Anda di halaman 1dari 12

KONSEP KEPIMPINAN ISLAM

DEFINISI KEPIMPINAN

Pemimpin bererti orang yang memimpin, membimbing, menuntun, mengepalai dan melatih.
Manakala pemimpin ialah perihal memimpin (Kamus Dewan 1997). Secara umumnya,
kepimpinan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris sebagai leadership. Leadership diertikan
sebagai pemimpin, bimbingan, sifat-sifat seorang pemimpin dan kepimpinan.

Dalam bahasa Arab, perkataan al-qiyadah kebiasaannya digunakan untuk merujuk makna
kepimpinan. Contoh asal penggunaannya ialah seperti mengheret, memimpin, mengarahkan
hala tuju binatang atau kenderaan yang ditunggangi dengan kedudukan binatang atau
kenderaan tunggangan itu berada di bahagian belakang. Perkembangan moden turut
mengembangkan makna al-qiyadah kepada makna memandu kereta atau seumpamanya
dengan menguasai hala tujunya dan mengepalai tentera dan membuat perancangan hal-hal yang
berkaitan dengan urusan ketenteraan (Kamus al-Munjid 2000).

Dalam istilah Islam, kepimpinan merujuk kepada banyak perkataan seperti al-imamah, al-
khilafah, al-qiyadah, al-zi’amah, al-ri’ayah, al-riyasah dan al-siyadah. Manakala pemimpin
pula dipanggil al-imam, al-khalifah, al-qa’id, al-za’im, al-ra’i, al-ra’is dan al-sayyid.

Ibn Khaldun mendefinisikan kepimpinan berdasarkan perkataan al-Khilafah, sebagai


menunduk manusia kepada kehendak syara' di dalam kepentingan yang berkaitan dengan
urusan ukhrawi dan duniawi, kerana keduniaan pada pandangan syara' adalah berasaskan
kepada kepentingan akhirat. Sebenarnya ia merupakan pengganti daripada pihak syara' untuk
menjaga dan melindungi kepentingan agama dan politik (Abd al-Rahman b. Muhammad b.
Khaldun.t.t. 578).

Sarjana Barat seperti A.F Stooner dan Charles Wankel-mentakrifkan kepimpinan sebagai
proses mengarah dan mempengaruhi aktiviti-aktiviti anggota yang terlibat (James A.F Stooner
& Charles Wankel. 1991: 112,551) dengan tugas. Malah ia merupakan satu proses interaksi
antara individu dengan ahli kumpulan. Kepimpinan merupakan syarat dalam kehidupan
berkumpulan samada diperingkat kecil atau antarabangsa. Islam memerlukan seorang ketua
untuk mengendalikan serta membawa mereka ke tahap yang lebih baik (Yusof Ismail. 1991:
217)

Kepimpinan adalah suatu sifat yang menjadikan seseorang itu dipandang mulia, dihormati dan
dijadikan ketua dalam mengendalikan sesuatu hal yang berkaitan dengan kehidupan seharian.
Kepimpinan selalunya dinisbahkan kepada sifat-sifat membimbing, memandu, menuntun,
mengarah, menunjuk, menambat ikatan atau pegangan dan menjadi pedoman bagi satu-satu
kelompok manusia.

Kepimpinan secara yang lebih jelas difahami oleh anggota masyarakat ialah suatu proses atau
sifat manusia yang bermaksud mengepalai, mengetuai dan mengendalikan sesuatu urusan.
Kepimpinan juga dimaksudkan sebagai proses melatih dengan ertikata mendidik atau
mengasuh supaya seseorang itu boleh melakukan kerja atau berfikir sendiri mengikuti
rancangan-rancangan dan arahan yang ditetapkan.
2

Kepimpinan ini apabila disandarkan kepada seseorang tertentu akan membentuk suatu keadaan
atau sifat keupayaan memimpin, membimbing, memandu, mempengaruhi orang lain untuk
melahirkan tindakan dan proses berlandaskan keputusan yang ditetapkan atau dipersetujui
bersama. Keadaan ini berlaku dalam bentuk mengendali, mentadbir atau mengurus sesebuah
organisasi. Kepimpinan seperti ini akan melahirkan tindakan yang dapat menggerakkan inisiatif
untuk menyingkirkan sifat-sifat kelemahan, suka menangguh, melengah-lengahkan sesuatu
tindakan, melakukan dengan ala kadar, mudah berputus asa, tiada kesungguhan dan
seumpamanya.

ISTILAH-ISTILAH BERKAITAN KEPIMPINAN

Istilah al-Khilafah

Istilah khalifah sebagai pemimpin peringkat tertinggi di sebut di dalam al-Quran bagi pimpinan
nabi Adam a.s, Allah s.w.t berfirman,

        

Maksudnya: dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku
hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". (al-Baqarah:30)

AI-Qurtubi dan al- Maraghi menyatakan khalifah sebagai melaksanakan arahan antara
manusia. Perkataan ini serasi sebagai melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang
diamanahkan kepadanya sebagai seorang khalifah (pemimpin).

Istilah khalifah ini member maksud bahawa kedudukan manusia di atas muka bumi ini sebagai
wakil Allah dan diamanahkan bagi melaksanakan undang-undang Allah mengikut batas-batas
yang ditetapkan( Abu Urwah, 1989: 192)

Istilah al-Imamah

AI-Imam adalah gelaran yang pertama sekali digunakan bagi mengenali pemimpin umat Islam
samada dari segi ibadat khusus (rukun Islam yang lima), politik (pemimpin negara), sosial,
kebudayaan dan segala bidang kehidupan yang lain. Gelaran yang pertama ini telah disandang
oleh nabi Ibrahim a.s (Abdul Hakim,2004: 29)

Firman Allah surah al-Baqarah: 124:

            
Maksudnya: "Ingatlah ketika Ibrahim diuji oleh tuhannya dengan beberapa Kalimat
(perintah), lalu diturutnya semua perintah itu. Berkata Allah, sesungguhnya Aku mengangkat
engkau (Ibrahim) menjadi imam bagi manusia.
3

AI-Imam yang biasanya merupakan pemimpin dalam solat, juga membawa pengertian orang
yang menunjukkan jalan kepada sesuatu arah atau tempat, atau orang yang memimipin dengan
menunjukkan peribadi dan perbuatan yang baik (Muhammad Uthman EI-Muhammady: 209)

Manakala perkataan Imamah yang diambil daripada perkataan 'imam' yang digunakan di dalam
al-Quran dengan maksud orang yang menjadi ikutan dan panduan adalah lebih hampir kepada
roh syariat Islam (Dr.Subhi AI-Saleh. 1984: 55). Al-Imamah digunapakai untuk menunjukkan
sifat dan perilaku ketua atau pemimpin yang memimpin rakyat atau ummah. Istilah al-imamah
jarang digunakan kecuali oleh fahaman syiah dan dalam konteks penguasa sesebuah
pemerintahan. Istilah lain yang mengganti istilah imamah kini ialah Amir, Uli al-Amri, Sultan,
Raja dan al-Malik. Istilah ini member maksud Pemerintah tertinggi bagi sesebuah kerajaan,
negeri, Negara atau kumpulan besar yang menguasai kawasan atau empayar tertentu.

Istilah al-Qiyadah

AI-Qiyadah bermaksud hal ehwal yang berkaitan orang yang dilantik memegang teraju
kepimpinan, urusan pentadbiran awam, termasuklah khalirah, ketua tentera, ketua polis, para
menteri, kadi dan kesemua pegawai yang memegang teraju kepimpinan pentadbiran awam
Negara. AI-Qiyadah juga bermakna orang yang memandu ternakan. Pemandu berada di
hadapan, manakala binatang ternakan itu berada di belakang. Al-Qaid bermaksud pemimpin,
ketua dan orangatasan yang bertanggungjawab kepada orang bawahan dan mereka boleh
member arahan dalam menjalankan kerja dalam sesebuah organisasi.

Istilah al-Za`amah, al-Siyadah, al-Ri’asah

AI-Za'amah seerti dengan al-Siyadah wa al-Ri'asah yang bererti jaminan dan juga membawa
makna kepimpinan. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Yusuf ayat 72,

            
Maksudnya: Orang-orang menteri menjawab: "Kami kehilangan cupak raja. dan sesiapa yang
memulangkannya akan diberi (benda-benda makanan) sebanyak muatan seekor unta, dan
Akulah yang menjamin pemberian itu".

Istilah al-Wilayah

Muhammad Fu'ad Abd al-Baqi (1364) menjelaskan AI-Qur'an juga menggunakan istilah
kepimpinan kepada al-wilayah. Perkataan ini berasal daripada perkataan al-wali,. Perkataan
al-Wali membawa maksud penolong dan pelindung, manakala Walla membawa maksud
melantik sebagai pemerintah (Kamus e-Miftah,2008). Kemudian perkataan itu di sebut dengan
awliya' , kata jamak bagi perkataan wali yang juga bermaksud pemimpin, penolong atau
pelindung.

Al-Wali inilah sebenarnya menjalankan fungsi dalam kepimpinan kerana pemimpinlah yang
akan membela dan member pertolongan kepada pimpinannya atau orang bawahannya. Firman
Allah Surah al-Kahf:44
4

          


Maksudnya: Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu
bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dia lah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik
pemberi kesudahan yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat).

TUGAS DAN PERANAN INDIVIDU SEBAGAI PEMIMPIN (KHALIFATULLAHI FI


AL-ARD)

Manusia tidak diciptakan Allah SWT dengan sia-sia, bahkan ada matlamatnya yang tertentu.
Matlamat utama Allah menciptakan manusia ialah menjayakan visi “Pengabdian diri kepada
Allah” (Surah al-Dhāriyāt, ayat 56):

     


Terjemahan: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk
mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”.

Bagi menjayakan visi ini, Allah memerintahkan manusia supaya melaksanakan tuntutan-
tuntutan asas Iman (6 Rukun Iman) dan Islam (5 Rukun Islam) serta mengabdikan dirinya
kepada Allah dengan ikhlas (Ihsan) dalam melaksanakan segala perintahNya dan menjauhi
segala laranganNya (Rujuk: Hadith kedatangan Jibril a.s. bertemu Nabi SAW bertanya tentang
Iman, Islam dan Ihsan; Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Umar bin al-Khattab r.a.).

Selain menjayakan visi sebagai Hamba Allah, manusia turut diamanahkan untuk melaksanakan
satu misi atau tugas penting iaitu sebagai Khalifah Allah di atas muka bumi. Misi manusia
sebagai khalifah (pemimpin) ini telah dirakamkan oleh al-Quran dalam Surah al-Baqarah, ayat
30:

                

            

Terjemahan: “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat;


Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang
hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak
menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah
(berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan
mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu
tidak mengetahuinya”.

Dalam ayat yang lain, Allah SWT berfirman:


5

           

              

             

Terjemahan: “Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dalam kalangan
kamu (umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang
kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka
sebagai khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama
mereka (Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka
keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat
kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang
kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka”.
[Surah al-Nur, ayat 55]

Tugas sebagai pemimpin ini tidak hanya terletak pada individu tertentu sahaja, malah setiap
individu mempunyai peranan sebagai pemimpin. Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW
melalui sabda baginda:

‫ كلكم ِاع وكلكم‬: ‫ مسعت ِس الل صلى الل عليه وسلم ُل‬: ‫(( َع ْن َعْب ِداللِ ِْ ِن رع َََر َِ َِ َا اللر عا ََ َُو رل ر‬
‫ واملرأة ِاعية يف‬،‫ والرجل ِاع يف أهله وه مسئ عن ِعيته‬،‫ اإلمَم ِاع ومسئ عن ِعيته‬،‫مسئ عن ِعيته‬
))‫ وكلكم ِاع ومسئ عن ِعيته‬،‫ واخلَدم ِاع يف مَ سيده ومسئ عن ِعيته‬،َ ‫ِيت زوج َ ومسئ لة عن ِعيت‬

Terjemahan: “Daripada Abdullah bin Umar r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW
bersabda: Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan dipertanggungjawabkan
terhadap apa yang dipimpinnya. Seorang Imam (ketua) adalah pemimpin dan
dipertanggungjawabkan terhadap rakyat yang dipimpinnya. Seorang lelaki (suami) adalah
pemimpin kepada keluarganya dan dipertanggungjawabkan terhadap mereka. Seorang
perempuan (isteri) adalah pemimpin di rumah suaminya dan dipertanggungjawabkan
terhadap apa yang dipimpinnya. Seorang pembantu adalah pemimpin kepada harta tuannya
dan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dipimpinnya. Dan setiap orang daripada
kamu ialah pemimpin dan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dipimpinnya”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadis di atas, setiap individu adalah pemimpin – sekurang-kurangnya individu


tersebut bertanggungjawab memimpin dan mengurus dirinya sendiri dalam melaksanakan
tugasnya sebagai hamba Allah bagi mencapai matlamat “pengabdian diri kepada Allah SWT”.
Di sinilah letaknya peranan akal (intelektual) yang Allah kurniakan kepada manusia yang
memandu jasad dan roh manusia dalam melaksanakan tuntutan amanah sebagai Khalifah Allah
di muka bumi. Namun akal sahaja tidak memadai untuk menjadikan manusia seorang khalifah
yang baik sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah. Justeru itu, Allah kurniakan kepada
manusia hati (spiritual) untuk memimpin jasad dan roh manusia. Di sudut hati inilah letaknya
iman yang menyempurnakan diri manusia sebagai hamba Allah yang berperanan sebagai
khalifah. Hati inilah sebenarnya yang menjadi pemimpin kepada seluruh anggota yang ada pada
6

jasad setiap individu. Apabila hati tersebut baik (beriman) maka seluruh anggota tubuh badan
individu tersebut akan turut menjadi baik. Hal ini telah dijelaskan oleh Nabi SAW dalam
sebuah hadis:

))‫صلحت صلح اْسد كله وإذا فسدت فسد اْسد كله أل وها الللب‬ ْ ‫اَْ َس ِد رم‬
َ ‫ضغَة إِذَا‬ ْ ‫((أَلَ إِن ِيف‬

Terjemahan: “Ketahuilah sesungguhnya dalam jasad (manusia) itu ada seketul daging,
apabila daging tersebut baik, maka baiklah seluruh jasad tersebut. Dan apabila rosak
daging tersebut, maka rosaklah seluruh jasad tersebut. Ketahuilah sesungguhnya daging
tersebut adalah hati”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

KONSEP IBTILA’ (UJIAN) DALAM KEHIDUPAN INDIVIDU SEBAGAI KHALIFAH ALLAH DI


DUNIA

Matlamat penciptaan manusia sebagai hamba Allah dan peranannya sebagai khalifah di muka
bumi merupakan satu bentuk ujian bertujuan mengenalpasti siapakah dalam kalangan hamba-
hambaNya yang benar-benar beriman dan berjaya melaksanakan amanah dan tanggungjawab
mereka di dunia ini. Firman Allah SWT dalam Surah al-‘Ankabut, ayat 2 – 4:

                

            

     

Terjemahan: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya
berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi
sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang terdahulu daripada mereka, maka (dengan
ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-
benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang
berdusta. Bahkan patutkah orang-orang yang melakukan kejahatan menyangka bahawa
mereka akan terlepas dari azab Kami? Amatlah buruk apa yang mereka hukumkan itu”.

Bahkan seluruh kehidupan manusia di dunia ini merupakan ujian dari Allah. Ia bertujuan
menguji siapakah dalam kalangan manusia yang berjaya menjadi hambaNya yang baik (Surah
al-Mulk, ayat 2):

            

Terjemahan: “Dia-lah Yang telah menciptakan (mentakdirkan adanya) mati dan hidup
(kamu) bertujuan menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha
Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)”.
7

Ujian yang dihadapi oleh setiap individu boleh datang dalam bentuk yang pelbagai. Ada
individu yang diuji Allah dengan kesusahan, kesempitan, kemiskinan, bencana dan
seumpamanya. Malah ada individu yang Allah uji dengan kesenangan, kelapangan, kekayaan,
pangkat, ilmu dan seumpamanya (Surah al-Baqarah, ayat 155 - 157; Surah Ali ‘Imran, ayat
186; Surah al-Anbiya’, ayat 35).

           

              

        

Terjemahan: “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut,
kelaparan dan kekurangan harta benda, jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar
gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa
sesuatu musibah, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada
Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan pelbagai
kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya. Dan mereka itulah orang-orang yang
mendapat petunjuk hidayahNya”.

   

Terjemahan: “Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu”.

            

Terjemahan: “Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan
dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan”.

Tanpa ujian, hidup manusia akan sia-sia dan sekadar mainan. Sedangkan hakikatnya, Allah
tidak menciptakan manusia dan segala yang ada di langit dan di bumi sia-sia dan sekadar
mainan. Hal ini adalah mustahil bagi Allah. Semua makhluk yang Allah cipta ada matlamat dan
tujuannya (Surah al-Mu’minun, ayat 115 – 116; Surah al-Anbiya’, ayat 16; Surah al-Dukhan,
ayat 38):

               

     


Terjemahan: “Adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari
tiada kepada ada) sia-sia sahaja (dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu)? dan
kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada kami? Maka (dengan yang
demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang tetap benar; tiada
Tuhan melainkan Dia, Tuhan Yang mempunyai Arasy yang mulia”.
8

       


Terjemahan: “Dan (ingatlah) tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang
ada di antara keduanya, secara main-main”.

       


Terjemahan: “Dan tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di
antara keduanya, secara main-main”.

Tanpa ujian juga, manusia akan jadi sama – tiada beza antara yang baik dan yang jahat,
mukmin dan kafir, taqwa dan durjana. Persamaan ini adalah mustahil bagi Allah. Ini kerana
Allah Maha Adil lagi Maha Bijaksana, dan sama sekali tidak akan menyamakan antara yang
baik dan yang jahat, mukmin dan kafir, taqwa dan durjana (Surah al-Qalam: 35 – 36):

        

Terjemahan: “Patutkah Kami (berlaku tidak adil dengan) menjadikan orang-orang Islam
(yang taat) sama seperti orang-orang yang berdosa (yang kufur dan ingkar)? (Apa sudah
jadi kepada akal kamu?) Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya
itu)?”.

Justeru itu, kehidupan individu di dunia ini adalah ujian dari Allah. Hakikat bahawa hidup
adalah ujian merupakan suatu daya kekuatan bagi setiap individu dalam mengharungi
gelombang kehidupan, bahkan ia menjadi penawar penyakit gelisah, kehampaan, kekosongan
dan putus asa. Individu yang menyedari bahawa kehidupan adalah ujian dari Allah, akan
menyedari bahawa segala yang dia miliki atau hadapi – kesempurnaan atau kecacatan,
kekayaan atau kemiskinan, kesenangan atau kesusahan, ilmu, pangkat dan darjat, musibah dan
bencana; semuanya adalah datang dari Allah, bertujuan menguji dan menilai keimanan,
ketaqwaan dan kesabarannya dalam melaksanakan tuntutan dan perintah Allah. Individu yang
sabar dalam menghadapi ujian ini adalah individu yang berjaya serta mendapat keredaan Allah
(Surah al-Baqarah, ayat 156 – 157). Individu ini akan sentiasa berfikiran positif dan memberi
impak yang positif kepada kehidupan individu, masyarakat dan negara sehingga melahirkan
sifat-sifat berikut:

1. Sentiasa bersedia menghadapi ujian secara berterusan


2. Waspada dan teliti dalam menjalani ujian
3. Menimbulkan rangsangan untuk mendapat nilai yang lebih baik
4. Bertanggungjawab terhadap segala perbuatan
5. Tidak putus asa, kekosongan, kehampaan kerana apa jua keadaan
6. Merasa hidupnya terisi dan bererti

Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sabda baginda:
ٍ ُّ ِ ِ ِ
‫ وإ ْن‬،‫خريا له‬ ّ ‫أمرهر كلهر خريٌ وليس ذاك ِلحد إل للَؤم ِن إ ْن أصَِْتهر‬
ً ‫سراءر شكر فكَن‬ َ ‫(( َع َجبًَ ِل َْمر الْ رَ ْؤم ِن إن‬
))‫خريا له‬
ً ‫َراء صرب فكَن‬ ّ ‫أصَِْتهر‬
9

Terjemahan: “Sungguh menghairankan urusan seorang yang beriman. Sesungguhnya semua


perkara adalah baik bagi dirinya. Dan ianya tidak ada pada sesiapa kecuali orang yang
beriman. Apabila dia memperoleh sesuatu kesukaan dia bersyukur, maka itu satu kebaikan
baginya. Dan apabila dia menghadapi sesuatu kesusahan dia bersabar, maka itu juga satu
kebaikan baginya”.
(Riwayat Muslim daripada Suhaib bin Sinan r.a.)

Rajah 1: Konsep Kepimpinan Islam dan Ibtila’ dalam Kehidupan Manusia di Dunia

Hasil perbincangan di atas dapat disimpulkan bahawa:

1. Matlamat utama penciptaan manusia di dunia ialah menjayakan visi “Pengabdian diri
kepada Allah SWT”
2. Bagi mencapai visi ini, manusia diamanahkan dengan satu misi penting iaitu sebagai
pemimpin atau Khalifah Allah di muka bumi.
3. Dalam menjayakan visi dan misi ini, manusia akan sentiasa menghadapi ujian, bertujuan
mengenalpasti siapakah dalam kalangan hamba Allah yang berjaya mencapai al-Falah atau
Hasanah di dunia dan akhirat.

SIFAT-SIFAT KEPIMPINAN

Setiap individu mengharapkan dirinya mempunyai sifat-sifat kepimpinan. Masing-masing


berusaha untuk mendapat kesempurnaan sebagai seorang pemimpin. Sifat-sifat ini bukanlah
suatu yang boleh dicari tetapi ia perlu menjalani asuhan, bimbingan, latihan dan penghayatan
yang memakan masa yang agak lama serta berhubung rapat dengan bakat yang sedia ada.
Antara sifat kepimpinan Islam yang terpuji ialah taqwa, tanggungjawab, bersih jiwa dan rohani,
kesihatan badan, keupayaan mental dan fizikal, lemah lembut dalam pergaulan, mengutamakan
kepentingan umum, suka bermesyuarat/ berbincang, adil, rajin, kasih sayang, ikhlas, pemaaf,
baik pandangan, bertimbang rasa, menerima kebenaran dan teguran, berani, tegas, berilmu
pengetahuan dan tidak mudah terpedaya dengan kebendaan dan tuntutan hawa nafsu.
10

PERSEDIAAN MENJADI SEORANG PEMIMPIN

Setiap individu yang menjadi pemimpin mengharapkan yang terbaik daripada dirinya dapat
ditunjukkan kepada orang yang di bawah pimpinannya. Oleh itu pemimpin yang mahu
mengekalkan status dan kerjaya kepimpinannya hendaklah mempunyai beberapa persediaan
antaranya:

1. Kekuatan aqidah dan iman kepada Yang Maha Esa.


2. Akhlak mulia
3. Kepercayaan dan yakin diri
4. Pengorbanan diri
5. Amanah, jujur dan adil
6. Pengetahuan tepat
7. Pengamatan kreatif
8. Sensitiviti dan peka kepada keperluan
9. Wawasan (visi)
10. Pantas akal
11. Kawalan diri

Langkah yang diperlukan dalam membantu pengekalan keyakinan diri ialah mempunyai
ketahanan rohani, mental, fizikal dan emosi untuk menghadapi cabaran, halangan dan
rintangan. Seseorang pemimpin perlu mempunyai idea atau maklumat terutama dalam
menyelesaikan masalah yang berkaitan tanggungjawabnya sama ada di peringkat rumahtangga,
sekolah, pelajar, organisasi, masyarakat dan negara.

Sensitiviti kepimpinan adalah suatu proses yang penting yang berpengaruh untuk membentuk
budaya yang kuat dan membantu pertumbuhan pembangunan yang mantap. Ia dapat memberi
dorongan kepada pemimpin, memberi kefahaman serta penjelasan dengan sempurna dan dapat
mengambil langkah-langkah bijak untuk memenuhi sebarang keperluan. Pemimpin harus
memiliki sensitiviti dan peka kepada beberapa perkara seperti keperluan dan keselamatan
manusia; perasaan kelompok; pengiktirafan kebolehan orang lain/manusia; penghasilan kerja
berkualiti dan pengetahuan diri.

CIRI-CIRI KEPIMPINAN ISLAM

Kepimpinan yang berjaya bergantung kepada sifat-sifat dan ciri-ciri kepimpinan untuk
melaksanakan matlamat kepimpinan. Ciri-ciri ini sudah terdapat dalam setiap diri individu yang
perlu dibimbing dan diasah bakatnya. Antara ciri-ciri tersebut ialah

1. Kebolehan mentadbir
2. Amanah dan jujur
3. Berakhlak mulia dan dihormati
4. Kebolehan membuat keputusan
5. Kesihatan dan bertenaga
6. Berfikiran terbuka
7. Berani
8. Mempunyai perhubungan interpersonal
9. Kemahiran berkomunikasi
11

10. Senang didampingi


11. Kemahiran berpolitik

Di samping itu terdapat beberapa perkara penting yang perlu diketahui iaitu jenis organisasi
yang diterajui, jawatan yang dipegang, peranan, kuasa yang diberikan, matlamat penubuhan,
peraturan-peraturan organisasi berkaitan, memahami program yang hendak dijalankan dan
mengetahui asas-asas pengurusan.

PERSIAPAN KEPIMPINAN

Seseorang yang berhasrat menjadi pemimpin memerlukan persiapan awal dan perkara penting
dalam menjayakan agenda kepimpinannya. Segala tuntutan semasa perlu diteliti supaya ia tidak
bertentangan dengan wawasan dan matlamat asal pentadbiran. Antara keperluan penting:

i. Ahli/anggota

Kehebatan seseorang pemimpin bergantung kepada sumber manusia dan bilangan keahliannya.
Pemimpin atau ketua hendaklah menggariskan dasar, matlamat, fungsi dan wawasan mengikut
tahap ahli termasuk keperluannya. Ia tidak boleh terkeluar daripada falsafah asal institusi.
Penyesuaian perlu diawasi bagi mempercepatkan pembangunan organisasi.

ii. Persekitaran

Persekitaran merupakan perkara yang perlu dititikberatkan kerana ia berperanan mengubah


corak kepimpinan, pentadbiran dan mengagalkan pengurusan organisasi. Persekitaran memberi
pengaruh yang besar di dalam kepimpinan, institusi atau organisasi, masyarakat, perubahan
politik, pertukaran pimpinan, peredaran masa, sistem kewangan atau semua perkara yang
berkaitan dengan kebajikan sosial.

iii. Material

Material merupakan keperluan asas dalam menggerakkan hal kepimpinan. Tanpa material dan
sumber yang mencukupi, segala aktiviti dan pelaksanaan akan terbantut dan boleh
melambatkan pembangunan sesebuah organisasi.

iv. Ilmu Pengetahuan dan Pengalaman

Di dalam pengurusan sesebuah organisasi, pemimpin atau jawatankuasa haruslah


mempunyai ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam mengurus dan mentadbir.
Kelembapan ahli jawatankuasa menyebabkan kelesuan pelaksanaan aktiviti dan pengurusan
organisasi.

v. Hubungan Dua Hala

pelaksanaan proses kepimpinan yang bertanggungjawab kepada seluruh warganya adalah


wajar mempunyai hubungan dua hala yang kemas dan cekap. Di mana hubungan ini dibentuk
bertujuan mendapat sokongan dan menjamin keharmonian. Hubungan yang dibuat hendaklah
secara yang paling teliti yang tidak akan menjejaskan matlamat asal perjuangan organisasi.
12

Kepimpinan adalah kerjaya yang memerlukan perhatian yang tinggi dan bakat yang berpotensi
untuk melaksanakan tanggungjawab ini. Ia merupakan satu proses yang penting dalam
membantu melicinkan sebarang urusan yang berkaitan dengan keperluan manusia dalam
kehidupan seharian. Oleh itu ia perlu dibina untuk menjamin penerusan generasi masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai