Anda di halaman 1dari 5

KHUTBAH JUM‘AT

TAJUK: HUTANG MENAHAN KITA MASUK KE SYURGA


TARIKH: 27 OKTOBER 2023 / 12 RABI’UL AKHIR 1445
_____________________________________________________________________________________________________
َۡ ‫ۡ َ ُ ه‬
:‫ّلِل القا َئل‬
َ َ ‫ٱلحمد‬
ُ ۡ َ ۡ َ ُ ُ ُ ۡ َ ٗ‫َ َٰٓ َ ُّ َ ذ َ َ َ ُ ٓ ْ َ َ َ َ ُ َ ۡ َ َ َ ُّ َ ى‬
‫َل أج ٖل مسّم فٱكتبوهُۚ وۡلكتب‬ َٰٓ ِ ‫يأيها ٱَّلِين ءامنوا إِذا تداينتم بِدين إ‬
ٍ
ۡ َ ۡ ُۢ ُ َ ۡ ُ َ ۡ ‫ذ‬
ِۚ ‫بينكم َكت ِب بِٱلعد ِل‬
(Surah al-Baqarah 282)

ُ.‫ َو َأ ۡش َه ُد َأ آن ُم َح آم ًدا َع ۡب ُد ُه َو َر ُس ُوله‬،‫يك َل ُه‬ ُ ‫َأ ۡش َه ُد َأن آَّل إ َل ٰـ َه إ آَّل‬


َ ‫هللا َو ۡح َد ُه ََّل َشر‬
ِ ِ ِ
َ َ
ۡ ‫صـل َو َسل ۡم َع َلى َسي ِد َنا ُم َح آم ٍد َو َع َلى آله َوأ‬ ‫آ‬
‫صـ َح ِاب ِه َو َمن ت ِب َع ُهـم ِب ِإ ۡح َس ٍان‬ ِِ ِ ِ ِ
َ ‫الل ُهـ آم‬
.‫ين‬ َ ‫إ َلى َي ۡوم الد‬
ِ ِ ِ
َ‫َ َ َ ُ ُ آ آ َ َ ُ ُّ ۡ ُ ن‬ َُ ‫َ َ آ‬ ُ ‫آ‬ َ َ َ َ ُۡ َ ‫َآ‬
. ‫ وَّل تموتن ِإَّل وأنتم مس ِلمو‬،‫ ِاتقوا هللا حق تقا ِت ِه‬،‫ فيا ِعباد هللا‬،‫أما بعد‬

SIDANG JUM‘AT YANG DIRAHMATI ALLAH ‘AZZAWAJALLA,

Bertaqwalah kepada Allah Azzawajalla dengan memelihara diri, keluarga


dan masyarakat daripada segala perkara yang mengundang kemurkaan
Allah Azzawajalla. Jangan bercakap atau bermain dengan gajet agar
pahala Jumaat tidak menjadi sia-sia. Mimbar pada hari ini membicarakan
topik “HUTANG MENAHAN KITA MASUK KE SYURGA”.

1
SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN,
Hutang atau al-qardh )‫ (القَ ْرض‬bermaksud penyerahan sesuatu barang
atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang
tersebut atau sesuatu yang sama nilai dengannya akan digantikan
kembali kepada pemilik asal tanpa sebarang penambahan. Dalam bab
hutang, ada dua pihak yang penting, iaitu pemberi hutang atau disebut
sebagai pemiutang, dan orang yang berhutang, atau disebut sebagai
penghutang. Kedua-dua pihak yang dinyatakan ini mempunyai peranan
dalam menentukan kontrak hutang mematuhi kehendak syarak.
Tidak dinafikan, kehidupan hari ini mendesak manusia supaya
berhutang. Akan tetapi, ada manusia yang tidak berfikir semasak-
masaknya sebelum melakukan hutang. Dia berhutang untuk memenuhi
kehendak nafsu tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang. Dia
menjangkakan panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan pada tengah
hari. Hutang yang dibuat gagal dilunaskan dan akhirnya hutang pun di
sekeliling pinggang.
Hutang yang membabitkan institusi kewangan atau koperasi
mungkin mudah diuruskan kerana ada dokumen yang perlu diteliti dan
dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Keadaan ini berbeza dengan
hutang yang dilakukan dengan individu. Hutang menjadikan pemiutang
berada dalam terdesak dan kesannya turut sampai hari akhirat. Tidak
hairanlah ada penghutang tidak dapat membayar hutangnya kerana
pemiutang telah meninggal dunia dan warisnya pula sukar dikesan.
Oleh yang demikian, saya mengingatkan bahawa, hutang yang
gagal dilunaskan boleh menyebabkan penghutang menghadapi
tanggungjawab yang berat pada hari akhirat. Sabda Rasulullah SAW
dalam hadis yang diriwayatkan oleh Sayidina Abdullah bin Umar
radiallahuanhuma:

