Anda di halaman 1dari 1

DOA PENUTUPAN ORIENTASI

ALFATIHAH






.
YA ALLAH ,YA RA'UFURRAHIM
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan
menghadiri Program Orientasi Murid Baru tingkatan 1 sesi (2018) pada hari ini .

YA ALLAH , YA TUHAN KAMI


Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah Kami berkumpul untuk mengisi seluruh
hidup kami dengan keredhaan-Mu

YA ALLAH , YA FARIJAL HAMMI WA YA KASYIFAL GHOMMI


Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini), kami akan menjadi pelajar
yang cemerlang, terbilang, pelajar yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun
kokurikulum seterusnya mampu menjadi generasi pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

YA RAHMAN YA RAHIM YA RABBALALAMIN ,


Mudah-mudahan maklumat yang diberikan dapat memandu kami ke arah kecemerlangan diri yang lebih
gemilang . Dan jadikanlah kami pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha
bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi pelajaran. Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah
merupakan fardhu ain yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim dan muslimah. Janganlah Engkau
jadikan kami pelajar yang hanya berpuas hati dengan apa yang diperolehi dalam peperiksaan yang lalu .

YA MUNZILAL BARAKAH WA YA KASYIFALGHUMMAH ,


Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-
lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan. Ya Allah ya
Tuhan kami Jadikanlah Perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang Engkau rahmati dan jadikanlah
perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau Pelihara dari sebarang mara bahaya.

Anda mungkin juga menyukai