Anda di halaman 1dari 17

1

IJAZAH SARJANA MUDA (KEPUJIAN) PENGAJIAN ISLAM (PENGURUSAN ISLAM)

SEPTEMBER / 2021

HBIS3903

KAJIAN TEKS HADITH BUKHARI DAN MUSLIM

MOHAMMED TAUFIK BIN ABD RAZAK


2

KANDUNGAN
1 PENGENALAN TOPIK .................................................................................................... 3

2 PENJELASAN KEDUDUKAN KARYA-KARYA HADIS UTAMA SELAIN


DARIPADA SAHIHAIN........................................................................................................... 4

2.1 JAMI’ AL- TIRMIDZI................................................................................................ 4

2.2 SUNAN ABI DAUD ................................................................................................... 4

2.3 SUNAN AL-NASA’I .................................................................................................. 5

2.4 SUNAN IBN MAJAH ................................................................................................ 5

3 PENERANGAN BAB-BAB YANG TERDAPAT DALAM KITAB AL-FITAN WA


ASYRAT AL-SA’AH, SAHIH MUSLIM .................................................................................... 6

3.1 KEADAAN UMAT ISLAM BILA HAMPIRNYA KIAMAT ................................. 6

3.2 KEJADIAN-KEJADIAN SEBELUM TIBANYA KIAMAT .................................... 6

3.3 PERIHAL DAJJAL ..................................................................................................... 7

3.4 PANDUAN UMAT ISLAM MENGEMUDI HIDUP DI AKHIR ZAMAN ............. 8

4 PERBANDINGAN METODE PENULISAN IMAM MUSLIM DAN IMAM AL-


BUKHARI DALAM KITAB AL-FITAN ................................................................................. 9

4.1 PENYUSUNAN KITAB............................................................................................. 9

4.2 HADIS YANG SAMA RIWAYAT YANG BERBEZA ............................................ 9

4.3 PENAMAAN BAB ................................................................................................... 10

4.4 KRONOLOGI BAB .................................................................................................. 10

5 KAJIAN BAB IDZA TAWAJAHA AL-MUSLIMANI BI SAIFAIHIMA (SAHIH MUSLIM)


11

5.1 PENGENALAN AL-TAHWIL DAN CONTOH APLIKASI .................................. 11

5.1.1 CARTA RINGKASAN SANAD HADIS ......................................................... 12

5.1.2 TERJEMAHAN HADIS .................................................................................... 12

5.1.3 DUA PENGAJARAN HADIS ....................................................................... 12

6 KESIMPULAN ................................................................................................................ 15

7 RUJUKAN ....................................................................................................................... 16
3

1 PENGENALAN TOPIK

Hadis Rasulullah SAW adalah segala apa yang dikatakan, dilakukan, diperakukan oleh
Rasulullah SAW, termasuk sifat-sifat baginda (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2021).
Hadis Rasulullah SAW adalah pedoman kedua utama untuk kita sebagai penganut agama
Islam. Melalui hadis Rasulullah SAW kita dapat mengetahui cara Islam di amalkan di dalam
kehidupan seorang manusia. Oleh sebab kepentingan ini, usaha untuk mengumpul, memelihara
dan membukukan hadis giat dijalankan dari kurun kedua hijrah (Mohd Zohdi Mohd Amin,
2020).

Kitab-kitab hadis ini teramat banyak bilangannya. Ini disebabkan setiap pengumpul
hadis mempunyai kriteria dan objektif mereka sendiri dalam mengumpulkan hadis. Dari sudut
keutamaan sebagai bahan rujukan, terdapat enam kitab hadis yang dipilih kerana kekuatan
mereka dari segi tujuan penyusunan serta keistimewaan tersendiri, enam kitab ini dikenali
sebagai sunan Sittah (Yahaya, 2019). Di antara enam kitab ini pula, Sahih al-Bukhari dan Sahih
Muslim diangkat sebagai sumber rujukan hadis yang paling utama kerana status kesahihan
hadis-hadis di dalamnya.

Objektif utama penulisan ini adalah untuk membuktikan kemampuan untuk


menjelaskan martabat kitab-kitab hadis di samping mempamerkan kemampuan memanfaatkan
kitab hadis terutamanya kitab Sahih Muslim dalam salah satu babnya, Al-Fitan. Selain itu,
penulisan ini juga mengandungi berkenaan kaedah al-Tahwil, carta ringkasan sanad, contoh
terjemahan dan pengajaran dari hadis yang dikaji. Diharapkan melalui penulisan ini,
kefahaman berkenaan kitab-kitab hadis, penulisannya, metodenya dan kajiannya bertambah
buat penulis dan para pembaca.
4

2 PENJELASAN KEDUDUKAN KARYA-KARYA HADIS UTAMA SELAIN


DARIPADA SAHIHAIN

Telah dinyatakan bahawa Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim merupakan dua kitab
hadis yang paling masyhur kerana kesahihannya, namun empat kitab lain dalam Sunan Sittah
terpilih sebagai usul kepada ilmu hadis kerana kepentingan kitab-kitab ini dalam menjelaskan
asas-asas syariat (Abidin, 2018).

Dari sudut kedudukan keutamaan empat kitab ini, tiada yang sepakat untuk kedudukan
ketiga, keempat dan kelima. Namun ahli hadis kebanyakannya meletakkan Sunan Ibnu Majah
sebagai kumpulan hadis yang terakhir dari enam ini kerana kelemahan dari sudut status
kesahihan hadis-hadis yang terkandung di dalamnya. Di bahagian berikutnya, kita akan
menerangkan latar belakang empat kitab ini.

Jami' al-Tirmizi Sunan Abi Daud Sunan al-Nasa'i Sunan Ibn Majah

Rajah 1: Empat kitab lain dalam Sunan Sittah selain Sahihain (Yahaya, 2019)

2.1 JAMI’ AL- TIRMIDZI

Al-Jami’ al-Mukhtasar min al-Sunan ‘An Rasulillah SAW. Wa Ma’rifah


Nama asal kitab
al-Sahih Wa al-Ma’lul Wa Ma ‘Alaih al-‘Amal
Penyusun Al-Tirmidzi
Menjadi kitab hadis yang masyhur dalam mendalami ilmu hadis. Ini
kerana, Imam al-Tirmidzi menggabungkan pendekatan Imam al-Bukhari
Keistimewaan
(lebih kepada tujuan dalil fiqh) dan Imam Muslim (lebih kepada tujuan
menjaga sanad) dalam metode penulisannya.

2.2 SUNAN ABI DAUD

Nama asal kitab Kitab al-Sunan


Penyusun Abu Daud
Menghimpunkan hadis-hadis berkenaan hukum fiqh dari setiap mazhab.
Keistimewaan
Ini diperakui oleh Imam al-Nawawi
5

2.3 SUNAN AL-NASA’I

Terdapat empat pendapat:


1. Al-Sunan al-Sughra
Nama asal kitab 2. Al-Sunan al-Ma`thurah ‘An Rasulillah
3. Al-Mujtana
4. Al-Mujtaba min al-Sunan al-Musnadah
Penyusun Al-Nasa’i
Kelebihan utama kitab ini adalah kelengkapannya dalam
membincangkan sesuatu hadis dari segi ulum al-Hadis. Selain dari itu,
Keistimewaan
ketepatan al-Nasa’i dalam kaedah tarajim menjadikan kitab ini amat
membantu dalam memahami sesuatu isu.

2.4 SUNAN IBN MAJAH

Nama asal kitab Sunan Ibnu Majah


Penyusun Ibnu Majah
Keunikan kitab ini ialah pada keganjilannya. Walaupun ia mengandungi
hadis-hadis yang tidak kuat dari segi kesahihannya, namun ia juga
Keistimewaan
mengandungi hadis-hadis yang amat penting dalam menjadi dalil hukum
yang tidak terdapat dalam sunan-sunan lain.

Terdapat banyak lagi kitab himpunan hadis yang baik. Bahkan, ada yang dipandang
lebih tinggi dari sudut kualiti sanad hadis-hadisnya seperti Muwatta’ Malik, himpunan Imam
Malik dan Musnad Ahmad, himpunan Imam Ahmad. Namun Sunan Sittah tetap diangkat
kerana kepentingannya dalam pembelajaran hadis di atas keistimewaan-keistimewaan yang
telah dinyatakan di atas.
6

3 PENERANGAN BAB-BAB YANG TERDAPAT DALAM KITAB AL-FITAN WA


ASYRAT AL-SA’AH, SAHIH MUSLIM

Hadis-hadis Fitan merujuk kepada hadis-hadis yang berkisarkan mengenai hari kiamat
dan kejadian-kejadian yang berkait dengannya. Dalam Sahih Muslim, Imam Muslim
mengkhususkan satu bab khas untuk hadis-hadis Fitan, iaitu Kitab al-Fitan, kitab yang ke-52
daripada 54 kitab dalam Sahih Muslim. Dalam bahagian ini, akan dibincangkan empat aspek
yang terdapat dalam Kitab al-Fitan, Sahih Muslim.

3.1 KEADAAN UMAT ISLAM BILA HAMPIRNYA KIAMAT

Bab yang berkenaan Bab 3: Permulaan Kesengsaraan seperti Turunnya Hujan


Bab 4: Jika Dua Orang Islam Berhadapan Dengan Pedangnya
Bab 5: Umat Ini Akan Memusnahkan Satu Sama Lain
Bab 12: Penaklukan Umat Islam Sebelum Kemunculan al-
Dajjal
Bab 15: Penduduk Al-Madinah Dan Sejauh Mana Ia Akan
Dibangunkan Sebelum Kiamat
Penerangan Aspek ini dapat dilihat dengan jelas terutama dalam bab tiga
hingga lima. Imam Muslim mengumpulkan hadis-hadis yang
menerangkan keadaan umat Islam yang semakin kucar-kacir
dan sengsara seiring dengan semakin dekatnya hari kiamat.
Contoh Hadis Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda: Akan
Sahih Muslim, 2886c terjadi kekacauan dan orang yang tidur lebih akan baik daripada
orang yang berjaga dan orang yang berjaga akan lebih baik
daripada orang yang berdiri dan orang yang berdiri akan lebih
baik daripada orang yang berlari. Maka sesiapa yang mendapat
perlindungan atau tempat berlindung hendaklah manfaatkan
perlindungan atau tempat berlindung itu.

3.2 KEJADIAN-KEJADIAN SEBELUM TIBANYA KIAMAT

Bab yang berkenaan Bab 8: Kiamat Tidak Akan Bermula Sehingga (Sungai)
Euphrates Membongkar Gunung Emas (di dasarnya)
7

Bab 13: Tanda-tanda Yang Akan Muncul Sebelum Kiamat


Bab 14: Kiamat Tidak Akan Bermula Sehingga Api Muncul
Dari Tanah Hijaz
Bab 15: Penduduk Al-Madinah Dan Sejauh Mana Ia Akan
Dibangunkan Sebelum Kiamat
Bab 17: Kiamat Tidak Akan Bermula Hingga (Bani) Daus
Beribadah di Dzul-Khalasah
Bab 18: Kiamat Tidak Akan Bermula Sehinggalah Seseorang
Melintasi Kubur Orang Lain Dan Berharap Dia Ditempatkan Di
Tempat Si mati Kerana Ditimpa Musibah
Penerangan Kitab al-Fitan secara keseluruhannya berkait dengan hari
Kiamat, namun, himpunan bab di atas lebih menjurus kepada
kejadian-kejadian yang perlu berlaku sebelum Kiamat
seumpama pra-syarat.
Contoh Hadis Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda:
Sahih Muslim, 157k Kiamat tidak akan datang sehingga seseorang melewati kuburan
orang lain dan dia akan berkata: Alangkah baiknya ia menjadi
tempat tinggalku.

3.3 PERIHAL DAJJAL

Bab yang berkenaan Bab 9: Penaklukan Konstantinopel, Kemunculan Dajjal dan


Turunnya Isa bin Maryam
Bab 11: Memerangi Byzantine, Dan Banyak Pembunuhan
Apabila Al-Dajjal Muncul
Bab 12: Penaklukan Umat Islam Sebelum Kemunculan Al-
Dajjal
Bab 20: Al-Dajjal
Bab 21: Penerangan Mengenai Al-Dajjal; Al-Madinah
Diharamkan Baginya; Dia Akan Membunuh Seorang Mukmin
Dan Membangkitkan Dia Kembali
Bab 22: Al-Dajjal Sangat Hina Di Hadapan Allah
8

Bab 23: Munculnya Al-Dajjal Dan Tinggalnya Di Bumi, Dan


Turunnya 'Isa Yang Akan Membunuhnya. Kematian Orang-
Orang Yang Berbuat Baik Dan Beriman, Dan Kelangsungan
Orang-Orang Yang Paling Jahat, Dan Penyembahan Berhala
Mereka. Tiupan Sangkakala, Dan Kebangkitan Orang-orang
Yang Berada Dalam Kuburnya
Bab 25: Hadis Selebihnya Tentang Al-Dajjal
Penerangan Bab-bab di atas menerangkan serba-serbi berkaitan al-Dajjal.
Dari kemunculannya, kesannya dan penghapusannya.
Contoh Hadis Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah ‫ﷺ‬. menyebut
Sahih Muslim, 169e Dajjal di hadapan orang ramai dan berkata:
Allah tidak bermata satu dan lihatlah Dajjal itu buta mata
kanannya dan matanya seperti buah anggur yang terapung.

3.4 PANDUAN UMAT ISLAM MENGEMUDI HIDUP DI AKHIR ZAMAN

Bab yang berkenaan Keseluruhan kitab


Penerangan Bila dilihat faedah yang tersirat dari Kitab al-Fitan himpunan
Imam Muslim, kita akan dapati ianya penuh dengan panduan
untuk umat Islam bersedia dan mengemudi kehidupan di akhir
zaman. Rasulullah SAW menerangkan dugaan-dugaan dan
kesengsaraan yang bakal berlaku serta jalan-jalan yang patut
dipilih.
Contoh Hadis Ma'qil b. Yasar melaporkan Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda:
Sahih Muslim, 2948a Beribadah dalam tempoh kegawatan yang meluas adalah seperti
berhijrah kepadaku.
9

4 PERBANDINGAN METODE PENULISAN IMAM MUSLIM DAN IMAM AL-


BUKHARI DALAM KITAB AL-FITAN

Kedua-dua karya, Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim memuatkan satu bahagian

khusus yang mengumpulkan hadis-hadis fitan. ‫الفتن‬ ‫ كتاب‬dalam Sahih al-Bukhari dan ‫كتاب‬
‫ الفتن وأشراط الساعة‬dalam Sahih Muslim. Walaupun dari segi tajuk dan himpunan hadisnya
banyak persamaan, dari sudut metode penulisan pula terdapat beberapa perbezaan yang ketara.
Dalam bahagian ini akan dibincangkan perbandingan antara dua karya ini dalam empat perkara.

4.1 PENYUSUNAN KITAB

Sahih al-Bukhari Sahih Muslim


Kedudukan kitab 92 daripada 97 52 daripada 56
Jumlah bab 28 28
Jumlah hadis 88 176
Jadual 1: Perbandingan susunan Kitab al-Fitan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim
(al-Bukhari, 1993) (al-Hajaj)

4.2 HADIS YANG SAMA RIWAYAT YANG BERBEZA

Walaupun Imam Muslim adalah murid kepada Imam al-Bukhari rahimahumallah,


namun, Imam Muslim tidak meriwayatkan hadis dari Imam al-Bukhari walaupun Imam
Muslim letakkan hadis yang sama atau hampir sama matannya. Ini adalah sesuatu yang luar
biasa hingga menjadi topik kajian para ilmuwan hingga ke hari ini. Contohnya hadis berkenaan
dugaan dari timur diriwayatkan Salim RA dari bapanya.

