Anda di halaman 1dari 5

KHUTBAH JUM‘AT

TAJUK: “ ADA SINAR DI HUJUNG TEROWONG ”


TARIKH: 20 OGOS 2021 / 11 MUHARAM 1443
َ َّ ُ َ
ۡ : ‫ٱلۡحمد ِلل ِه الۡقا ِئ ِل‬

(SURAH FUSSILAT AYAT 49)

ُ‫ َو َأشۡ َه ُد َأ آن ُم َح آم ًدا َعبۡ ُد ۡه‬، ‫يك َل ُۡه‬ ُ ‫َأشۡ َه ُد َأن آَّل إ َل ـۡ َه إ آَّل‬
َ ‫هللا َوحۡ َد ُۡه ََّل َشر‬
‫و‬
َ
‫و‬ ِ ‫و‬ ِ ِ
َ َ َ َ ‫ََ ُ ُُ آ‬
‫ص ِل َو َس ِلمۡ َعلى َس ِي ِدنا ُم َح آم ٍد َو َعلى ِآل ِه َوأصۡ َح ِاب ِ ۡهﮮۡ َو َمن ت ِب َع ُهم‬َ ‫الل ُه آم‬ .‫ورسول ۡهو‬
َ.‫بإحۡ َسان إ َلى َي ۡوم الدين‬
ِ ِ ِ ٍ ِ َِ
َ‫َ َ َ ُ ُ آ آ َ ُ ُّ ُ ن‬ َ َُ ‫َ َ آ‬ ُ َ
ۡ . ‫ وَّل تموتن ِإَّل وأنتم مسۡ ِلمو‬،‫ ِا آتقوا هللا حق تقا ِت ِ ۡهﮮ‬،‫ ف َيا ِع َب َاد هللا‬،‫أ آما َبعۡ ُد‬

SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH 


Bertaqwalah kepada Allah  dengan melaksanakan segala perintah-Nya
dan menjauhi segala tegahan-Nya. Bersamalah kita menjaga diri,
keluarga dan masyarakat daripada segala perkara yang menimbulkan
kemurkaan Allah  bahkan seterusnya mengundang musibah dan bala
bencana. Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk
“ ADA SINAR DI HUJUNG TEROWONG ”.

‫جابتن حال إحوال اڬام إسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬


SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN,
Ada kalanya manusia begitu cepat berasa kecewa dan berputus asa dan
dalam mengharungi ujian dan musibah yang membadai kehidupan. Jika
kegelisahan dan kekecewaan yang dihadapi oleh manusia tidak ditangani
dengan betul, mungkin dia akan melakukan tindakan yang kurang cerdik
yang boleh merugikan diri sendiri. Sifat pesimis iaitu terlalu mudah
berputus asa dan lemah dalam mendepani ujian boleh membawa
seseorang ke jurang kegagalan. Oleh hal yang demikian, satu-satunya
jalan keluar daripada ujian kehidupan yang dapat memberi manusia
kekuatan dan untuk terus bangkit ialah dorongan untuk sifat pengharapan
kepada rahmat dan pertolongan Allah . Firman Allah  dalam Surah
Yusof , ayat 87 :

Maksudnya : ” Wahai anak- anakku, pergilah dan carilah berita


tentang Yusof dan saudaranya. Jangan kamu berputus asa daripada
rahmat Allah . Sesungguhnya yang berputus asa daripada rahmat
Allah  hanyalah orang yang kafir ”.

Menurut Ibnu Kathir, Nabi Ya’qub  menyuruh anak - anaknya pergi ke


mana saja untuk mencari berita tentang Yusof dan saudaranya Bunyamin
di muka bumi ini. Dalam usaha mereka mencari khabar berita tersebut,
Nabi Ya’qub  membangkitkan semangat, memberikan khabar gembira
dan menyuruh mereka agar tidak berputus asa daripada rahmat Allah .
Kaedah yang digunakan oleh anak-anak Nabi Ya’qub  ini amat penting

‫جابتن حال إحوال اڬام إسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬


untuk membezakan antara golongan yang beriman dengan golongan yang
kafir.

SIDANG JUM‘AT YANG BERBAHAGIA,


Sebagai seorang Mukmin, kita dituntut agar sentiasa berharap kepada
Allah  dan tidak berputus asa kerana rahmat Allah  itu amat luas.
Ketika masyarakat di seluruh dunia, tidak terkecuali negara kita Malaysia
bergelut dengan situasi yang mencabar terutama dalam tempoh pandemik
COVID-19, Sifat ar- Raja’ ( ‫ ( الرجاء‬atau berharap kepada Allah  sangat
diperlukan bagi merawat pelbagai keresahan yang dialami oleh
masyarakat. Antara mereka ada yang menghadapi kehilangan pekerjaan
dan mata pencarian, kebimbangan dijangkiti penyakit berbahaya dan
kesedihan akibat kehilangan dan kematian ahli keluarga tersayang.
Seandainya kita memahami hikmah di sebalik setiap ujian, kita mampu
menghadapi setiap ujian Allah  dengan sikap yang positif. Diriwayatkan
daripada Abi Said al- Khudri dan Abi Hurairah bahawa Rasulullah 
bersabda :
‫ب َو ََل ه ٍَم َو ََل ُح ْز ٍن َو ََل أَذًى َو ََل غ ٍَم َحتَّى‬ٍ ‫ص‬ َ ‫ب َو ََل َو‬ ٍ ‫ص‬ َ َ‫يب ْال ُم ْس ِل َم ِم ْن ن‬ ُ ‫ص‬ ِ ُ‫َما ي‬
‫طايَاه‬ َّ ‫ش ْو َك ِة يُشَا ُك َها ِإ ََّل َكفَّ َر‬
َ ‫َّللاُ ِب َها ِم ْن َخ‬ َّ ‫ال‬

