Anda di halaman 1dari 6

ZAKAT TANAMAN DAN BUAHAN. Definisi. Tiap tiap sesuatu yang tumbuh dan terhasil daripada tanah .

Dalil wajib zakat tanaman dan buahan.

* Firman Allah taala


Tunaikan haknya pada hari dituai hasilnya. Surah Al-Anaam (141 )

* Hadis Nabi S.A.W


Sabda nabi S.A.W bermaksud; Tanaman yang disirami oleh air hujan zakatnya adalah 10% manakala tanaman yang disirami oleh tali air zakat nya adalah 5%. TANAMAN DAN BUAHAN YANG WAJIB ZAKAT Ulama telah berbeza pandangan dalam menentukan tanaman dan buahan yang wajib zakat seperti berikut: * Tanaman dan buahan yang ulama bersepakat wajib zakat terhadapnya, Iaitu Anggur,tamar dan gandum sahaja (bijirin dan buahan yang mengenyangkan). Dalil. hadis nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Abi Musa Al-Asaari dan Muaz bin Jabal RDH Bahawa nabi S.A.W telah mengutuskan keduanya ke Yaman untuk mengajar Islam,Nabi telah memerintahkan kepada keduanya supaya mengambil zakat dari 4 perkara ini 1- Hintah 2- Syair 3- Zabib 4- Tamar ( gandum ) ( gandum ) ( anggur ) ( Kurma )

Mereka berhujjah selain dari 4 perkara tadi tidak diwajibkan zakat kerana tidak ada nas yang menunjukan wajib,lagi pula tidak termasuk dalam makanan yang mengenyangkan.

* Tanaman dan buahan yang ulama berselisih pandangan wajib zakat terhadapnya,iaitu semua jenis tanaman dan buahan yang bermanfaat ditanam bertujuan mengembangkan hasil bumi .Seperti sayuran,bunga dan lain lain lagi dari jenis tanaman yang bermanfaat ditanam untuk mengembangkan hasil bumi.. * Sebahagian dari ulama mengatakan tidak wajib zakat pada tanaman ini,kerana tidak ada nas yang mewajibkan zakat terhadap tanaman ini, sedangkan mengikut kaedah Fiqhiah "Tidak harus mengambil harta orang islam melainkan dengan dalil." manakala Jumhur ulama muasarah berpendapat Semua jenis hasil tanaman yang bermanfaat dan ditanam,wajib zakat apabila cukup nisab,mereka berdalilkan dengan Umum nas Al-Quran dan hadis serta hikmah disyariatkan zakat.Dimana hikmah disyariatkan zakat kalau mereka yang menanam padi dikenakan zakat sedangkan mereka yang menanam beratus ratus ekar rambutan,durian,sayuran ataupun bunga tidak dikenakan zakat.? Pandangan yang digunakan pada hari ini adalah pandangan Jumhur ulama muasarah. Dari itu Semua jenis tanaman yang bermanfaat ditanam bertujuan mengembangkan hasil bumi diwajiban zakat apabila cukup nisabnya.

NISAB ZAKAT TANAMAN DAN BUAHAN Jumhur ulama telah menetapkan : Bahawa nisab bagi zakat tanaman dan buahan adalah 5 Usuk,jika tidak sampai 5 usuk tidak diwajibkan zakat. Mereka berdalil dengan hadis nabi S.A.W yang bermaksud Tidak diwajibkan zakat terhadap tanaman dan buahan yang tidak sampai nisabnya 5 usuk. Manakala Imam Abu Hanifa berpendapat samada sampai 5 usuk atau tidak diwajibkan juga zakat terhadap tanaman dan buahan. Manakala bagi tanaman dan buahan yang menjadi khilaf ulama terhadap wajib zakatnya,Ulama telah berpendapat nisab zakatnya adalah dikira mengikut nilai nisab zakat tanaman yang ulama bersepakat terhadap wajib zakatnya.

Sebagai contoh :
Kalau kita di Malaysia maka nisab zakat bagi buah rambutan adalah mengikut nilai nisab zakat padi. # 5 usuk bersamaan dengan 1,620 kg. #Pengiraan nisab zakat bagi tanaman yang mengeluarkan hasil lebih dari sekali dalam setahun adalah mengikut kiraan tahunan iaitu dihimpunkan penghasilan tersebut sampai setahun kemudian baru dikira nisab,ini kerana setahun mengikut pandangan syara' adalah satu. #Dihimpunkan semua jenis hasil tanaman dan buahan tersebut ketika pengiraan zakat sekalipun berbeza jenis,ini kerana harta hasil tanaman dan buahan sama tabiat, nisab dan nilai. #Mula dikira zakat tanaman dan buahan mengikut pandangan AL-Ghazali dalam kitab AL-Wajiz adalah apabila diceraikan bijiran dari tangkainya dan apabila kering pada buahan.Boleh juga dikira sebelum itu. # Zakat tanaman dan buahan tidak ada haul,ini kerana ia merupakan "harta kemasukan". @ Tuntutan asasi dan semasa Ulama telah berbeza pandangan dalam menentukan samada harus atau tidak ditolak tuntutan asasi dan semasa dari harta zakat tanaman dan buahan seperti berikut; ( Pandangan pertama ) Tidak harus ditolak dari harta zakat tanaman dan buahan keperluan asasi dan semasa,iaitu tuntutan zakat adalah terhadap keseluruhan hasil dari zakat tanaman dan buahan.(Illat tak ada lagi) Contoh. Seorang pekebun durian mengeluarkan hasil duriannya untuk tahun 5000 kg, maka tuntutan zakat padanya adalah kiraan nilai 5000 kg tanpa sebarang tolakan. ( Pandangan kedua ) Harus ditolak keperluan asasi dan semasa, iaitu tuntutan zakat adalah dari harta bersih sahaja. Pandangan kedua adalah pandangan yang diterima pakai oleh ulama muasarah ini kerana ia lebih cenderung kepada semangat syariat iaitu;

Tanggungan memberi kesan pada pengurangan kadar wajib zakat. seperti mana mana tanaman yang disiram dengan usaha manusia zakatnya adalah 5% sahaja, tetapi mana mana tanaman yang disiram dengan air hujan zakatnya adalah 10%.

Hakikat berkembang adalah bertambah,sesuatu harta tidak dikira bertambah apabila dikeluarkan belanja untuk mendapatkan nya. #Tuntutan asasi dan semasa dalam zakat tanaman dan buahan adalah : 1-Keperluan asas petani 2-Sewa tanah (jika tanah sewa) 3-Cukai tanah (Al-Kharaj) 4-Hutang (pembelian benih,baja,gaji pekerja dan yang ada sangkut paut dengan keperluan pertanian) 5-Hutang petani yang tidak ada sangkut paut dengan pertanian 6-Apa apa yang telah dikeluarkan daripada hartanya untuk pertanian. # Nilai zakat tanaman dan buahan. Nilai zakat tanaman dan buahan adalah seperti berikut. 5 % bagi tanaman yang disiram dengan usaha petani. 10 % bagi tanaman yang disiram dengan air hujan. # Zakat tanaman dan buahan dari tanah sewaan. Tanaman dan buahan yang terhasil adakalanya dari tanah pemilik hasil tersebut,adakalanya pemiliknya adalah orang lain. Maka jika pemilik tanah tersebut adalah petani itu sendiri maka zakat diwajibkan keatasnya. Jika pemilik tanah itu orang lain,maka adakalanya tanah tersebut disewa kepada petani maka zakat tanaman wajib kepada petani,manakala pemilik tanah diwajibkan zakat simpanan atau pendapatan. Jika tanah tersebut tidak disewa bahkah diberi peluang kepada petani untuk usahakan tanah tersebut tanpa ada balasan maka zakat tanaman dan buahan wajib kepada petani dan pemilik tanah tida dikenakan apa apa terhadap hasil tanah nya. Jika tanah tersebut tidak disewa tetapi diusaha bersama antara tuan tanah dan petani maka diwajibkan zakat terhadap bahagian masing masing. apabila sampai nisab.

KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT TANAMAN DAN BUAHAN. Kaedah pengiraan zakat tanaman adalah seperti berikut; 1-Termasuk dalam harta Tanaman adalah semua jenis tanaman yang bermanfaat ditanam bertujuan mengembangkan hasil bumi . # Kalau petani tersebut mempunyai bermacam macam jenis tanaman dihimpinkan semua jenis tanaman tersebut dalam pengiraan nisab. 2-Di kenakan zakat pada hasilnya sahaja tidak pada pokoknya atau tanahnya. 3-Dikeluarkan zakat pada waktu tuaian 4- Ditolak dari harta zakat tuntutan asasi dan semasa samada bersangkut paut dengan petani atau tanaman.mengikut pandangan jumhur ulama. # Kalau petani tersebut ada sumber kemasukan lain,maka tidak perlu ditolak dari zakat tanaman tuntutan asasi dan semasa yang bersangkut paut dengan petani. 5-Baki dari tolakan tersebut adalah nisab zakat,kalau cukup nisab wajib zakat. 6-Nisab zakat tanaman dan buahan adalah 1620 kg ataupun nilai tersebut. 7-Nilai zakat tanaman dan buahan adalah 5% atau 10% CONTOH PENGIRAANNYA Seorang Islam memiliki 50 ekar tanah, -10 ekar digunakan untuk tanaman durian, -10 ekar lagi digunakan untuk tanaman mempelam, -30 ekar lagi digunakan untuk tanaman padi. Hasil pengeluaran pada tahun 2000 adalah seperti berikut (setelah ditolak tanaman rosak); -1000 raga buah durian (1 Raga bernilai RM 40 x1000) - 800 raga buah memepelam(1 raga bernilai RM 60 x 800) - 400 guni padi pada musim pertama - 300 guni pada musim kedua (1 guni beratnya 50 kilo x 700)

Kebun durian dan mempelamnya merupakan kali pertama mengeluarkan hasil kedua duanya disirami dengan air hujan,beliau telah membeli benih dan baja durian dan mempelam dengan mengunakan pinjaman dari bank pertanian,beliau juga telah mengupah 2 orang pekerja ketika proses penanamannya dengan upah RM 5,000 seorang dan bayaran kaji tersebut menggunakan wang nya.Manakala tanaman padinya disirami dengan air saliran dan benih dan baja padi dengan wangnya sendiri,beliau tidak mengunakan khidmat pekerja pada tanaman padi.Beliau telah menetapkan setiap kali hasil dituai,akan dipotong daripadanya 2% untuk simpanan kemalangan tanaman. Maka kiraan zakat tanamannya adalah seperti berikut. 1)Harta zakat(Kemasukan hasil pertanian) 1-Hasil durian : RM 40,000 2-Hasil mempelam : RM 48,000 3-Hasil padi : 35,000 Kilo. 2)Ditolak dari harta zakat tersebut ; 1-Upah pekerja : RM 10,000 2-Bayaran ansuran kereta : RM 36,000 3-Baik pulih kereta : RM 50,000 4-Cukai Kerajaan : RM 1,000 5-Sewa tempat untuk letak kereta : RM 3,600(RM 300x12) 6-bayaran insurans kereta : RM 1,200(RM 100x12) 7-Bayaran elektrik dan air ditempat sewa kereta : RM 240(RM 20x12) Jumlah : RM 102,840

Anda mungkin juga menyukai