Anda di halaman 1dari 2

TEKS DOA MAJLIS PERKAHWINAN / WALIMATUL URUS

Bacaan Al-Fatihah.

Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Ampunkanlah Dosa-Dosa Kami, Berikanlah Taufik


Dan Hidayah Kepada Jiwa-Jiwa Kami Dan Orang-Orang Yang Kami Sayangi. Ya
Allah Tuhan Yang Sangat Banyak Memberi, Janganlah Kamu Memalingkan Hati
Kami Setelah Engkau Memberi Petunjuk Kepada Kami Dan Berikanlah Kami
Rahmatmu Yang Besar.

Ya Allah, Sesungguhnya Hati-Hati Ini Berkumpul Kerana Mengasihi Mu Dan Ingin


Mencari Keredhaanmu. Wahai Tuhanku, Kayakanlah Kami Dengan Ilmu, Hiasilah
Kami Dengan Ketenangan Jiwa Dan Muliakanlah Kami Dengan Takwa Dan
Elokkanlah Kami Dengan Akhlak Yang Baik.

Ya Allah, pada hari yang berkat ini, kami berhimpun di majlis ini sebagai tanda
kesyukuran kami di atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan
yang diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai dengan selamat dan
sempurna bagi pernikahan anakanda mereka (MUHAMMAD FAIZ BIN
MUHAMMAD ROSLI dengan pasangan pilihannya HASNITA BINTI ASMAWI)

Ya Allah, Berkatilah Majlis Perkahwinan Ini, Limpahkanlah Baraqah Dan Rahmat


Kepada Kedua Mempelai Ini.

Page 1 of 2
Kurniakanlah Mereka Zuriat Yang Soleh Dan Solehah. Kekalkanlah Jodoh Mereka
Di Dunia Dan Di Akhirat Dan Sempurnakanlah Agama Mereka Dengan Berkat
Ikatan Ini. Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakan Rahmat Kepada Pengantin Suami
Isteri Agar Kekal Abadi, Aman Damai Yang Berkekalan Di Alam Rumahtangga,
Sihat Walafiat, Dimurahkan Rezeki Dan Dilanjutkan Usia Serta Mendapat Syafaat
Daripada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Berkat keagungan-Mu dan sifat Rahim-Mu Ya Allah, kami memohon agar


peliharakanlah kami dari malapetaka dan mara bahaya. Daripada Sifat Buruk
Manusia Yang Berniat Serong serta jauhilah kami dari segala keburukan yang
akan menimpa sama ada berupa peringatan mahupun ujian yang tidak dapat
diduga. Jika ia berupa ujian, maka kurniakanlah kepada kami ketabahan dan
kesabaran. Jika ia berupa peringatan maka ampunilah kami sebelum ia
mendatang.

Ya Allah, Kami memohon rahmat-Mu agar dikurniakan keampunan, keberkatan


dan sihat wal-afiat kepada seisi keluarga, tuan rumah dan sekalian tetamu yang
hadir bagi meraikan dan memeriahkan majlis yang diberkati ini.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan ini satu pertemuan yang dirahmati dan


perpisahan kami pula selepas ini, satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi.

Page 2 of 2

Anda mungkin juga menyukai