Anda di halaman 1dari 1

DOA DI MAJLIS PERKAHWINAN/WALIMATUL URUS Salam..................Assalamualaikum........

* kepada yang beragama islam diminta untuk menadah tangan semasa bacaan doa dan yang bukan beragama islam di persilakan untuk turut sama bertafakur mengikut ajaran agama masing-masing. Bacaan Al-Fatihah. Doa pembukaan Alahamdulillah hi rabbil alamin..hamdan haamidin...... Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Ampunkanlah Dosa-Dosa Kami, Berikanlah Taufik Dan Hidayah Kepada Jiwa2 Kami Dan Orang-Orang Yang Kami Sayangi. Ya Allah Tuhan Yang Sangat Banyak Memberi, Janganlah Kamu Memalingkan Hati Kami Setelah Engkau Memberi Petunjuk Kepada Kami Dan Berikanlah Kami Rahmatmu Yang Besar. Ya Allah Ya Karim, Sesungguhnya Hati-Hati Ini Berkumpul Kerana Mengasihi Mu Dan Ingin Mencari Keredhaanmu. Wahai Tuhanku, Perbaikanlah hubungan diantara kami, dan jinakanlah hati-hati diantara kami, dan tunjukkanlah jalan yang baik kepada kami dan berilah kami kejayaan dari sesuatu yang sukar kepada yang senang.Jauhkanlan kami dari keburukan samada yang zahir atau tersembunyi. Ya Allah, Berkatilah Majlis Perkahwinan Ini, Limpahkanlah Baraqah Dan RahmatMu Kepada Kedua Mempelai Ini, RAMLI BIN SUBUH DAN PASANGANYA NORLIZA BT ASRI. Kurniakanlah Mereka Zuriat Yang Soleh Dan Solehah. Kekalkanlah Jodoh Mereka Di Dunia Dan Di Akhirat, Dan Sempurnakanlah Agama Mereka Dengan Berkat Ikatan Ini. Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakan Rahmat Kepada Pengantin, Suami Isteri Agar Kekal Abadi, Aman Damai Yang Berkekalan Di Alam Rumahtangga, Sihat Walafiat, Dimurahkan Rezeki Dan Dilanjutkan Usia Serta Mendapat Syafaat Daripada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Ya Allah, Satukanlah Hati Kedua Mempelai Ini, Seperti Engkau Satukan Hati Adam Dan Hawa, Yusuf Dan Zulaikha, Sulaiman dan Balqis Dan apatah lagi Seperti Engkau Satukan Hati Muhammad Saw Dan Siti Khadijah. Semoga Allah Memberi Barakah Kepada pasangan pengantin ini RAMLI BIN SUBUH DAN PASANGANYA NORLIZA BT ASRI Dengan Kebaikan dan keberkatan. Ya Allah... Ya zaljalaali wal Ikram, Pada hari ini juga kami merafa'kan kesyukuran kepadaMu Ya Allah, di samping majlis yang serba indah ini, kami merasa amat beruntung dan bertuah kerana Kami dikunjungi oleh tetamu yang amat di alukan akan kedatangan mereka,Moga-moga kehadiran mereka akan menambah seri dan menyemarakkan lagi keberkatan majlis ini.Berkatilah tuan majlis ini Encik Asri b Shamsi dan keluarga serta Encik subuh b Haji Dorahman dan isterinya Puan Jurum bt Sahak. , kurniakanlah kepada mereka seisi keluarga kemurahan rezeki yang halal serta di berkati olehMu Ya Allah. Allahummaj al Jam'anaa, jam'an marhuuma....watafarruqnaa mim ba'dihi tafarruqqan ma'suuma.Jadikanlah pertemuan kami pada majlis ini, pertemuan yang diberkati dan perpisahan kami selepas majlis ini perpisahan yang baik dan tanpa dosa. Rabbanaa aatina..........Amin yan Rabbal a'lamin.

Anda mungkin juga menyukai