2
ُ َ َ َ ُ َ َ َ َ‫َ َ ْ َ َ َ َ َ ْ َ ْ ٌ َ َ ْ َ َ ه َ ٌ ََ ْ َ ٌ َ َ ه‬
‫الس َيئات‬‫ومن مات وعلي َه دين فليس ثم َدينار وَل َدرهم ول َكنها الحسنات و‬
Maksudnya: Sesiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki
hutang, maka pada hari akhirat tidak ada lagi urusan yang
melibatkan dinar atau dirham. Pada hari tersebut hanyalah urusan
yang melibatkan pahala kebaikan dan dosa kemaksiatan.
(Riwayat Abu Dawud)
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Sayidina Abdullah bin Umar
radiallahuanhuma juga, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Dosa
orang yang mati syahid diampunkan, kecuali hutang.
Hadis ini mengingatkan kita bahawa walaupun seseorang itu
mendapat kematian yang mulia, seperti mati syahid, dia tetap tidak
terlepas daripada membayar hutang. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh
at-Tirmizi ada menyatakan bahawa Rasulullah SAW enggan menunaikan
solat jenazah untuk si mati yang mempunyai hutang, sehinggalah sahabat
yang bernama Sayidina Abu Qatadah radiallahuanhu bersetuju
membayar bagi pihaknya.

SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN,


Hukum berhutang adalah harus sedangkan memberikan hutang
hukumnya sunat. Meskipun demikian, ada beberapa hukum yang
berkaitan dengan hutang yang perlu kita fahami:
1) Haram memberikan hutang kepada orang yang diketahui akan
menggunakan hutang tersebut untuk tujuan yang haram seperti
judi, meminum arak, dadah dan sebagainya.
2) Makruh memberikan hutang kepada orang yang diketahui akan
menggunakan hutang tersebut untuk tujuan yang tidak bermanfaat
atau membazir. Makruh juga memberikan hutang kepada orang
yang diketahui tidak mampu melunaskan hutangnya.

3
3) Wajib memberikan hutang kepada orang yang amat memerlukan
untuk menampung keperluan asas bagi diri dan tanggungannya.
Dia pula tidak ada cara yang lain untuk mengatasi keperluannya
yang mendesak itu melainkan dengan cara berhutang.

Pastikan transaksi hutang dicatat oleh saksi yang adil dalam


dokumen yang difahami oleh penghutang dan pemiutang bagi
mengelakkan sebarang penipuan. Jika tidak, dibimbangkan ada pihak
yang dizalimi, sama pemberi hutang atau penghutang.

SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN,


Atas kesedaran betapa pentingnya soal hutang diuruskan dengan baik,
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan ada menyediakan kemudahan bagi
umat Islam negeri ini di bawah salah satu Bahagian MAINS. Selaku
pemegang amanah harta umat Islam, MAINS boleh menerima
pembayaran hutang dengan tujuan untuk menyerahkan harta yang
diamanahkan apabila dituntut oleh tuannya. Sungguhpun demikian,
pelunasan hutang kepada MAINS tertakluk pada hutang-hutang yang
gagal disampaikan kepada pemiutang seperti dalam keadaan yang
berikut:
1) Pemiutang dan waris gagal dikesan.
2) Hutang kepada orang bukan Islam yang tidak dapat dikesan.
3) Deposit pembantu rumah yang gagal dikesan atau telah pulang ke
negara asal.
4) Pemiutang yang meninggal dunia tetapi tiada waris atau warisnya
tidak dapat dikesan.
5) Deposit atau pampasan pekerja yang tidak dapat dikesan.
6) Hasil jualan yang tidak dapat dibayar kepada peniaga;
7) Hutang dengan kedai yang telah tidak wujud.

4
8) Hutang kepada pembekal barangan yang tidak dapat dikesan.

Sebagai pemegang amanah MAINS juga bertangungjawab sepenuhnya


antaranya:
1. MAINS akan membayar semula jika pemiutang atau warisnya datang
menuntut haknya.
2. MAINS mengambil tanggungjawab memastikan pemiutang mendapat
hak.
3. MAINS akan memastikan duit yang tidak dituntut setelah diwarwarkan
akan digunakan untuk kepentingan umum sekiranya duit tersebut tidak
dituntut dalam tempoh tertentu.

SIDANG JUM‘AT YANG DIMULIAKAN,


Mengakhiri khutbah, marilah kita mengamalkan doa yang berikut, semoga
Allah Azzawajalla menyelamatkan kita daripada belenggu hutang:
َْ ْ ُ َ ْ ْ ُ َ ‫ه‬
‫ َوأ ُعوذ َب َك َم ْن ال َع ْج َز َوالك َسل‬, ‫الل ُه هم َإ َني أ ُعوذ َب َك َم ْن ال َه َم َوال َح َز َن‬
َ ْ َ َ ْ‫ََ ُ ُ َ ْ َََ ه‬ ْ ُْ َ ُْ ْ ْ َ ُ ُ ََ
‫الرج َال‬
َ ‫ وأعوذ َبك َمن غلب َة الدي َن وقه َر‬, ‫وأعوذ َبك َمن الجب َن والبخ َل‬
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu
daripada kedukaan dan kesedihan, sifat lemah dan malas, sifat
pengecut dan bakhil, serta bebanan hutang dan penindasan
manusia.”

‫ات‬ َ ‫ َو َن َف َعن ـي َو إ هي ُاك ۡم ب َما فيه م َن ۡاۡل‬،‫هللا لـي َو َل ُك ۡم فـي ۡال ُق ۡرآن ۡال َعظيم‬
‫ي‬ ُ ‫َبا َ َك‬
‫ر‬
َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ
ُ‫ َأ ُقول‬،‫يم‬ ‫نك ۡم تـ ََل َو َت ُه إ هن ُه ُه َو ه‬
ُ ‫السم ُيع ۡال َعل‬ ُ َ
‫م‬‫و‬ ‫ي‬ ‫ـ‬ ‫ن‬‫م‬ ‫ل‬َ ‫ـ‬‫ب‬‫ َو َت َق ه‬،‫َوالذ ۡكر ۡالـ َحـكيـم‬
َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ
َ ۡ ُ ۡ َ َ ۡ ُ ۡ ۤ َ َ ۡ ُ ََ َ َ ۡ َ ُ ۡ َ ۡ ََ َ َ ۡ َ
،‫ات‬ َ ‫ و َلسا َئ َر الـمس َل َمين والـمس َلم‬،‫قولَـي هذا وأستغ َفر هللا الع َظيم لَـي ولكم‬
َ ۤ ‫َ ۡ َ ۡ ُ و ُ َ َ َ ۡ َز ۡ ُ ۡ َ ۡ َ َ َ َ َ َ ه‬ َ ۡ ُۡ َ َ ۡ ُۡ َ
.‫ فاستغ َفر ه فيا فو الـمستغ َف َرين ويا نجاة التا َئ َبين‬،‫ات‬ َ ‫والـمؤ َم َنين والـمؤ َمن‬
5

Anda mungkin juga menyukai