Anda di halaman 1dari 1

Mengeluarkan Zakat Kepada Orang Yang Dikenali Soalan: Assalamu'alaikum.

Saya ingin bertanya, jika saya berzakat fitrah atau berzakat h arta benda (wang) apakah boleh saya kirimkan melalui wang pos kepada orang-orang yang saya telah kenal pasti. Jika ia dibenarkan, bagaimana pula dengan akadnya. ? Termizi, KL Jawapan: Dalam mazhab Asy-Syafi'i wang zakat baik zakat fitrah mahupun zakat wang rin ggit tidak boleh dipindahkan dari tempat si pengeluar zakat itu berada, kecuali jika penduduk di kawasan itu sudah tidak memerlukan wang zakat itu, di waktu itu barulah boleh dipindahkan ke kawasan lain yang bersebelahan dengannya berdasark an kebijaksanaan pihak pemerintah. Justeru itu saudara tidak boleh memindahkan wang zakat saudara itu diluar da ri kawasn tempat saudara tinggal walaupun kepada orang yang saudara kenal, sebal iknya hendaklah saudara membayarnya kepada amil yang dilantik oleh pihak berkuas a di tempat saudara, kerana amil lebih mengetahui siapa yang lebih berhak meneri ma zakat di tempat saudara itu, di samping memudahkan urusan pembahagian zakat i tu sendiri. Ketika membayar zakatnya niatnya ialah " Inilah zakat fitrah atau zakat wang ringgit yang diwajibkan ke atasku untuk ta hun ini". Sesetengah ulamak mengharuskan seseorang mengeluarkan zakatnya kepada saudara ya ng dikenalinya walaupun diluar dari kawasannya asal sahaja saudaranya itu orang miskin atau fakir. Bagaimanapun dalam konteks sekarang ini urusan pengeluaran za kat adalah lebih elok dilakukan melalui amil yang dilantik, kerana urusan pengag ihannya akan dapat dilakukan dengan baik. Boleh jadi jika saudara mengeluarkan zakat kepada sahabat saudara yang sauda ra kenali itu menyebabkan berlakunya pertembungan perolehan zakat. Dengan kata lain pihak berkuasa di kawasan sahabat saudara itu telahpun memberikan wang zaka t kepadanya untuk urusan hariannya kemudian selepas itu saudara pula mengeluark an kepadanya . Di sini menampakkan wujud pertembungan dari sudut perolehan wang zakat itu sendiri. Justeru itu mengeluarkannya kepada amil adalah lebih baik, ke rana maslahah umum.

Anda mungkin juga menyukai