Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PERAK

CADANGAN KERTAS KERJA


UNIT KOKURIKULUM
PROGRAM KENAIKAN PANGKAT LANS KOPRAL
DAN KOPRAL TKRS SECARA ATAS TALIAN
CADANGAN KERTAS KERJA
PROGRAM KENAIKAN PANGKAT LANS KOPRAL DAN KOPRAL TKRS SECARA
ATAS TALIAN TAHUN 2021

1.0 Tajuk : PROGRAM KENAIKAN PANGKAT LANS KOPRAL DAN KOPRAL TKRS
SECARA ATAS TALIAN

2.0 Rasional :

Untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan amalan pelajar-pelajar serta


penghayatan pelajar , ujian dan pentauliahan Lans Koperal bagi ahli TKRS perlu
dilakukan untuk memboleh mereka ditauliahkan kepada pangkat yang
sewajarnya hingga ke peringkat kebangsaan.

3.0 Matlamat :

Melahirkan ahli-ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah yang teruji berkualiti,


berketrampilan dan berwibawa dalam usaha merealisasikan Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan yang bakal menjana modal insan cemerlang untuk
menggalas tanggungjawab memimpin negara maju berpaksikan falsafah KRS
dan TKRS iaitu BERILMU, BERIMAN dan BERAMAL

4.0 Objektif :

4.1 Membangunkan modal insan dengan memberi fokus kepada memupuk


pelajar agar memiliki kemahiran , berketerampilan dan memantapkan
kokurikulum
4.2 Melahirkan ahli TKRS SK SERI PERAK yang berkaliber dan mahir dalam
aktiviti mengikut kurikulum latihan TKRS.
4.3 Membina penampilan diri yang positif dan memberi penekanan aspek nilai-
nilai murni dengan menanamkan semangat persahabatan, berbudi bahasa dan
persefahaman di antara ahli-ahli TKRS bersama para jurulatih dan barisan
kepimpinan TKRS.
4.4 Melengkapkan diri ahli TKRS dengan pelbagai jenis kemahiran asas TKRS
sebagai pemangkin wawasan negara pada masa depan

5.0 Latarbelakang

Telah lebih 10 tahun TKRS ditubuhkan di negara kita dan berkembang maju
serta mengalami pelbagai perubahan yang menjurus untuk memperkasakan
TKRS sebagai pasukan beruniform institusi pendidikan di negara ini yang
digeruni dan menjadi kebanggaan Kementerian Pelajaran Malaysia yang
menjadi penaungnya. Justeru, perkembangan semasa global memperlihatkan
imej TKRS semakin tercabar dan memerlukan tindakan pantas untuk
memastikan TKRS sentiasa di hadapan. Kursus kenaikan pangkat ini adalah
wadah bagi meneruskan kegemilangan TKRS yang melahirkan anak-anak watan
kelas pertama bagi mengangkat martabat negara di persada ledakan kemajuan
dunia tanpa sempadan ini lantas memacu peranan sebagai idola dunia.

6.0 Rasional

6.1 Melengkapkan pengetahuan dan kemahiran kepimpinan sebagai ahli


kadet TKRS pada peringkat Lans Kopral dan Kopral.
6.2 Peserta dapat berperanan sebagai pemimpin platun di sekolah masing-
masing yang teruji kebolehan dan kewibawaannya.
6.3 Menyeimbangkan keperluan fizikal dan mental bagi merintis sahsiah yang
baik kepada semua ahli.

7.0 Kumpulan Sasaran


7.1 . Anggota TKRS yang telah menjadi ahli TKRS sekurang-kurangnya 6
bulan.
7.2. Pelajar Tahun 4, 5 dan 6 sahaja.
7.0 Perlaksanaan

Tarikh : SEPANJANG PERJUMPAAN TKRS SECARA ATAS TALIAN


Tempat : GOOGLE MEET DI KEDIAMAN MASING-MASING
Masa : 2.00 – 4.00 PETANG

9.0 Jawatan Kuasa Induk :

PENASIHAT :PUAN NORZITA BINTI HAJI MOHAMAD NOH


PENGERUSI :PUAN SIEW MEI SIN (PK KOKU)
NAIB PENGERUSI 1 :ENCIK WAN AHMAD NAZRI B WAN ABDUL MANAF (PK
PENTADBIRAN)
NAIB PENGERUSI 2 :PUAN ROHAYA BT KADIR (PK HEM)
SETIAUSAHA :ENCIK MUHAMMAD IZAAN BIN ABU HASSAN
NAIB SETIAUSAHA:PUAN NURUL NADHIRAH BINTI AYOB

10.0 Jawatankuasa Kerja Pelaksana:

PENYELARAS : ENCIK MOHD KHAIRIL ARIFF


PENGERUSI MAJLIS : CIK NADHIA BINTI SHAMSUDIN
AJK GOOGLE MEET : PUAN NUR ZALIKHA BINTI ABDUL RAHMAN
AJK PENDAFTARAN : PUAN NURUL NADHIRAH BINTI KHAIRUL AZLAN
AJK HADIAH/SIJIL : USTAZ ZUL BIN MAT
AJK DOKUMENTASI: ENCIK MUHAMMAD IZAAN BIN ABU HASSAN

11.0 PENUTUP
Adalah diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya hasil
kerjasama dan sokongan daripada semua pihak. Semoga program ini mampu
untuk mencapai matlamat dan objektif yang disasarkan. Selain itu, aktiviti
seumpama ini dapat memberi pendedahan yang berguna sekaligus memastikan
keberkesanan dalam melaksanakan aktiviti badan beruniform ini.
Disediakan oleh,

……………………………………...
(MOHD KHAIRIL ARIFF BIN ABDUL RAHIM) Tarikh :
Ketua Unit Tunas Kadet Remaja Sekolah
SK Seri Perak.

Disemak Oleh

………………………………… Tarikh :
(SIEW MEI SIN)
PK Kokurikulum
SK Seri Perak

KELULUSAN PERMOHONAN
Kertas kerja ini diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan Guru Besar SK Seri
Perak bagi menjalankan PROGRAM KENAIKAN PANGKAT KOPRAL DAN LANS
KOPRAL TKRS SECARA ATAS TALIAN yang merangkumi ahli unit TUNAS KADET
REMAJA SEKOLAH (TKRS) pada tahun 2021.

DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

…………………………………………… Tarikh : …. …………2021


(NORZITA BINTI HJ. MOHAMAD NOH)
Guru Besar SK Seri Perak

Anda mungkin juga menyukai