Anda di halaman 1dari 14

Tarbiyyah Ruhiyyah

Penulis: YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh


Ketua DMPM

Muqaddimah:
Manusia adalah ciptaan Allah SWT yang paling istimewa berbanding
makhluk-makhluk Allah yang lain. Walaupun makhluk-makhluk Allah SWT yang
lain lebih besar dan hebat saiznya daripada manusia, seperti langit, bumi, lautan,
tumbuh-tumbuhan dan lain-lain, namun Allah SWT memberikan sifat-sifat khusus
untuk manusia yang membolehkannya menanggung amanah Allah SWT yang
tidak mampu ditanggung oleh makhluk-makhluk yang lain. Ketidakmampuan
makhluk-makhluk lain menerima amanah ini dapat dilihat menerusi firman Allah
SWT,

َ‫ض َو ْال ِج َبا ِل فَاَبَيْنَ ا َ ْن ي َّْح ِم ْلنَ َها َواَ ْشفَ ْقن‬ ِ ‫ت َو ْاْلَ ْر‬ ِ ‫علَى السَّمٰ ٰو‬َ َ‫ضنَا ْاْلَ َمانَة‬ ْ ‫ع َر‬ َ ‫اِنَّا‬
‫ظلُ ْو ًما َج ُه ْو ً اْل‬ ُ ُۗ ‫س‬
َ َ‫ان اِنَّهٗ َكان‬ ِ ْ ‫ِم ْن َها َو َح َملَ َها‬
َ ‫اْل ْن‬
“Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan
gunung-gunung; tetapi semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka
khawatir tidak akan melaksanakannya (berat), lalu dipikullah amanah itu oleh
manusia. Sungguh, manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh.”
[Al-Ahzab: 72]

Tugasan manusia
Manusia dicipta Allah SWT dengan sebaik kejadian bagi menyempurnakan
tugasan kekhalifahan yang disanggupinya sejak alam ruh lagi. Allah SWT bertanya
kesanggupan manusia dengan firmannya,

ُ‫علَ ٰى أَ ْنفُ ِس ِه ْم أَلَ ْست‬


َ ‫ور ِه ْم ذُ ِريَّتَ ُه ْم َوأَ ْش َه َد ُه ْم‬ ُ ‫َو ِإ ْذ أَ َخ َذ َرب َُّك ِم ْن بَنِي آ َد َم ِم ْن‬
ِ ‫ظ ُه‬
َ‫ع ْن ٰ َه َذا غَافِ ِلين‬َ ‫ش ِه ْدنَا ۛ أَ ْن تَقُولُوا يَ ْو َم ْال ِقيَا َم ِة إِنَّا ُكنَّا‬
َ ۛ ‫ِب َر ِب ُك ْم ۖ قَالُوا بَلَ ٰى‬

1
“Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari
sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya
berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau
Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari
kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-
orang yang lalai terhadap ini (keesaan Tuhan)".”
[Al-Araf: 172]
Manusia dibekalkan oleh Allah SWT, bukan sekadar fizikal luaran yang
indah. Tetapi juga dalaman atau jiwa yang menguasai aktiviti kehidupan
sehariannya. Sangat penting bagi setiap manusia memberikan tumpuan dan
pemeliharaan yang betul kepada kedua-dua unsur tersebut iaitu fizikal dan
spiritual, ataupun tubuh badan dan jiwa rohani. Kedua-dua unsur ini perlu
dipelihara dan diberi makanan yang sesuai mengikut fitrah kejadian masing-
masing. Bahkan unsur dalaman atau rohani manusia sangat-sangat perlu dititik
beratkan lebih daripada unsur fizikal atau luaran. Ini berdasarkan sabda baginda
Rasullulah SAW yang bermaksud,
“Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Sekirannya daging itu
baik, maka baiklah seluruhnya. Apabila ia buruk, maka buruklah segalanya,
ketahuilah itulah yang dikatakan hati.”
[HR Bukhari & Muslim]
Sabda Rasullulah SAW ini mengingatkan kita bahawa hati atau ruh manusia
amat berperanan dalam menentukan kebaikan dan kejahatan dirinya.

Didikan hati
Oleh itu amatlah penting hati yang menjadi raja dalam jasad manusia,
diberikan asuhan dan didikan, agar ia dapat membawa manusia ke jalan yang
diredhai Allah SWT.
Pengarang kitab Petunjuk Nabawi bagi Hati, Dr Sharaf al-Qudha
mengkategorikan hati kepada beberapa bahagian. Antaranya ialah hati yang
sejahtera, hati yang sakit dan hati yang mati.
Hati yang sejahtera adalah hati yang sentiasa memilih kebaikan dan
keredhaan Allah SWT sahaja. Manakala hati yang sakit ialah hati yang cenderung
kepada kejahatan dan kemurkaan Allah SWT. Hati yang mati pula, adalah hati

2
yang sukar diubati lagi, kerana ia telah tertutup dengan kesesatan dan tidak
berdaya menerima perintah Allah SWT. Allah SWT berfirman yang menjelaskan
mengenai hati yang mati ini,

‫ع ٰلى نُ ْو ٍر ِ ِّم ْن َّربِِّ ٖه ُۗفَ َو ْي ٌل ِلِّ ْل ٰق ِسيَ ِة قُلُ ْوبُ ُه ْم ِ ِّم ْن‬
َ ‫ْل ْس َْل ِم فَ ُه َو‬ِ ْ ‫ص ْد َر ٗه ِل‬ ‫اَفَ َم ْن ش ََر َح ه‬
َ ُ‫ّٰللا‬
ٰٰۤ ُ
‫ض ٰل ٍل ُّم ِبي ٍْن‬َ ْ ‫ي‬ ‫ف‬
ِ ‫ك‬
َ ‫ى‬ ‫ِذ ْك ِر ه‬
ِٕ ‫ّٰللاِ ُۗ ا‬
‫ول‬
“Maka apakah orang-orang yang dibukakan hatinya oleh Allah untuk (menerima)
agama Islam lalu dia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang
hatinya membatu)? Maka celakalah mereka yang hatinya telah membatu untuk
mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata.”
[Az-Zumar: 22]

Definisi
Tarbiyyah Ruhiyyah bolehlah dimaksudkan sebagai satu proses membentuk
dan mendidik hati atau ruh manusia agar sentiasa ingat, hampir dan rapat dengan
penciptanya yang Maha Esa, iaitu Allah SWT. Seperti kehendak Allah SWT dengan
firmannya,

‫علَ ْي ِه ْم ٰا ٰيتُهٗ زَ ادَتْ ُه ْم‬ ْ ‫ت قُلُ ْوبُ ُه ْم َواِذَا ت ُ ِل َي‬


َ ‫ت‬ ‫اِنَّ َما ْال ُمؤْ ِمنُ ْونَ الَّ ِذيْنَ اِذَا ذُ ِك َر ه‬
ْ َ‫ّٰللاُ َو ِجل‬
َ‫ع ٰلى َر ِبِّ ِه ْم َيت َ َو َّكلُ ْو ان‬
َ ‫اِ ْي َمانًا َّو‬
“Sesungguhnya orang-orang yang sempurna imannya adalah mereka yang apabila
disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementar hatinya, dan apabila dibacakan
ayat-ayat-Nya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada
Tuhan mereka bertawakal.”
[Al-Anfal: 2]
Hati atau ruh yang sentiasa terpaut kepada Allah SWT, adalah merupakan
usaha yang mesti dilakukan sedaya-upaya oleh setiap diri yang inginkan
kebahagiaan dan kerjayaan di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT,

‫ي ٰٰ ْٰٓاَيُّ َها الَّ ِذيْنَ ٰا َمنُوا اتَّقُوا ه‬


َ ‫ّٰللاَ َوا ْبتَغُ ْْٓوا اِلَ ْي ِه ْال َو ِس ْيلَةَ َو َجا ِهد ُْوا ِف ْي‬
‫س ِب ْي ِل ٖه لَعَلَّ ُك ْم‬
َ‫ت ُ ْف ِل ُح ْون‬

3
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan
yang (boleh) mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah (berjuanglah) di
jalan-Nya,supaya kamu mendapat kejayaan.”
[Al-Maidah: 35]

Kepentingannya
Antara kepentingan Tarbiyyah Ruhiyyah ialah:
1. Mengukuhkan semangat juang.
Perjuangan menegakkan Islam dalam diri, keluarga, masyarakat, negara
dan dunia amnya bukanlah suatu kerja yang mudah atau dihampari dengan
permaidani merah. Ia adalah kerja yang penuh ranjau dan berliku-liku,
serta memerlukan pelbagai pengorbanan. Ada waktu jiwa merasa
kepenatan, kekecewaan, kekeliruan dan sebagainya, seperti firman Allah
SWT dalam mentarbiyyah generasi Islam awalan:
َ ‫سنُ ْل ِق ْي‬
‫علَي َْك قَ ْو ًْل ثَ ِقي ًْْل‬ َ ‫اِنَّا‬
“Sesungguhnya Kami akan menurunkan wahyu yang berat
(Al-Quran) kepadamu.”
[Al-Muzammil: 5]

