Anda di halaman 1dari 2

PENGAJIAN AL-QURAAN PQS TINGKATAN 4

NEGARA AMAN RAKYAT SEJAHTERA.

ْ‫ْمنْدُوِْن ِه ۡم ََْل‬ ِ َ‫ْو َءاخ َِرين‬ َ ‫عد َُّو ُك ۡم‬ َ ْ ‫ل ْت ُ ۡر ِْهبُونَ ْْبِ ِْۦه‬
َّْ ْ ‫ع ْدُ َّو‬
َْ ‫ٱّللِ ْ َو‬ ِْ ‫اط ْ ۡٱلخ َۡي‬
ِ َ‫نْرب‬
ِ ‫ْو ِم‬ َ ‫طعۡ تُم ْ ِمنْقُ َّو ٖة‬ َ َ ‫ٱست‬ۡ ْ‫َوأ َ ِعدُّواْ ْ َل ُهمْ َّما‬
ْ‫جنَ ُحوا‬ َْ ْ ‫۞و ِإن‬ ۡ
َ ْ ٦٠ْ َ‫ف ِْْإلَ ۡي ُْك ْۡم ْ َوأَنْت ُ ۡم ََْل ْتُظلَ ُمون‬ َّْ ْ ‫س ِبي ِل‬
َّ ‫ٱّللِ ْْيُ َو‬ َ ْ ‫ْمن ْش َۡي ٖء ْ ِفي‬ َ ‫ٱّللُ ْ َيعۡ لَ ُم ُه ۡۚۡم‬
ِ ‫ْو َما ْتُن ِفقُوا‬ َّْ ْ ‫ت َعۡ لَ ُمونَ ُه ُم‬
ْ‫ِي‬ َّْۡۚ ْ َ‫ْ َوِْإنْي ُِريد ُٓواْأَنْ َي ۡخدَعُوكَ ْفَْإ ِ َّنْ َح ۡس َبك‬٦١ْ‫س ِمي ُْعْ ْٱل َع ِلي ُْم‬
ْٓ ‫ٱّللُْ ُه َوْٱلَّذ‬ ۡ َّْۡۚ ْ‫علَى‬
َّ ‫ٱّللِْ ِإنَّ ْهۥُْ ُه َوْٱل‬ َ ْ‫اْوت ََو َّك ۡل‬
َ ‫َحْلَ َه‬ ْۡ ‫ٱجن‬ ۡ َْ‫س ۡل ِمْف‬
َّ ‫ِلل‬
َٰ ْ ِ ‫فْبَ ۡينَ ْقُلُوبِ ِه ۡۚۡمْلَ ۡو ْْأ َنفَ ۡقتَ ْ َماْفِيْ ۡٱۡل َ ۡر‬ ۡ
َّْ ْ‫ْولَ ِك َّن‬
َْ‫ٱّلل‬ َ ‫ضْ َج ِمي ٗعاْ َّمْا ْٓأَلَّ ۡفتَ ْبَْۡينَ ْقُلُوبِ ِه ۡم‬ َْ َّ‫ْ َوأَل‬٦٢َْْ‫أَيَّدَكَ ْبِنَصۡ ِرِْهۦْ َوبِْٱل ُم ۡؤ ِمنِين‬
ْ ْ٦٣ْ‫يم‬ٞ ‫يزْ َح ِك‬ ٌ ‫ع ِز‬ َ َّ‫أَل‬
َ ُْ‫فْبَ ۡينَ ُه ۡۚۡمْإِنَّ ْهۥ‬
60. Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat
untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain
mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah
niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)
61. Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakkallah kepada Allah.
Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
62. Dan jika mereka bermaksud menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjadi pelindungmu). Dialah yang
memperkuatmu dengan pertolongan-Nya dan dengan para mukmin
63. dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan)
yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati
mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana

LATARBELAKANG AYAT.
1. Usai oerang Badar al-Kubra, musyrikin Mekah kembali ke Mekah dlm keadaan kecewa dan marah kpd
golongan muslimin Madinah.
2. Musyrikin Mekah bersegera membuat persiapan bagi menyerang balas.
3. Allah Taala memerintahkan Baginda dan seluruh umat Islam agar membuat persediaan semampu mungkin
bagi menghadapi tentangan.

INTISARI AYAT.
1. Allah Taala memerintahkan agar umat Islam supaya bersiap sedia mempertahankan diri, agama dan
Negara dar serangan musuh Islam; orang kafir, munafik, puak-puak menyeleweng, ahli bid’ah,
pemberontak, penceroboh sempadan dan pelampau agama.
2. Umat Islam wajib mempertahankan agama Islam dan melawan musuh-musuh Islam.
3. Usaha mempertahankan agama dan segala perbelanjaan perang pd jalan Allah akan diberikan ganjaran
olehNya.
4. Umat Islam disarankan menerima perjanjian perdamaian sekiranya musuh inginkan perdamaian.
Sekiranya ada muslihat disebalik perdamaian, maka umat Islam berserah kepada Allah Taala Yang Maha
Mengetahui.

BENTUK-BENTUK KEKUATAN.
1. Allah Taala mewajibkan berjihad.
2. Wajib membuat persediaan rohani dan jasmani.
3. Jihad memerlukan masa dan proses tersusun kerana melibatkan seluruh aspek kekuatan; keimanan,
keilmuan, kesihatan, kebendaan, motivasi dan perpaduan umat.
4. Semua faktor kekuatan menyokong antara satu sama lain.
5. Membuat persediaan kekuatan ialah sebahagian daripada JIHAD.

ُ‫ؤمن‬ ُ‫ْالمؤمنُُالقويُُخيرُُوأحبُُإلىُ ه‬:ْْ‫ْقالْرسولْهللا‬:‫ْقال‬ْ‫عنْأبيْهريرة‬


ُ‫للاُ هُمنُُالُمُ ه‬
)‫ْْ(رواهْمسلم‬.‫الضعيف‬
ُ‫ه‬
Bermaksud: Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada mukmin yang lemah/ dhoif.

Elemen Kekuatan : Rohani (iman), Motivasi (Semangat), Ilmu (kepakaran), Jasmani (kesihatan), Ukhuwwah
(perpaduan), kebendaan (ekonomi).

KEWAJIPAN MEMPERTAHANKAN NEGARA.

7
PENGAJIAN AL-QURAAN PQS TINGKATAN 4

1. Umat Islam bertanggungjawab mempertahankan keselamatan diri, keluarga dan negara dari serangan
musuh [dalam/luar negara].
2. Persediaan kekuatan perlu dilaksanakan sebaiknya ; samada dengan nyawa, harta atau tenaga.
3. Umat Islam tidak boleh membiarkan keselamatan negara terancam atau dicabuli oleh mana-mana pihak.
4. Sebarang ancaman/ pencabulan oleh anasir jahat; perlu ditentang sehabisnya.
5. Allah menjanjikan pahal SYAHID bagi mereka yg gugur dalam berjihad mempertahankan negara pada
jalan Allah Taala.

)‫(رواهْمسلم‬ ْْْ.ُ‫ْْمُنُُقُتهُلُُفهُيُسُهُبيُ هُلُللاهُُفهوُشهيد‬:ْْ‫ْأنْرسولْهللا‬،ْ‫عنْأبيْهريرة‬


ْ Maksud: sesiapa yang terkorban kerana berjihad pada jalan Allah maka dia adalah SYAHID.

Hadith Berkaitan Kekuatan Pertahanan.

َّ ‫ْأالُإهنَّ ُالقوة‬:ْْ‫ْقالْرسولْهللا‬:ْ‫ْقال‬ْ‫عنْعقبةْبنْعامر‬
ْ )‫ُالرميُْْْْ(رواهْأحمدْومسلمْوداودْوابنْماجه‬
Maksud: ingatlah bahawa kekuatan itu terletak pada kemahiran memanah.

KEPENTINGAN PERPADUAN.
1. Kekuatan pertahanan juga berkait dengan perpaduan rakyat – khasnya bagi negara yang berbilang kaum.
2. Rakyat mesti bersatu padu dan bertanggungjawab untuk mempertahankan negara.
3. Sejarah membuktikan bahawa masyarakat berbilang bangsa/ kaum perlu bersatu/ bekerjasama
membangunkan Negara.
4. Rasulullah SAW sendiri mengikat perjanjian dengan Yahudi Madinah ; Bani Quraizah, Nadhir dan
Qainuqa’ unt sama-sama mempertahankan dan memajukan Madinah.
5. Jelas bahawa perbezaan agama / bangsa tiada halangan bagi memajukan sesebuah negara.

ISLAM MENGUTAMAKAN PERDAMAIAN.


1. Sekiranya musuh Islam mahukan perdamaian, maka Islam menerima dengan baik.
2. Namun diingatkan umat Islam supaya selalu berwaspada dengan tipu daya muslihat musuh-musuh Islam/
negara yang cuba mengambil kesempatan.

Pengajaran ayat:
1. Umat Islam diwajibkan bersiap sedia mempertahankan negara dan berjihad.
2. Musuh-musuh Islam bersedia untuk menghancurkan Umat Islam dan negara Islam.
3. Umat yang kuat mempunyai maruah dan disegani oleh kawan dan lawan.
4. Menyediakan kekuatan adalah sebahagian daripada Fardhu Kifayah.
5. Islam mengutamakan perdamaian apabila keadaan mengizinkan.
6. Umat Islam memerlukan Jihad dan pengorbanan untuk Berjaya dalam setiap pekerjaan.

Latihan pengukuhan:
1. Jelaskan bentukkekuatan yang diperlukan untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh.
2. Senaraikan 3 pengajaran dari ayat di atas.
3. Nyatakan maksud musuh Islam dan sertakan contoh.
4. Mengapakah kekuatan rohaniah lebih penting berbanding kekuatan Jasmani?
5. Islam agama perdamaian. Bincangkan.

Anda mungkin juga menyukai