Anda di halaman 1dari 5

KHUTBAH JUM‘AT

TAJUK : USAHA, DOA DAN TAWAKAL


TARIKH : 2 FEBRUARI 2024 / 21 REJAB 1445
َۡ َّ
ُ ‫ٱل َح‬ ۡ
_____________________________________________________________________________________________________

:‫مد ِلل ِه القا ِئل‬


َ ‫َ ُ َ َ َ ُ ۡ َ َ ُ ُ ُ َ ۡ ُ ۡ ُ َ َ َ ُ َ ُّ َ َ ى‬ َ َ ‫ٱع َملُواِ ِفَ َس‬
ۡ ُ
‫ى‬
ِ‫ل ِٰلم‬ِ ‫ون ِوسُتدون ِإ‬ ِ ‫ولۥ ِ ِوٱلمؤمن‬
ِ ‫ٱّلل ِعملكم ِورس‬ ِ ِ ‫َيى‬ ِ ِ‫َوقل‬
َ ُ َ ُ ُ َ ُ ُ َ ُ َ َ ‫ۡ َ ۡ َ َ َى‬
ِ ِ١٠٥ِ‫نت ۡمِت ۡع َملون‬‫ٱلغيبِِ ِوٱلشهدةِِفينبئكمِبماِك‬
(Surah at-Taubah : ayat 105)

ُ.‫ َو َأ ۡش َُه ُد َأ آن ُم َح آم ًدا َع ۡب ُد ُه َو َر ُس ُوله‬، ‫يك َل ُُه‬ ُ ‫َأ ۡش َه ُد َأن آَّل إ َل ٰـ َه إ آَّل‬
َ ‫هللا َو ۡح َد ُه ََّل َشر‬
ِ ِ ِ
َ
‫ص َـح ِاب ِه َو َمن ت ِب َع ُهـم ِب ِإ ۡح َس ٍان‬ۡ ‫صـل َو َسل ۡم َع َلى َسيد َنا ُم َح آم ٍد َو َع َلى آله َو َأ‬ ‫آ‬
َ ‫الل ُه آـم‬
ِِ ِِ ِ ِ
ُ َ ‫الد‬
. ‫ين‬ ‫م‬ ‫و‬ۡ ‫إ َلى َي‬
ِ ِ ِ
َ َ ‫َ َ ُ آ‬ َُ َ ‫ ا آت ُقوا‬، ‫ َف َيا ع َب َاد هللا‬، ‫أ آما َب ۡع ُ ُد‬ َ
.‫ َوَّل ت ُموت آن ِإَّل َوأ ُنتم ُّم ۡس ِل ُمو ُن‬، ‫هللا َح آق تقا ِت ِ ُه‬ ِ ِ

SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH AZZAWAJALLA,

Bertaqwalah kepada Allah Azzawajalla dengan memelihara diri, keluarga


dan masyarakat daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah
Azzawajalla. Jangan bercakap atau bermain dengan gajet agar pahala
Jumaat tidak menjadi sia-sia. Mimbar pada hari ini membicarakan topik
“USAHA, DOA DAN TAWAKAL.”

1
SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN,
Kehidupan di dunia ini merupakan kehidupan yang sementara. Semua
makhluk akan mati dan tidak ada yang kekal. Hakikatnya, kehidupan yang
abadi ialah kehidupan akhirat. Oleh itu, semua manusia perlu mengejar
akhirat dan meletakkannya sebagai matlamat utama dalam sebarang
ikhtiar dan pekerjaan. Di sana, makhluk akan dibalas atas semua usaha
yang dilakukan semasa di dunia.
Untuk mengejar akhirat, manusia perlu melalui kehidupan di dunia
terlebih dahulu. Allah Azzawajalla tidak menciptakan manusia untuk
tujuan yang sia-sia. Oleh yang demikian, Dia Yang Maha Berkuasa,
menganugerahkan ujian kepada manusia untuk menguji tahap ketabahan
dan keimanan masing-masing. Pancaroba demi pancaroba yang dilalui
oleh manusia adalah untuk membezakan antara insan yang tahan diuji
dengan insan yang mudah mengalah. Buktinya, para anbia menerima
ujian yang lebih berat berbanding dengan manusia seperti kita kerana
kedudukan mereka yang amat mulia di sisi Allah Azzawajalla.
Bagi menghadapi pancaroba dunia, kita mesti gigih berusaha dan
meneguhkan azam supaya kehidupan ini lebih bermakna. Iltizam dan
komitmen sangat diperlukan untuk memastikan kita sentiasa teguh atas
landasan syariat. Kita tidak mahu terjatuh ke dalam lembah penghinaan
disebabkan oleh ujian yang membadai kehidupan.
Firman Allah Azzawajalla dalam surah at-Taubah ayat 105 yang
telah saya bacakan pada awal khutbah tadi bermaksud: “Beramallah,
maka Allah, rasul-Nya serta golongan yang beriman akan melihat
apa yang kamu kerjakan. Kamu akan dikembalikan kepada Allah
Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia
menjelaskan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.”

