0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
513 tayangan4 halaman

Skrip Majlis Pertunangan Tradisional

1. Mengalu-alukan kedatangan rombongan pihak lelaki dan memulakan majlis pertunangan secara rasmi dengan bacaan doa dan pantun; 2. Bertukar cincin pertunangan sebagai tanda pertunangan di antara pihak perempuan dan lelaki; 3. Menjamu selera rombongan selepas majlis pertunangan.

Diunggah oleh

Haidir Aloy
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd
0% menganggap dokumen ini bermanfaat (0 suara)
513 tayangan4 halaman

Skrip Majlis Pertunangan Tradisional

1. Mengalu-alukan kedatangan rombongan pihak lelaki dan memulakan majlis pertunangan secara rasmi dengan bacaan doa dan pantun; 2. Bertukar cincin pertunangan sebagai tanda pertunangan di antara pihak perempuan dan lelaki; 3. Menjamu selera rombongan selepas majlis pertunangan.

Diunggah oleh

Haidir Aloy
Hak Cipta
© © All Rights Reserved
Kami menangani hak cipta konten dengan serius. Jika Anda merasa konten ini milik Anda, ajukan klaim di sini.
Format Tersedia
Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online di Scribd

Bismillahirahmanirrahim

Salawat

Doa lancar ucapan

Salam

Yang dikasihi sahibul bait yakni tuan rumah, ibunda mentua saya, Puan Halimah Binti Othman.

Disebelah saya ni, adik ipar saya, wali bagi adik-beradik perempuannya, yang juga pengerusi Surau An-
Nohiah Kg Sekendi, Mohd Shafid bin Maswawi.

Yang dihormati Paman Mudasir Fekri, Tok Sidang Ketua Kampung Sekendi.

Paman-paman, bibik-bibik, pakcik-makcik, jiran-jiran yang terdekat, adik beradik kami, sepupu-sepupu
dan seluruh ahli Keluarga bonda mentua saya.

Yang saya hormati rombongan Keluarga Tuan Mohd Isa dan Puan Rosmawati dari Semenyih.

Seterusnya tuan-tuan puan-puan hadirin sekalian yang dirahmati Allah sekalian.

Pertama sekali suka saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua diatas kesudian memenuhi
undangan kami hari ini.

Saya juga suka untuk ucapkan selamat datang kepada rombongan Keluarga Tuan Mohd Isa dan Puan
Rosmawati dari Semenyih yang tiba seperti dijanjikan dengan 10 buah kereta. Kira-kira 50 org tu
ramainya.

Kapal dagang dari seberang,


Bawa muatan kayu meranti,
Dari jauh dari Semenyih tuan/puan datang,
Kami disini sedia menanti.

Batu kecubung berwarna biru,


Ditatah berlian batu bermutu,
Adab kami menyambut tetamu,
Hamparkan kapet lebarkan pintu.

Perahu kolek ke hilir tanjung,


Sarat bermuat tali temali,
Salam tersusun bersirih junjung,
Mohon berkenalan & apa hajat sampai ke mari?
PIHAK PEREMPUAN
Perahu kolek ke hilir tanjung,
Sarat bermuat tali-bertali,
Salam tersusun tepak terjunjung,
Apakah hajat sampai ke mari.

PIHAK LELAKI
Bukan batang sebarang batang,
Batang berdiri sukar di panjat,
Bukan datang sebarang datang,
Datang kami mengutus hajat.

PIHAK PEREMPUAN
Malam-malam pasang pelita,
Pelita di pasang di atas peti,
Kalau sudah bagai di kata,
Silakan terang hajat di hati.

PIHAK LELAKI
Pokok benta di celah batang,
Jatuh menunduk di tengah taman,
Dari Perak kami datang,
Ingin menyunting mawar di taman.

PIHAK PEREMPUAN
Kacang hijau di buat inti,
Pisang salai di dalam perahu,
Bunga di taman masih sunti,
Mengaji pandai ke dapur pun serba....... tahu
A. Mengalu-alukan kedatangan rombongan pihak lelaki

1. Bertanya khabar, yang tua dimuliakan & dihormati, yang muda-muda diberi galakan
bersama dalam majlis (bukan duduk di luar sahaja).

B. Memulakan majlis pertunangan secara rasmi.

1. Mulakan majlis rasmi dengan bismillah dan ucapan syukur.


Disertakan koleksi pantun-pantun yang boleh membantu menyerikan majlis.
Berpantun merupakan seni Melayu dalam memperkatakan hajat hati secara halus.
Berdasarkan pengalaman saya sebagai wakil pihak perempuan, sekiranya wakil
pihak perempuan memulakan pantun dan tidak dibalas dengan pantun oleh wakil pihak lelaki,
adalah baik dan lebih bijak kiranya wakil pihak perempuan tidak meneruskan seni
permainan pantun atas dasar menghormati tetamu pihak lelaki.
Cukuplah dengan kata-kata biasa sahaja.

Kapal dagang dari seberang,


Bawa muatan kayu meranti,
Dari jauh tuan puan datang,
Kami disini sedia menanti.

Batu kecubung berwarna biru,


Ditatah berlian batu bermutu,
Adab kami menyambut tetamu,
Hamparkan tikar lebarkan pintu.

Perahu kolek ke hilir tanjung,


Sarat bermuat tali temali,
Salam tersusun bersirih junjung,
Mohon berkenalan dulu dan nyata apa hajat sampai ke mari?

2. Bila wakil pihak lelaki memberi tepak sirih,

Tepak sirih dibawa bersama,


Sirih datang dari kota,
Orang memberi kami menerima,
Syariah Islam pegangan kita.

Selepas itu bolehlah bincang apa-apa ketetapan diantara kedua-dua pihak seperti
hantaran, tarikh kahwin dan sebagainya.
Kebiasaannya perkara teknikal sebegini sudah di persetujui sebelum ini, oleh itu
wakil kedua-dua pihak boleh memberi penyataan umum sebagaimana yang telah
ditentukan oleh kedua-dua pihak.
Pohon cempedak ditepi titi,
Pohon nangka buah sebiji,
Kalau sudah berkenan dihati,
Marilah kita mengikat janji.

3. Bila wakil pihak lelaki menunjukkan dan memberikan cincin pertunangan, wakil pihak
perempuan digalakkan membelek seketika dan bergurau memuji kecantikan tanda
pertunangan itu dan memberikan kepada bapa pihak perempuan.
Kemudian lafazkan akad pertunangan...
Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya mewakili keluarga pihak
perempuan, bersaksikan semua yang hadir disini, menerima pinangan ini,
mudah-mudahan Allah swt memberi keberkatan kepada kita semua .

4. Kemudian biarlah ibu atau wakil perempuan pihak lelaki pergi ke bilik menyarung
cincin pertunangan.

5. Selepas itu, jemputlah pihak perempuan untuk keluar dan turut serta dalam majlis
rasmi.

6. Bawalah bersama balasan hantaran dari pihak perempuan keluar untuk diletak
bersebelahan hantaran dari pihak lelaki. Beri masa kepada semua untuk mengambil
gambar dan sebagainya.

Tanam pinang rapat rapat,


Biar senang puyuh berlari,
Budi tuan kami ingat,
Akan dikenang sehingga mati.

C. Menjamu selera

Setelah tamat majlis rasmi bertunang, maka jemputlah rombongan pihak lelaki untuk
mejamu selera.

Hah...Nujum Pak Belalang diberi nama,


P Ramlee pelakon utama,
Hantaran di bawa kami dah terima,
Jom lah teruskan ke agenda seterusnya.

Kalau ada jarum yg patah,


Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada kami berbuat silap dan salah,
Mohon maafi dan jangan post kat FB.

Anda mungkin juga menyukai