Anda di halaman 1dari 9

KHUTBAH JUMAAT

“JANGAN SEMBUNYIKAN LAFAZ TALAK”


(20 Ogos 2021M/ 11 Muharram 1443H)
___________________________________________________________________________________________________________________

‫ أَ ْش َه ُد أَ ْن ََل إِلَـّٰوَ إَِلَّ اهللُ َو ْح َد ُه‬.‫ـح ِمْي ِد‬ ‫ل‬


ْ
َ ِّ ‫ا‬ ‫ِن‬ ِ ‫غ‬
َ ْ‫ل‬ ‫ا‬ ِ ّ‫ اَلْـحم ُد لِّٰل‬،‫اَلْـحم ُد لِّٰلّ ِو‬
‫و‬ َْ َْ
‫ـح َّم ًدا‬ ‫م‬ ‫ا‬َ‫ن‬‫د‬ ‫ي‬
ِّ‫س‬ َّ
‫َن‬ ‫أ‬ ‫د‬ ‫ه‬ ‫ش‬
ْ َ‫أ‬
‫و‬ . ‫د‬
ٌ ‫ي‬ ِ
‫ه‬ ‫ش‬ ‫ء‬ٍ ‫ي‬ ‫ش‬ ‫ل‬ ‫ك‬
ُ ‫ى‬ ‫ل‬
َ ‫ع‬ ‫و‬ ‫ى‬ ‫و‬ ، ‫و‬ َ‫ل‬ ‫ك‬ ‫ي‬ِ
‫ر‬ ‫َلَ َش‬
َُ َ َ ُ َ َ ْ َ ْ َ ِّ َ ُ
َ َ ُ َ ْ
.‫الس ِديْ ِد‬
َّ ‫الر ْْحَِة َوالْ َق ْوِل‬
َّ ِ‫ث ب‬ ُ ‫َعْب ُدهُ َوَر ُس ْولُوُ الْ َـمْبـعُ ْو‬
.‫ص ْحبِ ِو َو َسلِّ ْم تَ ْسلِْي ًما َكثِْيـًرا‬ ََ ‫و‬ ِِ‫اَللَّه َّم ص ِّل علَى سيِّ ِدنَا مـح َّم ٍد وعلَى آل‬
‫و‬ ََ َ ُ َ َ َ ُ
‫ اِتَّـ ُق ْوا اهللَ َح َّق تُـ َقاتِِو َوَلَ تَ ُـم ْوتُ َّن إََِّل َوأَنْـتُ ْم‬،‫اهلل‬ِ ‫ فَـيا ِعباد‬،‫أ ََّما بـع ُد‬
َ َ َ َْ
.‫ُم ْسلِ ُم ْو َن‬
Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kepada Allah
subhanahu wata‟ala dengan menunaikan segala perintahNya dan
meninggalkan segala laranganNya. Semoga kita beroleh kejayaan,
kebahagiaan dan keselamatan di dunia dan di akhirat. Marilah kita
bersama-sama mendengar dan menghayati khutbah yang bertajuk:
“Jangan Sembunyikan Lafaz Talak”.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,


Setiap pasangan yang membina mahligai rumahtangga pastinya
mendambakan kebahagiaan. Sering kali kita mendengar ucapan
bahagia ke syurga semasa meraikan ulangtahun perkahwinan
menunjukkan harapan dan keinginan supaya ikatan perkahwinan
berkekalan selagi hayat di kandung badan. Apatah lagi, syariat
Islam menganjurkan kesatuan dalam semua perkara termasuk
1
dalam soal hubungan suami isteri. Cuba perhatikan do’a Nabi
sallallahu „alaihi wasallam berikut;

ٍ ‫عن أَِِب وائِ ٍل عن عب ِد اللَّ ِو بـِ ِمثْلِ ِو قَ َال وَكا َن يـعلِّمنَا َكلِم‬
‫ات َولَـ ْم يَ ُك ْن‬ َ ُ َُ َ َْ ْ َ َ ْ َ
‫ات‬ ‫ذ‬
َ ‫ح‬ ِ‫ (( اللَّه َّم أَلِّف بـْي قُـلُوبِنا وأَصل‬.‫يـعلِّمناى َّن َكما يـعلِّمنا التَّش ُّهد‬
َ ْ ْ َ َ ََْ ْ ُ َ َ َُ َ ُ َ ُ َُ َ ُ
)) ‫بَـْينِنَا‬
Maksudnya: Dari Abu Wa‟il dari „Abdullah disebutkan semisalnya,
kami diajarkan suatu bacaan dan tidak pernah kami diajarkan
sebagaimana diajarkan tasyahud, iaitu

