Anda di halaman 1dari 4

SKRIP KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN KODIANG

KALI KE 26 TAHUN 2019

Aturcara Skrip Catatan


Pengumuman

Ketibaan Jemputan (kompang)


Mengumumkan ketibaan Encik Mohamad Helmy bin Md Saad,
Penghulu Mukim Keplu/Temin Daerah Kubang Pasu dan diiringi oleh
Barisan Pentadbiran sekolah dan YDP PIBG sekolah.
Lagu Negaraku Nyanyian Lagu Negaraku
Hadirin sekalian diminta berdiri.
(Lagu)
Ucapan Aluan Para Tetamu dan Hadirin sekalian dipersilakan duduk.
Pengerusi Majlis
Bismillah hirrahmanirrahim
Yang Berbahagia Encik Mohamad Helmy bin Md Saad,
Penghulu Mukim Keplu/Temin,
Yang Berusaha Encik Nik Mohamad Jafrizal bin Nik Abdullah
Guru Besar SK Kodiang
Yang Dihormati Encik Ku Azlan bin Ku Mat
Yang Dipertua PIBG Sekolah,
Yang Dihormati Encik Ku Ammar bin Ku Ismail
Guru Penolong Kanan Hal Ewal Murid sekolah,
Yang Dihormati Puan Norhayati bin Yusof
Guru Penolong Kanan Kokurikulum sekolah,
Yang Dihormati Encik Nasri bin Mat Saman
Guru Penolong Kanan PPKI sekolah,
Guru-guru Sekolah Kebangsaan Kodiang,
Yang Dihormati Jawatankuasa-jawatankuasa PIBG sekolah,
Yang Dihormati pegawai dan staf PKG Kodiang,
Staf-staf sokongan sekolah,
Para ibu bapa dan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah dengan izin Allah jua kita dapat berkumpul dan bersama
pada pagi ini bagi memeriahkan dan menjayakan Kejohanan Balapan
dan Padang SK Kodiang Kali Ke 26 bagi tahun 2019.
Pihak majlis ingin mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan
kehadiran dan merakamkan ucapan terima kasih kepada tetamu
jemputan Encik Mohamad Helmy bin Md Saad dan para ibu bapa atas
kesudian melapangkan masa pada hari ini.
Semoga Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke 26 akan berjalan dengan
jaya dan lancar. InsyaAllah.
Perarakan Masuk Hadirin yang dikasihi sekalian,
Kontigen Rumah Kini, tibalah masa untuk kita sama-sama saksikan, perarakan masuk
Sukan kontigen-kontigen Rumah Sukan Sekolah Kebangsaan Kodiang.

Majlis menjemput Yang Berusaha Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan


Kodiang untuk mempersilakan dan mengiringi Penghulu Encik Mohamad
Helmy bin Md Saad, untuk menerima lintas hormat daripada kontigen-
kontigen rumah sukan. Dipersilakan.

Hadirin sekalian,

Mendahului perarakan ialah kontigen Rumah Sukan ________________


Kontigen rumah sukan ini diketuai oleh__________________________
Dengan bimbingan Ketua Rumah Sukan __________________________
Moto/Tema _________________________________________________

Seterusnya,
Perarakan kontigen Rumah Sukan ________________
Kontigen rumah sukan ini diketuai oleh__________________________
Dengan bimbingan Ketua Rumah Sukan __________________________
Moto/Tema _________________________________________________

Perarakan kontigen Rumah Sukan ________________


Kontigen rumah sukan ini diketuai oleh__________________________
Dengan bimbingan Ketua Rumah Sukan __________________________
Moto/Tema _________________________________________________

Mengakhiri perbarisan masuk kontigen rumah sukan ialah


kontigen Rumah Sukan ________________
Kontigen rumah sukan ini diketuai oleh__________________________
Dengan bimbingan Ketua Rumah Sukan __________________________
Moto/Tema _________________________________________________

Hadirin sekalian,
Berikan tepukan yang gemuruh buat semua perserta
Majlis telah selesai upacara perasmian. Seterusnya, majlis diteruskan
dengan perarakan keluar kontigen-kontigen perbarisan rumah
perbarisan Kejohanan Balapan dan Padang SK Kodiang Kali Ke 26 tahun
2019.
Cantik, segak, bergaya dan kreativiti pasukan memang terserlah indah.
Tahniah diucapkan kepada semua rumah sukan. Anda hebat.
Bacaan Doa Hadirin yang saya muliakan,
Bagi memberkati majlis pada hari ini, majlis menjemput Al Fadhil Ustaz
Mohd Johari bin Ahmad bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
(doa)
Amin2 yra.
Terima kasih diucapkan kepada Al Fadhil Ustaz Mohamad Johari atas
pimpinan doa itu tadi.
Ucapan Perasmian Hadirin sekalian,
Majlis pada hari ini diteruskan dengan ucapan perasmian. Majlis
mempersilakan Yang Berbahagia Encik Mohamad Helmi bin Md Saad,
Penghulu Mukim Keplu/Temin Daerah Kubang Pasu untuk
menyampaikan ucapan perasmian.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
(ucapan perasmian)
Majlis merakam ucapan terima kasih kepada Encik Mohamad Helmi bin
Md Saad, Penghulu Mukim Keplu/Temin atas ucapan perasmian itu tadi.
Bacaan Ikrar Hadirin hadirat sekalian,
Meneruskan acara, majlis mempersilakan Adik Mohamad Adif Fahrin bin
Johari mengetuai lafaz ikrar kejohanan. Dipersilakan.
(ikrar)
Demikianlah tadi lafaz ikrar yang telah diketuai oleh Adik Mohamad Adif
Fahrin bin Johari.
Terima kasih diucapkan.
Perarakan Keluar Hadirin sekalian, sukan sekolah.
Perbarisan
Berikan tepukan buat semua peserta perbarisan rumah sukan.

Diminta semua pegawai kejohanan untuk bersedia bagi acara balapan


yang akan dilangsungkan sebentar sahaja lagi.
Persembahan Hadirin yang dikasihi sekalian,
Senamrobik Murid Terimalah persembahan senamrobik dengan lagu Panama, sebagai
Prasekolah persembahan pembukaan acara kejohanan balapan dan padang kali ke
26 tahun 2019 daripada Murid-murid prasekolah sk kodiang.
(persembahan)
Berikan tepukan yang gemuruh buat murid-murid prasekolah.
Terima kasih diucapkan.

Untuk makluman hadirin sekalian, persembahan senamrobik itu tadi


adalah hasil bimbingan guru-guru dan pembantu-pembantu prasekolah
sk kodiang. Prasekolah terbaik.
Acara Kejohanan Hadirin sekalian,
13-16 Acara kejohanan pada hari ini akan dimulakan dengan acara balapan
___________________ kategori _____
Peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam acara ini ialah
Di lorong pertama ___________________________________________
Di lorong kedua _____________________________________________
Di lorong ketiga _____________________________________________
dan
Di lorong keempat ___________________________________________
Penyampaian Hadirin yang dihormati sekalian,
Hadiah Acara kejohanan balapan berhenti rehat seketika bagi memberi laluan
kepada acara penyampaian hadiah acara padang yang telah
dipertandingan pada baru-baru ini.

Bagi menyempurnakan acara, majlis menjemput Yang berusaha tuan


guru besar Encik Nik Mohamad Jafrizal bin Nik Abdullah bersama Puan
Norhayati Binti Yusof, Guru Penolong Kanan Kokurikulum bagi
mempersilakan dan mengiringi Yang Berbahagia Encik Mohamad Hemley
bin Md Saad, Penghulu Mukim Keplu/Temin Daerah Kubang Pasu untuk
penyampaian hadiah. Dipersilakan.

Berikut ialah pemenang-pemenang bagi acara ________________


kategori _____
Tempat ketiga
Tempat kedua
Dan
Tempat Pertama

Acara Kejohanan Tuan-tuan dan puan-puan,


17 - Acara yang sedang berlangsung sekarang ialah acara
Cth:
513 Lari 100 meter 2L
Acara Terbuka Spontan
Guru dan Waris
(Lelaki dan
Perempuan)
Penyampaian Hadirin yang saya kasihi sekalian,
Hadiah dan Majlis diteruskan denga penyampaian hadiah dan cenderahati. Untuk
Cenderahati itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha _______________________
Untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.
(penyampaian hadiah dan cenderahati)
Terima kasih diucapkan kepada _________________________________
Atas penyampaian hadiah dan cenderahati itu tadi.
Ucapan penutupan Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Kejohanan oleh GB Dengan berakhirnya penyampaian hadiah dan cenderahati itu tadi, kini
kita sudah dipenghujung acara.
Sebagai penutup Kejohanan Balapan dan Padang SK Kodiang, majlis
berbesar hati menjemput Yang Berusaha Encik Nik Mohamad Jafrizal bin
Nik Abdullah, Guru Besar SK Kodiang untuk menyampaikan ucapan
penutupan Kejohanan Balapan dan Padang SK Kodiang Kali ke 19 Tahun
2019.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
(ucapan)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar atas
ucapan itu tadi. Maka, rasmilah sudah penutupan Kejohanan Balapan
dan Padang SK Kodiang Kali ke 19 Tahun 2019.
Bersurai Sebagai penutup tirai kejohanan pada hari ini, terimalah serangkap
pantun daripada saya.

Sekian, saya sudahi Kejohanan pada hari ini dengan lafaz


wabillahitaufik walhidayah wassalamualakum wbt.
Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai