Anda di halaman 1dari 8

KHUTBAH JUMAAT

“ISLAM AGAMA KEDAMAIAN”


(29 Mac 2019M/ 22 Rejab 1440H)
__________________________________________________________________________________________________________________________

َُُ ‫ُأَ ْشـ َـد ُُأَ ُْنَُُلُإِلَـ‬،ُ‫ض‬ ُِ ‫الَُْر‬


ُ ْ ُ‫ف‬ ُ ُُِ ‫لُِمُ َُو َُغايَُـتَـ‬ ُِْ ُ‫ف‬
َُ ‫ال ْسـ‬ َُ َُ ‫ل َُمُ َهـ‬ َّ َُُ ‫ـَ ْْ ُُلِلَّـ ُُِالَّـ ِـي ُ َج َعـ‬
َُ ‫السـ‬ َ ‫اَلْـ‬
. ‫ـَ َّْ ً اُ َعْب هُُ َوَرس ْول‬ َ ‫َنُ َسيِّ َ نَاُ َونَبِيَّـنَاُم‬ َُّ ‫ُ َوأَ ْش َد ُُأ‬. َ‫كُل‬َُ ْ‫إَُِّلُاللُُ َو ْح َ هَُُُلُ َش ِري‬
ُُِ ‫ـَ َّْ ُُ َخــا َُُِ ْالَُنْبِيَــا ُُِ َوالْْ ْر َســلِ ْ َُُ َو َعلَـ ُآلِـ‬ َ ‫ـ‬ ‫م‬ُ ‫ا‬َ‫ن‬ ِ ِّ‫اَللَّدـ َُُّص ـ ُُوس ـلِّ ُُوبــا ِرُُْعلَـ ُس ـي‬
َ َ َ َ ْ َ َ ِّ َ
ُ. َ ْ ِ‫َْجَع‬
ْ ‫ص َْبُُِِأ‬ َ ‫َو‬
ِ ُ ‫ُأو ِصـيُ ُُوإِيَّـا ُُبِتَـ ْقـو‬،‫ُاِتَّـقواُالل‬،‫الل‬
.‫ُفَـ َقـ ُُْفَـا َُُالْْتـَّق ْـو َن‬،‫الل‬ ِ ُ‫اد‬ ُ ‫ب‬ ِ ُ‫ُفَـيا‬، ‫أ ََّماُبـع‬
‫ع‬
َ َ َْ ْ ْ َ ْ َ َ َ َْ
ُ‫الس َـلُِم‬
َّ ُ‫لُ َدا ُِر‬َُ ِ‫ـالُُ َواللُُيَـ ْ عوُإ‬ َُ ‫الُتَـ َع‬ َُ َ‫ُ َُوق‬،ُُْ ِ‫الس َلُِمُ ِعن َُُ َرِِّّب‬
َّ ُُ‫الُ ََل ُُْ َدار‬َُ ‫قَا َُلُاللُُتَـ َع‬
ُ.ُُ ‫لُ ِصَراطُُ ُّم ْستَ ِقي‬ َُ ِ‫َويَـ ْد ِ ُ َمنُيَ َشا ُُإ‬
Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Marilah kita tingkatkan ketakwaan kepada Allah subhanahu wa
ta’ala dengan bersegera melakukan segala suruhan dan
perintahNya serta menjauhi segala larangan dan tegahanNya.
Mudah-mudahan kita digolongkan dari kalangan orang mukmin
yang mendapat kedamaian yang abadi di dalam syurga Allah
subhanahu wa ta’ala. Mimbar pada hari yang mulia ini akan
membicarakan khutbah bertajuk: “Islam Agama Kedamaian”.

Kaum muslimin yang dikasihi Allah,


Marilah kita mengambil iktibar dengan peristiwa hitam yang berlaku
di Masjid An-Noor dan Masjid Linwood, Christchurch New Zealand
baru-baru ini berpunca daripada salah faham terhadap Islam.
Sesungguhnya tindakan yang dilakukan oleh pengganas tersebut
sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan. Sebagai muslim yang

1
saling bersaudara, inilah masanya kita menzahirkan keprihatinan,
kebersamaan dan kesatuan. Sesungguhnya Allah
subhanahu wa ta’ala sahaja yang mengetahui hikmah di sebalik
peristiwa hitam ini.

Islam terbukti membawa kedamaian kerana perintah Allah


yang banyak di dalam al-Quran menganjurkan kedamaian,
larangan menumpahkan darah tanpa hak, tidak memaksa orang
bukan Islam memeluk Islam setelah disampaikan mesej Islam
kepada mereka bahkan Islam mengajar kita supaya berhikmah
dalam berdakwah. Justeru, memelihara kedamaian adalah
sebahagian daripada tujuan penciptaan manusia sebagaimana
ajaran Islam. Allah subhanahu wa ta’ala berfirman di dalam surah
al-Anfal ayat 61:

ُ]61[ُُ ‫ُالس ِْيعُالْ َعلِي‬


َّ ‫ُعلَ ُالُلَّ ُِإِنَّ ُه َو‬
َ ْ ‫اُوتَـ َوَّك‬
َ َ ‫َل‬
َ ُ ‫ح‬
ْ ‫ن‬
َ ‫اج‬
ْ َ‫ف‬ ُ ِ ‫ل‬
ْ ‫لس‬
َّ ِ‫وإِنُجنَواُْل‬
ََ َ
Bermaksud : “Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada
perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung
kepadanya serta bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Ia
Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

Sesungguhnya Islam adalah agama yang mencintai kedamaian.


Islam melarang umatnya melakukan kerosakan, kejahatan,
kemungkaran, kekerasan, kezaliman dan sebagainya. Islam
menolak apa jua gerakan pelampau yang menggunakan
kekerasan, pembunuhan dan peperangan sehingga menggugat
keamanan Negara mahupun dunia. Justeru, sebagai umat Islam
yang cintakan keharmonian dan keamanan, janganlah kita terlalu

2
mudah mengambil sebarang tindakan sebagai balasan terhadap
perbuatan jahat orang bukan Islam yang kelak hanya akan
mendatangkan kemudaratan. Ingatlah, perbuatan tersebut tidak
akan dapat memberi apa-apa kebaikan, bahkan mengundang
sikap benci, fitnah-menfitnah serta prasangka yang
berpanjangan. Firman Allah subhanahu wa ta’ala di dalam surah
Fussilat, ayat 34 :
ِ ِ ‫ُالسيِّئةُادفَعُبِالَِِّت‬
َ َ‫َح َسنُفَِإ َذاُالَّي ُبَـْيـن‬
ُ َ‫ك َُوبَـْيـن‬ ‫أ‬
ْ َُ ‫ي‬‫ُه‬ ْ ‫َوَلُتَ ْستَ ِو‬
ْ ْ َ َّ ‫ُاْلَ َسنَة َُوَل‬
َِ ٌّ‫ع َُاوةٌُ َكأَنَّ ُوِل‬
ُُ]34[ٌُُ ‫َُحي‬ َ َ َ
Maksudnya : “Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya)
perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan
yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila
engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa
permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi
seolah-olah seorang sahabat karib.”

Sabda Rasulullah sollAllahu alaihi wa sallam sebagaimana


riwayat Imam Al-Bukhari daripada Abdullah bin Amru bin Al-Ass
RadhiAllahu anhuma yang membawa maksud : “ Seorang Muslim
ialah orang yang menyelamatkan kaum muslimin dari kejahatan
lisan dan tangannya.”

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,


Kewujudan pelbagai agama, kaum dan bangsa tidak menjadi
penghalang untuk kita hidup dengan aman dan harmoni.
Pelbagai kaum dan bangsa serta keturunan dengan pegangan
agama masing-masing dapat membentuk masyarakat yang

3
saling bertolak ansur. Firman Allah SWT di dalam surah al-Hujurat
ayat 13:

ُ‫اُوقَـبَائِ َُلِتَـ َع َارفوا‬ ‫وب‬


َ ً ْ ‫ع‬‫ُش‬ ‫اك‬َ‫ن‬‫ل‬ْ ‫ع‬
َ ‫ج‬‫ُو‬
ََ َ َ‫نث‬‫أ‬‫ُو‬ ‫ر‬ ‫ك‬
َ ‫ذ‬
َ ُ‫ن‬ ‫ُم‬
ِّ ‫اك‬ ‫ن‬
َ‫ق‬ْ ‫ل‬
َ ‫اُخ‬
َ َّ
‫ن‬ ِ‫ياُأَيـُّ َداُالنَّاسُإ‬
َ
ُُ]13[ٌُ‫ُخبِ ُي‬ ‫ي‬ِ‫ُعن ُاللَّ ُِأَتْـ َقاك ُإِ َّنُاللَّ ُعل‬ ِ ُ‫إِ َّنُأَ ْكرم‬
َ ٌ َ َ ْ َ ْ ََ
Bermaksud : “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah
menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami
telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak,
supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramahmesra antara satu
dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah
ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih
keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan
dan amalan kamu)."

Nikmat keamanan dan kemakmuran yang kita nikmati hari ini juga
adalah jasa anggota keselamatan. Kita amat berterima kasih
kepada Polis Di Raja Malaysia yang sentiasa berusaha
memelihara keamanan dan kedamaian negara kita. Justeru,
ucapan syabas dan tahniah ditujukan kepada PDRM. Semoga
sambutan Hari Polis ke-212 pada 25 Mac yang lalu akan lebih
memberikan semangat dan kesiapsiagaan para anggota
keselamatan untuk terus berbakti kepada masyarakat dan
tanah air.

Islam sebagai agama yang membawa rahmat ke seluruh


alam, amat mementingkan keadilan ditegakkan dan
mengembalikan hak-hak golongan yang dizalimi serta teraniaya.

4
Islam bersikap tegas dan menganggap perlakuan yang
mencetuskan perbalahan dan persengketaan adalah suatu
kesalahan yang besar kerana ia menyanggahi maqasid as-Syariah.
Bagi menjaga keharmonian, perpaduan dan kestabilan negara,
perkara-perkara yang perlu difahami oleh setiap masyarakat
ialah konsep ta’aruf iaitu saling berkenalan antara kaum dan
etnik di negara ini, tafahum iaitu saling memahami dan ta’awun
iaitu saling membantu sebagai tanda kasih sayang. Kita
seharusnya berhati-hati dalam meneliti sebarang propaganda,
prasangka atau berita yang diterima tentang sesuatu kaum,
agama dan sebagainya. Jauhilah perkara-perkara yang
mengundang perselisihan serta perbalahan dan serulah kepada
perpaduan dan kedamaian. Ingatlah bahawa seorang Muslim itu
ialah mereka yang menjaga tutur kata, lidah dan tangannya.

Kaum muslimin yang dikasihi Allah,


Mengakhiri khutbah pada hari ini. Marilah kita menghayati
beberapa kesimpulan:
Pertama : Islam sebagai agama perdamaian dan kasih
sayang sentiasa meraikan keharmonian dalam kepelbagaian
kaum, bangsa dan agama.
Kedua : Manusia dengan perbezaan agama, keturunan,
bahasa dan budaya dituntut untuk saling kenal mengenali,
faham memahami dan hormat-menghormati.
Ketiga : Perpaduan yang wujud dalam kalangan pelbagai
kaum, bangsa dan agama dapat mewujudkan keharmonian dan
kestabilan negara. Firman Allah subhanahu wa ta’ala di dalam
surah Hud ayat 118 - 119:
5
‫الرِج ْي ِم‬ ِ َ‫الش ْيط‬
‫ان‬ َّ ‫ن‬ ِ ‫اهلل‬
‫م‬ ِ ِ‫َعوذُ ب‬
ّ َ ُْ ‫أ‬
]118[ُ َ ‫اح َ ًة َُولَُيَـَزالو َنُُمْتَلِ ِف‬ِ ‫كُ ََلع ُالنَّاسُأ َّمةًُو‬
َ َ َ َ َ َ ُّ‫ُشا َُرب‬ َ ‫َولَ ْو‬
ُ‫ُاَلِن َِّة‬
ْ ‫ُج َدنَّ َ ُِم َن‬ ِ‫نُرِح ُربُّكُولِ َيلِكُخلَ َقد ُوََتَّتُ َكل‬ ِ
َ َّْ
‫ن‬ ُ
‫ل‬
َ َ ‫َم‬
‫ل‬ ُ ‫ك‬
َ ‫ب‬
‫ُر‬
ِّ َ َ ْ َ ْ َ َ َ َ َ َ َّ ‫ُإلَّ َُم‬
‫ة‬ ْ
ُ]119[َُُ ِ‫َْجَع‬ ِ ‫َوالن‬
ْ ‫َّاسُأ‬
Bermaksud: “Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad)
menghendaki, tentulah Dia menjadikan umat manusia semuanya
menurut agama yang satu. (Tetapi Dia tidak berbuat demikian)
dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan. Tetapi
orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka
bersatu di dalam agama Allah); dan untuk tujuan (perselisihan
dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan
yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: "Sesungguhnya
Aku akan memenuhi neraka jahannam dengan sekalian jin dan
manusia (yang berdosa)".

ِّ ‫اتُو‬ ِ ‫نُوإِيَّاك ُُبِـْاُفِي ُُِ ِم ُنُ ْاْلي‬ ِ ‫آنُالْع‬ ِ ‫فُالْقر‬


ُ‫الي ْك ُِر‬ َ َ َ ْ َ ْ َ َ َ ْ َ َ ْ ُ ُُِْ َُ‫لُ َول‬
ُ ُ ِ ‫ع‬ ‫ف‬
َ ‫ـ‬
َ ‫ن‬‫و‬ ُ ، ِ ‫ي‬ ‫ظ‬ ُ ُ ُُِ‫بَ َارَُُالل‬
ُ،‫ل ُ َه َيا‬ ُ ِ‫ ُأَقـ ْولُ ُقَـ ْو‬.ُ ‫الس ِْْيعُ ُالْ َعلِْي‬
َّ ُ ‫ ُإِنَُّ ُه َُو‬، َ‫ن ُ َوِمْنُ ُْ ُتِلََوت‬ ُِّْ ‫ ُ َوتَـ َقبَّ َُ ُ ِم‬، ِ ‫ـَ ُِْي‬
َ ْ‫ال‬
َُُ ْ ِ‫ ُ َوالْـْ ْؤِمن‬،‫ات‬ِ ِْ‫ ُولِسائُِِر ُالْـْسلِ ِْ ُ ُوالْـْسل‬، َُ‫ل ُول‬ ُ ُِ ُ ‫ي‬ ِ ‫الل ُالْع‬
‫ظ‬ ُ ُ ‫ر‬
ُ ِ ‫وأَستـ ْغ‬
‫ف‬
َ ْ َ َ ْ ْ َ َ ْ َ َْ َ َ َْ َ
ُ ‫الرِحْي‬َّ ُُ‫استَـ ْغ ِفرْوهُُإِنَُُّه َُوُالْغَف ْور‬
ْ ‫ف‬
َ ُ ، ‫ات‬ِ َ‫والْـْؤِمن‬
ْ َ

6
‫‪KHUTBAH JUMAAT KEDUA‬‬
‫____________________________________________________________________________________________________________‬

‫كُلَ ‪ُ،‬‬ ‫ُش ِريْ َ‬‫َُحْ ً اُ َكثِ ًياُ َك َْاُأ ََمَر‪ُ.‬أَ ْش َد ُأَ ْن َُلُإِلَُّٰـ َُإَِّلُالل َُو ْح َ ه َُل َ‬ ‫ـَ ْْ ُلِّٰل ِ َ‬ ‫ِّٰ ِ‬
‫ـَ ْْ ُلل ‪ُ.‬اَلْ َ‬ ‫اَلْ َ‬
‫اُعْب ه َُوَرس ْول ‪.‬‬
‫َنُ َسيِّ َُنَاُمُـ ََ َّْ ً َ‬ ‫َوأَ ْش َد ُأ َّ‬
‫َْجَعِ ْ َ ‪ُ.‬‬
‫َص ََابُِِأ ْ‬ ‫ِِّٰ‬ ‫ِ‬ ‫ِ‬ ‫ِّ‬ ‫اَ ّٰ‬
‫ُسيِّ نَاُمُـ ََ َّْ َُو َعلَ ّٰ ُأل َُوأ ْ‬‫َ‬ ‫ّٰ‬ ‫ل‬
‫َ‬ ‫ُع‬
‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ر‬ ‫ا‬ ‫ب‬‫ُو‬
‫َ َ ْ ََ‬ ‫ل‬ ‫س‬ ‫ُو‬ ‫ِّ‬ ‫ُص‬
‫َ‬ ‫َّ‬ ‫د‬ ‫لل‬
‫ُح َّقُتـ َقاتُِِلَ َعلَُّ ْ ُتـ ْفلَِ ْو َن‪.‬‬ ‫اُالل‬ ‫و‬ ‫ق‬ ‫َّ‬
‫ـ‬ ‫ت‬‫ُاللُِ‪ُ،‬اِ‬
‫ُ‬ ‫اد‬ ‫ب‬ ‫أ ََّماُبـع ُُ‪ُ،‬فَـي ِ‬
‫اُع‬
‫َ َ‬ ‫َ‬ ‫َْ َ َ‬
‫ُعلَْي ُِ‬ ‫ال ُ‪ُ :‬إِ َّن ُاللَّ ُوم َلئِ َُت ُيصلُّو َن ُعلَ ُالنَِِّب ُيا ُأَيـُّدا ُالَّ ِ‬
‫ُصلُّوا َ‬ ‫َ َ َ‬ ‫ا‬‫و‬ ‫ن‬ ‫ُآم‬ ‫ين‬ ‫ي‬ ‫ِّ َ َ‬ ‫َ ََ َ َ َ‬ ‫ال ُالل ُتَـ َُع َُّٰ‬ ‫قَ َ‬
‫ِ‬
‫يْا‪ُ ُ.‬‬ ‫َو َسلِّْواُتَ ْسل ً‬
‫ُعلَ ُّٰ َسيِّ ِ نَاُإِبْـَر ِاهْي َ ُ‬
‫ت َ‬ ‫اُصلَّْي َ‬
‫ّٰ ِ ِ‬ ‫ِ‬
‫ُعلَ ُّٰ َسيِّ نَاُمُـ ََ َّْ َُو َعلَ ّٰ ُأ ُل َسيِّ نَاُمُـ ََ َّْ ‪َ ُ،‬ك َْ َ‬ ‫ُص ِّ َ‬
‫ّٰ‬
‫اَللد َّ َ‬
‫ّٰ ِ ِ‬ ‫ِ‬ ‫وعلَ ُأّٰ ُِل سيِّ ِ نَاُإِبـر ِ‬
‫تُ‬‫ُعلَ ُّٰ َسيِّ نَاُمُـ ََ َّْ َُو َعلَ ّٰ ُأ ُل َسيِّ نَاُمُـ ََ َّْ ‪َ ُ،‬ك َْاُبَ َارْك َ‬ ‫‪ُ،‬وبَا ِرْ َ‬ ‫ي‬ ‫اه‬
‫َ َ ّٰ َ ْ َ َ َ‬
‫ْ‬
‫ضُ‬ ‫ار‬ ‫ُو‬ ‫‪.‬‬ ‫ٌ‬ ‫ي‬ ‫ج‬‫َُحي ٌُ ُ ُمـ ِ‬
‫ك َِ‬ ‫َّ‬
‫ن‬ ‫ِ‬
‫إ‬ ‫ُ‬ ‫‪،‬‬ ‫ع ّٰلَ ُسيِّ ِ نَا ُإِبـر ِاهي ُوعلَ ُأّٰ ُِل سيِّ ِ نَا ُإِبـر ِاهي ‪ُِ ،‬ف ُالْعالَ ِ‬
‫ْ‬
‫ْ َ ْ َْ َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َْ ْ َ ْ َ‬ ‫َ‬ ‫ْ َ ْ َ َ َ ّٰ‬ ‫َ َ‬
‫َِب ُبَ ُْر َُوع ََْر َُوعثْ َْا َن َُو َعلِ ٍّي‪َُ ،‬و َع ِنُ‬ ‫ِ‬‫أ‬ ‫ُ‬ ‫ا‬ ‫ن‬‫ُالر ِاش ِ ين ُالْْد ِ يِّـ ‪ُ ،‬ساداتِ‬ ‫َّ‬ ‫ّٰاللد َّ ُع ِن ُاُلْـخلَ َفا ِ‬
‫ْ‬ ‫َ‬ ‫ْ َ َ ْ َْ َ َ‬ ‫َ‬
‫اتُ‬‫الصَاب ِة ُوالتَّابِعِ ُ ََل ُبِـِإحسان ُإِ َ ّٰل ُيـوِم ُال ِّي ِن‪.‬اَ ّٰللد َّ ُا ْغ ِفر ُلِْلْسلِ ِْ ُ ُوالْْسلِْ ِ‬
‫ْ َْ َ ْ َ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫َْ‬ ‫َّ َ َ َ ْ َ ْ ْ َ‬
‫ات َُويَاُ‬ ‫َُسيع ُقَ ِريب ُمُـ ِجيب ُال َّعو ِ‬ ‫ات‪ُ.‬إِنَّ َ ِ‬ ‫ات ُاْلَحيآ ِ ُِمْنـد ُواْلَمو ِ‬ ‫والْْ ْؤِمنِ ُوالْْ ْؤِمنَ ِ‬
‫ََ‬ ‫ك ٌَْ ْ ٌ ْ‬ ‫ْ َ َْ‬ ‫َْ‬ ‫َْ َ‬ ‫َ‬
‫ات‪ُ.‬‬ ‫ُاْلاج ِ‬ ‫ْ‬ ‫ي‬ ‫قَ ِ‬
‫اض‬
‫َ َ َ‬
‫‪Ya Allah, ampunkanlah dosa dan kesalahan kaum muslimin dan muslimat,‬‬
‫‪mukminin dan mukminat, sama ada yang masih hidup ataupun yang telah‬‬
‫‪meninggal dunia. Ya Allah, ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kami,‬‬
‫‪ibubapa‬‬ ‫‪kami,‬‬ ‫‪ahli‬‬ ‫‪keluarga‬‬ ‫‪dan‬‬ ‫‪guru-guru‬‬ ‫‪kami.‬‬ ‫‪Limpahkanlah‬‬
‫‪kesejahteraan, kedamaian dan kebahagiaan kepada kami semua dalam‬‬
‫‪kehidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat kelak.‬‬

‫‪Ya Allah ! Ya Rahman ! Ya Rahim! Berikanlah taufiq dan hidayat-Mu kepada‬‬


‫‪kami semua dan juga kepada pemimpin-pemimpin Negara kami, khasnya‬‬
‫‪kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia, dan juga‬‬

‫‪7‬‬
pemimpin-pemimpin negeri kami, khususnya Tuan Yang Terutama Yang di-
Pertua Negeri Sarawak.

Ya Allah, kami bersyukur ke hadrat-Mu yang telah mengurniakan kami


rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah
memperkukuhkan negara kami, khususnya Negeri Sarawak yang tercinta ini,
sebagai sebuah negeri yang maju dan sejahtera.

Justeru, kami pohon ke hadrat-Mu ya Allah, buat kami semua dan generasi
muda dalam kalangan remaja dan belia generasi pelapis negara dan negeri
kami ini, kukuhkanlah iman kami, tingkatkanlah amal ibadah kami,
suburkanlah peribadi kami dengan budi pekerti dan akhlak yang mulia,
eratkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami
dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan keterampilan yang bermanfaat,
bimbinglah kami ke jalan yang Engkau redhai, hindarkanlah kami daripada
terlibat dalam apa jua unsur negatif yang boleh menjatuhkan maruah diri,
keluarga, masyarakat dan negara, lindungilah kami daripada ujianmu seperti
banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan
dan kebuluran. Kami berlindung dan bermohon denganMu Ya Allah, semoga
negeri kami akan sentiasa bertambah aman, makmur dan berkat.

ُ‫ب‬َّ ‫اُر‬ ‫ُي‬ ِ ّٰ‫ُأ‬، ‫ُأّٰ ِم‬.


‫م‬ ُ ِ ‫ابُالنَّا‬
‫ر‬ ‫ي‬
َ ‫اُع‬ ‫ن‬ِ‫ْلخرِةُحسنةًُوق‬ ِ ْ‫اُفُال ُّ نْـياُحسنَةًُوِفُا‬ ِ ‫ن‬ِ‫ربـَّنَآُأّٰت‬
َ َ ْ ْ َ َ َ َ َ ََ َ َ َ َ َ َ َ
ِِ ِ ‫ُإِ َّنُاللُيأْمرُبِالْع ْ ِلُواْ ِلحس‬.‫ُالل‬ ِ ‫ُ ِعباد‬.ُ ِْ َ‫الْعال‬
َ ّٰ ‫ُوإِيتَآ ُذ ُالْق ْرَ َّٰب َُويَـْنـ َد‬.
ُ‫ُع ِن‬ ‫ان‬
َ َ َ ْ َ َ َ َ َ َْ َ
ُ. ْ ‫ُفَاذْكرواُاللَُالْ َع ِظْي َ ُيَ ْيك ْرك‬.‫ُيَعِظُ ْ ُلَ َعلَُّ ْ ُتَ َي َّكرْو َن‬.‫الْ َف َْ َشآ ِ َُوالْْْن َُ ِر َُوالْبَـ ْغ ِي‬
ُ‫ُوالل‬. ‫ر‬ ‫ـ‬ ‫ب‬ ‫ك‬
ْ َ ‫أ‬ ُ ِ ‫ُولَ ِي ْكر‬. ُ‫ضلِ ِ ُيـع ِط‬
‫ُالل‬ ْ ‫ف‬
َ ُ ‫ن‬ ِ ‫ُواسأَلـوه‬. ‫وا ْشُروه ُعلَ ُنِع ِْ ِ ُي ِزْدك‬
‫ُم‬
َ َ َ ْ ْ ْ ْ ْ َ ْ َ َ ّٰ َ ْ َ
َّ ‫أَقِْيْو‬.‫صنَـعو َن‬
.‫اُالصلََة‬ ْ َ‫يَـ ْعلَ َُماُت‬

Anda mungkin juga menyukai