu,
seorang pemimpin mestilah bijaksana dalam memilih orang-orang
kepercayaannya, yang taat dalam beragama, jujur dan amanah, bersifat adil dan
berbelas kasih kepada orang lain terutamanya rakyat. Orang kepercayaan dan
penggerak agenda kepimpinan merupakan cermin kepada pemimpin itu sendiri.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Karakter seorang pemimpin sangat berkait rapat dengan karakter para rakyatnya. Jika
rakyatnya baik, maka pemimpin juga baik. Begitu juga sebaliknya. Oleh sebab itu, sangat
penting bagi kedua-dua belah pihak – yakni pemimpin dan rakyat – saling mendoakan
kebaikan antara satu sama lain dalam mewujudkan kitaran hubungan yang positif antara
semua warganegara. Dari Abdul Samad bin Yazid al-Baghdadi, beliau berkata bahawa
beliau pernah mendengar Fudhail bin ‘Iyadh berkata: “Seandainya aku memiliki doa yang
mustajab, aku akan tujukan doa tersebut pada pemimpinku”. Ada yang bertanya kepada
Fudhail, “Kenapa begitu?” Beliau menjawab, “Jika aku tujukan doa tersebut pada diriku
sahaja, maka ia hanya bermanfaat untukku. Namun jika aku tujukan untuk pemimpinku,
maka rakyat dan negara akan menjadi baik (menerima manfaatnya)”.

Syeikh Daud al-Fatoni turut menyelitkan sebuah kisah para pemimpin yang adil pada
zaman dahulu yang menyediakan tiga halaman mesej-mesej peringatan dan dititipkan
kepada para Menterinya untuk mengingatkan mereka sekiranya pemerintahannya menuju
kezaliman. Antara mesejnya ialah;

Pertama: Bahawa pemimpin bukanlah Tuhan dan apabila sampai ajalnya tetap akan
menjadi debu.
Kedua: Pemimpin yang menunjukkan rahmah belas kasihan di dunia, nanti di akhirat akan
menerima balasan kebaikan yang setimpal.
Ketiga: Tugas pemimpin ialah untuk menegakkan hukum Allah SWT dan keadilan tanpa
sebarang keraguan.

SIDANG JEMAAH YANG DIKASIHI SEKALIAN,


Islam mengajarkan agar umatnya bantu menegur saudaranya dengan berhikmah. Hal ini
kerana fitrah keterbatasan manusia memungkinkan kesilapan. Justeru, tugas kita untuk
menasihati saudara Muslim termasuk pemerintah, namun dengan qawlan layyina yakni
4
Khutbah Jumaat Kepimpinan Yang Diberkati

kata-kata yang santun. Harus kita contohi akhlak baginda Nabi Muhammad SAW yang
menjauhi perkataan nista dan mengadu domba.

Tidak dinafikan bahawa dalam kalangan manusia ini wujudnya perbezaan pandangan dan
pendapat kerana ia merupakan sunnatullah. Namun di sana, pasti ada titik persamaan
yang boleh mempertemukan seluruh rakyat sama ada di peringkat pemimpin mahupun
dalam kalangan rakyat untuk diperkukuhkan bersama-sama. Segala bentuk perselisihan
dan perbezaan yang remeh perlulah ditanggapi dengan penuh hikmah dan bijaksana agar
ia tidak menjadi duri dalam daging kepada perpaduan dan kesatuan rakyat di negara ini.
Maka berusahalah untuk mencari titik persamaan tersebut supaya dengannya kita dapat
membina sebuah negara yang kukuh dan mampan serta berjalan dengan sistem keadilan
yang selayaknya. Para ulama mestilah perlu bergandingan dengan para umara
(pemerintah) dalam memberi nasihat dan bimbingan memerintah negara berlandaskan
batas hukum yang telah ditetapkan syara’. Akhirnya, dengan itu, negara dan
kepimpinannya akan terus diberkati Allah SWT dan menjemput rahmat dan limpah
kurniaan dari Allah SWT ke atas seluruh rakyat dan negara. Insya-Allah.

Justeru, renungkanlah firman Allah SWT dalam Surah al-Nur ayat 55:
ََ ‫َ َ أ َ أ‬ َ‫أ‬ ‫أ‬ ُ ‫ذ‬ َ ‫ُ أ َ َ ُ ْ ذ َٰ َ َٰ َ َ أ َ أ‬ ْ َُ َ َ ‫َ َ َ ذُ ذ‬
‫ۡرض كما ٱستخلف‬ِ ‫ت ليستخل ِفنهم ِِف ٱۡل‬ ِ ‫وعد ٱّلل ٱَّلِين ءامنوا مِنكم وع ِملوا ٱلصل ِح‬

ٗ‫ض ل َ ُه أم َو َۡلُ َبد َِنلذ ُهم ِم ُۢن َب أعد َخ أوفِه أم أَ أمنا‬


َٰ َ َ‫أ‬
‫ت‬ ‫ر‬ ‫ٱ‬ ‫ِي‬
‫َأ أ َ َُ َ َذ َُ أ َُ ُ ذ‬
‫َّل‬ ‫ٱ‬ ‫م‬‫ه‬‫ِين‬ ‫د‬ ‫م‬ ‫ه‬‫ل‬ ‫َِن‬
‫ك‬ ‫م‬ ‫ۡل‬ ‫و‬ ‫م‬‫ه‬ ‫ل‬ ‫ب‬ ‫ق‬ ‫ِن‬
‫م‬ َ
‫ِين‬
‫ذ‬
‫َّل‬ ‫ٱ‬
‫ه‬ ِ ِ ِِ
َ ُ َٰ َ ‫َ َ َ َ أ َ َ َٰ َ َ ُ ْ َ َٰٓ َ ُ ُ أ‬ ٗ‫َ أ‬ َ ُ ‫َأُُ َ َ ُأ‬
٥٥ ‫ۡشكون ِِب شيا ه َو َمن كفر بعد ذل ِك فأولئِك هم ٱلفسِقون‬ِ ‫يعبدون ِِن َل ي‬
Maksudnya: “Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari
kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-
khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah
menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Dia
akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah
diredhai-Nya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan
setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat
kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah)
sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka”.

5
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Kepimpinan Yang Diberkati‬‬

‫كي ِْم‪،‬‬
‫ات و َالذِكْر ِ الْح َ ِ‬ ‫ن ال ْعَظِي ِْم‪ ،‬و َنَف َعَنِيْ و َِإياك ُ ْم بِمَا فِيْه ِ م ِ َ‬
‫ن الْآي َ ِ‬ ‫ب َارَك َ الله ُ ل ِ ْي و َل َك ُ ْم ب ِالْقُر ْآ ِ‬
‫ل قَو ْل ِ ْي هَذ َا و َأسْ تَغْف ِر ُ الله َ الْعَظِي ْم َ ل ِ ْي‬
‫ل م ِنِيْ وَمِنْك ُ ْم تِلَاو َتَه ُ ِإنه ُ ه ُو َ السمِي ْ ُع ال ْع َلِي ْم ُ‪ .‬أقُو ْ ُ‬
‫و َتَق َب َ‬
‫ات‪،‬‬ ‫ات الْأحْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َالْأمْو َ ِ‬ ‫ات و َال ْمُؤْم ِنِيْنَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬ ‫و َل َك ُ ْم و َلِسَائِر ِ ال ْمُسْل ِمِيْنَ و َال ْمُسْل ِم َ ِ‬
‫حي ْم ُ‪.‬‬
‫فَاسْ تَغْف ِر ُ ْوه ُ ِإنه ُ ه ُو َ ال ْغَفُوْر ُ الر ِ‬

‫‪6‬‬
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Kepimpinan Yang Diberkati‬‬

‫‪KHUTBAH KEDUA‬‬

‫َب الْع َالم َي ِنَ‪ ،‬و َالصلَاة ُ و َالسلَام ُ عَلى َ سَيِدِن َا مُحَمدِ ِن النب ِ ِي الْأم ِينِ‪ ،‬و َعَلَى آلِه ِ‬ ‫ا َ ْلحم َْد ُ لِله ِ ر ِ‬
‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الدِينِ‪.‬‬
‫ن وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬
‫صحَابِه ِ الطاهِرِي َ‬
‫و َأ ْ‬
‫ك لَه ُ‪ ،‬و َأشْهَد ُ أن سَيِد َن َا مُحَمدًا عَبْدُه ُ وَرَسُولُه ُ‪.‬‬
‫أشْهَد ُ أ ْن لا ِإله َ ِإلا الله ُ وَحْدَه ُ لا َ شَر ِي ْ َ‬
‫أما بَعْد ُ‪ ،‬فَيَا عِبَاد َ اللهِ‪ ،‬اِتق ُوا الله َ حَق تُق َاتِه ِ و َاع ْلَم ُوا أن الله َ أم ََرك ُ ْم ب ِأمْر ٍ عَظ ٍِيم‪ ،‬أم ََرك ُ ْم‬
‫ذ ذ َ َ َ َ َٰٓ َ َ ُ ُ َ ُّ َ َ َ‬
‫ل الله ُ تَع َالَى‪ :‬إِن ٱّلل وملئِكتهۥ يصلون لَع‬ ‫ب ِالصلَاة ِ و َالتسْل ِِيم عَلَى نَب ِيِه ِ ال ْكَر ِي ِم‪ ،‬فَق َا َ‬
‫ا‬ ‫أ‬ ‫ذ َ َٰٓ َ ُّ َ ذ َ َ َ ُ ْ َ ُّ ْ َ َ أ َ َ ُ ْ َ‬
‫به يأيها ٱَّلِين ءامنوا صلوا عليهِ وسل ِموا تسلِيما ‪٥٦‬‬ ‫ٱنل ِ ِ‬
‫ل‬
‫ل سَي ِدِن َا مُحَمدٍ كَمَا صَلي ْتَ عَلَى سَي ِدِن َا ِإ بْر َاهِي ْم َ و َعَلَى آ ِ‬
‫ل عَلَى سَي ِدِن َا مُحَمدٍ و َعَلَى آ ِ‬
‫ص ِ‬
‫اَلله ُم َ‬
‫ل سَي ِدِن َا مُحَمدٍ كَمَا ب َارَكْ تَ عَلَى سَي ِدِن َا‬
‫ك عَلَى سَي ِدِن َا مُحَمدٍ و َعَلَى آ ِ‬
‫سَي ِدِن َا ِإ بْر َاهِي ْم َ و َب َارِ ْ‬
‫مجِيْدٌ‪.‬‬
‫ك حَمِيْدٌ َ‬
‫ل سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ فِي ال ْع َالم َي ِْنَ ِإن َ‬ ‫ِإ بْر َاهِي ْم َ و َعَلَى آ ِ‬
‫ن التاب ِع ِينَ و َت َابِع ِي‬
‫ن و َع َنْ بَق ِية ِ الصح َابَة ِ أجْم َع ِينَ‪ ،‬وَع َ ِ‬ ‫ن الْخل ُُف َاء ِ الرا ِ‬
‫شدِي َ‬ ‫ْض الله ُم ع َ ِ‬ ‫و َار َ‬
‫ْض ع َنا مَعَه ُ ْم ي َا أك ْرَم َ الْأك ْرَم ِينَ‪.‬‬ ‫ن و َار َ‬ ‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِي ْ ِ‬
‫التاب ِع ِينَ وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬
‫ات‪.‬‬ ‫ات الْأحْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َالْأمْو َ ِ‬
‫ات و َال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬‫الله ُم ا ْغفِر ْ لِل ْمُسْل ِمِينَ و َال ْمُسْل ِم َ ِ‬
‫َالصحة ِ و َالسلَامَة ِ ج َلَالَة َ م َل ِكَ نَا ك باوه دولي يڠ مها‬
‫ق و َال ْهِد َايَة ِ و ِ‬
‫الله ُم أي ِ ْد بِدَو َا ِم التو ْفِي ْ ِ‬
‫موليا سري ڤدوك بڬيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ‪ُ ،‬‬
‫السلطَان عبد الله رِعَايَة ُ الد ِي ْن ال م ُصْ طَفَى‬
‫ب ِالله شاه ابن المرحوم سُلْطَان حاج أحمد شاه ال مُسْت َع ِي ْن بالله‪.‬‬
‫ك ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ‪ ،‬تونكو‬
‫وَك َذل ِ َ‬
‫عزيزه أمينه ميمونه إسكندر يه بنت ال مرحوم ال م ُت َوَك ِلْ عَلَى الله سُلْطَان إسكندر‬
‫الحَاج‪.‬‬
‫ك‬
‫ات بِر َ ْحمَت ِ َ‬
‫ن ال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬
‫الله ُم احْ ف َْظ عُلَمَاءَه ُ وَوُزَر َاءَه ُ و َقُضَاتَه ُ و َع ُمالَه ُ وَر َعَاي َاه ُ م ِ َ‬
‫حم َ الرا ِحم ِينَ‪.‬‬
‫ي َا أ ْر َ‬

‫‪7‬‬
Khutbah Jumaat Kepimpinan Yang Diberkati

،ٍ‫ن و َأم َان‬ ٍ ‫ د َار َ ع َ ْد‬،ً‫ سَ خَاء ً رَخ َاء‬،‫الله ُم اجْ ع َلْ بلََد َن َا م َالِيز ِي َا آم ِنا ً م ُ ْطم َئ ًِّنا‬
ٍ ‫ و َأ ْم‬،ٍ‫ل و َِإيمَان‬
.َ‫وَسَائِر َ بِلَادِ ال ْ مُسْل ِمِين‬
،َ‫ن وان ْصُرْ م َنْ نَصَر َ الدِين‬
ِ ‫ وَد َم ِْر أعْد َاءَك َ أعْد َاء َ الد ِي‬، َ‫الله ُم أعِز ال ِْإسْ لَام َ و َال ْمُسْل ِمِيْن‬
.ِ‫ك ِإلَى يَو ْ ِم الد ِيْن‬
َ َ ‫ل كَل ِمَت‬
ِ ْ ‫ و َأع‬،َ‫ل ال ْمُسْل ِمِيْن‬
َ َ ‫و َاخْذ ُلْ م َنْ خَذ‬
‫ك‬
َ ْ ‫ اَلله ُم عَلَي‬،َ‫سط ِين‬
ْ َ ‫ن قَتَلُوا ِإخْ و َانَنَا ال ْمُسْل ِمِينَ فِي فل‬
َ ‫ الَذ ِي‬،َ‫ك ب ِالْيَه ُودِ ال ْمُعْتَدِين‬
َ ْ ‫اَلله ُم عَلَي‬
،ْ‫ل الدائِرَة َ عَلَيْه ِم‬
ِ َ ‫ ألله ُم شَت ِْت شَم ْلَه ُ ْم و َف َر ِْق جَم ْعَه ُ ْم و َاجْ ع‬،َ‫ ف َِإنه ُ ْم ل َا يُعْجِز ُونَك‬،ْ‫بِهِم‬
ْ‫ اَلله ُم أنْز ِلْ عَل َيه ِ ْم و َعَلَى م َن‬،‫ وَل َا تُغ َادِ ْر مِنْه ُ ْم أحَدًا‬،‫ و َاق ْتُلْه ُ ْم بَدَد ًا‬،‫اَلله ُم اَحْ صِه ِ ْم عَدَد ًا‬
،َ‫طيْر ًا أب َابيِل‬
َ ‫ل عَلَيْه ِ ْم‬
ْ ‫س‬ ِ َ ‫ك الذ ِي ل َا يُر َُد ع‬
ِ ‫ اَلله ُم أ ْر‬.َ‫ن الْقَو ْ ِم الظالِمِين‬ َ ‫س‬
َ ‫ ب َأ‬،ْ‫عَاوَنَهُم‬
.‫ف مأكُول‬ ٍ ‫تَرْم ِيه ِ ْم بِ ح ِج َارَة ٍ م ِنْ سِ ج ِي‬
ٍ ْ‫ فَجَعَلَه ُ ْم كَع َص‬،‫ل‬
.َ‫سط ِين‬
ْ َ ‫ن و َال ْمُسْت َضْ ع َف ِينَ فِي فَل‬
َ ‫اَلله ُم ان ْص ُرْ ِإخْ وَانَنَا ال ْمُسْل ِمِينَ و َال ْمُج َاهِدِي‬
Ya Allah! Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya hanya kepada Engkau kami
merayu memohon pertolongan. Ampunilah dosa seluruh kaum Muslimin.
Selamatkanlah saudara-saudara kami kaum Muslimin yang ditindas di
Palestin dan di mana-mana sahaja mereka berada. Ya Allah! Kasihanilah
mereka yang selama ini menjadi mangsa kekejaman Zionis Israel. Keluarkan
mereka dari penindasan serta kesempitan yang mereka alami selama ini. Ya
Allah! Dengarlah doa dan suara kami ini. Sesungguhnya kami tidak sanggup
lagi melihat saudara-saudara kami dibunuh dan diperlakukan dengan kejam
oleh Zionis Israel. Satukanlah hati seluruh umat Islam di dunia untuk
memerangi kekejaman dan kezaliman Zionis Israel. Hapuskanlah segala
kezaliman yang ada di muka bumi ini. Kurniakanlah kekuatan dan
kemenangan kepada saudara-saudara kami kaum Muslimin di Palestin.
Berikanlah kepada pejuang-pejuang Islam serta rakyat Palestin kekuatan,
kesabaran serta kemenangan menghadapi kekejaman musuh. Ya Allah!
Kembalikanlah Bumi Palestin ke pangkuan kaum Muslimin.
َ ِ ‫ و َنَع ُوذ ُب‬،‫ك فِي نُح ُورِ أعْد َاءِن َا‬
‫ و َف َرِ ْق‬،ْ‫ اَلله ُم ب َدِ ْد شَم ْلَهُم‬.ْ‫ك م ِنْ شُر ُورِهِم‬ َ ُ ‫نج ْع َل‬
َ ‫اَلله ُم ِإنا‬
‫ ي َا‬،ٌ ‫ ي َا ق َهار‬،َ‫ وَسَل ِْط عَلَيْه ِ ْم ك َل ْبًا م ِنْ ك ِلَابِك‬،ْ‫ وَز َلْز ِلْ أقْد َامَهُم‬،ْ‫جَمْعَه ُ ْم وَشَت ِْت كَل ِمَتَهُم‬
،‫َاب‬
ِ ‫حز‬ْ ‫ ي َا ه َازِم َ الْأ‬،‫َاب‬
ِ ‫ ي َا مُجْرِىَ السح‬،‫اب‬
ِ َ ‫ل الْك ِت‬
َ ِ‫ اَلله ُم ي َا مُنْز‬.ُ‫ ي َا مُن ْت َقِم ُ ي َا الله‬،ٌ ‫جبار‬
َ
.ْ‫ اِهْزِمْهُمْ! اِهْزِمْهُمْ! و َان ْصُرِ ال ْمُسْل ِمِينَ عَل َيهِم‬،َ‫اِهْزِ ْم أعْد َاء َ ال ْمُسْل ِمِين‬