Dari Sahih al-Bukhari Dari Sahih Muslim

‫ َحدَّثَنَا ِهشَا ُم ب ُْن‬،ٍ‫َّللا ب ُْن ُم َح َّمد‬ ٍ ‫ أ َ ْخ َب َرنَا اب ُْن َو ْه‬،‫َو َحدَّثَ ِني َح ْر َملَةُ ب ُْن َيحْ َيى‬
َ ‫ دَّثَ ِني‬،‫ب‬
ِ َّ ُ‫ع ْبد‬
َ ‫ع ْن‬
،‫سا ِل ٍم‬ ُّ ‫ع ِن‬
َ ،ِ‫الز ْه ِري‬ َ ،‫ع ْن َم ْع َم ٍر‬
َ ،‫ف‬
َ ‫س‬
ُ ‫يُو‬ َ ‫ع ْن‬
‫سا ِل ِم‬ َ ،‫ب‬ٍ ‫ع ِن اب ِْن ِش َها‬ َ ،‫س‬ ُ ُ‫أ َ ْخ َب َر ِني يُون‬
ُ‫ع ِن ال َّن ِبي ِ صلى هللا عليه وسلم أ َ َّنه‬
َ ،‫ع ْن أ َ ِبي ِه‬
َ ‫َّللا صلى‬ ِ َّ ‫سو َل‬ُ ‫ أ َ َّن َر‬،‫ع ْن أ َ ِبي ِه‬ ِ َّ ‫ع ْب ِد‬
َ ،‫َّللا‬ َ ‫ب ِْن‬
‫ب ْال ِم ْن َب ِر فَقَا َل‬
ِ ‫ام إِلَى َج ْن‬
َ َ‫ق‬ ِ ‫هللا عليه وسلم قَا َل َوه َُو ُم ْستَ ْق ِب ُل ْال َم ْش ِر‬
‫ق‬
"Kesusahan ada di sana! Kesengsaraan ada, Kegawatan akan muncul dari sisi ini;
dari mana sisi kepala syaitan keluar," atau sesungguhnya, kegawatan itu akan kelihatan
berkata, ". .sebelah matahari.." dari sisi ini; sesungguhnya kekacauan itu
(Sahih al-Bukhari, 7092)
10

akan kelihatan dari sisi ini - sisi di mana


muncul tanduk-tanduk syaitan.
(Sahih Muslim, 2905c)

4.3 PENAMAAN BAB

Gaya penamaan bab kedua-dua kitab ini amat berbeza, Sahih al-Bukhari lebih fokus
kepada menyampaikan tujuan hadis manakala Sahih Muslim lebih kepada mengkategorikan
hadis mengikut topik yang dibincangkan. Menamakan bab ini termasuk dalam bidang ilmu
tarajim, dan diperakui oleh ulama’ Imam al-Bukhari mempunyai keistimewaan dari segi
menyampaikan maksud hadis-hadis dengan jelas dan tepat melalui gaya penamaan babnya.

Dua bab yang dinyatakan di bawah ini mengandungi hadis dengan topik perbincangan
dan maksud yang sama. Imam al-Bukhari memilih tajuk yang lebih menepati tujuan hadis itu
manakala Imam Muslim menamakan lebih tepat dengan isu yang dibincangkan dalam hadis
itu.

Nama bab dari Sahih al-Bukhari Nama bab dari Sahih Muslim
Bab 9: Akan ada Fitnah di mana orang yang Bab 3: Permulaan Kesengsaraan seperti
duduk lebih baik daripada berdiri Turunnya Hujan

4.4 KRONOLOGI BAB

Dari sudut penyusunan bab-bab dalam kitab al-Fitan pula, dapat diperhatikan yang
Imam Muslim menyusun bab-bab seakan-akan mengikut kronologi, bermula dengan fitnah-
fitnah akhir zaman yang awal, kemudian ke tanda-tanda kiamat yang besar dan diakhiri dengan
bab-bab keadaan hari Kiamat itu sendiri. Manakala, penyusunan bab dalam Sahih al-Bukhari
pula lebih mengikut tema. Awalnya berkenaan kedatangan fitnah-fitnah, kemudiannya
bagaimana cara mengemudi hidup di zaman fitnah dan akhirnya berkenaan tanda-tanda kiamat
dan kiamat itu sendiri.
11

5 KAJIAN BAB IDZA TAWAJAHA AL-MUSLIMANI BI SAIFAIHIMA (SAHIH


MUSLIM)

Bab keempat dalam Kitab al-Fitan Sahih Muslim, Idza Tawajaha Al-Muslimani Bi
Saifaihimaa atau terjemahannya Jika Dua Orang Islam Berhadapan Dengan Pedangnya,
mengumpulkan hadis-hadis berkenaan peperangan sesama umat Islam dalam Peperangan
Jamal yang kemudiannya melarat ke Peperangan Sifin. Bahagian ini akan membincangkan
hadis dalam bab ini.

5.1 PENGENALAN AL-TAHWIL DAN CONTOH APLIKASI

Al-Tahwil adalah kaedah penggabungan dua hadis yang sama matannya namun berbeza
dari segi sanad. Kaedah ini diguna pakai untuk mengelak pengulangan matan yang tidak perlu.
Al-Tahwil dilakukan dengan dinyatakan sanad yang pertama sehingga rawi yang menemukan
kedua-dua sanad, kemudian diletakkan huruf “‫ ”ح‬sebelum dinyatakan sanad yang kedua hingga
rawi yang menemukan bagi matan tersebut. Selepas tu, baki rawi yang sama bagi kedua-dua
jalur sanad dituliskan hanya sekali hingga Rasulullah SAW.

Contoh aplikasi al-Tahwil dalam sebuah hadis dari bab yang dibincangkan:

‫ار قَاالَ َحدَّثَنَا ُم َح َّمدُ ْب ُن‬


ٍ ‫ش‬َّ َ‫ َوا ْب ُن ب‬،‫ ح َو َحدَّثَنَا ُم َح َّمدُ ْب ُن ْال ُمثَنَّى‬،َ‫ش ْعبَة‬ َ ،‫غ ْندَر‬
ُ ‫ع ْن‬ َ ‫َو َحدَّثَنَا أَبُو بَ ْك ِر بْنُ أَبِي‬
ُ ‫ َحدَّثَنَا‬،َ‫ش ْيبَة‬
ِ ‫ع ِن النَّ ِبي ِ صلى هللا عليه وسلم قَا َل " ِإذَا ْال ُم ْس ِل َم‬
‫ان‬ َ ،َ ‫ع ْن أ َ ِبي بَ ْك َرة‬
َ ،‫اش‬ ٍ ‫ع ْن ِر ْبعِي ِ ب ِْن حِ َر‬
َ ،‫ور‬ ٍ ‫ص‬ َ ،ُ‫ش ْعبَة‬
ُ ‫ع ْن َم ْن‬ ُ ‫ َحدَّثَنَا‬،‫َج ْعف ٍَر‬
َ ‫ال َح َف ُه َما فِي ُج ُرفِ َج َه َّن َم َفإِذَا َقت َ َل أ َ َحدُهُ َما‬
َ ‫صاحِ َبهُ دَ َخ‬
. " ‫الهَا َجمِ ي ًعا‬ ِ ‫ع َلى أَخِ ي ِه‬
َ ‫الس‬ َ ‫َح َم َل أ َ َحدُهُ َما‬

(Sahih Muslim, 2888d)

Tulisan yang ditonjolkan dengan warna:

• Hitam adalah “‫ ”ح‬sebagai simbol pemakaian kaedah al-Tahwil


• Hijau adalah persamaan antara dua sanad
(Mansur dari Rib’i bin Hirasy dari Abi Bakrah dari Nabi Muhammad SAW)
• Merah adalah rawi pertemuan dua sanad
(Syu’bah)
• Biru sanad yang berbeza, jalur pertama
(dari Abu Bakr bin Abi Syaibah dari Ghundar)
• Kuning sanad yang berbeza jalur kedua.
(Muhammad bin Muthanna dari bin Basysyar dari Muhammad bin Ja’far)
12

5.1.1 CARTA RINGKASAN SANAD HADIS

5.1.2 TERJEMAHAN HADIS


Terjemahan untuk hadis di atas ialah:

Abu Bakrah meriwayatkan Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda:

Apabila dua orang Muslim (bersemuka) dan seorang di antara mereka menyerang saudaranya
dengan senjata, maka keduanya berada di ambang api Neraka. Dan apabila salah seorang dari
mereka membunuh temannya, maka keduanya masuk ke dalam Neraka.

5.1.3 DUA PENGAJARAN HADIS


Hadis yang dibincangkan dalam bahagian sebelum ini dalam riwayat yang lain, hadis
2888a, Sahih Muslim, ada beberapa penambahan yang lebih menjelaskan hadis ini. Antara isi
penting dari penambahan itu ialah:

• Hadis ini berkaitan dengan fitnah zaman Saidina Ali RA di antara puak muslimin.
13

• Rasulullah SAW ditanya sebab yang terbunuh juga masuk neraka dan bukan hanya
yang membunuh. Jawab Rasulullah SAW kerana kedua-duanya berniat ingin
membunuh satu sama lain.

Berikut dibincangkan dua pengajaran dari hadis ini.

I. ELAKKAN DARI PRASANGKA DAN SALAH FAHAM


Fitnah terbesar dalam sejarah umat Islam yang berkait hadis di atas tercetus apabila
tersebarnya khabar yang tidak benar dan salah faham akibat prasangka. Sekiranya ini dapat
dielakkan nescaya terhindar juga keadaan yang mana dua pihak Islam saling bermusuhan dan
dapatlah kita hindari balasan neraka yang disebutkan dalam hadis di atas.

Walaupun tidak membawa kepada pembunuhan dan peperangan, penyebaran tohmahan


dan kejian sesama ahli agama di negara kita telah sedikit sebanyak melemahkan kedudukan
umat Islam di negara ini. Jika tidak dikawal, perkara ini boleh menjadi bibit kepada perpecahan
dan tidak mustahil ianya boleh mengakibatkan sesuatu yang lebih buruk.

II. ELAKKAN DARI MEMIHAK PADA MANA-MANA PIHAK ISLAM YANG


SALING BERTELAGAH
Pada permulaan hadis ini yang diriwayatkan dari Ahnaf bin Qais (Sahih Muslim,
2888a), dia mengkhabarkan yang dia dihalang untuk menyertai tentera Saidina Ali RA oleh
Abu Bakrah yang kemudiannya menyampaikan padanya hadis yang sedang dibincangkan.
Walaupun ijtihad para sahabat yang ingin memihak kepada Saidina Ali RA berasas, namun
untuk memihak pada satu kumpulan Islam demi memerangi kumpulan Islam yang lain tetap
tidak dibenarkan.

Sekiranya kita tidak dapat mengelakkan dari perbalahan sesama orang Islam, jangan
pula kita menyemarakkan lagi perbalahan itu dengan memilih untuk berpihak-pihak walaupun
kita menyangka kita di pihak yang benar. Kita dapat lihat hari ini, bila ada perbalahan antara
tokoh agama di tanah air, ianya jarang selesai dengan cara yang baik walaupun ratusan
mahupun ribuan penyokong menyokong tokoh mereka atas dasar merasakan merekalah yang
benar.

Di Malaysia, perbalahan di antara umat Islam masih lagi di tahap bertikam lidah sama
ada secara literal atau di media sosial. Namun, kita dapat lihat peperangan di peringkat global
antara negara Islam, sama ada secara langsung atau proksi yang akhirnya mengakibatkan
kematian dan kerugian yang tidak berkesudahan di kalangan umat dan negara Islam sendiri.
14

Kejatuhan Empayar Turki Uthmaniah antara kerugian yang terbesar kita alami yang
diakibatkan tangan orang Islam sendiri.
15

6 KESIMPULAN

Sunan Sittah yang terdiri dari Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Jami’ al-Tirmidzi,
Sunan Abu Daud, Sunan al-Nasa’i dan Sunan Ibnu Majah merupakan kumpulan hadis yang
paling berpengaruh dalam sejarah Islam. Status kitab-kitab ini diangkat atas dasar sumbangan
kepada ilmu hadis terutama dalam menjadi sumber hujah dan perbincangan kepada hukum-
hakam syariat.

Di antara enam kitab ini, Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim dianggap sebagai sumber
dalil kedua dan ketiga utama dalam agama Islam, Ini kerana kualiti hadis yang dikumpulkan
dari segi kesahihan dan kepentingan sebagai panduan sukar ditandingi dan disangkal.
Walaupun Imam al-Bukhari merupakan guru kepada Imam Muslim, namun, metode penulisan
yang amat berbeza menjadikan dua kitab sahih ini mempunyai kepentingannya tersendiri.

Dalam penulisan ini, hadis-hadis fitan menjadi tumpuan kajian. Hadis-hadis ini
memberi gambaran bagaimana keadaan umat Islam dan dunia akhir zaman sehinggalah
terjadinya kiamat. Dalam penulisan Kitab al-Fitan, Imam al-Bukhari memberi tumpuan kepada
kesan dan manfaat hadis dalam penyusunannya, manakala Imam Muslim lebih kepada isi
kandungan dan topik perbincangan itu sendiri.

Salah satu keistimewaan Sahih Muslim ialah kaedah al-Tahwil. Ia berjaya


meringkaskan kitab hadis dengan cara mengelak pengulangan matan yang tidak perlu apabila
telah digabungkan matan-matan yang sama walau dengan periwayatan yang berbeza.

Hadis berkait dengan perbalahan antara umat Islam kemudiannya dikupas dengan lebih
dalam. Dari hadis ini, dapatlah kita ambil iktibar bahawa perbalahan sesama orang Islam, tidak
kira pihak mana yang benar atau salah, perlulah dielakkan dengan hikmah. Ini kerana,
natijahnya pasti kerugian yang lebih besar kepada umat banding kebaikan yang dinginkan.

Diharapkan dengan penulisan ini, penulis dan pembaca dapat manfaatkan hadis-hadis
Rasulullah SAW dengan lebih baik dan berkesan. Memahami konsep sanad, kitab-kitab
rujukan hadis yang utama dan mengambil pengajaran darinya adalah elemen-elemen penting
untuk setiap umat Islam hari ini yang didepani dengan pelbagai cubaan untuk mencemar
kesucian imej dan ajaran Rasulullah SAW.
16

7 RUJUKAN

Abidin, M. A. (2018, Ogos 12). Mengapa Al Muwatta' Imam Malik tidak Termasuk ke dalam
Kitab yang 6. Didapatkan dari YouTube:
https://www.youtube.com/watch?v=lAzstXLRL18

al-Bukhari, M. b. (1993). Sahih al-Bukhari . ‫ ببوالق‬،‫ بالمطبعة الكبرى األميرية‬،‫السلطانية‬


‫ بأمر السلطان عبد الحميد الثاني‬،‫ هـ‬١٣١١ ،‫مصر‬.

al-Hajaj, M. b. (t.t). Sahih Muslim. ‫العربي‬ ‫دار إحياء التراث‬.


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2021, Oktober 24). Jenis-Jenis Hadith. Didapatkan dari
myHadith: http://myhadith.islam.gov.my/index.php/bm/ilmu-hadith-4/jenis-jenis-
hadith/609-apa-itu-hadith

Mohd Zohdi Mohd Amin, Z. M. (2020). HBIS3903 Kajian Teks Hadith - Bukhari dan Muslim.
Open University Malaysia.

Yahaya, M. H. (2019). Pengenalan kepada Kitab-Kitab Sunan Sittah. Kubang Kerian,


Kelantan.
17

Anda mungkin juga menyukai