2
Menurut Imam ash-Syaukani, ayat ini memberikan rangsangan kepada
kita supaya segera melakukan amalan. Kita tidak perlu bimbang dengan
amalan tersebut kerana amalan tersebut semuanya diketahui oleh Allah
Yang Maha Melihat.

SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN,


Kita sering melihat keadaan manusia berlumba-lumba untuk menyara
kehidupan. Ada yang sanggup melakukan lebih daripada satu jenis
pekerjaan dalam sehari untuk memenuhi tuntutan seharian. Ada juga
segelintir yang terpaksa melakukan sehingga tiga pekerjaan dalam sehari
untuk menafkahi keluarga yang besar. Peluh dan keringat tidak dihiraukan
asalkan keluarga dapat menikmati makanan yang halal.
Bagi pelajar pula, guru dan ibu bapa sering memberikan motivasi
supaya mengulang kaji pelajaran untuk mendapatkan kecemerlangan
dalam ujian formatif dan sumatif serta peperiksaan yang besar seperti
SPM dan STPM. Ingatlah, walaupun pelajar begitu rajin menelaah
sampai sanggup bersengkang mata, setiap usaha yang dilakukan perlu
dikukuhkan dengan doa dan tawakal, iaitu berserah diri kepada Allah
Azzawajalla. Hanya dengan keberkatan dan rahmat Allah Azzawajalla
kejayaan yang diimpikan dapat diperoleh.
Allah Azzawajalla berfirman dalam surah at-Talaq ayat 2 hingga 3:

ََ ََََۡ ََ ُ ََۡ َ ُ ۡ َ ۡ ُُۡ ََۡ ٗ َ ۡ َ َُ َ َۡ ََ َ َ َ َ


ِ‫َع‬
ِ ِ‫ّك‬
ِ ‫بِومنِيتو‬ ُۚ ‫ِويرزق ِهِمنِحيثَِلَِيتس‬٢ِ‫لِلۥَِمرجا‬ ِ ‫ٱّللِۡجع‬ ِ ِ‫ومنِيتق‬
ٗ ۡ َ ۡ َ ُ َُ ََ َ َۡ ۡ َ ُ َ ََ َ ُُ ۡ َ َُ َ
ِ ِ٣ِ‫ٱّللِلكَِشءِٖقدرا‬ِ ِ‫ٱّللِبىلغِأمرهُِۚ ِۦِقدِجعل‬ِ ِ‫ٱّللِفه َوِحسب ِه ُۚ ِۥِإن‬
ِ
Maksudnya: “Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, iaitu
mengerjakan perintah-Nya serta meninggalkan tegahan-Nya,
nescaya Allah akan menganugerahkan untuknya jalan penyelesaian
daripada kesulitan.
3
Dia menganugerahinya rezeki daripada cara yang tidak disangka-
sangka. Sesiapa yang bertawakal kepada Allah, cukuplah Allah
sebagai penolong baginya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan
segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telah menentukan kadar
dan masa bagi setiap sesuatu yang terjadi.

Berdasarkan ayat ini, jelaslah bahawa penyelesaian bagi setiap masalah


ialah ketaqwaan kepada Allah Azzawajalla. Usahlah bergantung pada
usaha semata-mata kerana kejayaan tidak semestinya diperoleh
menerusi ikhtiar. Beruntunglah orang yang mematuhi perintah Allah
Azzawajalla kerana dia sentiasa diredhai dalam setiap tindakan.

SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN,

Antara faktor yang menghalang doa kita tidak dikabulkan oleh Allah
Azzawajalla termasuklah perbuatan dosa. Ada orang yang mengambil
hak orang lain secara batil, memakan harta anak yatim, mengamalkan
riba, riyak dalam amalan dan sebagainya, tetapi dia tidak menyedari
perbuatannya itu berdosa. Orang ini terus berdoa dalam keadaan dia
bermaksiat tanpa beristighfar, sedangkan sepatutnya dia mendahulukan
taubat sebelum memanjatkan sebarang permohonan kepada Allah
Azzawajalla.

Oleh sebab yang demikian, marilah kita membanyakkan istighfar


memohon keampunan Allah Azzawajalla dan menyesali kesilapan kita.
Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Sayidina
Abdullah bin Abbas radiallahuanhuma:
َ ُ ْ ُ ْ َُ ُ‫َ ْ َ َ ْ َْ َ َ َ َ آ‬
‫ َو ِم ْن ك ِل َه ٍم ف َر ًجا‬، ‫يق َمخ َر ًجا‬
ٍ ِ ِ ‫ جعل الله له ِمن‬، ‫من ل ِزم ِِلاس ِتغفار‬
‫ض‬ ‫ل‬‫ك‬
َ َ ُ َ
.‫ َو َر َزق ُه ِم ْن َح ْيث َّل َي ْحت ِسب‬،

4
Maksudnya: “Sesiapa yang sentiasa mengamalkan istighfar, nescaya
Allah menjadikan baginya penyelesaian bagi setiap kesulitan dan
jalan keluar bagi setiap kegelisahan. Allah juga mengurniakan rezeki
kepadanya daripada sumber yang tidak disangka.”

(Riwayat Abu Daud)

Mimbar mengambil kesempatan ini menyeru jemaah sekalian supaya


mendoakan calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia 2023 yang sedang
menghadapi peperiksaan, agar mereka dikurniai ketenangan, kelapangan
serta kejayaan oleh Allah Azzawajalla.
Mengakhiri khutbah hari ini, marilah kita mengamalkan doa seperti
yang difirmankan oleh Allah Azzawajalla dalam Surah al-Mumtahanah
ayat yang keempat:
ُ.‫ير‬ َْ َ ْ َ َ َ ْ ََ َ ْ َ َ َ ْ‫آآ َ ََ ْ َ َ َ آ‬
ُ ‫ربنا عليك توكلنا وِإليك أنبنا وِإليك اْل ِص‬
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, kami bertawakal kepada-Mu,
kepada-Mu kami bertaubat dan kepada-Mu jualah kami kembali pada
hari akhirat.”

َ ۡ َ َ ۡ ُ ‫َََ َ َ آ‬ َ ۡ ُۡۡ ۡ ُ ََ ُ َ َ َ
‫ات‬ِ ‫ ونفع ِنــي وِإياكم ِبما ِف ِيه ِمن ۡلاي‬، ‫يم‬ ُ ِ ‫بارك هللا ِلـي ولكم ِفـي القر ِآن الع ِظ‬
َ ُ َ ۡ ُ ‫َ ُ ۡ َ ََ ُ آ ُ ُ َ آ‬ ۡ ۡ َ
‫ أ ُقو ُل‬،‫يم‬ ََ
‫ َوتق آب َـل ِمن ِـي و ِمنكم ِتـَلوته ِإنه هو الس ِميع الع ِل‬، ‫الذك ِر ال َـح ِـكي ِ ُـم‬ِ ‫و‬
َ ۡ ُ ۡ َ َ ۡ ُ ۡ ۤ َ َ ۡ ُ ََ َ َ ۡ َ ُ ۡ َ ۡ ََ َ َ ۡ َ
، ‫ات‬
ُ ِ ‫ وِلسا ِئ ِر الـمس ِل ِمين والـمس ِلم‬، ‫قولِـي هذا وأستغ ِفر هللا الع ِظيم لِـي ولك ُم‬
ۤ‫َ ۡ َ ۡ ُ ُ ََ َ َۡ ۡ ُ ۡ َ ۡ َ ََ َ َ َ آ‬ ۡ ۡ ۡ ۡ
.‫التا ِئ ِب َين‬ ‫ فاستغ ِفروه فيا فوز الـمستغ ِف ِرين ويا نجاة‬، ‫ات‬ ُ ِ ‫َوال ُـمؤ ِم ِن َين َوال ُـمؤ ِم َن‬

Anda mungkin juga menyukai