Segala titah perintah Allah SWT di dalam Al-Quran, bukanlah suatu


perkara yang mudah untuk ditunaikan. Bahkan ia susah diterima, kerana
bertentangan dengan nafsu manusia. Ia hanya akan dapat dilaksanakan
oleh manusia beriman yang mahu meraih keuntungan di dunia dan akhirat.
Ia juga akan diperjuangankan dengan bersungguh-sungguh tanpa ragu-ragu
oleh mereka yang benar-benar beriman dan yakin pada Allah SWT. Lalu
tarbiyyah ruhiyyah adalah jalan dan cara pengukuhan semangat juang bagi
pejuang-pejuang di jalan-Nya.

2. Mudah meraih bantuan Allah SWT


Hamba yang rapat dan dekat dengan Allah SWT, iaitu yang sentiasa
mendidik atau mentarbiyyah ruhnya untuk sentiasa mengingati dan
mentaati Nya, akan sangat mudah mendapat bantuan-Nya. Hanya dengan
bantuan dan izin Allah SWT sahajalah pejuang-pejuang akan mencapai
kejayaan. Firman Allah SWT,

4
‫ص ُر ا َِّْل ِم ْن ِع ْن ِد‬ ْ َ‫ّٰللاُ ا َِّْل بُ ْش ٰرى لَ ُك ْم َو ِلت‬
ْ َّ‫ط َم ِٕى َّن قُلُ ْوبُ ُك ْم ِب ٖه ُۗ َو َما الن‬ ‫َو َما َج َعلَهُ ه‬
‫ّٰللاِ ْالعَ ِزي ِْز ْال َح ِكي ِاْم‬
‫ه‬
“Dan Allah tidak menjadikannya (pemberian bala-bantuan itu) melainkan
sebagai khabar gembira bagi (kemenangan)mu, dan agar hatimu tenang
kerananya. Dan tidak ada kemenangan itu, selain dari Allah Yang Maha
Perkasa, Maha Bijaksana.”
[Ali ‘Imran: 126]

Firman Allah SWT juga,


َ‫ّٰللاَ لَ َعلَّ ُك ْم ت َ ْش ُك ُر ْون‬
‫ّٰللاُ بِبَ ْد ٍر َّوا َ ْنت ُ ْم اَذِلَّةٌ ۚ فَاتَّقُوا ه‬ َ َ‫َولَقَ ْد ن‬
‫ص َر ُك ُم ه‬
“Dan sungguh, Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar,
padahal kamu (ketika itu) dalam keadaan lemah. Karena itu bertakwalah
kepada Allah, agar kamu mensyukuri-Nya”
[Ali ‘Imran: 123]

Firman Allah SWT lagi,


ِ ‫ّٰللاُ َم ْو ٰلى ُك ْم ۚ َو ُه َو َخي ُْر النه‬
َ‫ص ِريْن‬ ‫بَ ِل ه‬
“Tetapi hanya Allah-lah pelindungmu, dan Dialah sebaik-baik penolong.”
[Ali ‘Imran: 150]

3. Melahirkan peribadi yang berakhlak mulia, berjiwa halus dan penyayang.


Tarbiyyah ruhiyyah akan melahirkan manusia berjiwa halus dan berpribadi
mulia. Manusia ini akan menjaga hubungannya dengan Allah SWT
(hablumminallah) dan hubungannya dengan manusia (hablumminannas).
Firman Allah SWT,
ۚ ‫ارفُ ْوا‬ ُ ‫اس اِنَّا َخلَ ْق ٰن ُك ْم ِ ِّم ْن ذَ َك ٍر َّوا ُ ْن ٰثى َو َج َع ْل ٰن ُك ْم‬
َ ‫شعُ ْوبًا َّوقَبَ ٰۤا ِٕى َل ِلتَ َع‬ ُ َّ‫ٰ ْٓياَيُّ َها الن‬
‫ع ِل ْي ٌم َخبِي ٌْر‬ ‫ّٰللاِ اَتْ ٰقى ُك ْم ُۗا َِّن ه‬
َ َ‫ّٰللا‬ ‫ا َِّن اَ ْك َر َم ُك ْم ِع ْندَ ه‬
“Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang
lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-
bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenali. Sesungguhnya yang
paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa.
Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.”
[Al-Hujurat: 13]

5
Ahli-ahli gerakan Islam yang berakhlak mulia dengan berjiwa halus
dan penyayang merupakan asset berharga kerana akan mudah menarik
manusia lain untuk mengikuti kalam atau dakwahnya. Firman Allah SWT,
ِ ‫ظ ْالقَ ْل‬
‫ب َْل ْنفَض ُّْوا ِم ْن‬ َ ‫غ ِل ْي‬ ًّ َ‫ت ف‬
َ ‫ظا‬ َ ‫ت لَ ُه ْم ۚ َولَ ْو ُك ْن‬ َ ‫ّٰللاِ ِل ْن‬
‫فَ ِب َما َر ْح َم ٍة ِ ِّمنَ ه‬
‫ت‬َ ‫عزَ ْم‬َ ‫ع ْن ُه ْم َوا ْست َ ْغ ِف ْر لَ ُه ْم َوشَا ِو ْر ُه ْم فِى ْاْلَ ْم ۚ ِر فَ ِاذَا‬ َ ‫ْف‬ ُ ‫َح ْو ِل َك ۖ فَاع‬
َ‫ب ْال ُمتَ َو ِ ِّك ِليْن‬ ‫علَى ه‬
‫ّٰللاِ ُۗ ا َِّن ه‬
ُّ ‫ّٰللاَ يُ ِح‬ َ ‫فَتَ َو َّك ْل‬
“Maka berkat rahmat Allah engkau (Muhammad) berlaku lemah lembut
terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar,
tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu. Karena itu maafkanlah
mereka dan mohonkanlah ampunan untuk mereka, dan bermusyawarahlah
dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian, apabila engkau telah
membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah
mencintai orang yang bertawakal.”
[Ali ‘Imran: 159]

4. Mententeramkan jiwa dan dapat bertenang serta berkeberuntungan


dengan segala ujian kehidupan duniawi. Tarbiyyah ruhiyyah akan
melahirkan pejuang-pejuang yang berjiwa tenang dan berjaya dalam
menghadapi tribulasi perjuangan hidup ini. Firman Allah SWT,
ُ ‫ط َم ِٕى ُّن ْالقُلُ ْو‬
‫ب‬ ْ َ‫ّٰللاِ ت‬ ْ َ‫الَّ ِذيْنَ ٰا َمنُ ْوا َوت‬
‫ط َم ِٕى ُّن قُلُ ْوبُ ُه ْم بِ ِذ ْك ِر ه‬
‫ّٰللاِ ُۗ ا َ َْل بِ ِذ ْك ِر ه‬
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram
dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati
menjadi tenteram.”
[Ar-Rad’: 28]

Serta firman Allah lagi,

ُ ‫ت ُ ْف ِل‬
ٰۚ َ‫ح ْون‬ ‫ٰ ْٓياَيُّ َها الَّ ِذيْنَ ٰا َمنُ ْْٓوا اِذَا لَ ِق ْيت ُ ْم ِفئَةً فَاثْبُت ُ ْوا َوا ْذ ُك ُروا ه‬
‫ّٰللاَ َكثِي ًْرا لَّ َعلَّ ُك ْم‬
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu pasukan
(musuh), maka berteguh hatilah dan sebutlah (nama) Allah banyak-banyak
(berzikir dan berdoa) agar kamu beruntung.”
[Al-Anfal: 45]

6
5. Jalan menuju redha dan taqwallah.
Tidak dapat dinafikan tarbiyyah ruhiyyah adalah proses menjadikan
manusia menuju kondisi yang lebih cemerlang dalam segala hal. Sungguh
manusia itu telah dicipta Allah SWT sebagai makhluk yang sempurna.
Tarbiyyah ruhiyyah akan menjadikan hamba-hamba Allah tidak lari
daripada matlamat penciptaannya iaitu pengabdian yang mutlak terhadap
Allah SWT. Firman Allah SWT,
‫س ِن تَ ْق ِوي ٍْۖم‬
َ ‫سانَ فِ ْْٓي اَ ْح‬ ِ ْ ‫لَقَ ْد َخلَ ْقنَا‬
َ ‫اْل ْن‬
َ‫سافِ ِلي اْن‬َ ‫ث ُ َّم َردَ ْد ٰنهُ ا َ ْسفَ َل‬
‫غي ُْر َم ْمنُ ْو ُۗ ٍن‬
َ ‫ت فَلَ ُه ْم اَ ْج ٌر‬ ِ ٰ‫ص ِلح‬ ‫ع ِملُوا ال ه‬ َ ‫ا َِّْل الَّ ِذيْنَ ٰا َمنُ ْوا َو‬
Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-
baiknya,
kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan; maka
mereka akan mendapat pahala yang tidak ada putus-putusnya.
[At-Tin: 4-6]

Taqwa sebagai jalan


Taqwa adalah matlamat Tarbiyyah Ruhiyyah. Menurut Dr Abdullah
Nashih Uluwan dalam bukunya, Tarbiyyah Ruhiyyah ada 5 faktor penting
dalam mencapai makam taqwa. Seseorang itu perlu melalui proses-proses
berikut:

1. Mu’ahadah
Pejuang-pejuang gerakan Islam perlu sentiasa mengingati janjinya dengan
Allah SWT semasa berada di alam ruh iaitu untuk memberikan seluruh
ketaatannya kepada Allah SWT. Firman Allah SWT,
‫ع ٰلْٓى اَ ْنفُ ِس ِه ۚ ْم‬ ُ ‫َواِ ْذ اَ َخذَ َرب َُّك ِم ْۢ ْن بَنِ ْْٓي ٰادَ َم ِم ْن‬
َ ‫ظ ُه ْو ِر ِه ْم ذُ ِ ِّريَّتَ ُه ْم َواَ ْش َهدَ ُه ْم‬
‫ع ْن ٰهذَا‬ َ ‫اَلَ ْستُ بِ َر ِبِّ ُك ُۗ ْم قَالُ ْوا بَ ٰل ۛى‬
َ ‫ش ِه ْدنَا ۛاَ ْن تَقُ ْولُ ْوا يَ ْو َم ْال ِق ٰي َم ِة اِنَّا ُكنَّا‬
ٰ
ٰ‫غ ِف ِليْنَ ا‬
“Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam
dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka
(seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab:

7
"Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang
demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya
kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lalai terhadap ini (keesaan
Tuhan)"
[Al-A'raf: 172]

InsyaAllah dengan mengingati mu’ahadah ini, seseorang itu akan tetap


beristiqamah menjunjung tuntutan Islam.

2. Muraqabah
Iaitu sentiasa merasai keberadaan dan pemerhatian Allah SWT pada setiap
masa dalam setiap gerak-gerinya. Dengan adanya usaha muraqabah
pejuang-pejuang Islam tidak mudah terpengaruh dengan tarikan nafsu dan
dunia.

3. Muhasabah
Iaitu selalu memperhitungkan segala amalan yang dilakukannya. Adakah ia
dilakukan semata-mata kerana Allah SWT, atau untuk mendapat pujian
manusia atau apa-apa matlamat keduniaan. Dengan selalu bermuhasabah,
kita akan bebas daripada penyakit-penyakit hati seperti riak, hasad dengki
dan lain-lain.

4. Mujahadah
Iaitu bersungguh-sungguh melaksanakan segala ketaatan serta berusaha
melipatgandakan segala kebaikan yang telah dilaksanakan. Hal ini
menjadikan pejuang-pejuang kebenaran akan sentiasa termotivasi untuk
istiqamah dalam ketaatan.

5. Mu’aqabah
Iaitu mendenda diri sendiri apabila gagal melaksanakan amal kebajikan
yang dikehendaki. Semoga usaha mu’raqabah ini akan menjadikan kita
serik melakukan perbuatan-perbuatan dosa.

8
Pengisian Tarbiyyah Ruhiyyah
Dalam mencapai matlamat Tarbiah Ruhiyyah iaitu keintiman,
ketaqwaan dan pengabdian yang total terhadap Allah SWT, beberapa
peribadatan ini perlulah diberikan perhatian utama dengan
melaksanakannya dengan sebaik-baiknya. Amalan-amalan soleh tersebut
ialah:

1. Solat
Kedudukan solat dalam Islam adalah sangat-sangatlah penting dan utama.
Solat dikira sebagai tiang agama. Sesiapa yang mendirikannya bermakna
mendirikan agama, dan sesiapa yang tidak mendirikannya pula adalah
meruntuhkan agama.
Solat juga adalah pembatas antara iman dan kufur. Sedekat-dekat hamba
kepada Allah SWT adalah ketika sujud dalam solatnya. Matlamat solat
adalah untuk mengingati Allah SWT, seperti firmannya,
ْ ‫ص ٰلوةَ ِل ِذ ْك ِر‬
‫ي‬ ْٓ َّ ‫ْل ا ِٰلهَ ا‬
َّ ‫ِْل اَن َ۠ا فَا ْعبُ ْدنِ ا ْي َواَقِ ِم ال‬ ْٓ َ ُ‫ّٰللا‬
‫اِنَّنِ ْْٓي اَنَا ه‬
“Sungguh, Aku ini Allah, tidak ada tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku
dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku.”
[Taha: 14]

Solat adalah ibadah istimewa. Baginda SAW telah menerimanya


sendiri daripada Allah SWT di Sidratul Muntaha dalam peristiwa Isra’ Mi’raj.
Solat juga adalah pencegah perangai-perangai kekejian dan kemurkaan.
Firman Allah SWT,
َ ‫ص ٰلوةَ ت َ ْن ٰهى‬
‫ع ِن ْالفَ ْحش َٰۤا ِء‬ َّ ‫ص ٰلو ُۗةَ ا َِّن ال‬َّ ‫ب َواَقِ ِم ال‬ ِ ‫ي اِلَي َْك ِمنَ ْال ِك ٰت‬
َ ‫اُتْ ُل َما ْٓ ا ُ ْو ِح‬
َ‫صنَعُ ْون‬ْ َ ‫ّٰللاُ َي ْعلَ ُم َما ت‬ ‫َو ْال ُم ْن َك ِر َُۗولَ ِذ ْك ُر ه‬
‫ّٰللاِ ا َ ْك َب ُر َُۗو ه‬
“Bacalah Kitab (Al-Qur'an) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad)
dan laksanakanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari
(perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingat Allah (solat) itu
lebih besar (keutamaannya dari ibadah yang lain). Allah mengetahui apa
yang kamu kerjakan.”
[Al-Ankabut: 45]

Aplikasi solat adalah sebanyak 17 rakaat solat fardhu, ditambah dengan


solat-solat rawatib, solat dhuha, solat hajat dan lain-lain. Bagi lelaki muslim

9
perlulah diusahakan sedaya-upaya solat fardhu secara berjemaah di
masjid-masjid.

2. Puasa
Puasa adalah perisai diri hamba-hamba Allah SWT
Puasa Ramadhan adalah puasa yang difardhukan oleh Allah SWT untuk
menjadikan hamba-hambanya orang yang bertaqwa. Puasa juga
membentuk jiwa penyayang kepada pejuang-pejuang kebenaran. Puasa
melatih untuk bersabaran dalam berdepan dengan pelbagai gelojak nafsu.
Puasa membimbing sifat ikhlas di hati pejuang kepada Allah SWT. Lalu
puasa-puasa sunat juga sangat-sangat digalakkan untuk melaksanakannya.

3. Sedekah
Sedekah dapat membersihkan jiwa daripada kebakhilan dan cinta dunia. Ia
juga mewujudakan sifat saling menyayangi sesama insan. Sedekah
berterusan membina tawakal diri kepada kemurahan Allah SWT. Sedekah
menggamit kasih Allah SWT kepada pelaku-pelakunya.

4. Qiamullai
Solat paling utama selepas solat fardhu adalah qiamullai. Ia adalah sarana
rohani paling utama untuk dakwah Baginda SAW dan para sahabat. Salah
satu karakter utama bagi orang-orang yang beriman dan bertaqwa adalah
berqiamullai. Qiamullai juga adalah waktu mustajab berdoa dalam
mengharapkan kerjayaan perjuangan Islam. Oleh itu, peluang berqiamullai
pada setiap malam perlulah diusahakan oleh mereka yang mengharapkan
kejayaan dunia dan akhirat.

5. Zikrullah
Ia adalah perintah Allah SWT,
‫ّٰللاَ ِذ ْك ًرا َكثِي ًْر اا‬
‫ي ٰٰ ْٰٓاَيُّ َها الَّ ِذيْنَ ٰا َمنُوا ا ْذ ُك ُروا ه‬
ِ َ‫س ِبِّ ُح ْوهُ بُ ْك َرة ً َّوا‬
‫ص ْي ًل‬ َ ‫َّو‬
“Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah kepada Allah, dengan
mengingat (nama-Nya) sebanyak-banyaknya
Dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi dan petang.”
[Al-Ahzab: 41-42]

10
Zikrullah juga mendatangkan keuntungan dan kebahagian dalam
kehidupan. Firman Allah SWT,
‫ٰ ْٓياَيُّ َها الَّ ِذيْنَ ٰا َمنُ ْْٓوا اِذَا لَ ِق ْيت ُ ْم فِئَةً فَاثْبُت ُ ْوا َوا ْذ ُك ُروا ه‬
ُ ‫ّٰللاَ َكثِي ًْرا لَّ َعلَّ ُك ْم ت ُ ْف ِل‬
ٰۚ َ‫ح ْون‬
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu memerangi pasukan
(musuh), maka berteguh hatilah dan sebutlah (nama) Allah banyak-banyak
agar kamu beruntung.”
[Al-Anfal: 45]

Zikrullah juga menjauhkan diri dari sifat lalai. Firman Allah SWT,
‫عا َّو ِخ ْيفَةً َّود ُْونَ ْال َج ْه ِر ِمنَ ْالقَ ْو ِل ِب ْالغُد ِّ ُِو‬
ً ‫ض ُّر‬ َ َ‫ِك ت‬ َ ‫َوا ْذ ُك ْر َّرب ََّك فِ ْي نَ ْفس‬
َ‫صا ِل َو َْل ت َ ُك ْن ِ ِّمنَ ْال ٰغ ِف ِليْن‬ ٰ ْ ‫َو‬
َ ‫اْل‬
“Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkankan
diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, pada waktu pagi
dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.”
[Al-A’raf: 205]

Ia juga cara untuk mendapatkan ingatan Allah SWT terhadap kita.


‫ࣖ فَا ْذ ُك ُر ْونِ ْْٓي اَ ْذ ُك ْر ُك ْم َوا ْش ُك ُر ْوا ِل ْي َو َْل ت َ ْكفُ ُر ْو ِن‬
“Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku ingat (pula) kepadamu
dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) Ku”
[Al-baqarah: 152]

Kita sebenarnya amat mendambarkan ingatan Allah yang Maha Sempurna


terhadap kita. Antara zikir utama ialah istighfar sebanyak-banyaknya,
memohon keampunan daripada Allah SWT.

6. Doa
Doa adalah merupakan senjata orang-orang mu’min seperti maksud sabda
Baginda Rasullulah SAW,
“Doa adalah senjata orang mu’min, tiang bagi agama, dan Nur bagi langit
dan bumi.”
[HR Hakim]

11
Doa juga merupakan simbol ketundukan dan kerendahan diri dihadapan
Allah SWT. Doa adalah cara untuk mendapat kemakbulan hajat. Firman
Allah SWT,
َ َ‫ع ْونِ ْْٓي اَ ْستَ ِجبْ لَ ُك ْم ُۗا َِّن الَّ ِذيْنَ يَ ْستَ ْكبِ ُر ْون‬
‫ع ْن ِعبَادَ ِت ْي‬ ُ ‫ࣖ َوقَا َل َربُّ ُك ُم ا ْد‬
ِ َ‫س َي ْد ُخلُ ْونَ َج َهنَّ َم د‬
َ‫اخ ِريْن‬ َ ࣖࣖ
“Dan Tuhanmu berfirman, “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku
perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mau
menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina.”
[Ghafir: 60]

Allah SWT suka dan memerintahkan hamba-hamba-Nya berdoa kepadanya.


Firman Allah SWT,
‫َّاك نَ ْست َ ِعي ُۗ ُْن‬
َ ‫َّاك نَ ْعبُدُ َواِي‬
َ ‫اِي‬
“Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah
kami mohon pertolongan.”
[Al-fatihah: 5]

Allah SWT dekat dengan orang-orang yang berdoa. Firman Allah SWT,
ِ‫ع ا‬
‫ان‬ َ َ‫ْب دَع َْوةَ الدَّاعِ اِذَا د‬ُ ‫ْب ُۗ ا ُ ِجي‬
ٌ ‫ع ِنِّ ْي فَ ِا ِنِّ ْي قَ ِري‬ ْ ‫ساَلَ َك ِعبَاد‬
َ ‫ِي‬ َ ‫َواِذَا‬
ُ ‫فَ ْليَ ْستَ ِج ْيبُ ْوا ِل ْي َو ْليُؤْ ِمنُ ْوا ِب ْي لَ َعلَّ ُه ْم َي ْر‬
َ‫شد ُْون‬
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang
Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan
permohonan orang-orang yang berdoa apabila dia memohon kepada-Ku.
Hendaklah mereka itu memenuhi segala (perintah)-Ku dan hendaklah
mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
[Al-Baqarah: 186]

7. Selawat
Allah dan malaikat berselawat keatas orang-orang yang berselawat. Allah
memerintahkan kita orang-orang beriman untuk berselawat. Firman Allah
SWT,
ٰۤ
‫س ِلِّ ُم ْوا ت َ ْس ِل ْي ًما‬
َ ‫علَ ْي ِه َو‬ َ ‫ي ِ ٰ ْٓياَيُّ َها الَّ ِذيْنَ ٰا َمنُ ْوا‬
َ ‫صلُّ ْوا‬ َ ُ‫ّٰللاَ َو َم ٰل ِٕى َكت َهٗ ي‬
َ َ‫صلُّ ْون‬
ُِّۗ ِ‫علَى النَّب‬ ‫ا َِّن ه‬

12
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai
orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu untuk Nabi dan
ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya.”
[Al-Ahzab: 56]

Banyak berselawat sesungguhnya akan mendekatkan diri kepada


kekasih Allah iaitu Baginda SAW di hari kiamat. Kita akan mendapat syafaat
Baginda s.a.w dengan banyak berselawat. Berselawatlah setiap hari sebaik-
baiknya minima 1000x.

8. Tilawah Al-quran
Al-quran adalah kalamullah, iaitu firman-firman Allah buat manusia
mendapat maklumat daripada Allah, kita perlulah membaca dan
memahami al-quran. Al-quran merupakan mukjizat Baginda SAW yang
paling agung dan sentiasa dalam pemeliharaan Allah SWT. Firman Allah
SWT,
ُ ‫اِنَّا ن َْح ُن ن ََّز ْلنَا ال ِذِّ ْك َر َواِنَّا لَهٗ لَحٰ ِف‬
َ‫ظ ْون‬
“Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al-Qur'an, dan pasti Kami
(pula) yang memeliharanya.”
[Al-Hijr: 9]

Al-quran merupakan petunjuk sepanjang hidup kita. Firman Allah SWT,


ُّ َ‫س ٰل ِم َويُ ْخ ِر ُج ُه ْم ِ ِّمن‬
ِ ٰ‫الظلُم‬
‫ت اِلَى‬ َّ ‫سبُ َل ال‬ ُ ٗ‫ّٰللاُ َم ِن اتَّبَ َع ِرض َْوانَه‬
‫ِي ِب ِه ه‬ ْ ‫يَّ ْهد‬
‫ص َراطٍ ُّم ْستَ ِقي ٍْم‬ِ ‫النُّ ْو ِر ِب ِا ْذنِ ٖه َويَ ْه ِد ْي ِه ْم ا ِٰلى‬
“Dengan Kitab itulah (al-Quran), Allah memberi petunjuk kepada orang
yang mengikuti keredhaan-Nya ke (arah) jalan keselamatan, dan (dengan
Kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang itu dari gelap-gelita kepada
cahaya yang terang dengan izin-Nya, dan menunjukkan mereka ke jalan
yang lurus.”
[Al-maidah: 16]

13
Al-quran adalah penyelesaiaan segala masalah hidup manusia. Firman Allah
SWT,

‫ت اِلَى النُّ ْو ِر ەا ِب ِا ْذ ِن َر ِبِّ ِه ْم‬ ُّ َ‫اس ِمن‬


ِ ٰ‫الظلُم‬ ٌ ‫ٰۤال ٰر ُۗ ِك ٰت‬
َ َّ‫ب اَ ْنزَ ْل ٰنهُ اِلَي َْك ِلت ُ ْخ ِر َج الن‬
‫اط ْالعَ ِزي ِْز ْال َح ِم ْي اِد‬ ِ ‫ص َر‬ ِ ‫ا ِٰلى‬
“Alif Lam Ra. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu
(Muhammad) agar engkau mengeluarkan manusia dari kegelapan yang
gelap-gelita kepada cahaya yang terang-benderang dengan izin Tuhan
mereka, (iaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa,lagi Maha Terpuji.”
[Ibrahim: 1]

Penutup
Tarbiah ruhiyyah adalah asas pembentukan peribadi muslim unggul.
Kesungguhan penyucian jiwa seseorang maka bersihlah hati nuraninya.
Rapat hubungan dan pengharapan sebanyaknya kepada yang Maha
Berkuasa, maka tenang dan mudahlah laluan hidupnya.

Mudah-mudahan tarbiah ruhiyyah ini sentiasa menjadi pilihan dan


keutamaan aktiviti kehidupan kita, kerana ia adalah pemangkin kejayaan
hidup dunia dan akhirat. Firman Allah SWT,
‫سبُلَن َُۗا َوا َِّن ه‬
َ‫ّٰللاَ لَ َم َع ْال ُم ْح ِس ِنيْن‬ ُ ‫ࣖ َوالَّ ِذيْنَ َجا َهد ُْوا فِ ْينَا لَنَ ْه ِد َينَّ ُه ْم‬
“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami
akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah
beserta orang-orang yang berbuat baik.”
[Al-Ankabut: 69]

14

Anda mungkin juga menyukai