Anda di halaman 1dari 5

ZAKAT HARTA TETAP.

Definisi. Harta tetap : - Merupakan harta yang dimiliki oleh seseorang atau sesebuah syarikat dengan tujuan mendapat pulangan daripada harta tersebut. Atau dengan kata lain : - Harta tetap adalah harta yang tidak dikenakan zakat pada harta tersebut, tetapi dikenakan zakat pada keuntungan nya.seperti : i) Banggunan yang disewa, ii) Tanah yang disewa, iii) Kereta sewa dan lain lain lagi. # Untuk mendapat pulangan tersebut dengan dua cara; i-Sewakan harta tetap tersebut seperti : i) Kereta untuk disewa, ii)Hotel dan lain lain barangan yang digunakan untuk sewaan . ii-Dikeluarkan hasil dari harta tetap tersebut seperti : - Haiwan ternakan untuk tujuan perusahaan susu,daging dan bulu,

Ulama telah berselisih pandangan dalam menentukan wajib zakat harga tetap # Persoalan : Adakah harta tetap diwajibkan zakat atau tidak?

*- Sebahagian ulama mengatakan tidak diwajibkan zakat pada harta tetap dan pada
penghasilannya. Ini kerana tidak sebut dalam Al-Quran dan Hadis. 2- Jumhur ulama berpendapat harta tetap wajib dikenakan zakat Ini kerana terdapat padanya syarat syarat wajib zakat iaitu: i) Harta tetap tersebut boleh berkembang iaitu boleh mengeluarkan hasil, ii)Wujud persamaan antaranya dengan zakat tanaman dan buahan pada pihak tanaman dan buahan yang dihasilkan dari tanah wajib zakat begitu juga keuntungan yang terhasil dari harta tetap diwajibkan zakat juga.

@@@@@@@@@@@@@@..

iii) Keuntungan dari harta tetap merupakan sebahagian dari pendapatan

* Firman AllahTaala :
"Wahai orang yang beriman Infakkan lah daripada usaha kamu yang baik baik." Surah Al- Baqarah( ) Sabda Nabi S.A.W bermaksud; "Tunaikan zakat harta kamu." # Ulama juga berselisih pandangan dalam menentukan Nisab dan nilai zakat bagi harta tetap seperti dibawah i - Sebahagian daripada ulama menetapkan : Nisab zakat harta tetap sama dengan nisab zakat tanaman dan buahan iaitu 5 usuk. Ini kerana pada tanaman dan buahan hanya dikenakan zakat pada penghasilannya sahaja begitu juga dengan harta tetap. Manakala nilai zakatnya pula adalah 5% atau 10%. ii - Jumhur ulama menetapkan Nisab zakat harta tetap sama dengan nisab harta simpanan iaitu 85gram emas. ini kerana pemilik harta tetap biasanya mendapat keuntungan dengan wang,maka lebih mudah dikira zakatnya dengan wang juga. Nilai zakatnya adalah 2.5%

PENGIRAAN HARTA ZAKAT - Pandangan jumhur ulama telah digunakan dalam pengiraan zakat harta tetap pada hari ini sepertimana yang diputuskan Nadwah ke 5 bagi membincangkan persoalan zakat yang diadakan di Beirut pada tahun 1995. # Pengiraan nisab bagi harta tetap adalah mengikut kiraan tahunan sekalipun keuntungan masuk setiap bulan iaitu dihimpunkan keuntungan tersebut sampai setahun kemudian baru dikira nisab,ini kerana setahun mengikut pandangan syara' adalah satu. # Zakat harta tetap tidak perlu kepada haul kerana ia sebahagian dari "harta kemasukan."

KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT HARTA TETAP. Kaedah pengiraan zakat harta tetap adalah seperti berikut; i Harta tetap tidak diwajibkan zakat. ii Diwajibkan zakat pada keuntungan dari harta tetap sahaja,samada keuntungan tersebut berbentuk tunai seperti sewa ataupun berbentuk barangan seperti susu. # Kiraan keuntungan adalah mengikut kiraan tahunan.

iii-Ditolak daripada keuntungan tersebut keperluan asasi dan semasa samada keperluan tersebut bersangkut dengan harta tetap seperti cukai, upah jaga dan lain lain lagi ataupun keperluan tersebut bersangkut paut dengan pemilik harta. iv Baki dari tolakan tersebut dinamakan tuntutan zakat yang wajib dikira nisab harta tetap. 56Nisab zakat harta tetap adalah 85gram emas nilai 21. Nilai zakat harta tetap adalah 2.5%

# CONTOH PENGIRAANNYA. Seorang muslim mempunyai 10 buah kereta yang digunakan untuk perkhidmatan sewa. Dibawah ini merupakan keterangan mengenai perkara yang bersangkut paut urusan perkhidmatan sewa kereta. Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Perkara Kemasukan sewa kereta tahun 2001 Baik pulih kereta Cukai Kerajaan Bayaran Ansuran kereta Sewa tempat untuk letak kereta Upah pekerja Bayaran insuran kereta Bayaran elektrik dan air ditempat sewa kereta Simpanan kemalangan kereta 2% dari kemasukan Nilai RM 374,400 RM 80,000 RM 1000 RM 36,000 (10 x RM 300 x 12 ) RM 3,600 ( RM 300 x 12 ) RM 10,800 (RM 900x 12 ) RM 12,000 (10 x RM 100 x 12 ) RM 240 (RM 20 x 12 ) RM 7,488

# Tuntutan asasi dan semasa yang berkaitan dengan pemilik kereta tidak perlu dipotong kerana pemilik kereta itu bekerja sebagai pegawai Risda. Jika dia tidak ada kemasukan lain,barulah boleh dipotong tuntutan asasi dan semasanyadari kemasukan sewa kereta itu .

1)

Maka pengiraan zakat sewa kereta adalah seperti berikut: Harta Zakat Bil 1 Perkara Kemasukan Sewa Kereta 2)Ditolak dari harta zakat tersebut
Bil

Nilai RM 374,400 ; Nilai RM10,800 RM 36,000 RM 80,000 RM 1000 RM3,600 (RM 300 x 12 ) RM 12,000 (10 x RM100 x12 ) RM 240 (RM 20 x 12 )
RM 143640

Perkara Upah Pekerja Bayaran ansuran kereta Baik pulih kereta Cukai kerajaan Sewa tempat letak kereta Bayaran insuran kereta Bayaran elektrik dan air ditempat sewa kereta
Jumlah

1 2 3 4 5 6 7

Simpanan kemalangan kereta tidak ditolak dari harta zakat,bahkan ia merupakan sebahagian dari harta zakat sepertimana yang telah diputuskan nadwah ke 5 bagi membincangkan permasalahan zakat.

Bil

Perkara Kemasukan Pengeluaran


Baki bersih

1 2

Nilai RM 374 ,4000 RM 143640 RM 230760

Baki hasil pendapatan sewa setelah ditolak tuntutan asas dan semasa yang berkaitan dengan sewa kereta melebihi nisab zakat kerana nisab zakat harta tetap adalah 85gram emas (RM3,000) maka diwajibkan zakat terhadap baki harta tersebut. 4) Kadar zakat adalah RM 230760 dibahagikan dengan 2.5% = RM 5769.00 5) Zakat pendapatan yang wajib dibayar adalah = RM 5769.00

Anda mungkin juga menyukai