Anda di halaman 1dari 6

1

KEPIMPINAN MASJID JAMEK AR RAHIMIAH KLANG: KE ARAH MASJID


BERPRESTASI TINGGI (MBT)

DR MOHD AFENDI BIN MAT RANI
NASRUDIN BIN TANAWI


Pendahuluan

Pada zaman baginda Rasulullah saw, masjid menjadi tempat penyampaian wahyu
kepada para sahabat. Perbincangan dan perbahasan serta majlis-masjlis ilmu
dimarahkan di masjid dan menjadi institusi pengajian yang penting. Masjid adalah
lambang kekuatan dan keutuhan umat di sepanjang zaman. Ia adalah institusi terpenting
kerana kaitannya dengan persoalan pembinaan dan pembangunan insan. Tidak
dinafikan bahawa perkembangan masa kini, institusi masjid dalam negara telah dan
sedang melaksanakan peranan masing-masing. Pihak pengurusan masjid
sememangnya sentiasa berusaha ke arah menjadikan masjid sebagai pangkalan dan
pusat kegiatan ilmu.
Kekuatan umat Islam bergantung kepada fungsi masjid. Institusi masjid mampu
berperanan secara cemerlang melalui pentadbiran dan pengurusan yang baik. Masjid
dilihat sebagai institusi kecemerlangan umat Islam dalam semua aspek kehidupan dan
tidak hanya tertumpu kepada medan ibadat semata-mata. Masjid telah memberi
sumbangan yang besar terhadap keagungan masyarakat Islam suatu ketika dahulu.
Namun sejarah telah menyaksikan bagaimana peranan masjid ini semakin menguncup
bersama-sama dengan kelesuan umat Islam selepas berlalunya era kegemilangannya
Islam. Masjid hanya dihadkan peranannya sebagai pusat pengabdian kepada Allah.
Justeru, tidak dinafikan umat Islam kini menjadi lemah akibat daripada kegagalan
mereka untuk meletakkan dan mengembangkan peranan masjid sebagaimana yang
dilakukan oleh ulul albab yang terdahulu. Pengecilan peranan institusi masjid masa kini
mencerminkan pemercilan peranan agama dalam masyarakat.


Kepimpinan Masjid sebagai Satu Amanah

Perlu disedari bahawa amanah untuk mentadbir alam ini tidak diberikan kepada makhluk
selain manusia yang sanggup dan mampu melaksanakannya. Manusia berperanan
sebagai khalifah yang bertanggungjawab membangun, menjaga dan memakmurkan
segala apa yang ada di muka bumi. Apa yang lebih utama dalam membangun dan
menjaga alam ini, misi dan visi utama ialah membina dan membangunkan perhubungan
antara manusia. Konsep khalifah yang disebut di dalam ayat surah al-Baqarah adalah
membawa maksud manusia dilantik sebagai wakil Allah di muka bumi. Jika diamati
secara mendalam betapa Allah SWT amat mempercayai manusia sehingga diberikan
amanah yang amat besar iaitu memimpin dan mentadbir bumi. Maka pada hakikatnya
manusia perlu menghargai kepercayaan dan amanah ini dengan melaknasakan
tuntutanNya sebagai tanda syukur dan berterima kasih kepada Allah, pemilik segala
alam ini. Sekalipun malaikat adalah mahkluk Allah yang sentiasa beribadat, bertasbih,
bertahlil dan bertahmid kepada Allah SWT. Namun tugas yang besar ini tidak diberikan
kepadanya tetapi diberikan kepada manusia. Dalam hal ini manusia yang beriman
kepada Allah SWT akan merasai bahawa inilah anugerah Allah yang tidak ternilai
kepada manusia, yang perlu dihargai, dijaga dan disyukuri. Sebaliknya manusia yang
2
tidak beriman mereka menyesali dan menganggap amanah ini sebagai perkara yang
sia-sia, lalu dirosakkan dan dikhianati.
Sebagaimana yang dijelaskan alam adalah hak milik atau harta Allah yang amat
istimewa yang penuh kehebatan. Maka betapa bertuahnya manusia yang dilantik
sebagai pemimpin untuk memimpin dan menguruskan manusia yang lain dan alam
secara keseluruhannya. Selanjutnya kita mendapati tempat yang paling suci di alam ini
ialah masjid yang menjadi rumah Allah. Apabila ditanya kepada Baginda saw, apakah
tempat yang paling baik dimuka bumi ini?, Nabi saw bersabda: Aku tidak tahu sehingga
aku bertanya kepada Jibril, berkata Jibril: Aku tidak tahu sehingga aku bertanya kepada
Allah. Kemudian Jibril berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya sebaik-baik tempat di
muka bumi ini ialah masjid. Sebaik-baik ahlinya ialah orang yang paling awal masuk dan
paling akhir keluar.
Jika semua kalangan manusia dilantik oleh Allah untuk mentadbir alam ini
dianggap istimewa, maka apatah lagi sebilangan kecil dari kalangan manusia pula
dilantik menjaga, mengawal dan memakmurkan rumah Allah yang Maha Mulia ini.
Sekalipun dilihat yang melantik adalah dari kalangan manusia, namun semua ini adalah
takdir dan ketentuan Allah bahawa tidak semua manusia layak dan mampu menjaga
rumah Allah. Allah SWT menjelaskan bahawa:

!..| `.-, .>... < _. _., <!, ,,l > ! :l.l _.,
:l `l _> | < .- ,.l` .>, _. _...l _
Ertinya: Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-
masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari
akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak
takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut)
maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat
petunjuk.
1


Berdasarkan ayat di atas betapa besarnya penghargaan daripada Allah dan
manusia terhadap mereka yang dilantik untuk menjaga rumah Allah, sebagai penerima
tetamu yang melayan tetamu-tetamu Allah SWT. Justeru, ahli-ahli jawatankuasa yang
dilantik perlu menyedari hakikat ini bahawa sepatutnya mereka merasai bahawa ini
adalah satu penghargaan dan kemuliaan kepada mereka berbanding manusia lain.
Maka sudah semestinya sesuatu yang berharga dan bernilai perlu dijaga sebagai satu
amanah yang perlu dibanggakan dan bukan sebagai satu bebanan. Betapa ruginya
manusia yang ditawarkan sesuatu yang berharga ini dengan alasan kesibukan dan tidak
ada masa lapang. Sedangkan tidak semua manusia ditawarkan elaun pahala akhirat ini
yang menjadi bekalan untuk ke negeri yang kekal abadi.


Pembentukan Visi dan Misi Masjid Jamek Ar Rahimiah Klang (MJAR)



1
Al-Quran Surah al-Tawbah:18
3
Dalam usaha untuk menjadikan MJAR sebagai sebuah institusi yang bertaraf prestasi
tinggi sudah semestinya mempunyai visi dan misi yang jelas dan terarah. Visi MJAR
ialah:

Untuk menjadikan masjid Jamek Ar Rahimiah Klang sebagai pusat
sumber kekuatan umat Islam dalam pelbagai aspek kehidupan ukhrawi
dan duniawi



Manakala bagi mencapai visi di atas, MJAR telah merangka misi tersebut:


Melaksanakan segala agenda pengiamarahan masjid dengan kegiatan
yang dapat mendekatkan diri kepada Allah dan memupuk perpaduan
serta kekuatan umat Islam

Misi dan Visi yang dirangka ini tidak dapat dicapai kecuali dengan adanya nilai-nilai
tersebut;

Sabar dan syukur, cekap dan bijak, amanah, mesra, komited dan berani
untuk membuat perubahan

Dalam usaha untuk menjadikan MJAR sebagai institusi yang unggul dan tercapainya visi
dan misi di atas maka:


1. MJAR akan menyediakan tempat ibadat yang selesa, bersih dan lengkap
dengan kemudahan asas.
2. MJAR akan menawarkan program-program peningkatan ilmu dan pengimarahan
masjid seperti kelas pengajian, forum, ceramah dan lain-lain
3. MJAR akan menambah dan meningkatkan sumber kewangan masjid
4. MJAR akan menjadi sebagai pusat kecemerlangan masyarakat dan bersikap
menerima sebarang teguran dan akan berusaha untuk membantu pentadbiran
surau-surau di bawah pengawasan MJAR dengan mengadakan program-
program secara bersama.


Kewujudan Manual Pengurusan Kerja (MPK) Masjid Jamek ar Rahimiah Klang


Sesebuah organisasi yang tersusun dan sistematik, ianya memerlukan kepada
perancangan strategik jangka pendek dan jangka panjang. Sehubungan dengan itu,
MJAR akan mengadakan Manual Pengurusan Kerja (MPK) untuk digunapakai dalam
pengurusan dan pentadbiran MJAR selaras dengan kehendak dan perkembangan
semasa pada hari ini. MPK ini juga boleh menjadi sumber rujukan dan panduan juga
kepada surau-surau di bawah pengawasan MJAR. MPK ini mengandungi program-
program yang akan dilaksanakan, petunjuk prestasi, pelan tindakan dan struktur
pentadbiran dan lain-lain.
Setiap Ahli Jawatankuasa MJAR perlu merancang dan mengadakan Manual
Pengurusan Kerja (MPK) mengikut biro masing-masing. MPK ini akan menjadi garis
4
panduan kepada pihak pengurusan masjid dalam menjalankan tugas yang amanahkan.
Selain itu ia dapat menjadi panduan ke arah pelaksanaan segala aktiviti dalam usaha
untuk mendekatkan masyarakat dengan masjid/ surau. Dengan adanya MPK ini dapat
membantu masjid untuk menilai keberkesanan setiap program dan aktiviti yang
dijalankan.


