Anda di halaman 1dari 1

Terima kasih kepada tuan pengerusi majlis.

Yang Berbahagia ( Ybhg. Dato' Hj. Fadzil Bin A.Bakar)


Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia)

Yang dihormati Tn Zainal Bin Sabu


Pengetua SMK Dato MOhd Taha

Barisan Guru-Guru Kanan


Para Tetamu
Guru-guru , murid- murid , tuan2 dan puan2 yang saya hormati sekalian

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan

Bersyukur kita atas limpah rahmat dan kita dapat sama2 berkumpul utk meraikan program
keselamatan jalan raya untuk penunggang motorsikal dalam kalangan pelajar sekolah
menengah di Sek Men Keb Datuk Mohd Taha pada pagi yang berbahagia ini.

Saya mewakili pihak sekolah ingin mengalu- alukan kehadiran semua ke majlis ini dan
mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga terutamanya kepada Yg Berbahagia Dato dan
exconya kerana telah memilih sekolah ini untuk mengadakan Program ini.

Saya difahamkan bahawa Yayasan ini adalah badan NGO yang bergerak aktif untuk memberi
kesedaran kepada pelajar-pelajar sekolah menengah yang membawa motor ke sekolah tentang
pentingnya menjaga keselamatan diri mereka semasa berada di jalan raya. Untuk pengetahuan
Dato dan para tetamu, enrolmen pelajar sek men dato mohd taha adalah seramai 1130 org dan
hanya segelintir shj pelajar yang membawa motorsikal ke dalam perkarangan sekolah yang
ada lessen sah iaitu .kurang dari 3 %. Yang lain-lain itu mungkin ada yang bawa tapi parking
di luar. Apa pun pelajar-pelajar jgn risau sbb kehadiran polis trafik pada pg ini bukan utk
menyaman anda tapi lebih kpd mendidik anda tentang pentingnya anda akur dengan peraturan
jalan raya dan tatacara membawa motorsikal dengan betul.

Saya tak ingin bercakap panjang sbb sy ingin beri peluang kepada tetamu kita untuk beri
penerangan yang lebih lanjut mengenai program ini.

Akhir kata , saya mewakili pihak sekolah sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima
kasih atas kesudian tuan tuan datang an memilih sek ini utk menjalankan prog ini . Semoga
kedatangan ini bukan la yg terakhir. Sy hrp kita dpt jalinkan kerjasama pd masa akan dtg.
InsyaAllah

Sekian sahaja.
Wabillahitaufikwalhidayah
Assalamualaikum Warah matullahi Wabarakatuh
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai