Anda di halaman 1dari 5

TUGAS

Pengumuman

TEKS
Perhatian kepada hadirin, majlis kita akan bermula sebentar sahaja
lagi, mohon hadirin menukar tetapan telefon anda kepada mod senyap.
Terima kasih.

Perarakan masuk
Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Pengarah
Masuk ke dewan.
Hadirin dipersilakan duduk.
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Selamat datang ke peringkat akhir Pesta Pantun


Serah pada Jurupantun
Mekar mewangi bunga cempaka,
Bunga semalu dikirai jangan;
Akar budi pantun bahasa,
Pantun Melayu kekal berzaman. Tanpa membuang masa lagi,

CATATAN

marilah kita beralih ke agenda utama. Dengan ini, saya serahkan tugas
kepada jurupantun kita yang sudah bersedia di atas pentas.
Mempersilakan,
Penyampaian
Hakim

cenderahati

Johan akan membawa pulang sebuah


Begitulah rancaknya jual beli pantun sebentar tadi. Terima kasih
saudara dan saudari jurupantun.
Sementara kita menunggu penggiraan markah dilakukan oleh AJK Kirakira, kita meneruskan majlis kita dengan penyampaian cenderahati
kepada hakim dan sijil penyertaan kepada pasukan bertanding.
Dengan ini, majlis menjemput Yang Berusaha diiringi untuk naik ke
pentas bagi menyampaikan cenderamata, sijil dan hadiah.
Dengan ini, majlis menjemput
Sekalung penghargaan diucapkan kepada hakim-hakim kita kerana
sudi menilai dan meneliti setiap pantun yang dijual dan juga pantun
yang dibeli. Jasa anda tidak akan kami lupakan.

Sijil penyertaan
Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penyertaan
kepada pasukan bertanding. Wakil setiap kumpulan, sila bersedia.
Dimulakan dengan

piala, sijil dan piala pusingan

Pemenang

1.
Majlis kita akan diteruskan lagi dengan penyampaian sijil dan hadiah
kepada para pemenang.
Kita mulakan dengan anugerah Pemantun Terbaik.
Pemantun terbaik Pesta Pantun dimenangi oleh
Dari kumpulan _____________________________, dipersilakan
___________________________________________.

Tahniah diucapkan.
Untuk pengetahuan hadirin sekalian,
Johan akan membawa pulang sijil, piala peribadi dan juga piala
pusingan.
Kita mulakan dengan tempat ketiga.
Tempat ketiga Pesta Pantun 2016 dimenangi oleh Kumpulan
Saya akan umumkan Johan terlebih dahulu dan sekiranya nama
kumpulan anda tidak diumumkan secara automatik, anda memenangi
tempat kedua.
Johan bagi Pesta Pantun IPG Kampus Rajang bagi tahun 2016 adalah
_____________________________________________________

Dan naib johan dimenangi oleh kumpulan ___________________


_____________________________________________________.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Jutaan terima kasih


diucapkan kepada atas kesudian menyampaikan cenderamata, sijil
penyertaan dan hadiah kepada para pemenang.
Tamat

Dengan itu tadi, maka berakhirlah majlis kita pada hari ini.

Dengan ini, berlabuhlah tirai Pesta Pantun tahun 2016.


Bunga seroja di atas para,
Jatuh menimpa buah berangan;
Andai ada tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.
Dari Kedah ke Pekan Sari,
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai