Anda di halaman 1dari 10

KAJIAN TEKS HADITH-BUKHARI DAN MUSLIM

SEMESTER MEI 2023

HBIS3903

KEUTAMAAN KARYA-KARYA HADIS


YANG UTAMA SELAIN
SAHIH AL-BUKHARI DAN MUSLIM

NO. MATRIKULASI : 970720115373001


NO. KAD PENGENALAN : 970720115373
NO. TELEFON : 0199768690
E-MEL : Ashrafalamin@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN TERENGGANU

1
ISI KANDUNGAN

Bil Tajuk Muka Surat


1. Pengenalan 3-4

2. Pengenalan dua karya hadith utama selepas al-Sahihain dan 5-6


kedudukannya
3. Metode penulisan ‫ كتاب الَّتْو َبِة‬dalam Sahih Muslim 6-7

4. Maksud kaedah al-tahwil dan contoh pemakaiannya dalam ‫كتاب الَّتْو َبِة‬ 7

5. Carta ringkasan sanad bagi hadis-hadis dari ‫َباُب ُس ُقوِط الُّذ ُنوِب ِبااِل ْس ِتْغ َفاِر َتْو َبًة‬ 7

6. Terjemahan hadis pertama dari ‫َباُب َقُبوِل الَّتْو َبِة ِم َن الُّذ ُنوِب َوِإْن َتَكَّر َرِت الُّذ ُنوُب‬ 8
‫ َو الَّتْو َبُة‬dalam bahasa Melayu dan DUA pengajaran hadis tersebut.
7. Kesimpulan 9
8. Rujukan 10

1.0 PENGENALAN
2
Rujukan Sumber Islam yang kedua selepas al-Quran Al-Karim ialah al Hadis.. Kedua-
duanya merupakan sumber hukum bagi membahaskan tentang sesuatu hukum-hakam
berkenaan Islam. Hadis merupakan percakapan, perbuatan atau perakuan dari Rasulullah
SAW yang bertujuan memberikan petunjuk kepada manusia untuk keluar dari kegelapan
kepada cahaya dan dari kesesatan kepada kebenaran. Ternyata Rasulullah SAW dididik
dengan manhaj Rabbani oleh Allah yang dapat memandu manusia ke jalan yang lurus.Hadis
dari sudut bahasa ia berasal daripada perkataan bahasa Arab, iaitu daripada kata dasar
hadatha dan haddatha. Dari sudut istilah pula sesuatu yang disandarkan kepada junjungan
besar Nabi Muhammad SAW dari segi perbuatan, perkataan, sifat dan taqrir, sifat fizikal atau
akhlaknya dan selepas al-Nubuwwah iaitu selepas dilantik menjadi rasul. Objektif kajian ini
adalah untuk membincangkan tentang keperluan atau kepentingan dan kaedah memahami
hadis yang disampaikan oleh para muhaddithin dengan tepat dan sahih.

Hadith-hadith Rasulullah s.a.w merupakan sumber utama dalam Islam selepas Al-
Quran. Menerusinya, Al-Quran yang diturunkan dapat difahami dengan mendalam guna
untuk menghayatinya dalam kehidupan seharian. Ini kerana Al-Quran diturunkan oleh Allah
s.w.t secara mujmal dan memerlukan kepada takhsis agar ia dapat dipraktikkan. Al-Hadith
atau al-Sunnah secara terminologinya ditakrifkan sebagai suatu yang disandarkan kepada
Rasulullah s.a.w sama ada ucapan, perbuatan, iqrar, dan tingkah lakunya sama ada sesudah
Baginda dilantik menjadi Nabi dan Rasul mahupun sebelumnya merangkumi segala hal sama
ada mempunyai hukum-hakam ataupun tidak, yang perlu kepada usaha ataupun secara tabi’i.
Seiring dengan ilmu hadith, syarh al-hadith adalah satu aspek di dalam disiplin pengajian
hadith yang memberikan penekanan terhadap kefahaman serta penjelasan terhadap sesuatu
hadith tersebut.

Hadis Rasulullah SAW adalah segala apa yang dikatakan, dilakukan, diperakukan
oleh Rasulullah SAW, termasuk sifat-sifat baginda (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
2021). Hadis Rasulullah SAW adalah pedoman kedua utama untuk kita sebagai penganut
agama Islam. Melalui hadis Rasulullah SAW kita dapat mengetahui cara Islam di amalkan di
dalam kehidupan seorang manusia. Oleh sebab kepentingan ini, usaha untuk mengumpul,
memelihara dan membukukan hadis giat dijalankan dari kurun kedua hijrah (Mohd Zohdi
Mohd Amin, 2020).

Kitab-kitab hadis ini teramat banyak bilangannya. Ini disebabkan setiap pengumpul
hadis mempunyai kriteria dan objektif mereka sendiri dalam mengumpulkan hadis. Dari

3
sudut keutamaan sebagai bahan rujukan, terdapat enam kitab hadis yang dipilih kerana
kekuatan mereka dari segi tujuan penyusunan serta keistimewaan tersendiri, enam kitab ini
dikenali sebagai sunan Sittah (Yahaya, 2019). Di antara enam kitab ini pula, Sahih al-Bukhari
dan Sahih Muslim diangkat sebagai sumber rujukan hadis yang paling utama kerana status
kesahihan hadis-hadis di dalamnya

Objektif utama penulisan ini adalah untuk membuktikan kemampuan untuk


menjelaskan martabat kitab-kitab hadis di samping mempamerkan kemampuan
memanfaatkan kitab hadis terutamanya kitab Sahih Muslim dalam salah satu babnya, Al-
Fitan. Selain itu, penulisan ini juga mengandungi berkenaan kaedah al-Tahwil, carta
ringkasan sanad, contoh terjemahan dan pengajaran dari hadis yang dikaji. Diharapkan
melalui penulisan ini, kefahaman berkenaan kitab-kitab hadis, penulisannya, metodenya dan
kajiannya bertambah buat penulis dan para pembaca.

2.0 PENGENALAN DUA KARYA HADITH UTAMA SELEPAS AL-SAHIHAIN


DAN KEDUDUKANNYA

Telah dinyatakan bahawa Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim merupakan dua kitab
hadis yang paling masyhur kerana kesahihannya, namun empat kitab lain dalam Sunan Sittah
terpilih sebagai usul kepada ilmu hadis kerana kepentingan kitab-kitab ini dalam menjelaskan
asas-asas syariat (Abidin, 2018).

Dari sudut kedudukan keutamaan empat kitab ini, tiada yang sepakat untuk
kedudukan ketiga, keempat dan kelima. Namun ahli hadis kebanyakannya meletakkan Sunan
Ibnu Majah sebagai kumpulan hadis yang terakhir dari enam ini kerana kelemahan dari sudut
status kesahihan hadis-hadis yang terkandung di dalamnya. Di bahagian berikutnya, kita akan
menerangkan latar belakang empat kitab ini.

Jami' al-Tirmizi Sunan Abi Daud Sunan al-Nasa'i Sunan Ibn Majah

Rajah 1: Empat kitab lain dalam Sunan Sittah selain Sahihain (Yahaya, 2019)

 JAMI’ AL- TIRMIDZI

4
Nama asal kitab Al-Jami’ al-Mukhtasar min al-Sunan ‘An Rasulillah SAW. Wa
Ma’rifah al-Sahih Wa al-Ma’lul Wa Ma ‘Alaih al-‘Amal
Penyusun Al-Tirmidzi
Keistimewaan Menjadi kitab hadis yang masyhur dalam mendalami ilmu hadis. Ini
kerana, Imam al-Tirmidzi menggabungkan pendekatan Imam al-
Bukhari (lebih kepada tujuan dalil fiqh) dan Imam Muslim (lebih
kepada tujuan menjaga sanad) dalam metode penulisannya.

 SUNAN ABI DAUD

Nama asal kitab Kitab al-Sunan


Penyusun Abu Daud
Keistimewaan Menghimpunkan hadis-hadis berkenaan hukum fiqh dari setiap
mazhab. Ini diperakui oleh Imam al-Nawawi

 SUNAN AL-NASA’I

Terdapat empat pendapat:


1. Al-Sunan al-Sughra
Nama asal kitab 2. Al-Sunan al-Ma`thurah ‘An Rasulillah
3. Al-Mujtana
4. Al-Mujtaba min al-Sunan al-Musnadah
Penyusun Al-Nasa’i
Kelebihan utama kitab ini adalah kelengkapannya dalam
Keistimewaan membincangkan sesuatu hadis dari segi ulum al-Hadis. Selain dari itu,
ketepatan al-Nasa’i dalam kaedah tarajim menjadikan kitab ini amat
membantu dalam memahami sesuatu isu.

 SUNAN IBN MAJAH

5
Nama asal kitab Sunan Ibnu Majah
Penyusun Ibnu Majah
Keunikan kitab ini ialah pada keganjilannya. Walaupun ia
Keistimewaan mengandungi hadis-hadis yang tidak kuat dari segi kesahihannya,
namun ia juga mengandungi hadis-hadis yang amat penting dalam
menjadi dalil hukum yang tidak terdapat dalam sunan-sunan lain.

Terdapat banyak lagi kitab himpunan hadis yang baik. Bahkan, ada yang dipandang
lebih tinggi dari sudut kualiti sanad hadis-hadisnya seperti Muwatta’ Malik, himpunan Imam
Malik dan Musnad Ahmad, himpunan Imam Ahmad. Namun Sunan Sittah tetap diangkat
kerana kepentingannya dalam pembelajaran hadis di atas keistimewaan-keistimewaan yang
telah dinyatakan di atas.

4.0 MAKSUD KAEDAH AL-TAHWIL DAN CONTOH PEMAKAIANNYA

Al-Tahwil adalah kaedah penggabungan dua hadis yang sama matannya namun berbeza dari
segi sanad. Kaedah ini diguna pakai untuk mengelak pengulangan matan yang tidak perlu.
Al-Tahwil dilakukan dengan dinyatakan sanad yang pertama sehingga rawi yang menemukan

kedua-dua sanad, kemudian diletakkan huruf “ ‫ ”ح‬sebelum dinyatakan sanad yang kedua
hingga rawi yang menemukan bagi matan tersebut. Selepas tu, baki rawi yang sama bagi
kedua-dua jalur sanad dituliskan hanya sekali hingga Rasulullah SAW.

Contoh aplikasi al-Tahwil dalam sebuah hadis dari bab yang dibincangkan:

(Sahih Muslim, 2888d)

Tulisan yang ditonjolkan dengan warna:

 Hitam adalah “‫ ”ح‬sebagaisimbol pemakaian kaedah al-Tahwil

6
 Hijau adalah persamaan antara dua sanad (Mansur dari Rib’i bin Hirasy dari Abi
Bakrah dari Nabi Muhammad SAW)
 Merah adalah rawi pertemuan dua sanad (Syu’bah)
 Biru sanad yang berbeza, jalur pertama (dari Abu Bakr bin Abi Syaibah dari Ghundar)
 Kuning sanad yang berbeza jalur kedua.

5.0 CARTA RINGKASAN SANAD HADIS

6.0 TERJEMAHAN HADIS

Terjemahan untuk hadis di atas ialah:

Abu Bakrah meriwayatkan Rasulullah ‫ صلى هللا عليه وسلم‬bersabda:


Apabila dua orang Muslim (bersemuka) dan seorang di antara mereka menyerang saudaranya
dengan senjata, maka keduanya berada di ambang api Neraka. Dan apabila salah seorang dari
i. DUA PENGAJARAN
mereka membunuhHADIS
temannya, maka keduanya masuk ke dalam Neraka.

7
Hadis yang dibincangkan dalam bahagian sebelum ini dalam riwayat yang lain, hadis 2888a,
Sahih Muslim, ada beberapa penambahan yang lebih menjelaskan hadis ini. Antara isi
penting dari penambahan itu ialah:

 Hadis ini berkaitan dengan fitnah zaman Saidina Ali RA di antara puak muslimin.
 Rasulullah SAW ditanya sebab yang terbunuh juga masuk neraka dan bukan hanya
yang membunuh. Jawab Rasulullah SAW kerana kedua-duanya berniat ingin
membunuh satu sama lain.

Berikut dibincangkan dua pengajaran dari hadis ini :

ELAKKAN DARI PRASANGKA DAN SALAH FAHAM

Fitnah terbesar dalam sejarah umat Islam yang berkait hadis di atas tercetus apabila
tersebarnya khabar yang tidak benar dan salah faham akibat prasangka. Sekiranya ini dapat
dielakkan nescaya terhindar juga keadaan yang mana dua pihak Islam saling bermusuhan dan
dapatlah kita hindari balasan neraka yang disebutkan dalam hadis di atas. Walaupun tidak
membawa kepada pembunuhan dan peperangan, penyebaran tohmahan dan kejian sesama
ahli agama di negara kita telah sedikit sebanyak melemahkan kedudukan umat Islam di
negara ini. Jika tidak dikawal, perkara ini boleh menjadi bibit kepada perpecahan dan tidak
mustahil ianya boleh mengakibatkan sesuatu yang lebih buruk.

ELAKKAN DARI MEMIHAK PADA MANA-MANA PIHAK ISLAM YANG SALING


BERTELAGAH

Pada permulaan hadis ini yang diriwayatkan dari Ahnaf bin Qais (Sahih Muslim, 2888a),
dia mengkhabarkan yang dia dihalang untuk menyertai tentera Saidina Ali RA oleh Abu
Bakrah yang kemudiannya menyampaikan padanya hadis yang sedang dibincangkan.
Walaupun ijtihad para sahabat yang ingin memihak kepada Saidina Ali RA berasas, namun
untuk memihak pada satu kumpulan Islam demi memerangi kumpulan Islam yang lain tetap
tidak dibenarkan.

Sekiranya kita tidak dapat mengelakkan dari perbalahan sesama orang Islam, jangan pula
kita menyemarakkan lagi perbalahan itu dengan memilih untuk berpihak-pihak walaupun kita
menyangka kita di pihak yang benar. Kita dapat lihat hari ini, bila ada perbalahan antara
tokoh agama di tanah air, ianya jarang selesai dengan cara yang baik walaupun ratusan
mahupun ribuan penyokong menyokong tokoh mereka atas dasar merasakan merekalah yang
benar. Di Malaysia, perbalahan di antara umat Islam masih lagi di tahap bertikam lidah sama

8
ada secara literal atau di media sosial. Namun, kita dapat lihat peperangan di peringkat global
antara negara Islam, sama ada secara langsung atau proksi yang akhirnya mengakibatkan
kematian dan kerugian yang tidak berkesudahan di kalangan umat dan negara Islam sendiri.

KESIMPULAN

Ilmu Syarh al-Hadith merupakan salah satu bidang dalam disiplin pengajian hadith
yang merupakan sebuah ilmu yang membincang kaedah dalam menghuraikan sesebuah
hadith dari pelbagai aspek. Ia turut dikenali, dengan beberapa nama antaranya 'Ilm al-Ma'ani
al-Hadith, Tafsir al-Hadith dan 'Ilm Fiqh al-Hadith. Perkembangan ilmu Syarh al-Hadith ini
turut menerima pelbagai definisi antaranya, (Tash Kubra Zadah, 1985) yang merupakan
seorang cendakiawan Islam, telah mendefinisikan ilmu ini sebagai ilmu yang mengkaji
tentang kehendak nabi SAW daripada hadith-hadithnya mengikut kaedah dalam bahasa Arab,
kaedah dalam usul syariah yang bersesuaian dengan tahap kemampuan umat Islam untuk
memahaminya.

Namun definisi yang dinyatakan masih dilihat mempunyai kepincangan dan mendapat
kritikan kerana mempunyai kekurangan yang jelas khususnya ketiadaan sentuhan dari aspek
sanad hadith yang merupakan satu elemen penting. Manakala seorang lagi tokoh cendakiwan
iaitu (Haji Kalifah, t.th) dalam Kashf al-Zunun telah mendefiniskan ilmu ini dengan definisi
yang ringkas dengan menyatakan ianya merupakan salah satu ilmu furu’ (pecahan) dalam
ilmu hadith. Justeru, secara tidak langsung, ia menunjukkan keluasan dalam bidangnya yang
tersendiri.

Salah satu keistimewaan Sahih Muslim ialah kaedah al-Tahwil. Ia berjaya


meringkaskan kitab hadis dengan cara mengelak pengulangan matan yang tidak perlu apabila
telah digabungkan matan-matan yang sama walau dengan periwayatan yang berbeza. Hadis
berkait dengan perbalahan antara umat Islam kemudiannya dikupas dengan lebih dalam. Dari
hadis ini, dapatlah kita ambil iktibar bahawa perbalahan sesama orang Islam, tidak kira pihak
mana yang benar atau salah, perlulah dielakkan dengan hikmah. Ini kerana, natijahnya pasti
kerugian yang lebih besar kepada umat banding kebaikan yang dinginkan.

Diharapkan dengan penulisan ini, penulis dan pembaca dapat manfaatkan hadis-hadis
Rasulullah SAW dengan lebih baik dan berkesan. Memahami konsep sanad, kitab-kitab
rujukan hadis yang utama dan mengambil pengajaran darinya adalah elemen-elemen penting
untuk setiap umat Islam hari ini yang didepani dengan pelbagai cubaan untuk mencemar
kesucian imej dan ajaran Rasulullah SAW.

9
RUJUKAN

 Van Bruinessen, M. (1999), Kitab Kuning, cet 3, Bandung: Penerbit Mizan, hal. 162.

 al-Hajaj, M. b. (t.t). Sahih Muslim. ‫العربي التراث إحياء دار‬.


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2021, Oktober 24). Jenis-Jenis Hadith. Didapatkan
dari myHadith: http://myhadith.islam.gov.my/index.php/bm/ilmu-hadith-4/jenis-
jenishadith/609-apa-itu-hadith

 Mohd Zohdi Mohd Amin, Z. M. (2020). HBIS3903 Kajian Teks Hadith - Bukhari dan
Muslim. Open University Malaysia.

10

Anda mungkin juga menyukai