Anda di halaman 1dari 8

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

TEKS KHUTBAH

Tajuk:

CAHAYA AL-QURAN

Tarikh Dibaca:

18 RAMADAN 1445H /
29 MAC 2024

Disediakan oleh:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

*Tajuk cadangan
Khutbah Jumaat Cahaya al-Quran

CAHAYA AL-QURAN
29 MAC 2024 / 18 RAMADAN 1445H

ِ ِ ‫ا َ ْلحم َْد ُ لِلّٰه ِ الْق َآئ‬


:‫ل‬

‫ن الرجِيم‬ َ ِ ‫أع ُوذ ُ ب ِالله ِ م‬


ِ ‫ن الشيْطَا‬
َ َ َ ۡ ۡ َ َٰ َ ۡ َ
ُ‫انُف َمنُش ِه َد‬ َ َ َ ِ ‫ِلن‬‫انُٱ ذَّلِيُُأنز َلُفِيهُِٱلۡق ۡر َءانُُه ٗدىُل ذ‬
َ َ ََ ۡ َ
ُِ ‫ىُ ُوٱلفرق‬
ُ ‫تُمِنُٱلهد‬ٖ َٰ‫اسُوبيِن‬ ِ ‫شهرُُرمض‬

‫ذ‬ َ ‫ذ‬ َ ۡ ٞ ‫ذ ۡ ََۡ ۡ ََ َ َ َ ً َۡ ََ َ َ َ ذ‬


ُ‫ّلل ُبِكم‬ َ َٰ ‫مِنكم ُٱلشه َُر ُفليصمهُُۖومنَُكن ُمريضاُأو‬
ُ ‫ُلَع ُسف ٖر ُفعِدة ُمِن ُأيا ٍم ُأخر َُۗي ِريد ُٱ‬ ِ
ُۡ‫ُولَ َع ذلكم‬ َ َ َٰ َ َ َ ‫ۡ ۡ َ َ ۡ ْ ۡ ذ َ َ َ ْ ذ‬
َ ‫اُه َدىَٰك ۡم‬ ََ َ ۡ ۡ
‫ّلل ُلَع ُم‬
ُ ‫س ُوِلِ ك ِملُوا ُٱلعِد ُة ُوِلِ ك ِّبوا ُٱ‬
ُ ‫س ُوَل ُي ِريد ُبِكم ُٱلع‬
ُ ‫ٱلي‬

َ َۡ
)‫ُ(سورة البقرة‬١٨٥ُ‫تشكرون‬

‫َل‬
ِ ‫ الله ُم ص‬.ُ ‫ و َأشْهَد ُ أن مُحَمدًا ع َبْدُه ُ وَرَسُولُه‬،ُ ‫ك لَه‬
َ ‫أشْهَد ُ أ ْن لا ِإله َ ِإلا َ الله ُ وَحْد َه ُ ل َا شَر ِي‬

َ ‫ فَيَا عِبَاد‬،ُ ‫ أما بَعْد‬.ِ‫وَسَل ِ ْم عَلَى نَب ِي ِنَا مُحَمدٍ و َعَلَى آلِه ِ و َصَ ح ْبِه ِ وَم َنْ د َعَا بِدَعْوَتِه ِ ِإلَى يَو ْ ِم الدِين‬

.َ‫ ُأوصِيك ُ ْم و َن َ ْفس ِي بتَِقْو َى الله ِ وَطَاع َتِه ِ لَعَل ك ُ ْم تُفْلِحُون‬،َ‫ اتق ُوا الله‬،ِ‫الله‬

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Bertakwalah kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan
meninggalkan segala larangan-Nya. Perbanyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad
SAW. Mudah-mudahan kehidupan kita sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Berikan
sepenuh perhatian kepada khutbah yang akan disampaikan dan janganlah melakukan
perkara-perkara yang lagha seperti berbual-bual dan bermain telefon bimbit. Mudah-
mudahan khutbah ini akan memberi banyak pengajaran kepada kita semua.
1
Khutbah Jumaat Cahaya al-Quran

Pada hari ini saya akan membicarakan khutbah bertajuk: “Cahaya al-Quran”.

