Anda di halaman 1dari 14

Yang Berbahagia

Encik Kamarudin bin Abu


Ketua Sektor, Sektor Jaminan Kualiti
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Yang Berusaha
En. Norfazli bin Jalani
Penolong PPD Teknik & Vokasional
Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang

Yang Berusaha

1
Pn. Zaiton binti Ngah
Pegawai Perhubungan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang

Yang dihormati
Encik Mohd Fadli Lee bin Abdullah
Yang Dipertua PIBG
SMK Dato’ Penggawa Timur

Barisan Pentadbir
PIBG

2
Guru-guru
Ibu bapa
Para gradúan yang diraikan sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat


Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

1. Alhamdulillah Syukur kehadrat Illahi atas limpah dan kurnia-


Nya, kita telah diberi kesempatan untuk bersama-sama pada
petang yang berbahagia ini dalam Majlis Graduasi pelajar-
pelajar SPM dan STPM SMK Dato’ Penggawa Timur
kali ke- 5.

3
2. Tahniah diucapkan kepada ahli jawatankuasa pengelola dan
mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam merealisasikan kelancaran majlis ini. Terima kasih
tidak terhingga kepada semua pihak yang hadir dalam majlis
ini, khususnya kepada Encik Kamarudin bin Abu, Ketua
Sektor , Sektor Jaminan Kualiti, JPN. Kehadiran beliau
merupakan satu penghormatan kepada kami di SMK Dato’
Penggawa Timur. Kehadiran dan keperihatinan tuan pastinya
akan menyuntik semangat kepada kami, warga pendidik dan
pelajar untuk terus mencemerlangkan dunia pendidikan di
daerah ini.

3. Saya turut mengalu-alukan kehadiran para jemputan, guru-


guru, ibu bapa, AJK PIBG, dan para graduan yang diraikan

4
sekalian. Sesungguhnya kehadiran ibu bapa yang memenuhi
dewan ini menunjukkan komitmen yang padu dan hubungan
yang erat antara ibu bapa dan pihak sekolah. Kejayaan anak-
anak adalah simbol kerjasama, permuafakatan dan interaksi
yang dijalinkan antara ibu bapa dengan pihak sekolah.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

4. Terlebih dahulu syabas dan tahniah kepada anak-anak yang


diraikan dalam majlis yang cukup bermakna ini sebagai
penghargaan dan pengiktirafan terhadap pencapaian
cemerlang mereka dalam Peperiksaan Percubaan SPM dan
Sijil Tinggi Persekolahan (STPM). Kumpulan graduan yang
berada dalam dewan yang indah ini terdiri daripada 33

5
orang pelajar STPM berjaya mencapai PNGK 2.75 ke atas
manakala 104 murid SPM telah mencapai GPS 2.13 ke
bawah. Syabas kerana telah berjaya mencapai target yang
telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Dengan pencapaian
yang amat memberangsangkan tersebut telah meletakkan
sekolah ini berada pada kedudukan pertama di negeri Johor
dalam Peperiksaan Percubaan SPM 2016. Moga kejayaan
yang dikecapi ini akan terus membakar semangat anak-anak
di hadapan saya ini untuk melakar kejayaan yang lebih
cemerlang dalam Peperiksaan SPM dan STPM sebenar yang
akan bermula pada bulan November hingga Disember.
Disaat – saat akhir ini, berusahalah dengan iltizam yang
tinggi berbekalkan ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru
untuk mencipta kecemerlangan seterusnya membuktikan

6
anda mampu meneruskan kejayaan yang gemilang demi
mengharumkan nama sekolah ini.

5. Saya amat yakin majlis seumpama ini dapat memberi


motivasi, dan ingatan kepada para pelajar agar mereka lebih
bersedia menghadapi peperiksaan besar sepanjang tempoh
persekolahan mereka. Tidak dapat disangkal lagi, keputusan
cemerlang SPM dan STPM nanti dapat dijadikan platform
untuk anda meneruskan hasrat menuntut ilmu ke peringkat
yang lebih tinggi di universiti. Di universiti anda akan
meneruskan pengajian pada peringkat diploma dan ijazah
kemudian ke peringkat sarjana dan doktor falsafah dalam
bidang-bidang tertentu. Berkemungkinan juga anda akan
ditawarkan untuk menyambung pengajian di universiti
ternama di luar negara dengan penajaan kerajaan atau pihak

7
swasta.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

6. Sistem pendidikan telah mengalami transformasi yang


signifikan daripada berorientasikan peperiksaan kepada
sistem pendidikan yang mampu merangsang individu untuk
berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif. Berdasarkan
hakikat tersebut, acuan modal insan yang akan dibangunkan
bukan sahaja mempunyai kecemerlangan akademik malah
generasi pelajar seharusnya mampu mengadaptasi dan
berupaya menterjemahkan keperluan pembelajaran abad ke
- 21 yang memfokuskan penguasaan pelbagai bidang ilmu
pengetahuan, berketerampilan dan menguasai sains dan
teknologi moden serta memiliki daya saing yang tinggi.

8
7. Dalam ekonomi global masa kini, kejayaan sesebuah negara
bergantung pada pengetahuan, kemahiran dan kompetensi
yang dimiliki oleh rakyatnya. Maka tidak menghairankan
sekiranya sesebuah negara yang mempunyai rakyat
berpendidikan tinggi mampu menjana ekonomi dengan pesat
demi kemakmuran negara. Pendidikan juga merupakan asas
pembentukan negara bangsa yang bersatu padu. Melalui
pendidikan, individu berpeluang meningkatkan kualiti hidup,
menjadi ahli masyarakat yang berjaya, serta aktif
menyumbang kepada pembangunan negara. Pendidikan juga
menyumbang kepada penghayatan nilai dan perkongsian
aspirasi apabila individu dari pelbagai latar belakang
sosioekonomi, agama dan etnik berinteraksi serta belajar
memahami dan menerima perbezaan. Nilai dan pengalaman

9
yang dikongsi akan mengukuhkan lagi perpaduan dan
membentuk satu identiti nasional. Oleh yang demikian,
sistem pendidikan negara mesti berupaya melahirkan
generasi yang mempunyai matlamat dan impian yang sama
ke arah pembangunan negara Malaysia yang lebih maju
pada masa depan. Untuk tujuan tersebut budaya
pembelajaran sepanjang hayat dan kecintaan yang
mendalam terhadap bidang keilmuan perlu disemai, dihayati
dan diteruskan ke dalam jiwa generasi pelajar di sekolah ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

8. Sekali lagi saya bagi pihak warga SMK Dato’ Penggawa Timur
mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan
dan terima kasih atas kehadiran yang Berbahagia Encik

10
Kamarudin bin Abu, Ketua Sektor, Sektor Jaminan Kualiti JPN
begitu juga dengan guru-guru, ibu bapa dan para graduan
serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung dalam membantu kelancaran majlis ini. Kepada ibu
bapa dan seluruh warga pendidik , iringilah perjuangan
anak-anak kita menempuh peperiksaan dengan doa agar
kecemerlangan yang kita harap-harapkan akan membuahkan
hasil.
Sekian, wabillahi taufiq walhidayah, Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
TEKS UCAPAN PERASMI

YAB DATO’ SERI HAJI MOHAMED KHALED BIN


NORDIN
11
MENTERI BESAR JOHOR

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 42,


ANUGERAH KECEMERLANGAN PT3 DAN
PEPERIKSAAN DALAMAN 2015
SMK DATO’ PENGGAWA TIMUR

TARIKH : 09 JANUARI 2016 (SABTU)


MASA : 8.00 -1.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN PENGGAWA
TEKS UCAPAN PERASMI

YAB DATO’ SERI HAJI MOHAMED KHALED BIN


NORDIN
12
MENTERI BESAR JOHOR

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 42,


ANUGERAH KECEMERLANGAN PT3 DAN
PEPERIKSAAN DALAMAN 2015
SMK DATO’ PENGGAWA TIMUR

TARIKH : 09 JANUARI 2016 (SABTU)


MASA : 8.00 -1.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN PENGGAWA

13
14

Anda mungkin juga menyukai