Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI PERAK

CADANGAN KERTAS KERJA


UNIT KOKURIKULUM
PROGRAM MINI KARNIVAL STEM TAHUN 2021
OLEH
UNIT KELAB DAN PERSATUAN
SAINS DAN MATEMATIK

0
1.PENGENALAN

STEM adalah merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Engineering


dan Matematik. Istilah ini biasanya digunakan bagi menunjukkan dasar pendidikan
dan pilihan kurikulum sekolah bagi meningkatkan daya saing dalam bidang
pembangunan teknologi. Keperluan kepada STEM wujud apabila kehendak
terhadap bidang kerja yang melibatkan STEM adalah jauh lebih tinggi berbanding
bidang lain. Dasar STEM ini menjadi lebih penting kerana perkembangan bidang
kerja yang berkaitan dengan STEM adalah 3 kali ganda berbanding bidang bukan
STEM. Maka, kita perlu menanam minat kepada pelajar untuk menyambung
pelajaran dalam bidang berkaitan STEM sejak dari sekolah lagi.

2.MATLAMAT

i)Menarik minat, memotivasikan serta memberi makna (relevan) kepada murid


terhadap p&p pada hari itu.
ii)Mengaplikasikan dan mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM
dengan betul dan mendalam dalam kehidupan, masyarakat dan persekitaran melalui
aktiviti inkuiri atau penyelesaian masalah
iii)Melibatkan murid dalam aktiviti inkuiri dan penyelesaian masalah dimana
kemahiran berfikir ditekankan.
iv)Mendapatkan maklumat melalui pelbagai kaedah dengan menggunakan teknologi
secara bijak.
v)Mentafsir dan menilai maklumat yang diperolehi untuk membuat rumusan/produk
aktiviti.
vi)Berkomunikasi untuk berkongsi hasil rumusan/ produk melalui pelbagai
media/platform.
vii)Mendapat maklumbalas dari rakan-rakan murid dan guru untuk menambah baik
rumusan/produk.
viii)Menggalakkan murid berkerjasama sebagai satu pasukan

1
3.OBJEKTIF

i) Memperkasa pengetahuan, kemahiran dan kompetensi guru dalam pengajaran


dan pembelajaran subjek STEM.
ii) Membincangkan amalan terkini dan holistik dalam pengajaran dan pembelajaran
STEM selaras dengan keperluan dan pengisian pendidikan abad ke-21.
iii) Membincangkan isu – isu terkini dan cabaran berkaitan STEM.
iv) Mengenalpasti strategi untuk menggalakkan dan memperkukuhkan pendidikan
STEM
v) Menyediakan satu platform bagi peserta untuk berbincang dan berkongsi
maklumat, pengalaman serta hasil penyelidikan tentang isu berkaitan strategi
memartabatkan STEM di kalangan pelajar.

4.KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran bagi program ini adalah semua murid KELAB PERSATUAN
SAINS DAN MATEMATIK dan guru penasihan KELAB PERSATUAN SAINS DAN
MATEMATIK SK SERI PERAK.

5. HARI DAN TARIKH PERLAKSANAAN


TARIKH :29 SEPTEMBER HINGGA 13 OKTOBER 2021
HARI :RABU
TEMPOH :DUA MINGGU
ANUGERAH : 20 OKTOBER 2021

6.KEWANGAN

I)SUMBER KEWANGAN

BIL SUMBER NILAI (RM)


1 Unit kokurikulum

2
II)ANGGARAN PERBELANJAAN

MEREKA CIPTA HAIWAN KHAYALAN (Murid Tahun 4 Bestari dan 4 Cerdik)

BIL PERKARA ANGGARAN JUMLAH


1 TEMPAT PERTAMA x 2 RM10 RM20
2 TEMPAT KEDUA x 2 RM8 RM16
3 TEMPAT KETIGA x 2 RM6 RM12
RM48

MEREKA CIPTA ROBOT SERBAGUNA (Murid Tahun 5 Bestari)

BIL PERKARA ANGGARAN JUMLAH


1 TEMPAT PERTAMA RM10 RM10
2 TEMPAT KEDUA RM8 RM8
3 TEMPAT KETIGA RM6 RM6
RM24

MEREKA CIPTA ROKET AIR (Murid Tahun 6 Bestari)

BIL PERKARA ANGGARAN JUMLAH


1 TEMPAT PERTAMA RM10 RM10
2 TEMPAT KEDUA RM8 RM8
3 TEMPAT KETIGA RM6 RM6
RM24

ANGGARAN JUMLAH PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH


1 HADIAH-HADIAH RM 96.00

7.0 AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : Pn. Norzita Binti Hj. Mohamad Noh (Guru Besar)


Naib Pengerusi : Pn. Siew Mei Sin (PK Ko-Kurikulum)
: En. Wan Ahmad Nazri Bin Wan Abdul Manaf
(PK PENTADBIRAN)
: Pn. Rohaya Binti Kadir (PK HEM)
Penyelaras : En. Mohd Khairil Ariff Bin Abdul Rahim
Setiausaha : En. Muhammad Izaan Bin Abu Hassan
AJK : Pn. Nurul Nadhirah Binti Ahmad Ayob

3
Disediakan oleh,

……………………………………...
(MOHD KHAIRIL ARIFF BIN ABDUL RAHIM) Tarikh :
Ketua Unit
KELAB PERSATUAN SAINS DAN MATEMATIK
SK Seri Perak.

Disemak Oleh

………………………………… Tarikh :
(SIEW MEI SIN)
PK Kokurikulum
SK Seri Perak

KELULUSAN PERMOHONAN
Kertas kerja ini diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan Guru Besar SK Seri
Perak bagi menjalankan PROGRAM MINI KARNIVAL STEM yang merangkumi ahli
unit KELAB PERSATUAN SAINS DAN MATEMATIK pada tahun 2021.

DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

…………………………………………… Tarikh : …. …………2021


(NORZITA BINTI HJ. MOHAMAD NOH)
Guru Besar SK Seri Perak

Anda mungkin juga menyukai