Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA MESYUARAT AGUNG PIBG 2023

‫الر ِح ْي ِم‬
َّ ‫الر ْح َم ِن‬
َّ ‫هللا‬
ِ ‫ِب ْس ِم‬
‫سيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه‬
َ ‫سالَ ُم َعلَى‬
َّ ‫صالَة َُوال‬ َّ ‫ َوال َعاقِبَة لِ ْل ُمتَّقِيْنَ َوال‬ ,  َ‫ب ال َعالَ ِميْن‬
ِّ ‫اَ ْل َح ْم ُد هللِ َر‬
َ‫ص َحابِ ِه َأ ْج َم ِعيْن‬
ْ ‫َوَأ‬
Segala puji bagi Allah S.W.T. , selawat dan salam ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad s.a.w dan ke atas keluarga serta para
sahabat baginda sekalian.
‫يَا هللاُ يَا َك ِريم يَا َو ُدود‬
Berkati dan rahmatilah mesyuarat agung Persatuan Ibubapa dan
Guru Sekolah Kebangsaan Malim Nawar kali ke ____. Satukanlah
hati-hati kami dalam usaha mendaulatkan ilmu pengetahuan dalam
kehidupan. Kukuhkanlah kesatuan dan kerjasama antara kami
demi merealisasikan visi dan misi sekolah yang kami cintai ini.
Teguhkanlah muafakat  dan eratkan silaturrahim sepanjang kami
bermesyuarat. Hindarilah kami daripada api permusuhan, dendam
kesumat,  pertelingkahan pendapat dan anasir-anasir  negatif yang
merosakkan perpaduan kami.
‫ت‬
ِ ‫ َو يَا َرافِ َع الد ََّر َجا‬  ‫اجات‬
َ ‫الح‬ ِ َ‫اللّ ُه َم يَا ق‬
َ ‫اض َي‬

Berkatilah usaha-usaha kami , di dalam menjadikan sekolah ini


sekolah yang terbaik untuk anak-anak kita, InsyaAllah ; sekolah
yang melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dunia mahupun di
akhirat.
‫ب العاَلَ ِمين‬
َّ ‫يَا َرح َمن يَا َر ِحيم يَا َر‬
Perbaikilah segala kesilapan dan kelemahan serta tunjukkanlah
kami jalan kemajuan,kemakmuran dan kesejahteraan.
  ‫يَا هللاُ يَا فَتاَّح يَا عَليم‬
Kurniakanlah kepada kami kebijaksanaan di dalam mengurus dan
mentadbir persatuan ini. Hiasilah diri kami dengan sifat
mahmudah dan muliakanlah kami dengan ketakwaan dan
perelokkanlah diri kami dengan kesejahteraan.
َ‫ َوال‬، ‫ص ْو ًما‬ ُ ‫ َوتَفَ ُّرقَـَنَا ِمنْ بَ ْع ِد ِه تَفَ ُّرقا ً َم ْع‬، ‫اج َع ْل َج ْم َعنَا َه َذا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًما‬ ْ ‫ اَللَّ ُه َّم‬ 
. ‫شقِيًّا َوالَ َم ْط ُر ْو ًدا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما‬ َ ‫ت َْج َع ِل اللَّ ُه َّم فِ ْينَا َوالَ َم َعنَا َوالَ َمنْ يَ ْتبَ ُعنَا‬
َ ‫س َنة ًَوقِ َنا َع َذ‬
‫اب ال َّنار‬ َ ‫س َنة ً َوفِي األخ َِر ِة َح‬ َ ‫ِ ر َّب َنا َءا ِت َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح‬
َ
‫هَّلِل ِ َر ِّب ال َعالَ ِم ْين‬ ‫ َوا ْل َح ْم ُد‬، ‫سلَّ َم‬
َ ‫ص ْحبِ ِه َو‬ َ ‫ َءالِ ِه ِ َو‬ َ  ‫صلَّى هللاُ َعلَى ُم َح َّم ٍد َو َعلَى‬ َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai