Anda di halaman 1dari 5

SABDA 

Rasulullah SAW:

َ ِ‫ َوِإ َذا َأ َرا َد هَّللا ُ ِب ِه غَ ي َْر َذل‬،ُ‫ َوِإنْ َذ َك َر َأ َعا َنه‬،ُ‫ ِإنْ َنسِ َي َذ َّك َره‬،‫ير صِ ْد ٍق‬ ‫َأْل‬ ‫َأ‬
‫ ِإنْ َنسِ َي َل ْم‬،ٍ‫ير سُوء‬ َ ‫ك َج َع َل لَ ُه َو ِز‬ ِ ‫‌ِإ َذا‌ َرادَ ‌هَّللا ُ‌ ِبا م‬
َ ‫ َج َع َل لَ ُه َو ِز‬،‫ِير‌ َخيْرً ا‬
ْ‫ َوِإنْ َذ َك َر لَ ْم ُي ِعن ُه‬،ُ‫ ُي َذ ِّكرْ ه‬.

“Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang raja atau pemimpin itu, nescaya dijadikan baginya
pembantu (menteri atau penasihat) yang benar dan ikhlas. Jika pemimpin itu lupa atau leka, nescaya
diberikan peringatan, jika pemimpin itu mengingati, nescaya akan diberikan pertolongan kepadanya.
Sebaliknya jika Allah menghendaki selain daripadanya (keburukan) kepada pemimpin itu, nescaya
dijadikan baginya pembantu yang jahat. Jika pemimpin itu lupa dan lalai, nescaya tidak diberikan
peringatan, dan jika dia mengingati, nescaya tidak akan diberikan pertolongan kepadanya.” (Riwayat
Abu Dawud 2932)

Rasulullah SAW ialah manusia yang dipilih oleh Allah SWT menjadi contoh dan teladan kepada seluruh
manusia dalam kehidupan dunia sehingga akhirat. Hal ini berpandukan kepada firman Allah:

َ ‫ُول هَّللا ِ ُأسْ َوةٌ َح َس َن ٌة لِ َمنْ َك‬


﴿٢١‫ان َيرْ جُو هَّللا َ َو ْال َي ْو َم اآْل خ َِر َو َذ َك َر هَّللا َ َكثِيرً ا‬ ِ ‫ان لَ ُك ْم فِي َرس‬
َ ‫﴾لَ َق ْد َك‬

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kalian pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang
yang sentiasa mengharapkan (rahmat) Allah dan (balasan baik) pada Hari Akhirat, serta dia juga
menyebut-nyebut dan mengingati Allah sebanyaknya (ketika masa susah dan senang).” (Surah al-Ahzab:
21)

Secara khusus Baginda SAW menjadi teladan sebagai seorang ketua negara, sama ada seorang raja atau
seorang pemimpin. Bukan sahaja teladan dari sudut amalannya, bahkan juga memberikan peringatan
dan nasihat kepada umatnya secara lisan, kerana Baginda SAW mahukan seluruh umatnya terselamat di
dunia dan akhirat.

Ketua negara, raja atau pemimpin utama ialah jawatan atau kedudukan yang menjadi amanah paling
besar bagi manusia yang ditolak oleh makhluk langit dan bumi kerana takutkan balasan Allah SWT.
Firman-Nya:

َ ‫ال َفَأ َبي َْن َأنْ َيحْ م ِْل َن َها َوَأ ْش َف ْق َن ِم ْن َها َو َح َملَ َها اِإْل ْن َسانُ ِإ َّن ُه َك‬
﴿٧٢ ‫ان َظلُومًا َجهُواًل‬ ِ ْ‫ت َواَأْلر‬
ِ ‫ض َو ْال ِج َب‬ ِ ‫﴾ِإ َّنا َع َرضْ َنا اَأْل َما َن َة َعلَى ال َّس َم َاوا‬
“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah (tanggungjawab) kepada langit dan bumi serta
gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat
menyempurnakannya (kerana tiada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu)
manusia sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka
melakukan kezaliman dan amat jahil.” (Surah al-Ahzab: 72)

Kedudukan seorang pemimpin menjadi rebutan pada akhir zaman kerana ia merupakan peluang untuk
mendapatkan kekayaan dan kesenangan dunia semata-mata. Akan tetapi, melupakan tanggungjawab
yang akan dibawa ke Hari Akhirat dan segalanya akan dihisab kelak.

Apabila seseorang pemimpin itu leka atau lemah imannya, maka sering kali jawatan paling tinggi itu
dijadikan tempat bagi mengejar kekayaan sehingga tiada lagi kepuasan. Hal ini bertepatan dengan sabda
Rasulullah SAW:

َ ‫ َو َي ُتوبُ هَّللا ُ َعلَى َمنْ َت‬، ُ‫ َولَنْ َي ْمَأَل َفا ُه ِإاَّل ال ُّت َراب‬،‫ان‬
‫اب‬ َ ‫ب‌َأ َحبَّ ‌َأنْ ‌ َي ُك‬
ِ ‫ون‌لَ ُه‌ َوا ِد َي‬ ِ ‫ َولَ ْو‌َأنَّ ‌اِل ب‬.‌
ٍ ‫ْن‌آدَ َم‌ َوا ِديًا‌مِنْ ‌ َذ َه‬

“Dan jika seseorang anak Adam (manusia) itu diberikan satu lembah yang dipenuhi dengan emas,
nescaya dia mahu memiliki dua lembah yang lain lagi; dan tidak akan dapat memuaskannya melainkan
mulutnya dipenuhi dengan tanah (ditimbus setelah mati). Namun, Allah menerima taubat sesiapa yang
bertaubat kepada-Nya.” (Riwayat al-Bukhari 6439 dan Muslim 1048)

Begitu juga para pemimpin yang dikelilingi oleh para pengampu yang menipu dan melalaikan
bersamanya. Mereka itu dianggap sebagai kawan yang setia, tetapi sebenarnya makhluk perosak yang
mengipasnya supaya terus lalai dan leka.

Namun begitu, fadilat yang sangat besar kepada sesiapa yang dapat menunaikan amanah kepimpinan
mengikut perintah Allah SWT. Sehingga mendapat kedudukan pertama untuk berada di bawah naungan
Allah SWT di Padang Mahsyar yang menakutkan kelak.

Hal tersebut sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

‫ اِإْل َما ُم ْال َعا ِد ُل‬:‫… َس ْب َع ٌة يُظِ لُّ ُه ُم هَّللا ُ في ظِ لِّ ِه َي ْو َم ال ظِ َّل إاَّل ظِ لُّ ُه‬
“Tujuh jenis manusia yang dinaungi Allah pada hari yang tiada tempat bernaung (Hari Kiamat) melainkan
naungan-Nya; pertamanya ialah imam (pemimpin atau raja) yang adil…” (Riwayat al-Bukhari 660 dan
Muslim 1031)

Jika seseorang Rasul itu menjadi pemimpin, Baginda mendapat petunjuk secara langsung daripada Allah
SWT melalui penurunan wahyu. Adapun jika seseorang manusia biasa pula menjadi pemimpin, tidak
cukup dengan ilmu dan kebijaksanaan akalnya sahaja tetapi mestilah didampingi oleh penasihat
daripada kalangan menteri dan para pegawai yang berakhlak mulia, secara zahirnya bijak dan batinnya
benar dan ikhlas. Benar percakapan dan hatinya, ikhlas pada niatnya kerana Allah SWT dan bertaqwa
(takut) kepada-Nya.

Seseorang raja atau pemimpin akan menempah kejahatan, sekiranya didampingi oleh pembohong yang
mengampu, tidak ikhlas dan tidak bertaqwa kepada Allah SWT. Mereka menghormati pemimpin itu
hanya kerana takut kepada makhluk, bukan takut kepada Allah SWT atau hanya mengejar dunia yang
merosakkan.

Justeru itu, Khalifah Islam yang pertama, Saidina Abu Bakar RA sebaik sahaja dipilih, terus
menyampaikan ucapannya:

‫ض ِعيْفُ فِ ْي ُك ْم‬ ُ ‫ َوِإنْ َأ َسْأ‬، ْ‫ت َفَأعِ ْي ُن ْونِي‬


َّ ‫ َوال‬،‫ َو ْالك ِْذبُ خِيا َ َن ٌة‬،‫ اَلص ِّْد ُق َأ َما َن ٌة‬، ْ‫ت َف َقوِّ م ُْونِي‬ ُ ‫ َفِإنْ َأحْ َس ْن‬،‫ت ِب َخي ِْر ُك ْم‬ُ ْ‫ْت َعلَ ْي ُك ْم َولَس‬ُ ‫ ِإ ِّني َق ْد وُ لِّي‬،‫َأ ُّي َها الناَّس‬
َّ‫ الَ َي ْد ُع َق ْو ٌم ال ِج َها َد فِيْ َس ِبي ِْل هّللا ِ ِإال‬،ُ‫ض ِعيْفٌ عِ ْندِيْ َح َّتى آخ ُِذ ْال َح َّق ِم ْن ُه ِإنْ َشا َء هللا‬ َ ‫ َو ْال َق ِويٌّ فِ ْي ُك ْم‬،ِ‫َق ِويٌ عِ ْندِيْ َح َّتى آخ ُِذ ْال َح َّق لَ ُه ِإنْ َشا َء هللا‬
َ‫ْت هللاَ َو َرس ُْولَ ُه َفالَ طا َ َعة‬ ُ ‫صي‬ َ َ
َ ‫ َفِإذا َع‬،ُ‫ت هللاَ َو َرس ُْوله‬ َ ‫َأ‬ ‫َأ‬
ُ ْ‫ طِ ْيع ُْونِيْ ما َ طع‬،‫ َوالَ َتشِ ي َْع ْالفا َ ِح َش َة فِيْ َق ْو ٍم َق ٌّط ِإالَّ َع َّم ُه ُم هللاُ ِبال َبال ِء‬،ِّ‫الذل‬
َ ْ ُّ ‫ضرَّ َب ُه ُم هللاُ ِب‬
َ
‫لِيْ َعلَ ْي ُك ْم‬.

“Wahai semua orang (yang hadir)! Aku telah dilantik menjadi pemimpin kalian, padahal aku bukanlah
orang yang terbaik dalam kalangan kalian. Maka, jika sekiranya aku seorang yang berlaku baik, bantulah
aku. Sekiranya aku berlaku buruk, perbetulkanlah diriku. Benar itu amanah dan bohong itu khianat.
Orang yang lemah dalam kalangan kalian menjadi kuat di sisiku, sehingga aku mengembalikan haknya.
Orang yang kuat pula menjadi lemah di sisiku, sehingga aku bertindak ke atasnya dengan cara yang
benar (adil) insya-Allah. Janganlah kalian meninggalkan kewajipan jihad (menegakkan Islam), kerana
tiada sesuatu kaum yang meninggalkan kewajipan itu nescaya Allah timpakan kehinaan ke atas
mereka. Taatilah aku, selagi aku mentaati Allah dan Rasul. Maka, apabila aku menderhakai Allah dan
Rasul-Nya, maka kalian jangan mentaatiku.” (Ibn al-Athir, al-Kamil fi al-Tarikh, jld. 2, ms. 192)

Khalifah ‘Umar bin al-Khattab RA juga pernah berkata:

‫َأ ُّي َها ال َّناس َمنْ َرَأى ِم ْن ُك ْم فِيَّ اعْ ِو َجاجً ا فليقومه‬.
“Wahai kalian semua, jika sekiranya kalian melihatku terpesong, maka perbetulkanlah diriku.”

Pada suatu hari, Khalifah ‘Umar RA bersama beberapa orang yang mengiringinya, tiba-tiba beliau
ditahan oleh seorang perempuan tua. Lalu berkata kepadanya:

‫ك َفلَ ْم َت ْذ َهب اَأْليَّام َح َّتى ُسمِّيتَ ُع َمر ُث َّم لَ ْم َت ْذ َهب اَأْليَّام َح َّتى‬ َ ‫ص ْب َيان َب َع‬
َ ‫صا‬ ِ ‫ك َوَأ ْن‬
ِ ‫ت ُت َسمَّى ُع َميْرً ا فِي س‬
ِّ ‫ُوق ُع َكاظ تذعر ال‬ َ ‫َأ ُّي َها ُع َمر! عهد ُت‬
َ ‫ ُسمِّيتَ َأمِير ْالمُؤمن‬.
‫ِين‬

“Wahai ‘Umar! Aku mengenalimu sejak kecil yang dikenali pada masa muda remaja sebagai ‘Umair,
kamu bermain di pasar ‘Ukaz menakutkan kanak-kanak yang lain dengan tongkatmu. Setelah berlalu
masa, engkau menjadi seorang yang bernama ‘Umar (seorang yang gagah perkasa). Setelah beberapa
lama sehingga sekarang, engkau dinamakan Amir al-Mu’minin (pemimpin kepada orang-orang yang
beriman).

‫اف ْال َم ْوت َخشِ َي َعلَ ْي ِه ْال َف ْوت‬ َ ‫ َفا َّت ِق‌هللا‌فِي‌الرَّ عِ َّي ِة‌ َواعْ لَ ْم‌َأ َّن ُه‌ َمنْ ‌ َخ‬.‌
َ ‫اف‌ ْال َوعِ يد‌قرب‌ َعلَ ْي ِه‌ ْال َبعِيد َو َمنْ َخ‬

Wahai ‘Umar! Bertaqwalah kamu kepada Allah dalam mengendalikan urusan rakyat! Ketahuilah bahawa
sesiapa yang takut akan azab (pada Hari Kiamat), nescaya yang jauh (selamat di syurga) akan dirasakan
hampir. Sebaliknya, sesiapa yang takutkan mati, nescaya dia akan takut kehilangan.”

Khalifah ‘Umar RA terus menunggu bagi mendengar nasihat perempuan itu.

Salah seorang pengiringnya, iaitu al-Jarud berkata:

َ ‫ِير ْالمُؤ ِمن‬ ‫َأ‬ ‫َأ‬ ‫َأ‬ ‫َأ‬


‫ِين‬ ِ ‫ َق ْد ْك َثرت َّي ُت َها ْال َمرْ ة َعلَى م‬.

“Wahai perempuan! Engkau telah banyak bicara kepada Amir al-Mu’minin.”

Lalu Khalifah ‘Umar RA berkata:


‫ت ِإلَى‬ ُ ‫هللا لَ ْو َأ َّن َها َو َق ْف‬
ِ ‫ َو‬.‫ َف ُع َمر َأ َح ُّق َأنْ َيسْ َم َع لَ َها‬،ٍ‫ِي َخ ْولَ ُة بنت َثعْ لَ َبة‌الَّتِي‌ َسم َِع‌هللاُ‌قولها مِنْ َفوق َسب َْع َس َم َوات‬
َ ‫دَ عْ َها أما تعرف َه ِذهِ؟ َه ِذ ِه ه‬
َ ‫َأ‬ ُ
‫ص ِة ث َّم رْ ِج ُع ِإلي َها‬ ‫اَل‬ ‫اَّل‬ ُ ْ
َّ ‫ ِإ لِل‬X‫ارقت َها‬ َ َّ
َ ‫اللي ِْل َما ف‬.  

“Biarkan dia! Tahukah kamu siapa perempuan ini? Inilah Khaulah binti Tha‘labah. Perkataannya telah
didengari oleh Allah dari tujuh petala langit (pengaduannya menjadi sebab turunnya beberapa ayat
daripada Surah al-Mujadilah). Maka, ‘Umar lebih berhak untuk mendengar percakapannya. Kalau dia
bercakap panjang lagi sehingga tiba waktu malam, nescaya, ‘Umar akan berdiri mendengarnya, kecuali
kerana pergi sembahyang, kemudian aku datang lagi mendengarnya.” (Ibn al-Mibrad, Mahd al-Sawwab
fi Fada’il Amir al-Mu’minin ‘Umar bin al-Khattab, jld. 3, ms. 776-777 / Ibn Hajar al-‘Asqalani, al-Isobah fi
Tamyiz al-Sohabah, jld. 8, ms. 115)

Begitulah sifat dan akhlak Khalifah ‘Umar RA yang berjaya menjatuhkan dua kuasa besar dunia pada
zamannya. Beliau memerintah sebuah kerajaan yang menjadi kuasa besar paling kuat dan luas wilayah
pemerintahannya. Beliau ialah seorang Khalifah yang bersifat tawadhu‘ dan sedia menerima nasihat
yang baik.

Rasulullah SAW juga mengekalkan raja yang menerima Islam untuk meneruskan pemerintahan negara
masing-masing sepertimana Raja Oman, Raja Habsyah dan beberapa daerah di Yaman.

Demikianlah betapa kasihnya Rasulullah SAW kepada seluruh umatnya, bermula daripada kalangan
rakyat biasa sehinggalah para pemimpin dan raja. Baginda SAW berharap agar semua selamat di dunia
dan di akhirat, apabila bersama dengan petunjuk Allah SWT. Firman Allah SWT:

َ ‫لَ َق ْد َجا َء ُك ْم َرسُو ٌل مِنْ َأ ْنفُسِ ُك ْم َع ِزي ٌز َعلَ ْي ِه َما َع ِن ُّت ْم َح ِريصٌ َعلَ ْي ُك ْم ِب ْالمُْؤ ِمن‬
﴿ ‫ َفِإنْ َت َولَّ ْوا َفقُ ْل َحسْ ِب َي هَّللا ُ اَل ِإ َل َه ِإاَّل ه َُو َعلَ ْي ِه‬١٢٨‫ِين َرءُوفٌ َرحِي ٌم‬
١٢٩‫ش ال َعظِ ِيم‬ ْ ْ
ِ ْ‫﴾ت َوكلت َوه َُو َربُّ ال َعر‬ ُ ْ َّ َ

“Sungguh telah datang kepada kalian seorang Rasul daripada kalangan kaum kalian sendiri (iaitu Nabi
Muhammad SAW), seorang yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung
oleh kalian, seorang yang sangat tamak (inginkan) kebaikan untuk kalian, (dan) dia pula menumpahkan
perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. (128); Kemudian, jika mereka
berpaling ingkar (daripada keimanan), maka katakanlah (wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah
(yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan-Nya; hanya
kepada-Nya aku berserah diri, dan Dialah Tuhan yang memiliki ‘arasy yang agung.’ (129).” (Surah al-
Taubah: 128-129)

Anda mungkin juga menyukai