Anda di halaman 1dari 2

TAMADUN PQS TINGKATAN 5

STe (Assoc) NDr Muhd Rosdi bin Abdullah

UNIT 6: PERKEMBANGAN ILMU

BIDANG-BIDANG ILMU.
Bil Bidang Huraian/ Keterangan
Zaman KBU; ilmu ini berkembang sejajar dgn pembangunan Bandar, pelabuhan
dan sistem kewangan.
1. Matematik
Zaman KBA; pakar-pakar ilmu matematik menemui teori baharu seperti teori
angka perpuluhan, angka kosong dan sistem tolak campur.
Zaman KBU; penterjemahan buku-buku sains dilakukan seperti buku
perubatan, astrologi dan kimia.
Khalifah Umar bin Abdul Aziz memindahkan kolej perubatan di Iskandariah
2. Sains
[Alexeandria] ke Antioch.
Zaman KBA; buku-buku sains yang ditulis oleh Ptolamy, Hipocrates dan Gallen
diterjemah ke dalam bhs Arab.
Berkembang pada zaman KBA melalui usaha penterjemahan buku-buku.
Teori-teori yang dibuat oleh ahli fizik Greek telah dikembangkan oleh ahli
fizik Islam seperti teori tarikan graviti, timbangan dan pecahan cahaya.
3. Fizik
Tercipta alatan baharu spt Kompas, jam dan alat timbangan yg diberi nama
Qubban dan Kuffan.
Tercipta istilah-istilah baharu dalam sukatan dan timbangan.
Zaman KBU; berkembangnya pelbagai mazhab seperti Ahlussunnah wal
Jamaah, Mu’tazilah, Syiah dan Jabariyah.
Perbahasan sekitar perkara berkaitan sifat-sifat Allah Taala, perbuatan
4. Falsafah manusia dan konsep baik buruk
Zaman KBA berkembangnya pengaruh falsafah Greek.
Lahirnya ahli Falsafah Islam seperti al-Kindi, al-Farabi dan Ibnu Rusyd yang
menangkis serangan falsafah Greek yang menyesatkan.
Zaman KBU; tema-tema syair berlegar sekitar padang pasir, unta dan
kehidupan kampong.
Zaman KBA; tema-tema dan gaya bahasa syair berbeza sesuai dengan
5. Kesusasteraan
perkembangan kemajuan Negara.
Penterjemahan karya-karya asing seperti Kalilah wa Dimnah [‫ودمنة‬ ‫ ]كليلة‬dari
bahasa Parsi ke bhs Arab.

FAEDAH MEMPELAJARI ILMU MATEMATIK, SAINS DAN LAIN-LAIN.

Bil Perkara Huraian


Mengetahui waktu solat, pengiraan zakat, arah Kiblat dan ilmu
1. Peribadatan
Faraid [ilmu pembahagian harta pusaka]
2. Perniagaan Mengamalkan sistem ekonomi Islam.
3. Pentadbiran Negara Mewujudkan pentadbiran yang lebih sistematik.
Alatan digunakan untuk kegunaan aktiviti ekonomi dan sains
4. Penciptaan Alatan Baru
teknologi.
5. Kesihatan Frasarana kesihatan dan penemuan ubat-ubatan terkini/ moden.

BIDANG ILMU DAN TOKOH-TOKOH.


Bil Bidang Tokoh-Tokoh
Al-Khawarizmi [783-850h] Al-Battani [858-929h]
1. Matematik
Thabit bin Qurrah [856-901h] Umar bin Khayyam [1045-1121h]
Sains dan Jabir binn Hayyan [778h] Al-Razi [865-925h]
2.
Perubatan Al-Bairuni [973-1048h] Ibnu Sina [980-1037h]
Al-Kindi [809-873h] Al-Ghazali [1058-1111h]
3. Falsafah
Al-Farabi [870-950h] Ibnu Rusyd [1126-1198h]
TAMADUN PQS TINGKATAN 5
STe (Assoc) NDr Muhd Rosdi bin Abdullah

KESAN DAN SUMBANGAN ILMU TERHADAP TAMADUN MANUSIA.


1. Membongkar rahsia kebesaran Allah Taala dan mengagungkannya.
2. Memudahkan manusia menjalankan urusan kehidupan seharian mereka.
3. Meningkatkan taraf ekonomi sesbuah Negara.
4. Menyatupadukan manusia daripada pelbagai agama, keturunan dan warna kulit.

Soalan penilaian;
1. Nyatakan bidang ilmu yang diterokai pada zaman Khilafah Bani Umayyah dan Khilafah Bani
Abasiyah.
2. Jelaskan faedah mempelajari Ilmu Matematik, sains dan lain-lain.
3. Terangkan perkembangan ilmu matematik, sains pada zaman Khilafah Bani Abasiyah.
4. Namakan tiga tokoh serta bidang ilmu yang diterokai mereka.
5. Huraikan kesan dan sumbangan ilmu terhadap tamadun manusia.

Anda mungkin juga menyukai