8
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Kepimpinan Yang Diberkati‬‬

‫ظه َر َ مِنْهَا‬‫ن و َال ْف ِتَنَ‪ ،‬م َا َ‬


‫الله ُم ادْف َعْ ع َنا ال ْبَلَاء َ و َال ْغ َلاَء َ و َال ْو َباَء َ و َالْف َحْ شَاء َ و َال ْمُن ْك َر َ و َالْمِح َ َ‬
‫ك عَلَى ك ُِل شَيْء ٍ قَدِي ْر ٌ‪.‬‬ ‫ن اْلمُسْل ِمِيْنَ عَامة ً‪ِ ،‬إن َ‬ ‫وَم َا بَطَنَ‪ ،‬م ِنْ بلََد ِن َا هَذ َا خ َاصة ً‪ ،‬وَم ِنْ بلُ ْد َا ِ‬
‫حم َ‬
‫ن البَرَصِ‪ ،‬و َالْجن ُ ُونِ‪ ،‬و َالْجُذ َا ِم‪ ،‬وَم ِنْ س َِي ِئ الْأسْ ق َا ِم‪ ،‬ي َا أ ْر َ‬
‫ك مِ َ‬
‫الله ُم ِإنا نَع ُوذ ُ ب ِ َ‬
‫الرا ِحم ِيْنَ‪.‬‬
‫حسَن َة ً و َق ِنَا عَذ َابَ النارِ‪.‬‬
‫خرَة ِ َ‬
‫حسَن َة ً و َفِي الْآ ِ‬ ‫ر َبنَا آتنَِا فِي ُ‬
‫الدن ْيَا َ‬
‫عِبَاد َ اللهِ‪،‬‬
‫أ ُ أ َ َٰ َ َ أ َ َٰ َ أ َ أ َ ٓ َ أ ُ َ َ أ َ أ‬ ‫َٓ‬ ‫َ‬ ‫أ‬ ‫ذ ذَ َأُ ُ أ َ أ َ أ‬
‫َٰ‬
‫ٱۡلحس ِن ِإَويتا ِٕي ذِي ٱلقرَب وينَه ع ِن ٱلفحشاءِ وٱلمنك ِر وٱۡل ِ‬
‫غ‬ ‫۞إِن ٱّلل يأمر بِٱلعد ِل و ِ‬
‫َ ُ ُ أ ََذ ُ ََ ذ َ‬
‫ك أم تذك ُرون ‪٩٠‬‬ ‫يعِظكم لعل‬
‫فَا ْذك ُر ُوا الله َ ال ْعَظِي ْم َ ي َ ْذكُر ْكُمْ‪ ،‬و َاشْ ك ُر ُوه ُ عَلَى ن ِعَمِه ِ يَزِدْكُمْ‪ ،‬و َاسْ ألُوه ُ م ِنْ ف َضْ لِه ِ يُعْطِك ُ ْم‬
‫وَلَذِك ْر ُ الله ِ أكْ ب َر ُ‪ ،‬و َالله ُ يَعْلَم ُ م َا تَصْ ن َع ُونَ‪.‬‬

‫‪9‬‬

Anda mungkin juga menyukai