Anda di halaman 1dari 5

UITM CAWANGAN PERLIS

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI (ACIS)

ANALISIS AYAT:

SURAH AL-MUKMINUN AYAT 1-11

NAMA NO.KAD PELAJAR PROGRAM


NUR AFIQAH BT NORDDIN 2018656914 AP120
SITI AYUNNI A’FIFAH BT JALANI 2018244992 AP120
NURAVELINA BT ZAID 2018262814 AP120

KRITERIA PEMARKAHAN MARKAH


Pengenalan/Pendahuluan /2m
Isi dan Huraian /8m
Cadangan/Kesimpulan /2m
Rujukan(Footnote/Endnote&Bibliografi) /4m
Etika/Moral Profesional /4m
JUMLAH/TOTAL /20 MARKAH

SEPTEMBER 2018-JANUARI 2019


PENGENALAN

Surah Al-Mukminun (‫)سورة المؤمنون‬ adalah surah ke-23 dari Al-Quran. Surah ini terdiri daripada 18 ayat
dan termasuk dalam golongan surah-surah Makiyyah. Dinamai Al-Mukminun kerana permulaan ayat ini
menerangkan bagaimana seharusnya sifat-sifat orang mukmin yang menyebabkan keberuntungan
mereka di akhirat dan ketenteraman jiwa mereka di dunia. Demikian tingginya sifat-sifat itu sehingga ia
telah menjadi akhlak bagi Nabi Muhammad SAW.

(Surah Al-

Mukminun;ayat 1-11)

Terjemahan surah Al-Mukminun ayat 1-11:

1. Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman


2. (iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya
3. Dan orang yang menjauhkan diri daripada (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna
4. Dan orang yang menunaikan zakat
5. Dan orang yang memelihara kemaluannya
6. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki, maka sesungguhnya
mereka tidak tercela
7. Tetapi barang siapa mencari selain daripada itu, maka mereka itulah orang yang melampaui batas.
8. Dan (sesungguhnya beruntung) orang yang memelihara amanah dan janjinya
9. Serta orang yang memelihara solatnya
10.Mereka itulah orang yang akan mewarisi
11.(yakni) yang akan mewarisi (syurga) Firdaus. Mereka kekal didalamnya.
PENGAJARAN AYAT

Surah Al-Mukminun dimulakan dengan menyatakan sifat-sifat para mukmin yang merupakan golongan
manusia yang beruntung. Ia adalah janji yang benar dan pengakuan yang tegas terhadap keberuntungan
yang akan dicapai oleh para mukmin. Itulah janji Allah dan Allah tidak pernah menyalahi janjiNya. Itulah
keberuntungan di dunia dan akhirat unuk individu muslim dan kelompok muslimin. Itulah
keberuntungan yang dirasai orang yang beriman di dalam hatinya dan mendapat bukti kebenaran dalam
kenyataan hidupnya, iaitu keberuntungan yang diketahui dan tidak diketahui oleh manusia yang
disimpan oleh Allah untuk para hambaNya yang mukmin. Siapakah para mukmin yang dituliskan untuk
mereka segala kebajikan, kebahagian taufiq dan kenikmatan hidup yang baik di muka bumi ini? Siapakah
para mukmi yang ditulis untuk mereka segala kemenangan, keselamatan, pahala keredhaan Allah di
akhirat? Dan lain-lain balasan yang baik di dunia dan akhirat yang tidak diketahui sesiapa kecuali Allah?
Merekalah orang-orang yang dijelaskan sifat-sifat mereka selepas ayat pembukaan surah ini iaitu mulai
ayat 2 hingga ayat 9. Sifat-sifat ini menggambarkan sahsiah seorang muslim pada parasnya yang paling
tinggi iaitu paras Nabi Muhammad SAW selaku Rasulullah dan sebaik-baik makhluk Allah yang diasuh
Allah dengan sebaik-baik didikan. Allah sendiri memuji di dalam firmanNya yang bermaksud:
“Sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang agung”.(Surah Al-Qalam;ayat 4). Ketika dianya kepada
Siit Aisyah r.a tentang akhlak Rasulullah SAW jawab beliau, “Akhlaknya ialah Al-Quran” kemudian beliau
membaca ayat 1 hingga ayat 9 dari surah Al-Mukminun dan berkata: “Demikianlah akhlak Rasulullah
SAW”. (Hadis Riwayat al-Nasa’i). Apakah nilai sifat-sifat tersebut dalam kehidupan individu muslim,
kehidupan kelompok muslimin dan kehidupan umat manusia?

1. Orang yang khusyuk dalam solat mereka.

Allah telah mengkategorikan khusyuk dalam solat itu sebagai tingkat yang paling tinggi sekali dari
tingkat-tingkat kejayaan. Ini adalah sebagai suatu peringatan kepada orang yang tidak khusyuk dan lalai
dalam solatnya, bahawa mereka berada paling bawah sekali dari tingkat kemenangan dan kejayaan
(falah). Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesunggguhnya solat itu adalah ketenangan hati dan
kerendahan diri dan permohonan jiwa dan kamu mengangkat kedua belah tanganmu dan berkata: “Ya
Tuhanku! Barangsiapa tiada melakukan serupa itu, maka solatnya tidak sempurna (kurang syarat-
syaratnya)”. Rasulullah juga bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang solat, padahal solatnya itu
tidak dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar, maka orang itu tidak akan bertambah sesuatu
dari Allah melainkan jauh daripadaNya”. Mereka yang khusyuk dalam solat merasa gementar ketika
berdiri menghadap Allah. Hati mereka tenang dan khusyuk higga menjalar ke seluruh tubuh badan,
wajah dan gerak geri mereka. Jiwa mereka diselebungi dengan kebesaran Allah. Segala ingatan yang lain
hilang dari fikiran mereka. Mereka tidak teringat kepada yang lain dari Allah dan seluruh perasaan
mereka tertumpu kepadaNya dan berbicara denganNYA. Apabila berdepan dengan Allah yang Maha Suci
maka lenyaplah segala yang ada disekeliling mereka dan sesuatu yang lain yang ada di dalam hati
mereka. Hati mereka bersig dari segala kekotoran. Mereka tidak menyimpan dalam hati mereka
sedikitpun dari kekotoran ini bersama dengan kebesaran Allah. Pada ketika itu manusia itu berhubung
dengan penciptanya dan rohnya bertemu jalannya dan hati yang sepi menemui tempatnya dan pada
ketika itu juga kecillah segala nilai-nilai, segala benda dan sekalian tokoh kecuali sesuatu yang
mempunyai hubungan dengan Allah.

2. Orang yang menjauhkan diri dari segala yang sia-sia termasuklah perkataan, perbuatan, perhatian
dan perasaan yang sia-sia.

Hati yang mukmin itu sentiasa dipenuhi dengan kegiatan-kegiatannya. Ia tidak mempunyai ruang untuk
perkara yang sia-sia. Ia dipenuhi dengan zikrullah, memikirkan kebesaran Allah dan merenungi tanda-
tanda kekuasaan dan kebijaksanaanNya pada kejadian diri manusia dan makhluk-makhluk yang lain. Hati
orang mukmin sentiasa dipenuhi dengan tugas-tugas akidah yang membersihkan hati, jiwa dan dhamir.
Tugas-tugas yang mengawal tingkahlaku dan menegakkan pendirian pada tahap yang tinggi yang
dituntut oleh iman. Tugas melakukan makruf dan melarang melakukan mungkar dan memelihara
kehidupan masyarakat Islam dari kerosakan dan penyelewengan. Tugas-tugas jihad untuk melindungi,
menolong dan memperkukuhkan akidah. Mengawal dan menjaga akidah dari tipu daya musuh.
Semuanya merupakan tugas yang tidak berakhir, yang tidak boleh diabaikan oleh orang yang beriman
dan tidak boleh dihindarkan dari dirinya. Seluruh tugas-tugas ini merupakan tugas yang difardhukan
Allah sebagai fardhu ain tau fardhu kifayah di samping merupakan tugas yang cukup untuk
menghabiskan tenaga dan usia seseorang manusia. Daya tenaga manusia itu adalah terbatas sama ada
daya tenaga itu dihabiskan dalam tugas mengislah, membangun dan memajukan kehidupan atau
dihabiskan dalam kegiatan-kegiatan yang sia-sia, tiada faedah. Tetapi orang beriman tetap didorong
oleh akidahnya supaya menghabiskan daya tenaganya dalam kegiatan yang membangun, meng’imarah
dan mengislah. Walaupun begitu orang yang beriman itu boleh menghiburkan hatinya dari satu masa ke
satu masa kerana hiburan yang seperti ini merupakan suatu perkara yang berlainan dari kegiatan sia-sia.

RUJUKAN
1. Asy Syahid Sayyid Qutb Rahimahullah Tafsir Fi Zilalil Quran-Di bawah bayangan Al-
Quran Jilid 11, terjemahan Yusoff Zaky Haji Yacob, Pustaka Aman Press, Kota Bharu,
2002.
2. Imam Ghazali, Bimbingan Mukminin, disesuaikan oleh Sheikh Muhammad Jamaluddin
Al-Qasimi, terjemahan Syed Ahmad Semait, Pustaka Nasional Pte Ltd, Singapura, 1990
3. Al-Quran terjemahan, Surah Al-Mukminun;ayat 1-11
4. https://ms.wikipedia.org/wiki/Surah_Al-Mu’minun.com
PENGESAHAN PENSYARAH

Analisis ayat:
Surah Al-Mukminun
Ayat 1-11

Oleh

NUR AFIQAH BT NORDDIN (2018656914)


SITI AYUNNI A’FIFAH B JALANI (2018244992)
NURAVELINA BT ZAID (2018262814)

Kertas kerja penulisan ini dikemukakan untuk memenuhi keperluan bagi Penilaian Sepanjang Semester
bagi Kod Kursus CTU 101- Prinsip-prinsip Asas Islam, khusus bagi pelajar dari Diploma Bahagian 1,
Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis.

Disahkan oleh:

………………………………..

Jamalia Binti Aurani


Pensyarah Penilai
CTU101

SEPTEMBER 2018-JANUARI 2019

Anda mungkin juga menyukai