Anda di halaman 1dari 9

MASJID merupakan simbol syiar yang sangat penting dalam kehidupan umat Islam.

Ia adalah
jantung hati dan nadi kehidupan umat Islam. Sewaktu peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari
Mekah ke Madinah perkara pertama yang menjadi agenda besar baginda ialah membina
masjid di Quba’ Madinah. Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa mendirikan sebuah masjid
dengan mengharapkan keredaan Allah SWT nescaya didirikan baginya sebuah rumah di
dalam syurga,” - Riwayat Bukhari

Sejarah juga telah membuktikan bahawa masjid mempunyai fungsi pelbagai berabad lamanya
bermula dari zaman Rasulullah SAW sehingga hari ini. Menjejaki sirah, kita dapat melihat
betapa Nabi Muhammad SAW bukan sahaja menjadikan Masjid Nabawi sebagai pusat
ibadah, malah juga sebagai pusat pemerintahan dan pentadbiran negara Islam Madinah.

Masjid Nabawi amnya menjadi nadi penggerak Islam, penggerak aktiviti masyarakat, malah
tempat rakyat menuntut hak dan keadilan. Juga turut berperanan sebagai pusat kebajikan,
gedung ilmu dan pusat hubungan dengan Allah serta manusia sesama manusia. Dengan
fungsi-fungsi tersebut, terbukti Rasulullah berjaya menggambarkan kesempurnaan dan
keindahan Islam sebagai al-Deen (cara hidup) melalui fungsi-fungsi komprehensif yang
dijana oleh institusi masjid.

Ini jelas menunjukkan bahawa masjid bukan sahaja tempat untuk melakukan ibadah solat,
bahkan mempunyai peranan yang lebih luas sebagai suatu tempat untuk menyebarkan dakwah
dari segenap aspek kehidupan kepada masyarakat.

SIMBOL PERPADUAN UMMAH

Masjid sebagai simbol perpaduan ummah. Bermula daripada fungsinya sebagai tempat
beribadat, tempat sujud, juga sebagai pusat pembelajaran segala ilmu-ilmu Islam seperti al-
Quran, Tafsir, Hadis, Tauhid, Fikah, Sirah, Akhlak dan lain-lain. Pada zaman Rasulullah dan
sahabat, masjid menjadi institusi paling penting dan besar pengaruhnya dalam pembinaan
sahsiah, peribadi dan kehidupan umat Islam dalam semua bidang.

Terbukti apabila para sahabat yang diasuh dan dibimbing dalam suasana persekitaran masjid
telah berjaya menjadi individu yang hebat, terbaik, cemerlang dan gemilang seperti Saidina
Abu Bakar, Umar Al-Khattab, Uthman bin Affan, Ali bin Abu Talib, Abdur Rahman bin Auf,
Abdullah bin Abu Bakar, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Mas’ud dan ramai lagi.
Masyarakat Islam pada zaman itu merupakan generasi umat Islam terbaik.

Rasulullah bersabda: “Sebaik-baik umatku adalah pada zamanku,” - Riwayat Tirmizi.

Hari ini fungsi masjid semakin berkembang pesat menjadi pusat penting dalam kehidupan.
Antaranya menjadi pusat ilmu, dakwah, maklumat, kebudayaan, muamalat dan sebagainya.
Dari sudut ilmu, ia berfungsi menjadi tempat mengadakan kelas bimbingan al-Quran, kelas
bimbingan fardu ain, fardu kifayah, kelas tuisyen dan lain-lain. Dalam dakwah pula, masjid
berfungsi menjadi tempat ceramah, motivasi dan bimbingan kepada saudara baharu.

Masjid sebagai pusat maklumat juga berfungsi menjadi pusat penyebaran ilmu kepada
masyarakat setempat, ahli kariah, pelancong dan lain-lain. Menjadi pusat budaya dan
muamalat, masjid berkesan dalam mendekatkan masyarakat khususnya umat Islam setempat,
ahli kariah dan masyarakat umum tentang keindahan Islam dari sudut ajaran dan syariat
Islam, juga tentang budaya, gaya hidup, akhlak dan akal budi umat Islam yang berpegang
dengan Islam.

TANGGUNGJAWAB UMAT ISLAM

Tanggungjawab umat Islam terhadap institusi masjid juga semakin berkembang bersesuaian
dengan perkembangan zaman. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan
Tirmizi bermaksud: “Rasulullah SAW menyuruh kita membangunkan masjid-masjid di
daerah dan masjid-masjid itu dipelihara kebersihan dan keharumannya”.

Membangunkan masjid adalah perintah Rasulullah SAW, kemudian umat Islam disuruh
supaya bangunan itu dipelihara dan dijaga sebaik-baiknya. Terutama kebersihan, keharuman
dan keceriaan masjid, iaitu dalam dan luar masjid, termasuk menyediakan kemudahan asas
lain seperti ruang membaca yang mesra pengguna, tempat berwuduk, bilik air yang bersih dan
lain-lain lagi.

Sesungguhnya mulialah orang yang sentiasa memelihara dan menjaga kemuliaan masjid-
masjid Allah. Perlu diingatkan, bahawa masjid adalah tempat paling disukai Allah,
sebagaimana disebutkan oleh Rasulullah dalam sabdanya yang bermaksud: “Rasulullah
bertanya kepada malaikat Jibril AS: ‘Wahai jibril, tempat manakah yang paling disukai Allah?
Jibril AS menjawab: ‘Masjid-masjid dan yang paling disukai Allah ahlinya ialah orang yang
pertama masuk dan orang yang terakhir keluar meninggalkannya.” - Riwayat Muslim.

KELEBIHAN MENGUNJUNGI MASJID

Masjid disebut sebagai rumah Allah. Ia merupakan tempat paling aman, selamat dan damai
kepada umat Islam yang selalu berkunjung ke masjid. Umat Islam yang datang ke masjid akan
mendapat bonus pahala dan keberkatan hidup di sisi Allah.

Masyarakat dan umat yang hidup dalam persekitaran masjid atau mereka yang sentiasa
mengutamakan masjid dan tidak pernah renggang daripada masjid kerana sentiasa
memakmurkan masjid dengan mengerjakan solat berjemaah, beriktikaf, hadir majlis ilmu dan
seumpamanya adalah umat yang paling disukai di sisi Allah.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Gembirakanlah orang yang berjalan kaki di malam gelap
gelita menuju ke masjid bahawa bagi mereka cahaya yang terang benderang di
ADA dua istilah yang tidak harus diabaikan dan sangat sinonim dengan kalimah masjid.

Pertama apa yang biasa disebut sebagai rumah Allah, dan kedua yang merupakan kata
dasar bagi kata terbitan masjid itu sendiri, iaitu kalimah 'sujud'.

Kedua-dua istilah ini, apabila diamati, pasti menyentak minda sedar kita akan fungsi dan
matlamat hakiki daripada keberadaan sesebuah masjid (di mana pun ia d ibina) dalam
membangun dan memperkasakan ummah.

Idealnya, sesebuah rumah Allah menjadi tempat para hamba - tidak kira daripada apa
latarbelakang, usia, darjat, pangkat dan kedudukan, baik secara individu mahupun
berkumpulan - untuk hadir mendekatkan diri kepada-Nya.

Kita sedar bahawa Baginda Nabi saw telah membangun generasi manusia yang penuh
beradab lagi maju berwawasan. Di manakah pusat pembangunan dan pembentukannya
itu? Apakah yang menjadi tunjang dan batu asasnya sehingga generasi itu berjaya
melakar suatu sejarah yang cukup luar biasa yang tidak termampukan oleh mana -mana
generasi pun selepas mereka? Pasti jawapan yang terpantul daripada minda kita adalah
sama; yang menjadi pusat pembikinannya adalah masjid manakala batu asasnya dua
perkara; semaian iman dan ukhuwah yang sentiasa dibajai melalui institusi masjid di kala
itu.

Hal ini terbukti melalui pencapaian masjid era pertama (Masjid Quba dan Masjid Nabawi)
sebagaimana yang telah dibangunkan oleh Baginda Nabi saw. Walaupun bentuk
fizikalnya begitu sederhana; berlantaikan tanah, dinding dan atap daripada pelepah
kurma, masjid tersebut berjaya memainkan peranan sangat signifikan dan menjalankan
pelbagai fungsi berkesan di dalam pembinaan umat.

BERSIH NIAT DAN TUMPUAN


Manusia yang sering keluar masuk rumah Allah pada masa itu hadir dengan penuh jiwa
hamba, bersopan lagi bersih niat dan tumpuan.

Mereka benar-benar merasakan bahkan menghargai rumah Allah yang didatangi saban
waktu, justeru amat mengambil berat dan menunjukkan contoh bagaimana seseorang
hamba patut menjaga adab dan etika baik semasa hendak masuk ke dalamnya,
mahupun sesudah keluar darinya.

Daripada kesedaran ini, mereka (para sahabat ra) di bawah pimpinan imamnya yang
unggul (Rasulullah saw) telah berjaya membangunkan dunia dengan segala ke adilan dan
kemajuannya pada zaman tersebut sehinggalah kota kediaman mereka yang
membangun itu benar-benar menjadi Madinah, seperti namanya (yang berasal dari kata
dasar kalimah Arab ma-da-na) iaitu bermaksud tempat peradaban. Dari tempat itu pula
(Madinah) lahirlah segala benih peradaban yang menjadi tamadun baru bagi umat
manusia di seluruh pelosok daerah lainnya.

Begitulah peranan sesebuah rumah Allah, maka apabila ia benar-benar dipelihara dan
dihidupkan rohnya, maka sudah pasti kecemerlangan, kemajuan dan keberadaban akan
menjadi natijah yang bakal dirasai masyarakat sekelilingnya, bahkan seluruh dunia turut
merasai faedah keberkatannya.

MASJID DARIPADA KATA DASAR 'SUJUD'


Ramai daripada kita sedar kalimah masjid berasal daripada kekata Arabnya sa-ja-da,
yang bermaksud 'sujud'. Sujud membawa erti tunduk dengan penuh taat lagi akur.
Kelompok manusia pertama yang masuk dan keluar masjid adalah mereka yang benar -
benar terbangun jiwa 'sujud' dalam kehidupan mereka. Tunduk hati dan jiwanya, serta
tunduk juga akhlak dan pekertinya.
Rasulullah saw secara jelas telah menampakkan kepada dunia bahawa fungsi masjid
tidak hanya terbatas sebagai tempat ibadat rutin seperti solat dan zikir semata.

Masjid dengan roh penghayatan 'jiwa tunduk'nya telah berjaya menjadi pusa t kegiatan
umat dalam rangka memperkasa setiap sudut keperluan hidup manusia. Melalui
pembinaan yang seperti inilah, maka lahir tokoh Muslimin yang berjasa dalam
mengembangkan tamadun manusia ke seluruh penjuru dunia; pemimpin adil lagi bijak
seperti Abu Bakr Al-Siddiq; pejuang berani lagi berjiwa Ihsan seperti 'Umar Al-Khattab;
ahli koporat terbilang lagi dermawan seperti 'Uthman bin 'Affan; ahli politik bijak lagi
berwawasan seperti 'Ali bin Abi Thalib; duta cerdik seperti Mu'adz bin Jabal dan ramai
lagi.

Inilah sesungguhnya yang menjadi impian kita hari ini. Impian yang sekaligus menjadi
cabaran utama buat semua 'hamba' yang masuk dan keluar masjid saban hari. Masuk ke
dalam masjid dengan niat benar-benar bersih. Membangun kekuatan ruhiyyah (spiritual)
yang menjadi tunjang dalam diri.

Masjid ibarat kolam spiritual yang menghilangkan dahaga iman bagi mereka.

Sebagaimana maksud firman Allah dalam surah al-Nur (36):

"(Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah -
rumah Allah yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya, dan disebut
serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji
Allah pada waktu pagi dan petang."

Apabila keluar pula, keluar dengan membawa roh 'sujud' dalam setiap aktiviti kehidupan
yang dilalui. Setiap aktiviti dan tugasan yang dibuat akan memberi kesan peningkatan
dan pembentukan naluri murni, hasil yang maksimum dalam memacu ketamadunan
ummah.

KEPELBAGAIAN FUNGSI MASJID


Andai penghayatan matlamat rumah Allah dan masjid seperti yang dibicarakan ini dapat
direalisasikan, kepelbagaian fungsi masjid akan pasti terserlah sebagaimana yang
berlaku di zaman Nabi saw.

Manifestasi pemerintahan akan terlaksana di dalam masjid, baik pada peribadi pemimpin
pemerintahan yang menjadi imam/khatib, mahupun pada diri masyarakat yang datang
mengunjunginya.

Sama ada daripada kalangan Muslimin yang datang atas urusan ibadah mahupun ehwal
pentadbiran dan kemasyarakatan, begitu juga daripada kalangan bukan Islam yang
datang dengan urusan ehwal masyarakat, agama dan kehidupan mereka.

Hal ini terbukti dengan adanya 'Tiang Perwakilan' di dalam Masjid Nabawi, yang pernah
menjadi tempat Baginda saw sering menerima kunjungan para perwakilan sama ada
yang Islam mahupun yang bukan Islam, yang boleh dilihat sehingga ke hari ini.

Bagi golongan Muslimin yang datang solat di masjid, menekuni ibadah dalam ketundukan
akan menjadikan seseorang bertambah ingat. Ingat kepada Allah swt dan segala
perintah dan larangan-Nya, serta segala ketentuan dan pembahagian-Nya untuk
manusia. Allah swt menegaskan hal ini melalui firman-Nya dalam Surah Thaha (ayat 14)
:

"Dirikanlah kamu akan solat itu agar kamu nanti benar-benar (sentiasa) ingat kepada-
Ku".
Mengingati Allah (dengan cara dan penghayatan tepat) pula akan dapat menenangkan
jiwa dan fikiran:

"Ketahuilah! Dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati mansia."

[AL-RA'DU : 2]Maka seharusnya, masjidlah yang merupakan tempat paling sesuai bagi
sesiapa yang inginkan kedamaian dan ketenangan jiwa. Terkadang dalam zaman
canggih hari ini, berbagai-bagai cara dilakukan, tidak kurang banyak pula modal yang
dikeluarkan oleh mereka yang mengalami kegelisahan dan kesempitan dalam urusan
hidup, namun ketenangan yang dicari tidak kunjung datang.

MASJID TEMPAT PENGEMBANGAN ILMU


Masjid juga berperanan sebagai tempat pendidikan dan pengajaran serta pengembangan
ilmu.

Di masjid, Rasulullah saw menjadikan sekolah untuk mendidik para sahabat pelbagai
aspek kehidupan.

Masjid juga berfungsi sebagai asrama untuk pelajar suffah yang tinggal menetap untuk
belajar. Pencinta seni juga mendekati masjid dengan bacaan puisi kerohaniannya,
memuji Allah dan Rasul-Nya seperti Hasan bin Thabit yang mendapat julukan sebagai
penyair Nabi saw. Demikian masjid (pada ketika itu) menjadi pusat pe ngembangan
kebudayaan dalam semua aspek kehidupan menuju masyarakat beradab.

Masjid Nabawi pada zaman itu juga berperanan menjadi pusat kegiatan sosial. Urusan
pernikahan, masalah penceraian, perdamaian dan penyelesaian sengketa masyarakat,
semuanya diselesaikan di masjid.

Orang-orang terluka di medan perang juga dirawat di dalam masjid.

Masjid menjadi tempat kegiatan dan sumber ekonomi bagi masyarakat. Segala hasil
zakat dan jizyah (cukai kepala bagi penduduk bukan Islam yang bernaung di bawah
pemerintahan kerajaan Islam) di kumpulkan di masjid. Baitulmal pula dibangunkan,
tempat harta orang kaya dikumpul, yang kemudiannya diagihkan kepada fakir miskin
serta yang berkeperluan.

LANGKAH KE HADAPAN
Dalam suasana yang berbeza lagi mencabar era akhir zaman ini, apakah sesebuah
masjid itu masih berkemungkinan dihidupkan dan dibangkitkan semangatnya? Apakah
masjid masih mampu menjadi nadi penggerak kemajuan dan tamadun umat, berfungsi
umpama jantung hati dalam naluri masyarakat? Pastinya banyak persiapan yang perlu
dilengkapkan. Beberapa syarat asas mungkin boleh disepakatkan.

Antara yang paling utama mungkin harus didahulukan ialah yang bersangkutan dengan
ehwal pengurusan dan pentadbiran sesebuah masjid.

Pasukan pengemudi (pihak pengurusan/pentadbiran) harus terdiri daripada sebuah


pasukan yang kuat kebersamaannya serta jelas matlamat dan hala tuju yang hendak
dicapai. Visi masjid perlu dipusatkan kepada titik yang betul iaitu titik kerahmatan dan
kemakmuran demi menggapai keredaan-Nya.

Mereka (barisan pengemudi) harus mampu melihat realiti dan keperluan masyarakat agar
dapat dihubungkan dengan setiap kegiatan masjid. Para petugas masjid perlu tanamkan
roh iman dan ukhuwah yang bersih agar lebih mudah menuju matlamat yang sama dalam
bantuan rahmat Allah.
Jemaah masjid pula harus disemaikan dengan roh ilmu yang sahih, keterbukaan dan
kematangan berhadapan dengan segala perbezaan latar belakang, sesiapa pun individu
yang ingin menyumbang ke arah memakmurkan rumah Allah.

Masjid juga harus disesuaikan keperluannya untuk mengihsani seluruh lapisan


masyarakat, baik dewasa, kanak-kanak, tua, muda, lelaki, wanita, yang terpelajar
mahupun tidak, sihat atau sakit, serta yang kaya atau yang miskin.

Kita amat mendambakan terbinanya sebuah institusi masjid yang benar-benar dapat
mengembalikan kegemilangan dan kecemerlangan umat di mata dunia pada hari ini.

Mudah-mudahan setiap yang jujur berusaha memberikan sumbangan, apapun


bentuknya, tidak kira wang, buah fikiran dan pandangan, kata-kata semangat dan
motivasi, semuanya diharapakan agar mendapat gandaan rahmat dan kasih sayang
Allah di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat nanti.

KEPENTINGAN MASJID MEMPERKASA


LEGASI UMMAH
POSTED IN LAMAN ILMU
1.0 Pengenalan

Masjid merupakan rumah ibadah bagi umat Islam dalam mengerjakan solat dan majlis keagamaan serta pusat
aktiviti sosial umat Islam. Masjid adalah sebuah institusi ibadah yang sepatutnya berkembang sejajar dengan
arus perkembangan zaman dan memainkan peranan di dalam kehidupan masyarakat Islam sebagai sebuah
institusi membina kemajuan ummah. Mengimarahkan masjid pula adalah tugas yang berkait rapat dengan
konsep kejadian manusia untuk melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar. Justeru itu, setiap individu
Muslim seharusnya menunjukkan iltizam supaya memastikan pengurusan masjid berfungsi sebagai pusat ibadah
dan pembangunan ummah. Selain itu, pentadbiran dan pengurusan masjid perlulah dikemaskini terutamanya
mekanisme yang bercirikan profesionalisme dalam segenap sistem pengurusan dan pentadbiran masjid. Ini
adalah kerana pembangunan dan kecemerlangan ummah bermula dari sejauhmana berkesannya penggerak dalam
melaksana pengurusan masjid.

2.0 Latar Belakang

Seperti yang kita fahami bahawa sejak zaman Rasulullah SAW, masjid bukan terhad tempat ibadah semata-mata
tetapi merupakan pusat kegiatan dakwah Islam yang luas. Ketika Rasulullah SAW dan para sahabatnya berhijrah
dari kota Makkah ke Kota Madinah, baginda singgah di suatu tempat yang dikenali sebagai Quba’. Disinilah
Rasulullah SAW membangunkan sebuah Masjid yang diberi nama Masjid Quba’ iaitu Masjid terawal yang telah
dibina pada zaman Rasulullah SAW dan begitu juga ketika sampai di Madinah, Rasulullah membangunkan
Masjid Nabawi. Ini semua menunjukkan bahawa Masjid mempunyai kedudukan yang tinggi bagi umat Islam.
Di zaman Rasulullah SAW Masjid menjadi tempat untuk meningkatkan iman para sahabatnya. Dalam masa yang
sama, Masjid juga digunakan sebagai tempat pembelajaran dan pengajian Islam. Allah SWT berfirman dalam al-
Quran :

َ‫سى أُولَ ِئكَ أ َ ْن يَكُونُوا مِ نَ ا ْل ُم ْهت َ ِدين‬ َ ‫اج َد هللاِ َم ْن آ َمنَ بِاهللِ َوا ْل َي ْو ِم اآلخِ ِر َوأ َ َقا َم الصَّالةَ َوآت َى الزَّ كَاةَ َولَ ْم يَ ْخ‬
َ َ‫ش إِال هللا َ فَع‬ ِ ‫س‬َ ‫إِنَّ َما يَ ْع ُم ُر َم‬

Maksudnya :
“Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari
kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat, dan tidak takut kepada siapapun selain kepada Allah,
maka merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk.”
(Surah al-Taubah : 18)

Memakmurkan masjid mempunyai kesan positif bagi pembinaan masyarakat dalam rangka peningkatan kualiti
hidup masyarakat dan negara. Oleh kerana itu setiap Muslim harus berperanan dalam memakmurkan masjid
sebagaimana firman Allah di atas. Konsep terawal masjid adalah tempat untuk beribadah kepada Allah SWT.
Namun begitu, dari masa ke semasa ia berubah kepada banyak fungsi dan peranan dalam menerangkan apakah
fungsi sebenar sesebuah masjid dalam Islam serta umat Islam di seluruh dunia. Di Malaysia, sejarah kewujudan
masjid juga dapat dilihat sebagai sebuah tempat penting di Zaman Kesultanan Melayu Melaka di mana masjid
dan juga surau memainkan peranan sebagai pusat pembelajaran dan juga penyebaran agama Islam. Tambahan
lagi, pengertian sebenar masjid serta fungsi masjid memainkan peranan yang penting di sesebuah kawasan bagi
menjalankan ibadah dan juga pengabdian sebagai seorang hamba terhadap penciptaNya.
Dalam rangka meningkatkan fungsi masjid sebagai tempat ibadah dan dakwah bagi umat Islam, maka kita perlu
mengikuti jejak langkah Rasulullah SAW dengan menjadikan Masjid sebagai tempat penyebaran ilmu dan
tempat untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama insan. Dari Masjidlah Rasulullah SAW membina
masyarakat baru Madinah. Ahli Suffah adalah antara golongan yang terbit dari kesedaran fungsi masjid. Mereka
banyak mengambil manfaat dari ajaran Rasulullah ketika itu. Peluang yang mereka gunakan dengan tinggal di
bahagian penjuru masjid, dijadikan sebagai kesempatan untuk menghafal hadis-hadis Rasulullah SAW. Abu
Hurairah adalah salah seorang dari ratusan Ahli Suffah yang banyak meriwayatkan hadis dibandingkan dengan
sahabat yang lain. Tradisi menjadikan Masjid sebagai pusat ilmu pengetahuan ini diteruskan oleh para Ulama’
dalam mengembangkan risalah Islam setelah wafatnya Rasulullah SAW.