Maksudnya : “ Apabila Muslim ditimpa oleh kepenatan, penyakit,


kebimbangan, kesedihan, kesakitan atau gangguan, bahkan duri
yang melukainya, sudah pasti Allah  akan menghapuskan
kesalahan - kesalahannya (sebagai ganjaran kesabaran atas
kesusahan itu)”.

(Riwayat Bukhari)

‫جابتن حال إحوال اڬام إسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬


SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Bermula pada 16 Ogos 2021, kerajaan mula memperkenalkan Pelan
Pemulihan Negara ( PPN ) dengan menambah baik SOP pada setiap
fasanya. Pelan Pemulihan Negara ( PPN ) ini diperkenalkan oleh kerajaan
sebagai sebuah strategi untuk negara Malaysia keluar daripada krisis
pandemik COVID-19. Dalam kajian yang dilakukan oleh pakar,
pengambilan suntikan vaksin dan pematuhan SOP boleh membantu
pengekangan penularan wabak ini dengan izin Yang Maha Kuasa.

SIDANG JUM‘AT YANG BERBAHAGIA,


Hasil usaha, kerjasama, keprihatinan dan gandingan bahu semua pihak
sama ada daripada pihak kerajaan mahupun rakyat, sesungguhnya
harapan untuk melihat negara kita bebas daripada wabak ini mula
menampakkan sinarnya. Aktiviti ekonomi mula dibenarkan sedikit demi
sedikit. Masjid dan surau kembali dibuka untuk solat berjemaah dan aktiviti
kuliah dengan bilangan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa agama
negeri. Namun begitu, kita tidak boleh lalai dan leka kerana pematuhan
SOP amat penting dalam semua keadaan. Firman Allah  dalam Surah
al- Syarh ayat 5 hingga 8 :

Bermaksud : “ Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada


kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.
Maka apabila engkau telah selesai, tetaplah bekerja untuk urusan
yang lain dan hanya kepada Tuhan-Mu engkau berharap”

‫جابتن حال إحوال اڬام إسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬


SIDANG JUM‘AT YANG BERBAHAGIA,
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, marilah kita memperbanyakkan
syukur kepada Allah  atas nikmat dan keizinan-Nya kerana kita masih
lagi berpeluang menunaikan ibadah di rumah Allah  ini. Teruskan
berdoa dan merayu kepada Allah  agar masjid terus dibuka kepada
orang yang sentiasa merindukannya. Khatib berpesan kepada diri dan
merayu kepada semua lapisan masyarakat, bersabarlah dalam mematuhi
segala SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Hasilnya, Insya-Allah
kita dapat menemukan sinar di hujung terowong. Semoga usaha yang kita
lakukan ini terus mendapat rahmat Allah  seterusnya mampu
menghindarkan penularan wabak ini.

َ‫ َو َن َف َعني َوإ َّي ُاكمۡ ب َما فيه من‬،‫هللا لي َو َل ُكم في ال ُقر َءان ال َعظيم‬ ُ ‫َبا َر َك‬
ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ
َّ ‫نكم ت َال َو َت ُه إ َّن ُه ُه َو‬
‫الس ِم ُيع‬
ُ َ
‫م‬ ‫و‬ ‫ي‬ ‫ن‬ ‫م‬ َ
‫ل‬ ‫ب‬َّ ‫ َو َت َق‬،‫ات َوالذكر ال َحكيم‬ ِ
َ ‫اۡل‬
‫ي‬
ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ َ ِ
ۤ َ َ ُ ََ َ َ َ ُ َ َ َ َ َ َ ُ ُ ُ َ
‫ و ِلسا ِئ ِر‬،‫ أقول قو ِلي هذا وأستغ ِفر هللا الع ِظيم ِلي ولكم‬،‫الع ِليم‬
َ َ َ َ َ َ ُ َ َ ُ َ ُ َ َ ُ
‫ فاستغ ِف ُرو ُه ف َيا فوز‬،‫ات‬ ‫ن‬
ِ ِ‫م‬ ‫ؤ‬ ‫اۡل‬‫و‬ ‫ين‬ ۡ
‫ن‬ ‫م‬
ِِ ‫ؤ‬ ‫اۡل‬‫و‬ ، ‫ات‬
ِ ِ َ
‫م‬ ‫ل‬ ‫س‬ ‫اۡل‬‫و‬ ‫ين‬ ‫م‬
ِ ِ ‫اۡل‬
‫ل‬ ‫س‬
َ ۤ َّ َ َ َ َ َ َ َ ُ
. ‫ين‬ۡ ‫اۡلستغ ِف ِرين ويا نجاة التا ِئ ِب‬

‫جابتن حال إحوال اڬام إسالم نڬري سمبيلن دارالخصوص‬

Anda mungkin juga menyukai