Anda di halaman 1dari 17

ZAKAT PERNIAGAAN DALAM ISLAM

Maksud Zakat Perniagaan


Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan, sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama Islam atau dengan bukan Islam, perniagaan semua jenis syarikat, koperasi atau perniagaan saham dan sebagainya.

Kewajipan Zakat Harta Perniagaan


"Wahai orang-orang yang beriman! Nafkahkanlah ( Zakatkanlah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik..." ( Al-Baqarah : 267 ) Sabda Rasulullah SAW ( yang bermaksud ) : "...maka sesungguhanya Rasulullah SAW menyuruh kami mengeluarkan zakat bagi harta benda yang kami sediakan untuk dijual." ( Riwayat Abu Daud ) "Pada unta ada zakatnya, pada lembu ada zakatnya, pada kambing ada zakatnya dan pada pakaian ( Al Baz ) yang disediakan untuk jualan ada zakatnya". ( Riwayat Al-Hakim )

Sabda Rasulullah : Menjadi sesuatu kewajipan ke atas setiap Muslim bersedekah (zakat). Mereka bertanya, Wahai Rasullullah, bagaimana yang tidak mempunyai harta?. Baginda menjawab, Bekerja untuk mendapat sesuatu untuk dirinya lalu bersedekah. Mereka bertanya, Kalau tidak mempunyai pekerjaan?. Baginda bersabda, Tolonglah mereka yang meminta pertolongan. Mereka bertanya lagi, Bagaimana pula jika tidak berkuasa?. Baginda menjawab, Kerja ke jalan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan sedekah.

Syarat-syarat Wajib Zakat Perniagaan


1. Islam, tidak wajib zakat pada harta perniagaan kafir. 2. Merdeka, tidak wajib zakat harta perniagaan hamba mukatab. 3. Pemilikan Sempurna, memiliki zat bersama manfaatnya. 4. Niat (menjalankan perniagaan), harta yang diperolehi dengan niat dan bertujuan untuk diperniagakan adalah harta perniagaan yang wajib zakat. 5. Cukup Haul, cukup setahun Hijrah dari tarikh dimulakan perniagaan; haul seterusnya tidak berubah dengan penambahan modal atau barang perniagaan. 6. Cukup Nisab pada tarikh akhir haul, Nisab = Nilai semasa 85 gram emas.

8 Golongan Asnaf yang Berhak untuk Menerima Wang Zakat


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Fakir - Orang yang tidak berharta serta tidak mempunyai pekerjaan sama sekali, atau orang yang mempunyai harta dan pekerjaan tetapi tidak dapat menampung keperluan hariannya. Contoh, keperluannya sehari ialah RM 10.00 tetapi dia hanya ada RM 2.00 sahaja. Miskin - Orang yang mempunyai harta tetapi tidak mencukupi keperluan hariannya. Contoh, keperluan hariannya RM 10.00, tetapi dia hanya ada RM 7.00 sahaja. Amil - Orang/Pekerja yang ditugaskan oleh pemerintah mengutip/mengagih zakat. Muallaf - Saudara baru memeluk Islam Riqab - Hamba yang menebus dirinya secara ansuran. Al-Gharimin - Orang yang menanggung hutang dan tidak mampu untuk menyelesaikanya Fisabilillah - Orang yang berjuang di jalan Allah.Ibnus sabil - Musafir yang terputus bekalannya semasa di perantauan

Tidak wajib zakat perniagaan, pada mata benda yang hendak dijual sedangkan ia didapati secara tidak tukar menukar, seperti dapat secara pesaka, pemberian yang tiada ganti, wasiat, dan sebagainya. Tidak wajib zakat perniagaan pada rumah yang disewakan, dan semua barang yang disewa kerana bukan pernigaan. Tidak wajib zakat perniagaan pada perhidmatan, seperti mengambil upah pembinaan dan sebagainya kerana perhikmatan bukan perniagaan. Tidak wajib zakat perniagaan pada benda yang hendak dijual sedangkan pada ketika membelinya tidak ada niat hendak dijadikan harta perniagaan, seperti seorang yang berniat pada ketika membeli kereta hendak dijadikan kegunaan sendiri. Mereka ini hanya dikenakan zakat simpanan sekiranya cukup syaratnya.

Mereka yang tidak wajib zakat perniagaan

Kepentingan
Menggalakkan organisasi korporat melaksanakan tanggungjawab zakat perniagaan dan secara tidak langsung meningkatkan kutipan zakat Negara dan seterusnya meningkatkan pendapatan Negara. Mengatasi masalah ekonomi yang tidak stabil melalui model pengurusan kewangan yang lebih mantap dan barakah yang dicipta oleh Pencipta manusia sebagai pengurus ekonomi dan kewangan negara. Meningkatkan keberkatan kepada Negara bagi mewujudkan Negara aman dan makmur serta mendapat keampunan Allah SWT (Surah Saba : 15).

Syarat Harta Perniagaan yang Wajib Zakat.


1. Harta perniagaan itu hendak lah bukan harta yang wajib zakat pada ainnya (dirinya) Contoh harta yang wajib zakat pada dirinya ialah emas, mata wag ganti bagi emas, kambing, dan sebagainya. Contoh harta yang wajib zakat perniagaan kereta, kuda, barang makanan, dan sebagainya. 2. Hendaklah matabenda itu diniatkan perniagaan. 3. Hendaklah disertakan niat pada permulaan akad memiliki harta perniagaan, seperti disertakan niat itu pada ketika membeli harta yang hendak diperniagakan. 4. Hendaklah dimilik harta itu dengan cara tukar menukar, Contoh akad tukar menuka: a. jual beli. b. memberi dengan menuntut balas. c. emas kahwin. Seperti isteri yang menerima emas kahwin berbentuk barangan seperti kain dan dia berniat semasa akad hendak dijadikan kain itu sebagai harta perniagaan.

d. tebus talak. Bandingkan dengan emas kahwin e. upah. Seorang mengambil upah berbentuk barabgan dan semasa akad upah dia berniat hendak menjadikan barangan itu sebagai mata benda perniagaan. f. sewaan dan sebagainya. seperti seorang yang menyewakan rumah dengan bayarannya seratus guni beras dan dia berniat pada ketika akad sewa itu bahawa dia hendak menjadikan beras itu harta perniagan, qias kanlah dengan yang lain. 5. Tidak dijual harta itu pada tengah tahun, dengan harga mengikut mata wang yang dibelinya sedangkan harganya kurang daripada nisab, seperti beli dengan ringit yang sampai nisab dan dijual dengan ringit tetapi harganya kurang dari nisab kerana putus tahun. Nisab duit ialah nilai emas 85grm. 6. Jangan di niatkan hendak menyimpan harta itu pada pertengahan tahun, maka manakala diniatkan hendak menyimpan pada pertenghan tahun putuslah tahunnya. Dengan itu behajat kepada niat perniagan semula berserta mempergunakan harta. Peringatan benda yang disewa, kerja mengambil upah, akad nikah dan barang sebagainya bukan perniagaan, tetapi disini hendak menyatakan cara mendapat harta perniagaan iaitu dengan jalan tukar menukar seperti yang telah dinyatakan.

Kaedah Pengiraan Zakat Perniagaan


1. Kaedah Model Berkembang Growth Model 2. Kaedah Modal Kerja Working Capital

Kaedah Model Berkembang Growth Model


Ia mengambil kira ekuiti pemilik entiti perniagaan tersebut, sumber-sumber pembiayaan kewangan dan dibuat pelarasan sama ada dicampur atau sebaliknya. Di dalam istilah yang lebih ringkas ialah Modal dicampur dengan Keuntungan. Ekuiti Pemilik + Liabiliti Jangka Panjang Aset Tetap Aset Bukan Semasa +/-Pelarasan = Harta Perniagaan Yang Tertakluk Kepada Pengiraan Zakat

Kaedah Modal Kerja Working Capital


Ia mengambil kira kedudukan Harta Semasa perniagaan ditolak dengan tanggungan semasa perniagaan dan dibuat pelarasan dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan zakat yang perlu diambil kira. Pelarasan ini dibuat samaada dengan mencampurkan item-item yang telah dikenalpasti perlu ditambah atau membuat tolakan. Aset Semasa -Liabiliti Semasa +/- Pelarasan = Harta Perniagaan Yang Tertakluk Kepada Pengiraan Zakat

Pelarasan
Pelarasan yang terlibat dalam pengiraan di atas adalah bersumberkan hujah dan asas seperti berikut: 1. Ditolak Daripada Aset Semasa. Semasa mengambil kira harta semasa berikut adalah perkara yang perlu dibuat pelarasan: Barang-barang Tidak Wajib Zakat Bukan Milik Sempurna Si Penghutang Kewangan Tiada Item Yang Dikenakan Zakat Dua Kali Aset Semasa Mestilah Yang Produktif Tabung-tabung Yang Bersifat Kebajikan Bagi Kategori Inventori / Stok

2. Dicampur Kepada Tanggungan Semasa Menurut pendapat Imam Syafie Tidak ada syarat hutang dalam menentukan sama ada harta tersebut layak nisab ataupun tidak. Menurut pendapat Syafie hutang kewangan (bukan liabiliti perdagangan) tidak menghalang kewajipan zakat.:

Bagi memenuhi nisab, liabiliti semasa yang boleh ditolak adalah yang ianya bersifat operasi sahaja termasuk: Pemiutang Perdagangan (Trade Creditors). Kos operasi (Operation Payables) seperti gaji, elektrik, telefon Cukai.

Oleh yang demikian pelarasan adalah melibatkan item-item yang tidak dibenarkan tolakan seperti berikut: Bukan berbentuk operasi perniagaan iaitu financial loans dan pengkelasan semula pinjaman berjangka. Dividen yang dicadangkan (Dividend Payable). Overdraf .

Pajakan kewangan / modal (financial / capital lease).

CONTOH PENGIRAAN ZAKAT PERNIAGAAN


Pengiraan zakat perniagaan adalah berasaskan kepada Lembaran Imbangan tersebut dapat memberi gambaran tentang kedudukan kewangan serta keupayaan dan kemampuan sebenar sesebuah syarikat itu untuk membayar zakat. Dari Lembaran Imbangan tersebut, formula untuk mengira zakat perniagaan ialah: (Aset Semasa + Pelabuhan Mudah Tunai) x peratus pemilikan saham orang Islam x kadar zakat 2.5% A) Aset Semasa 400,000 B) Campur: Pelaburan Mudah Tunai 100,000 C) Aset Semasa Bersih + Pelaburan 500,000 D) Peratus Saham Muslim (contoh 40%) 40% E) Aset yang layak dizakat ( C x D %) 200,000 F) Zakat Perniagaan ( E x 2.5 % ) 5,000

Anda mungkin juga menyukai