Tetaplah istiqamah memenuhkan masjid-masjid untuk melaksanakan solat secara


berjemaah, membaca al-Quran dan merenungi maksudnya, membayar zakat fitrah,
bersedekah dan apa-apa jua amal kebaikan yang lain. Teruskan juga berdoa untuk
penduduk Palestin yang diuji dengan sangat hebat. Semoga Allah SWT memberi
kekuatan, kesabaran dan kemenangan buat mereka dalam menghadapi tipu muslihat
rejim zionis Israel laknatullahi ‘alaihim.

SIDANG JEMAAH YANG DIKASIHI SEKALIAN,


Syukur kepada Allah SWT kerana sehingga ke hari ini kita masih lagi diberikan peluang
untuk menikmati keindahan Ramadan dengan pelbagai nikmat dan kemudahan yang telah
disediakan oleh Allah. Betapa beruntungnya kita kini berada dalam bulan yang penuh
berkat. Padanya orang berlumba-lumba melakukan amal soleh. Masjid-masjid penuh
dengan umat Islam yang mendirikan solat secara berjemaah. Masing-masing turut
berlumba bersedekah dan memberi makanan berbuka kepada orang yang berpuasa.
Umat Islam juga banyak membaca al-Quran sementelah Ramadan merupakan bulan
turunnya al-Quran yang menjadi petunjuk buat seluruh manusia.

Maksud firman Allah SWT dari Surah al-Baqarah ayat 185 yang dibacakan pada awal
khutbah tadi ialah:
َ ۡ َٰ َ ۡ َ
ُ‫ىُ َُوٱلف ۡرقا ِن‬
ُ ‫تُمِنُٱلهد‬ َٰ َ ‫ُو َبي‬
‫ن‬ َ ‫اس‬
ِ ‫انُٱ ذَّلِيُُأنز َلُفِيهُِٱلۡق ۡر َءانُُه ٗدىُل ذ‬
‫ِلن‬
َ َ ََ ۡ َ
‫شهرُُرمض‬
ٖ ِ ِ
Maksudnya: “Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi
sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan
(menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah”.

SIDANG JEMAAH YANG DIKASIHI SEKALIAN,


Allah SWT telah memuliakan umat Islam dengan kemuliaan yang luar biasa. Salah
satunya dengan diturunkan al-Quran al-Karim yang menjadi petunjuk sekaligus cahaya
penerang. Cahaya penerang ini bermanfaat kepada manusia dalam tiga keadaan
sebagaimana dijelaskan dalam Surah al-Maaidah ayat 16:

2
Khutbah Jumaat Cahaya al-Quran

ۡ َ ُّ ۡ َ ‫َ ذ‬ َ ۡ ‫ذ‬ ‫ذ‬
ُِ َٰ ‫لسل َٰ ُِم ُ َويخ ِرجهم ُم َِن ُٱلظل َم‬
ُ ُّ‫ت ُإَِل ُٱنل‬
ُ‫ورِ ُبِإِذن ِ ُهِۦ‬ ‫ّلل ُ َم ِن ُٱت َب َُع ُرِض َوَٰنهُۥ ُسبل ُٱ‬
ُ ‫َي ۡه ِدي ُبِهِ ُٱ‬

١٦ُ‫يم‬ ‫ق‬ ‫ت‬ ُّ ‫َو َي ۡهديه ۡمُإ َ ََٰلُص َرَٰط‬


َ ‫ُم ۡس‬
ٖ ِ ٖ ِ ِ ِ ِ

“Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta


kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaan-Nya, dan (dengannya) Tuhan
keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-
benderang, dengan izin-Nya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke
jalan yang lurus”.

Para generasi terdahulu telah membawa amanah dan tanggungjawab mereka


menyebarkan cahaya al-Quran ke seluruh belahan bumi yang dijejaki oleh telapak kaki
mereka sehingga kita semua hari ini dapat menikmati cahaya hidayah tersebut bahkan
negara kita ini juga dipenuhi oleh cahaya hidayah Allah SWT. Maka sudah sepatutnya kita
sebagai kaum muslimin hari ini mengambil tanggungjawab pula sebagai penjaga dan
pemelihara al-Quran walaupun pada hakikatnya Allah SWT jualah sebenar-benar Penjaga
dan Pemelihara bagi Kalamullah yang suci itu. Kita turut bertanggungjawab membaca,
merenungi maksudnya, serta mengamalkan segala ajaran yang terkandung padanya
kerana tidak ada satu pun isi al-Quran tersebut yang samar-samar dan tidak ada keraguan
langsung padanya bagi orang yang beriman.
َ ‫بُفِيهُِه ٗدىُل ِلۡم ذتق‬
٢ُ‫ني‬ ِ َۛ َ ‫ِكُٱلۡك َِتَٰبُُ ََل‬
َ ‫ُر ۡي‬ ُ
َ َٰ َ
‫ذل‬
ِۛ
Maksudnya: “Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya
dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang
(hendak) bertakwa”.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI ALLAH,


Cahaya al-Quran merupakan nikmat yang sangat besar kepada kita semua. Dengan
nikmat ini kita akan mencapai pengetahuan yang sahih terhadap pelbagai kebenaran
serta dapat membezakan antara yang buruk dari yang baik, dan yang jujur dari yang
munafik. Dengan nikmat ini juga wujud kesatuan yang sejati lagi sempurna bagi seluruh
umat Islam. Sesiapa yang berpegang teguh dengannya juga akan mendapat jaminan
keselamatan dan kesejahteraan dunia akhirat. Sesiapa yang berhukum dengannya pasti

3
Khutbah Jumaat Cahaya al-Quran

akan dapat berhukum dengan adil. Itulah tali Allah SWT yang kuat menjadi petunjuk lurus
bagi manusia seluruhnya.

Dalam membacanya pula, al-Quran memiliki beberapa adab yang harus dipelihara
antaranya:

Pertama: Membaca al-Quran dengan niat ikhlas semata-mata kerana Allah SWT.
Kedua: Membaca al-Quran dalam keadaan suci (berwudhu’ terlebih dahulu), kerana yang
demikian itu termasuk pengagungan terhadap firman Allah SWT.
Ketiga: Membaca dengan menghadirkan hati sambil mencermati dan memahami,
khusyuk, takut dan berasa seakan-akan Allah berbicara langsung kepadanya dalam al-
Quran ini.
Keempat: Tidak membaca al-Quran di tempat-tempat yang kotor atau di tempat-tempat
yang orang-orang berkumpul di sana tidak mahu mendengar bacaan al-Quran, kerana
bacaan al-Quran di tempat-tempat ini sebagai bentuk penghinaan.
Kelima: Mengindahkan bacaan tetapi tidak boleh mengganggu orang lain dengan bacaan
kita. Tidak sepatutnya al-Quran dibaca dalam keadaan tergopoh-gapah hingga
menyebabkan rosak tajwidnya dan menjejaskan maksud sebenar al-Quran tersebut. Bagi
yang merangkak-rangkak dalam membaca al-Quran, teruslah membacanya dan jangan
pernah malu atau segan untuk belajar dan membaca al-Quran walau dalam keadaan
merangkak kerana baginya turut disediakan pahala oleh Allah SWT.

Akhirnya, sebelum mengakhiri khutbah pada hari ini, saya menyeru kepada seluruh umat
Islam untuk menguatkan kesungguhan mencari malam al-qadr (malam yang lebih baik
dari seribu bulan) lebih-lebih lagi kita yang kini sudah hampir ke sepuluh malam terakhir
Ramadan dengan beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya. Teruslah melazimi
membaca al-Quran walaupun setelah berlalunya Ramadan nanti. Tetaplah merenungi
maksudnya dan menunaikan segala perintah dan ajaran yang terkandung padanya. Tidak
akan rugi jika kita berpegang teguh kepada al-Quran yang menjadi cahaya penerang jalan
sebaliknya rugilah orang-orang yang tidak menggunakan peluang dan kesempatan yang
ada untuk membaca dan merenungi maksud yang terkandung dalam al-Quran apatah lagi
orang-orang yang mempersenda dan memperlekeh nasihat yang terkandung dalam al-
Quran.

4
Khutbah Jumaat Cahaya al-Quran

Saya tutup dengan firman Allah SWT dalam Surah al-Zumar ayat 41:
َ ۡ َ َ ُّ َ َ ‫َ َ َ ذ َ ذ‬ ۡ َ َ َٰ َ َ ۡ َ َ َ ۡ ‫ذ‬ َ َ ۡ َ َۡ َ ََۡ َ ‫ذ‬
ُُۖ‫ضلُعليها‬ ِ ‫س ُهُِۖ ُۦُومنُضلُفإِنماُي‬
ِ ‫ىُفلِنف‬
ُ ‫قُفم ِنُٱهتد‬ ِ ‫بُل ِلن‬
ُِ ‫اسُُب ِٱۡل‬ َٰ
ُ ‫إِناُُأنزنلاُعليكُٱلكِت‬

َ ۡ ََ َ َ ََ
٤١ُ‫ِيل‬
ٍ ‫وماُأنتُعلي ِهمُبِوك‬
Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad)
Kitab Suci Al-Quran yang menyatakan segala kebenaran (untuk menjadi panduan hidup)
kepada umat manusia seluruhnya. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk
(beramal menurutnya), maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa
yang sesat (tidak berpandu kepadanya), maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas
dirinya sendiri; dan engkau (wahai Muhammad - hanyalah penyampai) bukanlah menjadi
wakil yang menguasai (keadaan dan bawaan) mereka”.

،‫كي ِْم‬
ِ َ ‫ات و َالذِكْر ِ الْح‬ َ ِ ‫ و َنَفَعَن ِ ْي و َِإياك ُ ْم بِمَا ف ِيْه ِ م‬،‫ن الْعَظِي ِْم‬
ِ َ ‫ن الْآي‬ ِ ‫بَارَك َ الله ُ ل ِ ْي و َل َك ُ ْم ب ِالْقُر ْآ‬
‫ل قَو ْل ِ ْي هَذ َا و َأسْ تَغْف ِر ُ الله َ الْعَظِي ْم َ ل ِ ْي‬
ُ ْ ‫ أقُو‬.ُ ‫ل م ِن ِ ْي وَم ِنْك ُ ْم تِلَاو َتَه ُ ِإنه ُ ه ُو َ السمِي ْ ُع الْعَلِي ْم‬
َ ‫و َتَق َب‬
،‫ات‬ ِ َ ‫ات الْأحْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َالْأمْو‬ ِ َ ‫ات و َال ْمُؤْم ِنِيْنَ و َال ْمُؤْم ِن‬
ِ َ ‫و َل َك ُ ْم و َلِسَائِر ِ ال ْمُسْل ِمِيْنَ و َال ْمُسْل ِم‬
.ُ ‫حي ْم‬
ِ ‫فَاسْ تَغْف ِرُوْه ُ ِإنه ُ ه ُو َ ال ْغَفُوْر ُ الر‬

5
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Cahaya al-Quran‬‬

‫‪KHUTBAH KEDUA‬‬

‫َب الْع َالم َي ِنَ‪ ،‬و َالصلَاة ُ و َالسلَام ُ عَلى َ سَيِدِن َا مُحَمدِ ِن النب ِ ِي الْأم ِينِ‪ ،‬و َعَلَى آلِه ِ‬ ‫اَلْحم َْد ُ لِله ِ ر ِ‬
‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِينِ‪.‬‬
‫ن وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬
‫صحَابِه ِ الطاهِرِي َ‬
‫و َأ ْ‬
‫ك لَه ُ‪ ،‬و َأشْهَد ُ أن سَيِد َنَا مُحَمدًا ع َبْدُه ُ وَرَسُولُه ُ‪.‬‬
‫أشْهَد ُ أ ْن لا ِإله َ ِإلا الله ُ وَحْد َه ُ لا َ شَر ِي ْ َ‬
‫أما بَعْد ُ‪ ،‬فَيَا عِبَاد َ اللهِ‪ ،‬اِتق ُوا الله َ حَق تُق َاتِه ِ و َاع ْلَم ُوا أن الله َ أم َرَك ُ ْم ب ِأ ْمر ٍ عَظ ٍِيم‪ ،‬أم َرَك ُ ْم‬
‫َ ُّ َ َ َ‬ ‫َ‬ ‫ذ ذ َ َ َ َ َٰٓ َ‬
‫ل الله ُ تَع َالَى‪ :‬إِن ُٱّلل ُوملئِكتهۥُيصلون ُلَعُ‬ ‫يم عَلَى نَب ِيِه ِ ال ْكَر ِي ِم‪ ،‬فَق َا َ‬
‫ب ِالصلَاة ِ و َالتسْل ِ ِ‬
‫ً‬ ‫ۡ‬ ‫ذ ََٰٓ َ ُّ َ ذ َ َ َ ْ َ ُّ ْ َ َ ۡ َ َ ْ َ‬
‫بُِّۚيأيهاُٱَّلِينُءامنواُصلواُعليهُِوسلِمواُتسلِيماُ‪٥٦‬‬
‫ٱنل ِ ِ‬
‫ل‬
‫ل سَي ِدِن َا مُحَمدٍ كَمَا صَلي ْتَ عَلَى سَي ِدِنَا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َعَلَى آ ِ‬
‫ل عَلَى سَي ِدِن َا مُحَمدٍ و َعَلَى آ ِ‬
‫ص ِ‬
‫اَلله ُم َ‬
‫ل سَي ِدِن َا مُحَمدٍ كَمَا بَارَكْ تَ عَلَى سَي ِدِنَا‬
‫ك عَلَى سَي ِدِن َا مُحَمدٍ و َعَلَى آ ِ‬
‫سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َب َارِ ْ‬
‫مج ِيْدٌ‪.‬‬
‫ك حَمِيْدٌ َ‬
‫ل سَي ِدِنَا ِإ ب ْر َاه ِي ْم َ فِي ال ْع َالم َي ِْنَ ِإن َ‬ ‫ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َعَلَى آ ِ‬
‫ن التاب ِع ِينَ و َتَابِع ِي‬
‫ن و َع َنْ بَق ِية ِ الصح َابَة ِ أجْم َع ِينَ‪ ،‬وَع َ ِ‬ ‫ن الْخل ُُف َاء ِ الرا ِ‬
‫شدِي َ‬ ‫ْض الله ُم ع َ ِ‬ ‫و َار َ‬
‫ْض ع َنا م َعَه ُ ْم ي َا أك ْرَم َ الْأك ْرَم ِينَ‪.‬‬ ‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِي ْ ِن و َار َ‬ ‫التاب ِع ِينَ وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬
‫ات‪.‬‬ ‫ات الْأحْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم و َالْأمْو َ ِ‬‫ات و َال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬
‫الله ُم اغْفِر ْ لِل ْمُسْل ِمِينَ و َال ْمُسْل ِم َ ِ‬
‫َالصحة ِ و َالسلَامَة ِ ج َلَالَة َ م َل ِكَ نَا ك باوه دولي يڠ مها‬
‫ق و َال ْهِد َايَة ِ و ِ‬
‫الله ُم أي ِ ْد بِدَو َا ِم التو ْف ِي ْ ِ‬
‫موليا سري ڤدوك بڬيندا يڠ د‪-‬ڤرتوان اڬوڠ سُلْطَان ِإ ب ْر َاه ِيم‪.‬‬
‫ك ك باوه دولي يڠ مها موليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ‪ ،‬راج‬
‫وَك َذل ِ َ‬
‫ِيث صُوف ِيَاهْ‪.‬‬
‫ز َار ْ‬
‫ك‬
‫ات ب ِرَحْمَت ِ َ‬
‫ن ال ْمُؤْم ِنِينَ و َال ْمُؤْم ِن َ ِ‬
‫الله ُم احْ ف َْظ عُلَمَاءَه ُ وَوُزَر َاءَه ُ و َقُضَاتَه ُ و َع ُمالَه ُ وَر َعَاي َاه ُ م ِ َ‬
‫حم َ الرا ِحم ِينَ‪.‬‬
‫يَا أ ْر َ‬
‫ن و َأم َانٍ‪،‬‬ ‫الله ُم اجْ ع َلْ بلََد َن َا م َالِيز ِي َا آم ِنا ً م ُ ْطم َئ ًِّنا‪ ،‬سَ خَاء ً رَخ َاءً‪ ،‬د َار َ ع َ ْد ٍ‬
‫ل و َِإيمَانٍ‪ ،‬و َأ ْم ٍ‬
‫وَسَائ ِر َ بِلَادِ ال ْ مُسْل ِمِينَ‪.‬‬

‫‪6‬‬
‫‪Khutbah Jumaat‬‬ ‫‪Cahaya al-Quran‬‬

‫الله ُم أعِز ال ِْإسْ لَام َ و َال ْمُسْل ِمِيْنَ‪ ،‬وَد َم ِْر أعْد َاءَك َ أعْد َاء َ الد ِي ِن وان ْصُرْ م َنْ نَصَر َ الد ِينَ‪،‬‬
‫ك ِإلَى يَو ْ ِم الد ِيْنِ‪.‬‬
‫ل كَل ِمَت َ َ‬
‫ل ال ْمُسْل ِمِيْنَ‪ ،‬و َأع ْ ِ‬
‫و َاخْذ ُلْ م َنْ خَذ َ َ‬
‫ك‬
‫سط ِينَ‪ ،‬اَلله ُم عَلَي ْ َ‬
‫ن قَتَلُوا ِإخْ وَانَنَا ال ْمُسْل ِمِينَ فِي فل َ ْ‬
‫ك ب ِالْيَه ُودِ ال ْمُعْتَدِينَ‪ ،‬ال َذ ِي َ‬
‫اَلله ُم عَلَي ْ َ‬
‫ل الدائ ِرَة َ عَلَيْهِمْ‪،‬‬
‫بِهِمْ‪ ،‬ف َِإنه ُ ْم ل َا يُعْجِز ُونَكَ‪ ،‬ألله ُم شَت ِْت شَم ْلَه ُ ْم و َف َر ِْق جَم ْعَه ُ ْم و َاجْ ع َ ِ‬
‫اَلله ُم اَحْ صِه ِ ْم عَدَد ًا‪ ،‬و َاق ْتُلْه ُ ْم بَدَد ًا‪ ،‬وَل َا تُغ َادِ ْر مِنْه ُ ْم أحَدًا‪ ،‬اَلله ُم أنْز ِلْ عَلَيه ِ ْم و َعَلَى م َنْ‬
‫ك الذ ِي ل َا ي ُر َُد ع َ ِ‬
‫ن الْقَو ْ ِم الظالِمِينَ‪.‬‬ ‫س َ‬
‫عَاوَنَهُمْ‪ ،‬ب َأ َ‬
‫سط ِينَ‪.‬‬
‫ن و َال ْمُسْت َضْ ع َف ِينَ فِي فَل َ ْ‬
‫اَلله ُم ان ْص ُرْ ِإخْ وَانَنَا ال ْمُسْل ِمِينَ و َال ْم ُج َاهِدِي َ‬
‫ل مَك َانٍ‪ .‬اَللّٰه ُم ا ْر َ‬
‫ح ِم ال ْمُسْت َضْ عَف ِيْنَ م ِنْ عِبَادِك َ‪.‬‬ ‫اَللّٰه ُم ان ْصُر ِ ال ْمُسْل ِمِيْنَ ال ْمُسْت َضْ ع َف ِيْنَ فِي ك ُ ِ‬
‫ِف الغ ُمة َ ع َنْ ُأمت ِنَا‪ .‬اَللّٰه ُم إنا نَسْأل ُ َ‬
‫ك أ ْن تَرْف َ َع ال ْبَلَاء َ ع َنْ غ َزة َ و َأه ْلِه َا‪ ،‬و َأ ْن‬ ‫اَللّٰه ُم اكْ ش ْ‬
‫ِف ال ْغ ُمة َ ع َنْ‬‫حم َ ال ْمُسْت َضْ ع َف ِيْنَ م ِنْ عِبَادِك َ‪ ،‬و َأ ْن ت َ ْكش َ‬ ‫تَن ْصُر َه ُ ْم عَلَى عَدُوِهِمْ‪ ،‬و َأ ْن تَرْ َ‬
‫ُأمت ِنَا‪ .‬اَللّٰه ُم عَاف ِنَا و َالْط ُْف بنَِا و َاحْ فَظْنَا و َان ْصُرْن َا و َفَرِجْ ع َنا و َال ْمُسْل ِمِي ْنَ‪ .‬اَللّٰه ُم اكْ ف ِنَا‬
‫و َِإياه ُ ْم جَم ِيْع ًا ش َر مَصَائ ِِب ُ‬
‫الدن ْيَا و َالد ِي ْ ِن‪.‬‬
‫ظه َر َ مِنْهَا‬
‫ن و َال ْف ِتَنَ‪ ،‬م َا َ‬
‫الله ُم ادْف َعْ ع َنا ال ْبَلَاء َ و َال ْغ َلاَء َ و َال ْو َباَء َ و َالْف َحْ شَاء َ و َال ْمُن ْك َر َ و َالْمِح َ َ‬
‫ك عَلَى ك ُِل شَيْء ٍ قَدِيْر ٌ‪.‬‬ ‫ن اْلمُسْل ِمِيْنَ عَامة ً‪ِ ،‬إن َ‬ ‫وَم َا بَطَنَ‪ ،‬م ِنْ بلََد ِن َا ه َذ َا خ َاصة ً‪ ،‬وَم ِنْ بل ُ ْد َا ِ‬
‫حم َ‬
‫ن الب َرَصِ‪ ،‬و َالْجن ُ ُونِ‪ ،‬و َالْجُذ َا ِم‪ ،‬وَم ِنْ س َِي ِئ الْأسْ ق َا ِم‪ ،‬يَا أ ْر َ‬
‫ك مِ َ‬
‫الله ُم ِإنا نَع ُوذ ُ ب ِ َ‬
‫الرا ِحم ِيْنَ‪.‬‬
‫حسَن َة ً و َق ِنَا عَذ َابَ النارِ‪.‬‬
‫خرَة ِ َ‬
‫حسَن َة ً و َفِي الْآ ِ‬ ‫ر َبنَا آتنَِا فِي ُ‬
‫الدن ْيَا َ‬
‫عِبَاد َ اللهِ‪،‬‬
‫ۡ ۡ َ َٰ َ َ ۡ َ َٰ َ ۡ َ ۡ َ َ ۡ َ َ ۡ َ ۡ‬ ‫َ‬ ‫َۡ ۡ َ ۡ ۡ َ‬ ‫ذ ذَ َۡ‬
‫غُ‬ ‫َٰ‬
‫ُوٱۡل ِ‬ ‫ٱۡلحس ِنُِإَويتا ِٕيُذِيُٱلقرَبُوينَهُع ِنُٱلفحشاءُِوٱلمنك ِر ُ‬ ‫۞إِنُٱّللُيأمرُبِٱلعد ِلُو ِ‬
‫ََ ذ َ‬ ‫َ ذ‬
‫يَعِظك ۡمُل َعلك ۡمُتذكرونُ‪ُ٩٠‬‬
‫فَا ْذك ُر ُوا الله َ ال ْعَظِي ْم َ ي َ ْذكُر ْكُمْ‪ ،‬و َاشْ ك ُر ُوه ُ عَلَى ن ِعَمِه ِ يَزِدْكُمْ‪ ،‬و َاسْ ألُوه ُ م ِنْ ف َضْ لِه ِ يُعْطِك ُ ْم‬
‫وَلَذِك ْر ُ الله ِ أكْ ب َر ُ‪ ،‬و َالله ُ يَعْلَم ُ م َا تَصْ ن َع ُونَ‪.‬‬
‫‪7‬‬

Anda mungkin juga menyukai