Anda di halaman 1dari 1

Ringkasan dari Kaedah Dakwah dalam Islam

Dakwah ini merupakan satu amalan yang di anjurkan di dalam islam supaya kita sentiasa
akan ingat dan dekatkan diri kepada Allah s.w.t, Di dalam Dakwah ini juga terdapat kaedah-
kaedah yang harus kita titik beratkan dalam melaksanakan urusan dakwah kerana tidak semua
perkara yang kitab oleh ambil ringan meskipun kita nampak perbuatan ini mudah namun
hakikatnya amat sukar untuk menarik minat manusia Kembali kepada Allah s.w.t.
Justeru itu kaedah mahupun sifat yang harus ada pada seorang pendakwah ialah dengan
melakukan perkara tersebut niat kerana Allah s.w.t, kemudian kesabaran yang tinggi perlu
ada pada seorang pendakwah kerana ujian dan tekanan yang amat tinggi akan mereka lalui
untuk Allah s.w.t menguji tahap keimanan mereka, Seterusnya dengan memiliki ilmu
pengetahuan bagi menyampaikan dakwah iaitu merujuk kepada Al-Qur’an dan Hadis Nabi
Muhammad s.a.w, Di samping itu juga kita boleh lihat di dalam Al-Qur’an dalam surah Al-
Kahf juga Allah s.w.t telah menceritakan kepada kita gambaran bagi orang beriman.
Seperti dalam satu kisah di mana Nabi Muhammad s.a.w ingin menyampaikan dakwah
kepada golongan Quraisy namun meraka enggan dengan kebatilan mereka dan pada masa itu
Nabi Muhammad s.a.w melakukan dakwah secara sembunyi selama 3 tahun dan kemudian
Nabi pergi ke thaif selepas keadaan bertambah baik untuk menyampaikan dakwah untuk
mengajak umat manusia kepada Allah s.w.t namun kekasih Allah tersebut di lontarkan
dengan batu sehingga berlumuran darah dan akhirnya Nabi pulang dengan kesedihan.
Di dalam kisah ini kita dapat lihat bukan mudah untuk kita menyampaikan dakwah kerana
sifat cekal,sabar,rajin dan istiqamah perlu ada dalam diri seorang pendakwah, Seterusnya
dakwah ini sebaiknya di lakukan dalam berkumpulan mahupun berseorangan dan seorang
pendakwah haruslah bersifat adil dalam menyampaikan dakwah kepada umat manusia tanpa
mengira kaum,bangsa,dan agama, Sering memikirkan masalah ummah dan ingin berubah ke
arah yang lebih baik dengan memberikan penghayatan islam kepada orang ramai mengikut
sunah Rasullah sallahu alaihi wasallam. Dengan ini mudah-mudahan para pendakwah mampu
menyemai semangat cintakan agama Allah s.w.t iaitu Islam, Semoga kita semua di dalam
keredhaan Allah s.w.t sekian.

Hafeez Hakime Bin Fadzil Hisham


M184019419

Anda mungkin juga menyukai