‫ات بَـْينِنَا‬ ‫ذ‬


َ ‫ح‬ِ‫اللَّه َّم أَلِّف بـْي قُـلُوبِنا وأَصل‬
َ ْ ْ َ َ ََْ ْ ُ
(Ya Allah, satukanlah hati-hati kami dan perbaikilah urusan kami).”
(Hadis riwayat Imam Abu Daud)

Harapkan panas sampai ke petang tetapi hujan di tengah hari,


begitulah gambaran keadaan rumahtangga yang dibina tidak
semuanya berakhir dengan kebahagiaan sebagaimana diharapkan
dan acap kali berakhir dengan perceraian.

Penceraian atau talak sememangnya sesuatu yang dibenarkan


dalam syariat Islam. Walau bagaimanapun, ia perlu difahami
sebagai kaedah terakhir bagi menyelesaikan masalah dan
merungkaikan kemelut yang berlaku dalam rumahtangga serta
mengelak mudarat yang lebih besar jika masih hidup bersama-
sama. Ibnu Umar radiallahu anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah
sallallahu alaihi wasallam bersabda:

2
)) ‫اْلَالَِل إِ ََل اللَّ ِو تَـ َع َاَل الطَّالَ ُق‬
ْ ‫ض‬ ُ َ‫(( أَبْـغ‬
Maksudnya: Dari Ibnu „Umar radhiyallahu „anhuma, dari Nabi
shallallahu „alaihi wasallam, beliau bersabda, “Perbuatan halal yang
dibenci oleh Allah Ta‟ala adalah talak (cerai).”
(Hadis riwayat Imam Abu Daud)

Melalui hadis ini dapatlah difahami bahwa talak atau penceraian itu
tidak disukai oleh Allah karena dibimbangi akan mendatangkan
kemudaratan yang begitu banyak pada suami, isteri dan anak-anak
jika tidak diurus dengan baik.

Jika berlaku masalah dalam perkahwinan, terutamanya suami


hendaklah mengambil tindakan yang bijak dan tidak terikut-ikut
dengan emosi sehingga terkeluar perkataan cerai atau talak. Oleh
kerana urusan yang berkaitan dengan pentadbiran hal ehwal suami
isteri termasuk penceraian telah dikanunkan di bawah Undang-
undang Sarawak (Bab 43) Ordinan Undang-undang Keluarga
Islam, 2001, setiap perkara perlu dibawa ke hadapan Mahkamah
Syariah untuk diputuskan. Sesungguhnya, perlu diambil maklum
bahawa perceraian yang dilakukan di luar Mahkamah dan tanpa
kebenaran Mahkamah merupakan satu kesalahan di bawah
seksyen 128, Ordinan tersebut yang memperuntukkan bahawa,
“seseorang lelaki yang menceraikan isterinya dengan melafaz talaq
dalam apa-apa bentuk di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran
Mahkamah adalah melakukan kesalahan dan hendaklah dihukum

3
denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi
enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu”.

Berdasarkan statistik yang ada di Mahkamah Syariah Sarawak


bilangan kes cerai luar Mahkamah agak membimbangkan di mana
sepanjang tahun 2017 adalah sebanyak 863 kes, tahun 2018
sebanyak 986 kes,tahun 2019 sebanyak 1018 kes, tahun 2020
sebanyak 861 kes dan 2021 sehingga bulan Julai adalah sebanyak
418 kes.

Jika suami atau isteri merasakan telah berlaku penceraian di luar


Mahkamah, maka suami hendaklah dengan kadar segera iaitu
dalam masa tujuh (7) hari setelah perlafazan itu dibuat memohon
kepada Mahkamah untuk membuat pengesahan sama ada lafaz
yang telah dibuat itu sah atau sebaliknya menurut undang-undang
Islam. Kegagalan atau keengganan suami melaporkan penceraian
tersebut adalah satu kesalahan yang boleh diambil tindakan di
bawah Ordinan ini dan isteri berhak untuk membuat laporan dan
pengesahan kepada Mahkamah dan perbuatan menyembunyikan
talak atau cerai adalah bercanggah dengan ajaran Islam.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,


Adalah diharapkan kepada para suami agar tidak menganggap
persoalan mengenai talak sebagai soal yang remeh temeh,
sedangkan soal lafaz talak merupakan soal hukum yang perlu
diputuskan, sama ada ia sah atau telah jatuh. Peruntukan yang
berkaitan dengan pentadbiran Hal Ehwal Suami Isteri termasuk
talak atau penceraian yang termaktub di dalam Undang-Undang
4
adalah bertujuan untuk menjaga kemaslahatan hidup masyarakat
Islam bersesuaian dengan Maqasid Syariah. Oleh itu dinasihatkan
kepada masyarakat Islam terutamanya suami hendaklah mematuhi
peraturan Undang-Undang tersebut.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,


Antara intisari khutbah pada hari Jumaat penuh keberkatan ini,
mimbar menyeru kepada umat Islam seluruhnya, khususnya yang
berada di Sarawak, agar mengambil perhatian tiga perkara berikut,
iaitu:

Pertama: Lafaz talak tidak boleh dijadikan mainan atau senda


gurau kerana suatu lafaz itu ada kesannya dari segi undang-
undang Islam.

Kedua: Penggubalan undang-undang berkaitan dengan lafaz talak


ini adalah untuk menjaga kemaslahatan umat sejagat.

Ketiga: Bersegeralah membuat laporan dan memohon


pengesahan daripada Mahkamah Syariah jika telah melafazkan
talak ke atas isteri.

Sebelum mengakhiri khutbah, marilah kita bersama-sama


menghayati firman Allah subhanahu wata‟ala dalam Surah an-Nisa’,
ayat 1:

5
َ‫َالرِج ْي َِم‬
َّ ‫ان‬ َّ ‫اهلل َِمن‬
ِ ‫َالش ْيط‬ ِ ِ‫أَعُوذَُب‬
ْ
           

              

   

Maksudnya: Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan


kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu
(Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya
(isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya -
zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan
bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan
menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan
(silaturrahim) kaum kerabat, kerana sesungguhnya Allah sentiasa
memerhati (mengawas) kamu.

‫فِْي ِو ِم َن‬ ‫ َونَـ َف َع ِِن َوإِيَّا ُك ْم بِـ َما‬،‫آن الْ َع ِظْي ِم‬
ِ ‫بارَك اهللُ ِِل ولَ ُكم ِِف الْ ُقرء‬
َْ ْ َ ََ
‫الس ِمْي ُع‬
َّ ‫ إِنَّوُ ُى َو‬،ُ‫ َوتَـ َقبَّ َل ِم ِّ ِْن َوِمْن ُك ْم تَِال َوتَو‬،‫الذ ْك ِر الْـ َح ِكْي ِم‬
ِّ ‫ات و‬ ِ ‫اآلي‬
َ َ
‫َولِ َسائِِر‬ ،‫َستَـ ْغ ِفُر اهللَ الْ َع ِظْي َم ِِل َولَ ُك ْم‬ ‫أ‬
‫و‬ ،‫ا‬‫ذ‬َ
ْ َ َ ْ ْ ُْ َ ‫ى‬ ‫ِل‬ِ
‫و‬ ‫ـ‬َ‫ق‬ ‫ل‬ُ ‫و‬ ‫ـ‬
ُ ‫ق‬َ‫أ‬ . ‫م‬ ‫ي‬ ِ‫الْعل‬
‫إِنَّوُ ُى َو‬ ‫استَـ ْغ ِفُرْوُه‬
ْ َ‫ف‬ ، ِ َ‫ والْمؤِمنِْي والْمؤِمن‬،‫ات‬
‫ات‬ ُْ َ َْ ُْ َ
ِ ‫الْمسلِ ِمْي والْمسلِم‬
َ ْ ُ َ َْ ْ ُ
.‫الرِحْي ُم‬َّ ‫الْغَ ُف ْوُر‬

6
KHUTBAH JUMAAT KEDUA
___________________________________________________________________________________________________________________________

‫اهلل‬ ‫َل‬ َِّ‫إ‬ ‫و‬ ‫ـ‬


ّٰ‫ـ‬
َ ‫ل‬ِ‫إ‬ ‫َل‬
َ ‫ن‬ْ َ
‫أ‬ ‫د‬
ُ ‫ه‬ ‫ش‬
ْ َ
‫أ‬ . ‫ر‬‫َم‬ ‫أ‬ ‫ا‬ ‫م‬ ‫ك‬
َ ‫ا‬
‫ري‬ ِ‫ اَلْـحم ُد لِّٰلّ ِو َْح ًدا َكث‬.‫اَلْـحم ُد لِّٰلّ ِو‬
ُ َ َ ََ َ ً ْ َْ َْ
‫ اَل ّٰلّ ُه َّم‬.ُ‫َن َسيِّ َدنَا ُمـ َح َّم ًدا َعْب ُدهُ َوَر ُس ْولُو‬ َّ ‫ َوأَ ْش َه ُد أ‬،ُ‫ك لَو‬ َ ْ‫َو ْح َدهُ ََل َش ِري‬
‫ أ ََّما‬.‫ْي‬ ِ‫َْجع‬ ْ ‫أ‬ ِِ‫ص ِّل وسلِّم وبا ِرْك علَى سيِّ ِدنَا مـح َّم ٍد وعلَى أّٰلِِو وأَصحاب‬
‫و‬
َْ َ َ ْ َ ّٰ َ َ َ ُ َ ّٰ َ َ َ ْ َ َ َ
.‫ اِتَّـ ُقوا اهللَ َح َّق تُـ َقاتِِو لَ َعلَّ ُك ْم تُـ ْفلِ ُح ْو َن‬،‫اهلل‬
ِ ‫ فَـيا ِعباد‬،‫بـع ُد‬
َ َ َ َْ
Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Marilah kita bersama-sama sentiasa mematuhi garis panduan dan
SOP pencegahan penularan wabak Covid-19 yang telah dikeluarkan
oleh pihak berkuasa. Teruskanlah memohon keampunan dan
bermunajat kepada Allah subhanahu wata‟ala agar diangkat segera
wabak ini.

Bagi yang telah mendaftar dan mendapat janji temu suntikan vaksin
Covid-19, pastikan anda hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pada
tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Manakala bagi yang belum
mendaftar pula, segeralah berbuat demikian sebagai ikhtiar kita untuk
menyekat penularan wabak berbahaya ini di samping mencapai tahap
imuniti berkelompok.

:‫اَل‬
ّٰ َ ‫قَ َال اهللُ تَـ َع‬
           

  

7
ِ ‫ات اْألَحي‬
‫آء‬ ِ َ‫والْمؤِمنِْي والْمؤِمن‬ ِ ‫والْمسلِم‬
‫ات‬ ‫ْي‬ ِِ ِ ِ ّٰ
َْ ُْ َ َْ ُْ َ َ ُْ َ َْ ‫اَللّ ُه َّم ا ْغف ْر ل ْل ُم ْسلم‬
ِ َ‫ات ويا ق‬
‫اض َي‬ ِ ‫م ِـجيب الدَّعو‬ ‫ب‬ ‫ي‬
‫ر‬ِ ‫ق‬
َ ‫ع‬ ‫ي‬ َِ
‫َس‬ ‫ك‬
َ َّ
‫ن‬ ِ
‫إ‬ . ِ
‫ات‬ ‫و‬ ‫م‬َ‫أل‬ْ ‫ا‬
‫و‬ ‫م‬ ‫ه‬ ‫ـ‬ ‫ن‬
ْ ِ
‫م‬
ََ ََ ُ ْ ُ ٌ ْ ٌْ َْ َ ْ ُ
.‫ات‬ ِ ‫اْلاج‬
َ َْ
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kami, ibubapa kami,
ahli keluarga dan guru-guru kami. Limpahkanlah kesejahteraan,
kedamaian dan kebahagiaan kepada kami semua dalam kehidupan
di dunia dan di akhirat.

Ya Allah ! Ya Rahman ! Ya Rahim! Berikanlah taufiq dan hidayat-


Mu kepada kami semua dan juga kepada pemimpin-pemimpin
Negara kami, khasnya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong Malaysia, dan juga pemimpin-pemimpin negeri
kami, khususnya Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri
Sarawak.

Ya Allah, Ya Dzal Jalali Wal Ikram! Kabulkanlah doa kami.


Terimalah segala amal ibadah dan ketaatan kami kepada-Mu. Ya
Allah, kukuhkanlah perpaduan dan kesatuan hati kami.
Limpahkanlah ke atas kami nikmat kesihatan dan keafiatan.
Kurniakanlah kesembuhan kepada mereka yang diuji dengan
penyakit-penyakit dan bebaskanlah negara kami daripada segala
perkara yang tidak diingini dan wabak penyakit, khususnya wabak
COVID 19. Menangkanlah kami dalam memeranginya.

8
‫اج َع ْلوُ طَ ُه ًورا‬ ‫م‬ ‫ه‬ ‫ف مرضانَا ومرضى الْمسلِ ِمْي‪ ،‬اَل ّٰ‬
‫ل‬ ‫ِ‬ ‫اَل ّٰلّ ُه َّم ا ْش ِفنَا‬
‫َّ‬
‫ُْ َ ُ ْ‬‫ّ‬ ‫َ‬ ‫َ َْ‬ ‫َ‬ ‫َوا ْش َ ْ‬
‫ض ِص َّحة‪َ ،‬وِم ْن بَـ ْع ِد‬ ‫َمْن ِزلَتَـ ُه ْم‪َ ،‬وأَبْ ِدلْ ُـه ْم ِم ْن بَـ ْع ِد الْ َمَر ِ‬ ‫لَ ُـه ْم‪َ ،‬و ْارفَ ْع‬
‫الْبَ َال ِء َعافِيَة‪.‬‬
‫ْي‪ ،‬اَل ّٰلّ ُه َّم ا ْغ ِف ْر لَ ُـه ْم َو ْار َْحْ ُه ْم‪،‬‬ ‫اَل ّٰلّه َّم ارحم موتَانَا وموتَى الْمسلِ ِ‬
‫م‬
‫ُْ َ‬ ‫ُ ْ َ ْ َْ ََْ‬
‫آلخَرِة َح َسنَ ًة‬ ‫الدنْـيا حسنَةً وِِف اْ ِ‬ ‫ُّ‬ ‫ِف‬ ‫ِ‬ ‫ا‬‫وعافِ ِهم و ْاعف عْنـهم‪ .‬ربـَّنَآ أّٰتَِ‬
‫ن‬
‫َ ََ َ‬ ‫ََ ْ َ ُ َ ُْ َ‬
‫ْي‪.‬‬ ‫م‬‫ب الْعالَ ِ‬ ‫َّ‬ ‫ر‬ ‫ا‬ ‫ي‬ ‫ْي‬ ‫م‬‫وقِنَا ع َذاب النَّا ِر‪ .‬أّٰ ِمْي‪ ،‬أّٰ ِ‬
‫ْ ْ َ َ َ َْ‬ ‫َ َ َ‬
‫آء ِذي الْ ُق ْرَ ِّٰب َويَـْنـ َه ّٰى‬ ‫ان‪ .‬وإِيت ِ‬ ‫ِعباد ِ‬
‫اهلل‪ .‬إِ َّن اهللَ يَأْ ُمُر بِالْ َع ْد ِل َواْ ِإل ْح َس ِ َ َ‬ ‫ََ‬
‫اهلل‬ ‫ا‬
‫و‬ ‫ر‬ ‫ك‬
‫ُ‬ ‫ذ‬
‫ْ‬ ‫ا‬‫َ‬‫ف‬ ‫‪.‬‬ ‫ن‬
‫َ‬ ‫و‬ ‫ر‬‫ك‬‫َّ‬ ‫ذ‬
‫َ‬ ‫ت‬
‫َ‬ ‫م‬ ‫ك‬
‫ُ‬ ‫َّ‬
‫ل‬ ‫ع‬‫َ‬‫ل‬ ‫م‬ ‫ك‬
‫ُ‬ ‫ظ‬
‫ُ‬ ‫آء والْمْن َك ِر والْبـ ْغ ِي‪ .‬يعِ‬ ‫ع ِن الْ َفحش ِ‬
‫ُ َ‬ ‫ْ َ َ ُ َ َ َ ْ َ ْ ُْ‬ ‫َ‬
‫ضلِ ِو‬ ‫َ‬‫ف‬ ‫ن‬ ‫م‬‫ِ‬ ‫ه‬‫ـو‬‫ُ‬‫ل‬‫َ‬‫أ‬‫اس‬ ‫و‬ ‫‪.‬‬ ‫م‬‫ك‬‫ُ‬ ‫د‬
‫ْ‬‫ز‬‫ِ‬ ‫ي‬ ‫و‬‫ِ‬ ‫ِ‬
‫م‬ ‫ع‬ ‫ِ‬
‫الْ َع ِظْي َم يَ ْذ ُك ْرُك ْم‪َ .‬وا ْش ُكُرْوهُ َعلَ ّٰى ن َ َ ْ َ ْ ْ ُ ْ ْ‬
‫صنَـعُو َن‪ .‬أَقِْي ُموا َّ‬
‫الص َال ِة‪.‬‬ ‫َ‬‫ت‬ ‫ا‬ ‫م‬ ‫م‬
‫َُ َ ُ َ ْ ُ َ ْ‬ ‫ل‬
‫َ‬ ‫ع‬ ‫ـ‬ ‫ي‬ ‫اهلل‬ ‫و‬ ‫‪.‬‬ ‫ر‬‫ـ‬ ‫ب‬‫ك‬‫ْ‬ ‫َ‬
‫أ‬ ‫يـع ِط ُكم‪ .‬ولَ ِذ ْكر ِ‬
‫اهلل‬ ‫ُْ ْ َ ُ‬

‫‪9‬‬

Anda mungkin juga menyukai