Anda di halaman 1dari 11

JABATAN AGAMA ISLAM PERAK

KHUTBAH HARI RAYA AIDILFITRI 1438 HIJRIAH / 2017 MASIHI


BERHARI RAYA, BERKASIH SAYANG
1 SYAWAL 1438H / 25 JUN 2017M




.

.


.

.


.


!
:
)201( .



Wahai Kaum Muslimin, Wahai Orang Yang Telah Berpuasa, Wahai
Orang Yang Telah Mendirikan Malam-Malam Ramadan,
Marilah kita bersama memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga,
membasahi lidah dengan kalimah Alhamdulillah, kerana Dia-lah Allah yang
memberi hidayah, tanpanya kita tersesat. Dia-lah yang memberi kita makan,
tanpanya kita kelaparan. Dia-lah yang menjamin keselamatan kita, tanpanya

1
JABATAN AGAMA ISLAM PERAK

kita dalam keadaan berbahaya. Dia-lah yang menjadikan Hari Raya Aidilfitri
sebagai kegembiraan dunia bagi orang yang menunaikan ibadah puasa dalam
bulan Ramadan. Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah
r.a.:


.
Bermaksud: Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan iaitu
kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu dengan
Tuhannya. [Hadith Riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad]

Mimbar ingin berpesan kepada semua jemaah sekalian agar menunggu sehingga
selesai khutbah bagi menyempurnakan Solat Sunat Aidilfitri kita.





Telah berakhir bulan Ramadan, bulan puasa, bulan kesabaran dan bulan
pengampunan. Kini, menjelang bulan Syawal hari menyambut kemenangan,
hari meraikan kegembiraan bagi seluruh umat Islam. Umat Islam telah
dianugerahkan dua Hari Raya iaitu Aidilfitri dan Aidiladha. Keduanya
mengandungi pengertian kegembiraan atas kepayahan dan pengorbanan yang
telah dilalui.

Sejarah hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah SAW berhijrah
ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa
Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua
hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka
sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk
nenek mereka. Hadith riwayat Anas bin Malik menyebut:-

2
JABATAN AGAMA ISLAM PERAK

Bermaksud: Ketika Rasulullah SAW tiba di Madinah Baginda mendapati


terdapat dua hari raya yang penduduk Madinah bergembira padanya. Maka
baginda bertanya apakah dua hari ini?. Maka mereka menjawab: selama ini
kami bergembira padanya semenjak zaman jahiliah. Maka sabda Rasulullah
SAW Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu kedua hari ini dengan
yang lebih baik iaitu Hari Aidiladha dan Hari Aidilfitri. [Sunan Abi Daud:
1134]





Sidang Hadirin Hadirat Yang Dirahmati Allah,
Aidilfitri adalah perayaan ibadah. Perayaan yang disyariatkan oleh Allah
SWT ke atas umat Nabi Muhammad SAW. Meraikannya adalah wajib dan
dilarang berpuasa kepada sesiapa sahaja. Antara tuntutan dalam perayaan
Aidilfitri adalah :

1. Bertakbir, bertahmid dan bertasbih dengan suara yang kuat di tempat


terbuka mahupun di masjid dan surau bermula terbenam matahari hari
akhir Ramadan sehingga solat sunat hari raya. Firman Allah SWT dalam
Surah Al-Baqarah ayat 185:



3
JABATAN AGAMA ISLAM PERAK

Bermaksud: Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan


Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah (bertakbir) kerana
mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.

2. Sunat mandi dan makan sedikit sebelum keluar menunaikan Solat Hari
Raya.
3. Sunat mengerjakan Solat Sunat Hari Raya dan mendengar khutbahnya.

4. Sunat mengucapkan ucapan tahniah seperti



.
5. Sunat berpakaian bersih dan cantik.

Adat masyarakat kita ketika menyambut hari raya yang patut dikekalkan
antaranya:

1. Ziarah menziarahi sanak saudara dan jiran tetangga.


2. Bersedekah sebagai tanda berkongsi kegembiraan terutama kepada
kanak-kanak.
3. Bermaaf-maafan dan menjalin silatulrahmi.
4. Pulang ke rumah ibu bapa untuk menziarahi mereka dan mengeratkan tali
persaudaraan.
5. Mengadakan jamuan kepada tetamu.

Manakala larangan pula antaranya:


1. Menghabiskan masa dengan perkara sia-sia seperti melampau melayani
gajet seperti telefon, tablet dan lain-lain.
2. Berhibur dengan melanggar batasan agama.
3. Berpakaian tidak menutup aurat atau mencolok mata.
4. Bergaul bebas antara lelaki dan wanita yang bukan mahram.

4
JABATAN AGAMA ISLAM PERAK

5. Membazir makanan dan minuman.





Sidang Jemaah Muslimin Muslimat Yang Dirahmati Allah,
Sempena meraikan hari raya ini, marilah sama-sama kita meningkatkan
kasih sayang sesama Muslim serta menjauhi sengketa berpanjangan. Hayatilah
sifat sebenar Muslim yang sentiasa berkasih sayang kerana Islam adalah agama
kasih sayang. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hujurat ayat 10:

Bermaksud: Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka


damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah
agar kamu beroleh rahmat.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Anfal ayat 46:






Bermaksud: Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah
kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat
dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan
cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang yang sabar.

Juga sabda Nabi-Nya SAW:

5
JABATAN AGAMA ISLAM PERAK

Bermaksud: Orang yang penyayang akan disayangi Allah Yang Maha


Penyayang. Sayangilah siapa yang ada di atas muka bumi, nescaya kalian akan
disayangi oleh siapa yang ada di langit. [Hadith riwayat Imam At-Tirmidzi
dari Abdullah bin Amr dan dinilai hasan sahih oleh Imam At-Tirmidzi]

Untuk memotivasi sifat saling menyayangi sesama Muslim, selain dengan


menjelaskan hak dan kewajiban di antara mereka, Nabi kita Muhammad SAW
juga membuat sebuah perumpamaan yang sangat indah, tentang bagaimana
seharusnya kaum Muslimin berkasih sayang di antara mereka. Sabda Rasulullah
SAW:




.

Bermaksud: "Perumpamaan orang Mukminin dalam cinta-mencintai dan
sayang-menyayangi seperti satu tubuh. Jika salah satu anggota tubuhnya sakit,
maka seluruh anggota tubuh yang lain juga turut merasa sakit". [Hadith
riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim daripada An-Numan bin Basyir]

Bahkan Islam juga menerangkan kasih sayang boleh menjadi pengantara jalan
menuju syurga. Sabda Nabi SAW:

.
.
.


Bermaksud: Kamu tidak akan masuk syurga hingga kamu beriman. Dan
kamu tidak akan beriman hingga kamu saling mencintai. Mahukah kamu aku
tunjukkan tentang sesuatu yang jika kamu praktikkan nescaya kamu akan saling

6
JABATAN AGAMA ISLAM PERAK

mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu. [Hadith riwayat Imam Al-


Bukhari dari Abu Hurairah r.a.]

Namun, berkasih sayang sesama Muslim tidak pada perkara yang


menyalahi syariat. Kasih sayang sesama Muslim juga, tidak membawa maksud
membenci, memusuhi mahupun memerangi bukan Islam secara sembarangan.
Islam menolak sikap melampau dalam apa sahaja tindakan mahupun pemikiran.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Maidah ayat 87:



...

Bermaksud: Janganlah kamu melampaui batas, kerana Allah tidak
menyukai orang yang melampaui batas.

Perbuatan melampau seperti penganut agama lain yang membuat


provokasi mestilah dihalang demi terus memelihara keharmonian pelbagai
kaum dan pelbagai anutan agama dalam negara kita. Menghormati Islam
sebagai Agama Persekutuan harus difahami oleh mereka agar tidak ada lagi
cubaan mengadakan program-program seperti Sambutan 50 Tahun Jerusalem
Jubilee 1967. Mereka juga harus menghentikan promosi hak asasi secara salah
seperti LGBT, hak menukar agama secara bebas dan seumpamanya. Umat Islam
sentiasa bersikap baik selagimana agama dan amalan kita tidak dihina. Kata
Profesor Hamka di dalam novel Ghirah Dan Cemburu: Jika diam saat
agamamu dihina, gantikanlah bajumu dengan kain kafan. Firman Allah SWT
dalam Surah Al-Mumtahanah ayat 8:







7
JABATAN AGAMA ISLAM PERAK

Bemaksud: Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil
terhadap orang (kafir) yang tidak memerangimu dalam urusan agama dan tidak
mengusir kamu dari kampung halaman. Sesungguhnya Allah mencintai orang
yang berlaku adil.





Muslimin Muslimat Yang Berbahagia,
Oleh itu, sempena hari yang berbahagia ini, marilah kita berkasih sayang
menjalin persaudaraan demi mendapat redha Allah. Berkasih sayang demi
mengembalikan kegemilangan Islam, berkasih sayang demi menjamin
keharmonian dan keamanan negara kita khasnya, juga negara Islam seluruhnya.



.



.

KHUTBAH KEDUA




.



.


8
JABATAN AGAMA ISLAM PERAK

.



.

.
.
!

:







Bermaksud: Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang
menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari
pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia untuk menggerunkan dengan
persediaan itu, musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain
dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan
apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan
balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya.

Sidang Hadirin Dan Hadirat Yang Dirahmati Allah,


Seharusnya, kehangatan menyambut Aidilfitri tidak melalaikan kita untuk
sama-sama bermuhasabah tentang hasil tarbiah Ramadan yang baru berlalu.
Sekiranya kerja-kerja duniawi kita akan sentiasa tertanya-tanya hasilnya seperti
pokok yang ditanam telah berbuah atau belum, perniagaan yang dijalankan
dapat untung atau rugi, rumah yang dibina sudah siap atau terbengkalai.

9
JABATAN AGAMA ISLAM PERAK

Begitulah juga dengan tarbiah Ramadan mesti kita tanya sama ada berjaya
untuk melahirkan kita sebagai hamba Tuhan atau hanya setakat menjadi hamba
Ramadan sahaja.

Teruskanlah amalan soleh, teruskanlah memohon semoga Allah


menerima semua amalan yang kita lakukan sepanjang Ramadan dan teruskanlah
memohon agar semua dosa kita terampun dengan janji rahmat Allah yang lebih
luas pada Ramadan yang lalu.

Bangunkanlah kekuatan persaudaraan sesama Muslim agar Islam kembali


kuat dan gemilang. Binalah budaya ilmu untuk mengembalikan ketamadunan
Islam yang telah menjadi sejarah. Persediaan inilah yang lebih baik bagi kita
menghadapi musuh yang berterusan cuba melemahkan Islam.




.

.

.


.







10
JABATAN AGAMA ISLAM PERAK


.


.





.
.
(
)201


.

.

JABATAN AGAMA ISLAM PERAK


TINGKAT 3, KOMPLEKS ISLAM DARUL RIDZUAN,
JALAN PANGLIMA BUKIT GANTANG WAHAB, 30000 IPOH,
PERAK DARUL RIDZUAN
[Tel: 05-208 4800 ]Faks: 05-255 5512

11

Anda mungkin juga menyukai