Kepimpinan MJAR: Ke Arah Masjid Berprestasi Tinggi (MBT)

Antara kunci bagi masjid/ surau yang cemerlang dan berprestasi tinggi ialah soal
kepimpinan. Masjid/ surau yang berprestasi tinggi didukung, dibangun dan
dikembangkan oleh ahli jawatankuasa yang berwawasan, berdisiplin dan berkeupayaan
menterjemahkan wawasan menjadi satu realiti. Perlu disedari bahawa kegagalan
sesebuah institusi adalah berpunca daripada kepincangan kepimpinan, terutamanya
tidak ada keselarasan dan kesatuan antara pemimpin masjid, atau wujudnya beberapa
kelompok dalaman yang sukar untuk menerima pembaharuan dan lebih mementing
perkara-perkara yang menjadi bukan keutamaan.
Kepimpinan masjid adalah aset penting yang menjadi faktor penentu kepada
pembentukan dan pembangunan kecemerlangan sesebuah masjid. Sekalipun segala
kemudahan asas telah wujud dan canggih, namun faktor kepimpinan adalah yang
utama, manakala faktor adalah adalah sebagai sokongan sahaja.Pemimpin masjid
hendaklah melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan pengimarahan masjid dalam
usaha untuk mencapai visi dan misi secara bersama dengan para jemaah dan menjadi
rakan kongsi kepada masyarakat. Mereka hendaklah bersama-sama berusaha untuk
memperkasakan masjid dengan pelbagai kegiatan aktiviti yang telah dirancang dan
akan dirancang.
Pemimpin masjid sepatutnya menjadi teladan dan mendemontrasikan dan
meningkatkan komitmen untuk merealisasikan visi dan misi pembangunan masjid/
surau. Mereka hendaklah sentiasa memperbaiki kepimpinan peribadi dan keberkesanan
kerja berpasukan, pengukuhan budaya kerja dan berwawasan. Pemimpin masjid
hendaklah mengetahui secara menyeluruh apakah bidang tugas dan tanggungjawab
masing-masing, skop dan spesifikasi dan matlamat tugas masing-masing. Para
pemimpin masjid hendaklah melihat segala tanggungjawab ini dalam kerangka yang
positif dan tidak dilihat ia sebagai satu bebanan. Sekiranya ada sebarang kelemahan
dalam memikul tanggungjawab, mereka hendaklah berusaha sedaya upaya untuk
menyelesaikan dengan penuh hemah agar dapat memberi sumbangan yang lebih
bermakna kepada masyarakat/ ahli Qaryah. Pemimpin masjid/ surau mesti mempunyai
keberanian, kegigihan dan kebijaksanaan untuk berhadapan dan menangani apa
masalah yang timbul.
Pemimpin masjid perlu melatih diri mereka menguruskan masjid dalam ruang
lingkup kekitaan. Masjid adalah hak kita bersama. Maju dan mundurnya masjid adalah
terletak di tangan pemimpinnya. Begitu juga masyarakat dan pemimpin masjid saling
melengkapi antara satu sama lain. Aktiviti yang dilakukan hendaklah menepati dengan
kehendak mesra jemaah. Kerjaya pemimpin masjid pada hari perlu berkembang maju ke
hadapan dan tidak boleh diuruskan secara tradisional. Bagi memantapkan pengurusan
masjid usaha menambah baik perjawatan pegawai masjid perlu ditingkatkan. Selain
mewujudkan pelan pembangunan staf, mengadakan skim gaji dan elaun yang menarik.
Ini kerana pada tanggapan sesetengah masyarakat rumah ibadat perlu diuruskan
secara sukarela tanpa dibayar atau diupah sebarang bayaran. Pandangan sebegini
dilihat agak tidak sesuai lagi pada hari ini. Sejajar dengan kepesatan dan pembangunan
5
hari ini, dunia pengurusan masjid perlu selari, sekiranya masjid ingin menjadi terus
relevan sebagai pusat kecemerlangan masyarakat.
Persoalannya ialah sejauhmanakah kesanggupan pemimpin masjid
komited dan berupaya menjalankan aktiviti pengimarahan masjid dan mengelakkan
daripada menjadi halangan kepada pembangunan masjid dan sentiasa menghulur dan
meringankan tangan untuk membantu membangunkan masjid. Dalam mengurus dan
mentadbir masjid/ surau ke arah perubahan dan pembaharuan sudah pasti akan
berhadapan dengan golongan yang akan menentang dan menghalanginya kerana tidak
memahami keperluan perubahan, mempunyai kepentingan peribadi dan sebagainya.
Justeru, para pemimpin MJAR perlu mempunyai elemen 5 berikut:

