Anda di halaman 1dari 9

Khutbah “Hindari Buli, Ummah Harmoni”

Hindari Buli, Ummah Harmoni

Penulis: Ustaz Muhaimin bin Mohamad Zaki


Cadangan Bacaan sebagai Khutbah Alternatif
pada 17 Disember 2021M/ 12 Jamadilawwal 1443H

،َ َّ َ ّ ُ‫َالْح ْمد‬
‫َلِلَالقائّ َْل‬
ۡ ُۡ ۡ ۡ ُ ُۡ َ ُ ‫وََٱ ۡع ُب‬
ََٰ َٰ‫ت‬
َ‫م‬ َ ‫بََوََٱۡل‬ََٰ ‫سناَ وب ِ ِذيَََٱلق ۡر‬ َٰ ‫نََإ ِ ۡح‬َِ ۡ‫ياَۖ و َب َِٱلو َٰ ِِلي‬
َ ‫ۡشكواَ ب ِ َهِ َۦََش‬ ِ ‫ت‬ َ ‫َل‬ ‫و‬ ََ ‫ّلل‬
َ ‫ٱ‬
َ ََ ‫وا‬
َ ‫د‬
ۡ ۡ ۡ ۡ
َ‫يلَوما‬ َ
َِ ِ ‫نََٱلسب‬ ۡ
َِ ‫ۢنبَ َوٱب‬
َِ ‫بََب ِٱۡل‬
َِ ‫ح‬ َ
ِ ‫بَوََٱلصا‬ ُ ُ
َِ ‫ارََِٱۡلن‬ َ ‫بَوََٱۡل‬ َٰ ۡ ُۡ
َ ‫ارَِذِيََٱلقر‬ َ ‫ِيَ َوٱۡل‬ َِ ‫سك‬ َٰ ‫وََٱلۡم‬
ً ‫َُمتاَلَف ُخ‬ ُۡ ُ
ُّ ِ‫َُي‬ َ َ ُ ُ َٰ ۡ ۡ
َ)‫َ(سورةَالنساء‬٣٦َ‫ورا‬ ‫بَمنََكن‬ َ ‫ك َۡمَإِنََٱ‬
‫ّللََل‬ َ ‫ملكتَأيمن‬
َ‫َو َأ ْشهدُ َ َأ َن‬،‫ِلَالْح ُّقَالْ ُمب ْ ُّْي‬ ُ ّ ‫َامل‬،ُ‫ََشيْكَهل‬ َُ َ ََ‫َأ ْشهدُ َ َأ ْنَلآَاهلَا َل‬
ّ ‫الِلَو ْح َد ُهَل آ‬
ِ ِ
َ .َ‫َالصا ّد ُقَالْو ْع ّدَا أل ّم ْ ُْي‬،ُ
َ ‫س يّدَنَ ُمح َمدً اَع ْبدُ ُهَور ُس ْو ُهل‬
َ‫َوعَلَأ ّ ّهلَو َأ ْْصا ّب ّه‬،‫اللَه َمَص ّلَوس ّ ّْلَعَلَس ّي ّدَنَ ُمح َم ٍدَ َأفْض ّلَالْم ْخلُو ّق ْْي‬
َ‫َفق ْد‬،‫ىَالِل‬ َ ‫اَالِل!َ ُأ ْو ّص ْي ُ ُْكَوا ََّّييَبّت ْقو‬ َ ‫َفياَ ّعباد‬، ُ‫ َ َأ َماَب ْعد‬.َ‫ْي‬
َ ‫َات َ ُقو‬،‫َالِل‬ َ ْ ‫ََأ ْْج ّع‬
ِ
.‫فازَالْ ُمتَ ُق ْو َن‬
َ

SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHI ALLAH,

Bertakwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar


takwa. Dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Marilah
kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kepada Allah dengan

1
Khutbah “Hindari Buli, Ummah Harmoni”

melakukan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala yang ditegah-Nya.


Mudah-mudahan asbab ketaatan dan ketaqwaan kita kepada Allah
, segala bala dan ujian yang diberikan pada waktu dan ketika ini
termasuklah wabak Covid-19 segera diangkat oleh Allah.
Sebelum melanjutkan bicara, suka khatib memberi peringatan.
Marilah kita berikan sepenuh tumpuan kepada isi kandungan khutbah hari
ini. Sedarlah bahawasanya perbuatan berbual-bual, bermain telefon bimbit
atau tidur dengan sengaja adalah perbuatan sia-sia yang boleh menjejaskan
kesempurnaan meraih ganjaran pahala. Mimbar pada hari ini akan
membicarakan khutbah bertajuk: “Hindari Buli, Ummah Harmoni.”
HADIRIN SEKALIAN,
Sering kali kita mendengar berita sama ada di media masa atau media
elekteronik, gejala buli semakin menjadi-jadi. Bermula di peringkat sekolah
bagi kanak-kanak dan remaja, di IPT mahupun di pusat-pusat latihan
hinggalah di tempat kerja bagi golongan dewasa, gejala buli bagaikan satu
tradisi bagi melepaskan amarah dan dianggap sebagai bahan jenaka dalam
kalangan sesetengah masyarakat di negara kita.
Paling menyedihkan, gejala ini bukan sahaja memberikan tekanan
perasaan kepada mereka yang dibuli, malahan juga membawa impak negatif
yang serius seperti kematian dan kecederaan serius kepada anggota tubuh
badan mangsa yang dibuli.
Secara umum, buli ditakrifkan sebagai suatu perbuatan mengasari
orang yang lemah dengan tujuan bagi menunjukkan kekuatan seseorang
individu atau secara berkumpulan Selain itu juga, perbuatan membuli
merupakan tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk psikologikal,
perkataan kasar atau fizikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas
mangsa dengan sengaja.

2
Khutbah “Hindari Buli, Ummah Harmoni”

Oleh itu, tindakan buli juga secara jelas bertujuan mendatangkan


perasaan tidak tenteram atau tidak selamat sehingga menyebabkan mereka
yang dibuli akan mengalami gangguan tekanan mental mahupun fizikal.

Pada ayat 36 daripada Surah Al Nisa’ yang dibacakan pada


permulaan khutbah sebentar tadi, Allah  berfirman yang
bermaksud:
“(Dan sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya
dengan sesuatu apa pun. Dan berbuat-baiklah kepada kedua orang tua,
karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga dekat dan
tetangga jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya yang kamu
miliki. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang sombong dan
membanggakan diri)”
Islam selaku agama yang berteraskan kasih sayang sentiasa
menyuruh umatnya agar berkasih sayang, berakhlak dengan akhlak yang
terpuji dan berbuat baik sesama manusia. Dengan sifat tersebut, mereka
akan menjadi insan yang sangat dicintai oleh Allah .

MUSLIMIN YANG DIMULIAKAN ALLAH,


Gejala buli bukan sahaja mendatangkan tekanan perasaan kepada
mereka yang dibuli, malah juga akan memutuskan tali silaturrahim sesama
umat Islam. Malah jika keterlaluan akan membawa kepada kematian orang
yang tersayang termasuk ahli keluarga. Sebagai seorang Muslim yang baik
kita haruslah mengetahui bahawa tujuan manusia diciptakan oleh Allah
 di atas muka bumi ini adalah untuk menyembah-Nya dan
bermanfaat kepada setiap individu lain di muka bumi ini sebagaimana firman
Allah SWT dalam Surah Al Hujurat ayat 10;
ُ َ
ُ ‫ك ۡمَتُ ۡر‬ َ َُ ُ ۡ ٞ ۡ ۡ ۡ َ
َ ١٠َ‫َحون‬ ‫ّللَلعل‬ َ ‫ونَإِخوةَفأ ۡصل ِ ُحواَبيَأخو ۡيك ۡ ۚۡمَوََٱتق‬
َ ‫واََٱ‬ َ ‫إِنمَاَٱل ُمؤم ُِن‬

3
Khutbah “Hindari Buli, Ummah Harmoni”

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara,


kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan
bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.
Malah, gejala buli bukan sahaja membuka pintu-pintu kejahatan
malahan juga akan merosakkan ukhuwah dan keharmonian sesama insan.
Jika tidak dikawal dengan baik, pastinya akan wujud sifat sombong dan
marah yang keterlaluan seterusnya menambahkan perasaan dendam,
dengki, benci membenci sehingga kadangkala boleh membawa pergaduhan
sehingga boleh menyebabkan berlakunya kematian.
SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,

Berdasarkan statistik, saban tahun berlakunya peningkatan kes buli


yang telah direkodkan di negara kita. Kejadian buli yang menimpa seorang
pelajar universiti awam di negara kita sehingga menyebabkan maut wajar
dijadikan pengajaran oleh kita semua.

Terbaharu, seorang pelajar sekolah menengah yang dibuli sehingga


tular dalam kalangan masyarakat seharusnya dijadikan pengajaran dan
iktibar. Betapa gejala buli akan memberi kesan buruk kepada pelaku dan
mangsa yang dibuli. Kebiasaannya, gejala buli akan terhasil apabila
seseorang tidak dapat mengawal sifat amarah dan hawa nafsu yang wujud
dalam diri.

Imam al-Maraghi mengatakan bahawa antara ciri orang yang


bertaqwa adalah mereka yang mampu menahan perasaan amarah dengan
sebaik-baiknya . Sedangkan mereka yang cenderung menuruti nafsu amarah
hingga bertekad untuk membalas dendam, maka akan melakukan perkara
yang boleh mengundang dosa serta kemurkaan Allah .

Janganlah kita menjadi golongan yang muflis di akhirat kelak setelah


berpenat lelah melakukan kebaikan dan amal ibadat di atas muka bumi

4
Khutbah “Hindari Buli, Ummah Harmoni”

disebabkan berakhlak buruk sesama manusia. Perkara ini ditegaskan oleh


baginda Nabi Muhammad  dalam sebuah hadis Riwayat Muslim;

َ َ َ ُ َ َ َ ْ َ ُ ‫ ْال ُم ْف ل‬: ‫س ؟ َق ُال وا‬ ُ ‫ون َم ا ْال ُم ْف ل‬ َ ُ ْ ََ


، ‫س ِف ين ا َم ن َل ِد ْره َم ل ه َو َل َم ت اع‬ ِ ِ ‫أتدر‬
َ َ َ َ َ َ َ َ َ ْ َ ْ َ ْ َ ُ
َّ ‫س م ْن أ‬ ْ ْ َّ
َ ‫ إ ن ال ُم ف ل‬: ‫ال‬ َ ‫َف َق‬
، ‫اة‬ ٍ ‫ و زك‬، ‫ و ِص ي ٍام‬، ‫ت ي أ ِ يت ي و م َال ِق ي ام ِة ِب ص َل ٍة‬ ِ ‫م‬ ِ ِ
َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ ‫َ َ َ ي‬ َ َ َ َ َ ِْ َ َْ
، ‫ و س ف ك د م ه ذ ا‬،‫ و أ ك ل م ال ه ذ ا‬، ‫ و ق ذ ف ه ذ ا‬، ‫َو ي أ ِ يت ق د ش ت م ه ذ ا‬
ْ َ ْ َ َ َ ْ َ َ َ َ ْ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ
‫ ف ِإ ن ف ِن َي ت‬، ‫ َو ه ذ ا ِم ن ح َس ن ا ِت ِه‬، ‫ ف ُي ْع َط ه ذ ا ِم ن ح َس ن ا ِت ِه‬، ‫ض ب ه ذ ا‬ ‫و‬
َُّ َْ َ ْ َ ُ َ ْ ُ َ َ َ ْ َ ُ ْ َ َ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ُ َ َ َ
‫ ث م‬، ‫ح س ن ات ه ق ب ل أ ن ي ق ض م ا ع ل ي ِه أ ِخ ذ ِم ن خ ط اي اه م ف ط ِرح ت ع ل ي ِه‬
َّ َ َ ُ
‫ار‬
ِ ‫ط ِرح ِ يف الن‬

Maksudnya: “Tahukah anda siapa sebenarnya muflis? Sahabat


sahabat menjawab: ‘Muflis sepanjang pengetahuan kami ialah orang yang
tidak mempunyai wang dan harta. Nabi  bersabda: Bukan muflis
harta aku maksudkan tetapi muflis pahala pada hari Kiamat. Sebahagian
umatku pada hari itu datang membawa amalan-amalan solat, puasa dan
zakat.
Pada masa sama juga dia membawa dosa-dosa mengutuk orang,
memfitnah orang, mengambil harta orang, membunuh orang dan memukul
orang. Penyelesaian pada hari itu adalah dengan mengambil amal
kebajikannya lalu diberi kepada orang yang dizaliminya.
Andainya amal kebajikan yang dibawanya belum cukup, akan diambil
dosa-dosa mangsa yang dizaliminya, lalu dibebankan di atas kepalanya,
kemudian dicampaknya ke dalam neraka.”

Melalui hadis ini, Rasulullah  memberikan amaran kepada


kita agar menjaga hubungan sesama manusia ketika hidup di atas muka bumi
ini. Tidak ada gunanya kita melakukan ibadah yang hebat, namun gagal
dalam menjaga hubungan baik sesama manusia. Amatlah malang dan rugi
amalan yang sepatutnya menjadi bekal ke syurga, merupakan asbab untuk
masuk ke dalam neraka.

5
Khutbah “Hindari Buli, Ummah Harmoni”

MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH,

Antara penawar dan penyelesaian terhadap gejala buli adalah


menginsafi bahawa kita merupakan seorang hamba di sisi Allah SWT. Selain
itu, didikan agama dan penerangan mengenai gejala buli wajar
diperhebatkan bermula di bangku sekolah lagi. Malah, penguatkuasaan
undang-undang dengan pemberatan hukuman juga harus dipertingkatkan
agar memberikan pengajaran kepada mereka yang melakukan perbuatan
buli supaya tidak diikuti oleh orang lain. Tidak kira keturunan, pangkat atau
darjat, perbuatan buli ini sama sekali tidak boleh diterima.

Insan yang bersifat berkasih sayang bukan sahaja dipandang mulia di


sisi Allah, namun dikasihi oleh manusia. Baginda Nabi Muhammad
 memuji orang-orang beriman yang berakhlak dengan akhlak
yang baik serta tidak menyakiti muslim yang lain melalui sebuah hadis
Riwayat Bukhari;

َ َ َ َ ْ َُ ْ َ ََ َ ُ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ْ ُ ْ
َ ‫ون م ْن ل‬
‫اج ُر َمن هج َر َما نَه‬
ِ ‫ه‬ ‫م‬ ‫ال‬‫و‬ ‫ه‬ ‫د‬ ‫ي‬‫و‬ ‫ه‬ ‫ان‬
ِ ِ ِِ ِ ِ ‫س‬ ‫المس ِلم من س ِلم المس ِلم‬
ُ َْ ُ‫ه‬
‫اَّلل عنه‬
Maksudnya: “Seorang Muslim (yang sempurna Islamnya) ialah
(apabila) seseorang Muslimin (yang lain) selamat daripada (keburukan)
lidahnya dan tangannya, manakala seorang muhajir (yang berhijrah) adalah
seseorang yang meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah .”

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI,

Sebagai kesimpulan dari khutbah hari ini, perlu diinsafi bahawa selaku
orang yang beriman hendaklah kita berusaha untuk menahan mazmumah
(sifat keji) dengan sebaik-baiknya seterusnya tidak menyuburkan gejala buli
dalam kehidupan bermasyarakat. Marilah kita bersama-sama menghayati
intipati daripada khutbah yang dibacakan tadi:

6
Khutbah “Hindari Buli, Ummah Harmoni”

Pertama: Selaku umat Islam, kita hendaklah menjauhi gejala buli yang
boleh mencetuskan dosa selaras dengan aspirasi kerajaan bagi
mewujudkan Keluarga Malaysia yang hidup secara berkasih sayang, aman
dan harmoni.

Kedua: Sekiranya kita pernah melakukan perbuatan buruk terhadap


manusia seperti membuli, hendaklah bertaubat kepada Allah dan
memohon maaf terhadap mereka yang pernah dizalimi.

Ketiga: Amal ibadat akan menjadi sia-sia sekiranya kita menjadi golongan
yang muflis di akhirat disebabkan tidak menjaga hubungan sesama
manusia.

Firman Allah dalam surah surah Asy-Syura ayat 37;

ۡ ُ ۡ ۡ ۡ ۡ َ
٣٧َ‫ض ُبواَه ۡمَيغفِ ُرون‬ ِ َٰ ‫وَٱَّلِينَََيتن ِ ُبونَك َٰٓبئِرَٱ ِۡلث َِمَوَٱلفو‬
ِ ‫حشََِإَوذاَماَغ‬

Maksudnya: “Dan juga bagi orang yang menjauhi dosa-dosa besar


serta perbuatan-perbuatan yang keji. Apabila mereka marah (disebabkan
perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka selalu meminta
maaf.”

ْ ِّ َ َ ْ َ ْ ُ َّ َ َ َ َ َ ْ َ ‫ه‬ ْ ‫اّللً ْل َو َل ُك‬ ‫َب َار َك َ ه‬


‫ات َوالذك ِر‬ ِ ‫آن الع ِظي ِم ونفع ِ ين و ِإياكم ِبما ِفي ِه ِمن اآلي‬ ِ ‫ر‬ْ ‫الق‬ ‫ف‬ ‫ِي‬ ‫م‬ ‫ِي‬
َ‫العظ ْيم‬ َ ‫هللا‬ َ ‫العل ْي هم َو ْاس َت ْغف هر‬َ ‫السم ْي هع‬ َ ‫الحك ْيم َو َت َق َّب َل م ِّن َوم ْن ُك ْم ت‬
َّ ‫الو َت هه إ َّن هه هه َو‬ َ
ِ ِ ِ ِ ِ ِ ِ ‫ي‬ ِ ِ ِ
َ َْ ْ َ َ ْ ‫َ هْ ْ َ َ ه‬ َ ‫ْل َو َل ُك ْم َول َسائر ُال ْمسل ْم‬
‫استغ ِف هر ْو هه ف َيا‬ ‫ات ف‬ِ ِ ‫ن‬ ‫م‬‫ؤ‬ ‫الم‬ ‫و‬ ‫ي‬ ‫ن‬ ‫م‬
ِ ِ ‫ؤ‬ ‫الم‬‫و‬ ‫ات‬ِ ِ‫م‬َ ‫الم ْسل‬ ‫ي َو ه‬
ِ ِ ِِ ِ ‫َِي‬
َّ َ َ َ َ َ ْ ْ َ َ
.‫الم ْستغ ِف ِرين َويا نجاة الت ِائ ِب ْي‬ ‫ف ْوز ه‬

7
‫”‪Khutbah “Hindari Buli, Ummah Harmoni‬‬

‫‪Khutbah Kedua Bulan Disember 2021M/ 1443H‬‬


‫األ ِم َ‬ ‫َّ ِّ َ‬ ‫والس ََل ُم َع ََل َس ِّيد َنا ُم َح َّ‬ ‫الص ََل ُة َّ‬ ‫ي‪َ ،‬و َّ‬ ‫الع َالم َ‬ ‫َا ْل َح ْم ُد هَّلل َر ِّب َ‬
‫ي‪،‬‬ ‫ِ‬ ‫ت‬ ‫الن‬
‫ٍ ِّ ِ ِ ي‬ ‫ن‬‫د‬ ‫م‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫َ َ َ ٰ ِ َِ َ‬
‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫َ َ َ ْ َ‬ ‫َّ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬
‫ين‪.‬‬ ‫ان ِإَل يو ِم الد ِ‬ ‫اه ِرين ومن ت ِبعهم ِب ِإحس ٍ‬ ‫وعَل ا ِل ِه وأصح ِاب ِه الط ِ‬
‫َ َ َ ً َ ُ ُ‬ ‫َ َٰ َ َّ ه ُ َ ْ َ ُ َ ََ ْ َ َ ُ َ ْ َ ُ َ َّ‬ ‫َ ْ َ ُ َْ‬
‫شيك له‪َ ،‬وأشهد أن َس ِّيدنا ُمح َّمدا ع ْبده‬ ‫ِ‬ ‫ال‬ ‫ه‬ ‫د‬‫ح‬ ‫و‬ ‫اَّلل‬ ‫إال‬ ‫ه‬ ‫ل‬ ‫إ‬‫ِ‬ ‫آل‬ ‫ن‬ ‫أشهد أ‬
‫ُ‬
‫َو َر ُس ْول ُه‪.‬‬
‫َ ْ َ ُ َ َّ ه َ َ َ ُ ْ َ ْ َ‬ ‫ه َ َ َّ ُ َ‬ ‫َ َّ َ ْ ُ َ َ َ َ ه َّ ُ‬
‫يم‪،‬‬ ‫َأما بعد‪ ،‬فيا ِعباد اَّلل‪ ،‬اتقوا اَّلل حق تق ِات ِه واعلموا أن اَّلل أمركم ِبأم ٍر ع ِظ ٍ‬
‫َٰٓ‬ ‫َ َ‬
‫اَّلل ت َعاَل‪ :‬إِنَٱّللَومل َئ ِكت ُهۥَ‬
‫َ َ َ ِّ ْ َ ْ َ َ َ ه ُ َ َ‬ ‫َّ َ َ َّ‬
‫الت ْ‬ ‫أ َم َر ُك ْ‬
‫يم عَل ن ِبي ِه الك ِري ِم‪ ،‬فقال‬ ‫ِ ِ‬ ‫ل‬ ‫س‬ ‫و‬ ‫ة‬
‫ِ‬ ‫َل‬ ‫الص‬ ‫ب‬
‫ِ‬ ‫م‬
‫ً‬ ‫ۡ‬ ‫ُ‬ ‫ۡ‬ ‫ُّ‬ ‫ُ‬ ‫َ َ َٰٓ َ ُّ َ َ‬ ‫ُ ُّ‬
‫بۚۡ ي أيهاَٱَّلِينَءامنواَصلواَعليهَِوسلِمواَتسلِيماَ‪٥٦‬‬ ‫يصلونَلَعَٱنل ِ َِ‬
‫َ‬ ‫ه َ ََ‬ ‫َ‬ ‫َ َ‬ ‫ه ُ َّ َ ِّ َ َ َ ِّ َ ُ َ َّ َ َ‬
‫آل َس ِّي ِدنا ُمح َّم ٍد‪ ،‬ك َما َصل ْيت عَل َس ِّي ِدنا‬ ‫عَل‬ ‫اللهم صل عَل سي ِدنا محم ٍد و‬
‫َ ِّ َ‬ ‫َ ِّ َ ْ َ َ َ ِ ْ َ َ َ ِّ َ ُ َ َّ َ َ‬ ‫َْ َ َ َ‬
‫آل سي ِدنا‬ ‫ِ‬ ‫عَل‬ ‫و‬ ‫د‬‫َ ٍ‬‫م‬ ‫ح‬ ‫م‬ ‫ا‬‫ن‬‫د‬ ‫ِ‬ ‫ي‬ ‫س‬ ‫َل‬ ‫ع‬ ‫ك‬ ‫ار‬ ‫ِ‬ ‫وب‬ ‫يم‬ ‫اه‬‫ِ ِ ِ‬‫ر‬ ‫ب‬‫إ‬ ‫ا‬ ‫ن‬ ‫د‬ ‫ي‬ ‫س‬ ‫آل‬
‫ِْ‬ ‫عَل‬ ‫اهيم و‬ ‫ِإبر ِ‬
‫العالم ْ َ‬ ‫َ‬ ‫يم َف َ‬ ‫يم َوعَل آل َس ِّيدنا إ ْب َر َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬
‫ُم َح َّمد‪ ،‬ك َما َب َاركت َعَل َس ِّيدنا إ ْب َراه َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬
‫ي‬ ‫ِ‬ ‫اه ِ ي‬ ‫ِ ِ ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِ ِ ِ‬ ‫ٍ‬
‫َّ َ َ ٌ َ ٌ‬
‫ِإنك ح ِميد م ِجيد‪.‬‬
‫األ ْح َياء م ْن ُهمْ‬ ‫َْ‬ ‫َ ْ ُ ْ ْ َ َ ْ ُ ْ َ‬ ‫ه ُ َّ ْ ْ ْ ُ ْ ْ َ َ ْ ُ ْ َ‬
‫ِ ِ‬ ‫ات‬‫ات والمؤ ِم ِني والمؤ ِمن ِ‬ ‫اللْ َهم اغ ِفر ِللمس ِل ِمي والمس ِلم ِ‬
‫ات‪،‬‬ ‫َ ْ َ‬
‫واألمو ِ‬
‫ه ُ َّ َ َ َ‬ ‫َ‬ ‫ه ُ َّ َّ َ َ ْ َ َ َ َ ْ ْ َ َّ َ َ َ ُ َ َ ُ ُ َ َ ْ‬
‫ورنا واشم ِل اللهم ِب ِعناي ِتك‬ ‫ح َ أ ْ ِئمتنا ووالة أم ِ‬ ‫آمنا ِ يف أوط ِاننا وأص ِل‬ ‫اللهم ِ‬
‫َ َ‬ ‫ََْ ْ َ ََ ْ َ‬
‫وتو ِفي ِقك عَل أصحا ِب الجاللة‪،‬‬
‫‪Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang‬‬
‫‪di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-‬‬
‫‪Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah‬‬
‫‪Al-Musta’in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri‬‬

‫‪8‬‬
Khutbah “Hindari Buli, Ummah Harmoni”

Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah


Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-
Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj;
ْ َ َ
،‫اح ِب الفخ َامة‬ َ ‫َو َك َذ ل َك‬
‫ص‬
ِ ِ
Tuan Yang Terutama, Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Bin
Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.
َ َ ‫الم ْن َك َر َوالم َح َن َوالف‬ َ َ ََ َ
ُ ‫الف ْح َش َاء َو‬ َ ‫ال َء َو ْا َلو َب‬َ َ ْ َّ َ ْ ْ َّ ُ ‫ه‬
،‫ي‬ ‫و‬ ‫ء‬‫ال‬ ‫والغ‬ ‫اء‬ ‫اللهم اكشف عنا الب‬
ً َّ ِ َ َ ْ ْ ِ ُ َ ْ ُ ْ َ َ ً َّ َ َ َ ََ ْ َ َ َ َ َ َ َِْ َ َ َ َ
،‫ وعن بلد ِان المس ِل ِمي عامة‬،‫ عن بل ِدنا هذا خآصة‬،‫ما ظهر ِمنها وما بطن‬
َ ْ ََ َّ ُ َ َ َ َّ
.‫ش ٍء ق ِد ْي ٌر‬ ‫ِإنك عَل كل ي‬
َ َ ْ َ ِّ َ ‫ َوم ْن‬،‫والج َذام‬ ُ ُ ُ َ َ َ ‫الل ُه َّم إ ِّنا َن ُع ُو ُذ ب َك م َن ْال‬
‫ه‬
‫ يا‬،‫ش ِء األسق ِام‬ ‫ي‬ ِ ِ ، ‫ون‬
ِ ‫ن‬ ‫الج‬‫و‬ ، ‫ص‬ِ ‫ب‬ ِ ِ ِ
َ
.‫اح ِمي‬ َّ َ َ َْ
ِ ‫أرحم الر‬
Ya Allah dengan sifat-Mu yang Maha Pemurah dan Maha
Mendengar! Kami hamba-Mu yang lemah merayu kepada-
Mu agar Engkau angkat dan hilangkan segera wabak
penyakit Covid-19 yang sedang melanda kami agar dapat
kami melaksanakan syiar-Mu dengan sempurna.

ْ َ َ َ ْ ُ ُ ْ ِّ َ َ َ َ َ ْ ِّ َ َّ ُ ‫ه‬
ْ ‫اج َم ْع ُق‬
َ‫لو َب َنا َع ََل َم َح َّب ِت َك َو ُن ْْصة‬
ِ ‫ و‬،‫ وو َحد صفوفنا‬،‫اللهم قو إيماننا‬
َ ْ ‫اح ِم‬
.‫ي‬ َّ َ َ ْ َ َ َ ْ َ َ َ ْ ََ
ِ ‫ ِبرحم ِتك يا أرحم الر‬،‫شيع ِتك‬
ِ
َ
ّ َ ّ ُ‫َوالْح ْمد‬،‫َوسَل ٌمَعَلَالْ ُم ْرس ّلْي‬،‫ََعاَي ّص ُفون‬
َ‫َلِلَر ّب‬ َ ‫َربكَر ّبَالْ ّع َز ّة‬
ّ ‫ُس ْبحان‬
﴾‫َ﴿سورةَالصافات‬.‫الْعال ّمْي‬

Anda mungkin juga menyukai