Anda di halaman 1dari 1

TAMADUN PQS TINGKATAN 5

STe (Assoc) NDr Muhamad Rosdi bin Abdullah

ISLAM DI NUSANTARA

TEORI KEDATANGAN ISLAM DI NUSANTARA.


3 teori kedatangan Islam di nusantara;
1- Dari India pada kurun ke-13 berdasarkan persamaan amalan mazhab masyarakat India di Malabar
yang menurut Mazhab Syafie seperti yang berlaku di nusantara ini.
2- Dari China dan Champa pada kurun ke-7 melalui penemuan batu bersurat pada 1303M di Kuala
Berang, Terengganu.
3- Secara langsung dari Arab pada kurun ke-7 masihi dengan wujudnya beberapa perkampungan Arab
di Bahagian Barat Pulau Sumatera pada kurun ke-7.

FAKTOR PENYEBARAN ISLAM DI NUSANTARA.

Bil Perkara Huraian


Para pedagang Arab Islam tidak hanya menjalankan perdagangan/
1. Perdagangan perniagaan semata-mata, bahkan memperkenalkan dan menyebarkan
Islam di setiap pelabuhan yang mereka singgah.
Perkahwinan mubaligh Islam dengan gadis tempatan; keluarga gadis
berkenaan mengetahui dan mempelajari agama yang baharu.
2. Perkahwinan Perkahwinan antara puteri raja dengan raja [Islam] negeri jiran
menyebabkan rakyat menurut agama yang dianuti oleh raja/ sultan
mereka.
Tulisan kitab-kitab agama yang dpt mengembangkan ilmu-ilmu asas agama
masyarakat di nusantara.
3. Kesusasteraan
Penulisan kesusasteraan Melayu pula memberikan semangat orang Melayu
menentang penjajah asing seperti Portugis.

KESAN-KESAN KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA.

Bil ASPEK KESAN-KESAN


Memperkenalkan akidah tauhid kepada masyarakat.
1. AKIDAH
Membawa ajaran yang rasional dan intelektual
Islam menjadi agama rasmi kerajaan Melaka dan Acheh ketika itu.
2. SYARIAT
Mengamalkan undang-undang syariat dalam pemerintahan Negara.
Menyebarluaskan ilmu pengetahuan kepada seluruh masyarkat Melayu.
3. PENDIDIKAN
Lahirnya tulisan jawi.
Memperkenalkan institusi kesultanan seperti Kerajaan Uthmaniah.
4. POLITIK
Melahirkan pemerintah yang bertanggungjawab dan adil.
5. EKONOMI Memperkenalkan sistem perdagangan yang adil/ saksama.
Menerapkan akhlak yang terpuji.
6. SOSIAL Mewujudkan sivik dalam masyarakat.
Menyusun sistem kekeluargaan dan kemasyarakatn menurut cara Islam.

Soalan latihan;
1- Senaraikan teori-teori kedatnangan Islam ke nusantara.
2- Terangkan bukti-bukti kedatangan Islam di nusantara.
3- Jelaskan faktor-faktor penyebaran Islam di nusantara.
4- Huraikan kesan-kesan kedatangan Islam di nusantara; dari segi Akidah, Sosial dan Politik.
5- Islam disebarkan melalui pelbagai cara. Bincangkan.

Anda mungkin juga menyukai