i. Mempunyai keinginan dan komitmen yang tinggi, berterusan dan berusaha
untuk menjadikan MJAR sebagai pusat kecemerlangan masyarakat
ii. Meningkatkan kerjasama, perpaduan dan permuafakatan dalam
membangunkan MJAR. Bagi mencapai matlamat MJAR yang cemerlang
tidak boleh dilakukan secara individu, tetapi hendaklah secara berkumpulan
dan berjemaah
iii. Pemimpin-pemimpin masjid hendaklah memiliki jiwa yang bersih, ikhlas dan
amanah serta mempunyai fikiran yang berdaya maju
iv. Meningkatkan saling percaya mempercayai antara satu sama lain, selain
mewujudkan ikatan yang erat antara jemaah MJAR dan masyarakat umum
v. Memanfaatkan keilmuan dan kepakaran masing-masing dalam semua
bidang untuk dimanfaatkan demi meningkatkan kecemerlangan MJAR.


Pendekatan dan Strategik MJAR

Para pemimpin masjid/ surau hendaklah membentuk dan sentiasa memantapkan
pendekatan dan strategik pengimarahan masjid yang jelas dan bermatlamat. Pemimpin
masjid hendaklah sentiasa memikir dan merenung sejauhmanakah output dan
perkhidmatan yang perlu disediakan dan dihasilkan untuk mencapai matlamat. Antara
aspek yang perlu diketengahkan ialah:

i. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh MJAR
ii. Sumbangan kepada komuniti
iii. Kepuasan para jemaah
iv. Kewangan dan perbelanjaan
v. Pembangunan AJK

Berdasarkan kepada visi dan misi yang telah dinyatakan, pemimpin masjid perlulah
memahami dan bergandingan bahu untuk mencapainya sedaya mungkin. Program
retreat yang diadakan sebagai aktiviti tahunan MJAR adalah untuk merangka strategik
yang lebih terperinci bagi tempoh setahun pengurusan. Ia membabitkan penjelasan
tentang program yang akan dilaksanakan, kumpulan sasaran, pelan tindakan dan
sebagainya. Program ini adalah sebahagian daripada pembangunan staf/ pemimpin
masjid yang berusaha untuk meningkatkan kualiti kepimpinan masjid, budaya kerja
masjid dan imej masjid MJAR / surau.

Bagi mencapai ke arah Masjid Jamek Rahimiah berprestasi tinggi, beberapa dasar telah
digariskan.

6
1. Kepimpinan berkesan
kepimpinan yang mempunyai arah tuju dan diterjemahkan wawasan menjadi
realiti
2. Penambahbaikan berterusan
Sistem pengurusan tidak boleh berada pada tahap yang lama dan ia hendaklah
sentiasa ditingkatkan dari semasa ke semasa bagi tujuan pemantapan.
3. kegiatan berorientasikan pelanggan
semua kegiatan dan aktiviti masjid mestilah dilaksanakan dengan mengambilkira
keperluan pihak dan memenuhi cita rasa masyarakat. Kegiatan masjid perlu
disepadukan dengan pembangunan masyarakat dan masjid perlu memainkan
peranan yang lebih besar dalam melaksanakan tanggungjawab sosial.
4. Budaya kekitaan hendaklah sentiasa dipupuk di kalangan pemimpin masjid agar
kesepaduan antara pemimpin masjid menjadi teras kejayaan MJAR.


Kesimpulan

Kejayaan sesebuah organisasi adalah bergantung kepada pemimpin dan sokongan
ahlinya. Kerjasama secara berjemaah dan berkumpulan adalah ramuan utama kepada
kejayaan sesebuah institusi. Nadi dan jantung MJAR adalah terletak hak para
pemimpinnya sama ada untuk terus maju ke hadapan atau menyongsang arus dalam
era pembangunan yang semakin pesat. Teras kepada kejayaan ialah keyakinan yang
tinggi kepada Allah SWT, bahawa sekiranya manusia itu membantu agama Allah, pasti
Allah akan menolong hambaNya.

Anda mungkin juga menyukai