Di era moden pada masa kini, kita mempunyai peranan yang cukup besar untuk memakmurkan Masjid.
Memakmurkan Masjid mempunyai dua pengertian iaitu Hissidan Maknawi. Hissi bererti membangun Masjid
secara fizikal, membersihkannya, melengkapi dalam pelbagai sudut. Sedangkan memakmurkan Masjid
secara maknawi adalah mengimarahkan Masjid dengan solat berjemaah, membaca al-Quran, iktikaf, dan ibadah
yang lain serta lebih-lebih lagi menjadikan Masjid sebagai pusat kegiatan dan pengembangan intelektual
masyarakat. Disamping itu, kita harus mempromosikan Masjid sebagai wadah penyatuan umat Islam serta
menghidupkan kembali peranan Masjid dengan segala macam aktiviti keagamaan dan sebagainya yang masa
telah terbukti membawa umat Islam ke puncak peradaban teragung pada suatu ketika.

3.0 Cabaran Terhadap Sasaran Dakwah Masa Kini

Dunia di ambang abad ke-21 ini kian hari kian mendedahkan bermacam – macam isu yang tidak terjangkau dek
akal fikiran generasi Y kala ini di mana berlakunya berbagai gejala negative dalam masyarakat kerana sukar
untuk hidup disebabkan oleh kegawatan ekonomi. Ada juga yang membunuh diri kerana perginya manusia
pujaan, murtad kerana mengikut kekasih dan menukar nama kepada nama – nama yang bukan Islam. Disamping
itu tidak kurang pula yang melakukan zina secara terang-terangan, meminum arak dan sebagainya.
Kuasa – kuasa besar dunia pula tidak henti–henti mengancam dan memberi amaran kepada sebahagian Negara
Islam agar tunduk kepadanya dengan menyombong diri sebagai AKULAH PENGUASA DUNIA atau AKULAH
TUHAN dengan sikap semacam mengongkong umat Islam dan juga terhadap mereka yang masih kuat
hubungannya dengan Allah. Dalam masa yang sama fahaman sekular semakin meresap ke dalam hati sebahagian
umat Islam yang hampir putus hubungannya dengan Allah.

Pengembang-pengembang Kristian dan lain-lain agama turut mengganggu suasana dengan penyebaran risalah
dan kitab-kitab suci secara percuma. Manakala kemasukan pendatang asing juga menjadi isu besar
mempengaruhi corak budaya masyarakat. Mereka bukan sahaja datang untuk mencari pekerjaan tetapi juga
membawa unsur–unsur negatif dan bahan–bahan yang meracuni budaya dan pemikiran umat Islam.
Dr. Abd. Rahman Abd. Khaliq dalam bukunya, Ilhad pernah menulis bahawa sesungguhnya belia-belia Islam
kita hari ini telah terikut-ikut dengan ajakan kekufuran yang palsu, ilhad zindiq. Keadaan ini telah merobohkan
kita daripada status sesuatu umat yang memerintah kepada umat yang diperintah yakni umat yang dicengkam
dan umat yang boleh dipergunakan.
Maka, terbinanya Masjid di Negara kita kini mudah-mudahan sedikit sebanyak menjadi platform menarik minat
golongan-golongan muda terutamanya untuk kembali kepada Allah membina pemikiran strategik.

4.0 Matlamat Dan Peranan Masjid


Masjid merupakan tempat ibadah kaum muslimin yang mempunyai peranan tertentu untuk kemajuan peradaban
umat Islam. Sejarah telah membuktikan multi fungsi masjid berabad lamanya bermula dari zaman Rasulullah
SAW. Menelusuri sirah, kita dapat melihat bahawa Nabi Muhammad SAW bukan sahaja menjadikan Masjid
Nabawi sebagai pusat ibadah, malah juga sebagai pusat pemerintahan dan pentadbiran Negara Islam Madinah.
Masjid Nabawi menjadi nadi pergerakan Islam, penggerak aktiviti masyarakat, malah tempat rakyat menuntut
hak dan keadilan. Masjid Nabawi juga turut berperanan sebagai pusat kebajikan, gedung ilmu serta pusat
hubungan dengan Allah dan manusia sesama manusia. Dengan fungsi-fungsi tersebut, terbukti Rasulullah SAW
telah berjaya menggambarkan kesempurnaan dan keindahan Islam sebagai al-Deen (cara hidup) melalui fungsi-
fungsi komprehensif yang dijana oleh institusi Masjid. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa masjid bukan
sahaja tempat untuk melakukan solat, bahkan mempunyai peranan yang lebih luas atau boleh dibiaskan sebagai
suatu tempat untuk menyebarkan dakwah dari segenap aspek dan sudut kerohanian kepada masyarakat.

Firman Allah SWT :

” Dan hendaklah takut kepada Allah, orang-orang yang seandainya meninggalkan di belakang mereka anak-anak
yang lemah, yang mereka khuwatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu mereka bertaqwa kepada
Allah dan hendaklah mengucapkan perkataan yang benar”
( Surah al-Nisa’ : 9 )

Perkembangan remaja masjid dan masyarakat setempat mampu menjadi sebagi penerus cita-cita dan perjuangan
Islam dan sekaligus sebagai mendidik umat. Sudah tentu keberadaan kita saat ini adalah bergantung kepada
kemampuan kita dalam meningkatkan pembinaan dan perkembangan daya insani dan potensi dalam rangka
mempersiapkan harapan untuk masa depan umat. Berdasarkan firman Allah di atas, Allah telah mempertegas
tanggungjawab kita dalam usaha mempersiap dan meningkatkan peranan masyarakat khususnya remaja yang
dididik melalui institusi masjid sebagai latihan kepimpinan umat yang lahir dari pendidikan dan ilmu yang
mantap dan keberkesanan dakwah yang berkesan.
Di antara matlamat yang digariskan untuk tujuan ini adalah :

 Menjelaskan kepada umat Islam bahawa mempraktikkan Agama Allah adalah penting dalam kehidupan
seharian agar tidak terpesong dari ajaran Islam yang sebenarnya.
 Mendedahkan akan bahayanya ideologi barat ini jika ianya tidak dibendung dari peringkat awal.
 Memberi penjelasan tentang peranan masjid yang sebenar iaitu sebagai medium pencetus ummah dalam
menyebarkan dakwah Islamiyah.
 Menyedarkan umat Islam bahawa tanggungjawab mereka sangat besar dalam menangani masalah ini kerana
mereka adalah pendakwah secara tidak langsung.
 Menarik minat golongan muda untuk sentiasa berjemaah dan dekat dengan masjid.

5.0 Aktiviti Masjid UMP Dalam Memperkasa Agenda Dakwah

Secara tuntasnya, Masjid UMP bukan sahaja dilihat sebagai tempat beribadat dan membaca al-Quran tetapi
sebagai pusat kegiatan masyarakat dalam aspek pendidikan, kemasyarakatan, kebajikan serta untuk kepentingan
dan pertemuan bagi orang Islam. Masjid ini juga berperanan sebagai sumber pertumbuhan tunas-tunas Islam
selanjutnya memantapkan lagi fungsi tradisi masjid sebagai pusat dakwah, pembangunan ilmu dan sains Islam.
Namun, bagaimanakah fungsi masjid ini dapat digarapkan secara sempurna agar seluruh generasi muslim
mendapat kemanfaatannya. Atas inisiatif itu, Masjid UMP mengambil peranan melaksanakan program-program
dakwah seperti :-

 Program pengisian rohani berbentuk tazkirah, kuliah dan ceramah perdana


 Sambutan hari kebesaran Islam
 Program Belia
 Program Pengukuhan Sahsiah dan Organisasi
 Kursus Asas Hal Ehwal Islam
 Program Kemasyarakatan

6.0 Kesimpulan
Merujuk kepada peranan dan matlamat yang telah dijelaskan, peranan Masjid dalam pengembangan dakwah
terhadap masyarakay Islam diharap dapat menarik ramai lagi umat untuk mengimarahkan masjid sebagai
platform penyatuan ummah dan ekonomi umat Islam.

Anda mungkin juga menyukai