Anda di halaman 1dari 3

ATUR CARA Teks Pengacara MAJLIS PENANGGUHAN RASMI Tindakan

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MAJLIS SUKAN


SEKOLAH SARAWAK 2014

Dapatkan signal ketibaan daripada AJK Protokol.

Diumumkan ketibaan Yang Berbahagia Pegawai


Pendidikan Daerah Sarikei, Encik Radin Foji Bin
Radin Abdul Rahim dengan diiringi oleh Tuan Pengetua
SMK Kai Chung, En Ting Pang Keng.
KETIBAAN VIP
 (Tunggu hingga VIP duduk)

…………… Para hadirin dipersilakan duduk.

Yang Berbahagia Encik Radin Foji Bin Radin Abdul


Rahim, Pegawai Pendidikan Daerah Sarikei.

Encik Wong Tung, Penolong Penyelia Unit Sukan, PPD


Sarikei,

Ketua Unit Pengurusan dan Pembangunan


Kemanusiaan (UPPK) PPD Meradong, Encik
Nasaruddin bin Ibrahim

Yang Berusaha,
Pengetua SMK Kai Chung, En. Ting Pang Keng, selaku
Pengerusi Jawatan Kerja Pengelola.

Pengurus-pengurus pasukan, para jurulatih, para pemain,


tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Salam 1 Malaysia serta selamat datang ke Majlis


Penangguhan Rasmi Kejohanan Bola Tampar MSS
Sarawak 2014

1
Hadirin yang dikasihi,

Untuk meneruskan majlis pada petang ini,


UCAPAN ALU- majlis berbesar hati mempersilakan Yang Berbahagia
ALUAN DAN Pegawai Pendidikan Daerah Sarikei, Encik Radin Foji
MENANGGUH Bin Radin Abdul Rahim untuk menyampaikan ucapan
RASMI alu-aluan dan seterusnya menangguh rasmi Kejohanan
Bola Tampar MSS Sarawak 2014. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan


penangguhan oleh Yang Berbahagia Encik Radin Foji
Bin Radin Abdul Rahim

Sidang hadirin,

PENYAMPAIAN Kita teruskan lagi majlis kita pada hari ini dengan aturcara
HADIAH kemuncak iaitu Penyampaian Hadiah.

Untuk menyempurnakan majlis, kami dengan berbesar hati


menjemput sekali lagi Yang Berbahagia Encik Radin
Foji Bin Radin Abdul Rahim dengan diiringi Tuan
Pengetua SMK Kai Chung, Encik Ting Pang Keng bagi
menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

Kita mulakan dengan penyampaian hadiah Bagi


Kategori Perempuan 18 Tahun Ke Bawah,

telah dimenangi oleh……..

Seterusnya pula adalah penyampaian


__________________
Dipersilakan……

Berikut pula ialah Penyampaian


________________________
Dipersilakan……

Seterusnya, Penyampaian Hadiah bagi Kategori Lelaki


18 Tahun Ke Bawah
Dipersilakan…

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang


Berbahagia, Encik Radin Foji atas kesudian beliau
menyampaikan pelbagai anugerah itu tadi

2
P’GUMUMAN Tuan-tuan dan puan-puan,

Berikutnya pula adalah Pengumuman Pemain-pemain


Yang Terpilih Untuk Mewakili MSS Sarawak 2014 ke
MSS Malaysia di Selangor.

Senarai nama pemain-pemain yang terpilih adalah seperti


berikut:
_________________________________________

Para hadirin yang dikasihi,

Kita sungguh berbesar hati atas kesudian tetamu-tetamu (BACK UP)


kehormat kita hadir untuk menyempurnakan majlis.

Dengan ini, dijemput Yang berusaha, Tuan Pengetua untuk


menyampaikan cenderahati kepada tetamu kehormat.

Dipersilakan
____________________________________________
untuk menerima cenderahati.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada


__________________.

Hadirin sekalian,

Dengan ini, maka tamatlah sudah Majlis Penangguhan


BERSURAI Rasmi Kejohanan Bola Tampar Majlis Sukan Sekolah
Sarawak 2014.. Pada kesempatan ini, majlis merakamkan
ribuan terima kasih yang tidak terhingga khas kepada
tetamu-tetamu yang hadir pada hari ini, semua pihak yang
terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung
dalam menjayakan majlis ini. Sekiranya ada kekurangan
dan kelemahan sepanjang majlis ini berlangsung, kami
mewakili semua warga kerja Majlis Penangguhan Rasmi
Kejohanan Bola Tampar Majlis Sukan Sekolah
Sarawak 2014 memohon sejuta kemaafan.
.
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai